Monday, August 6, 2012

Dewan Makan di kala Ramadhan

Tahun 2006, ditakdirkan mengambil STAM di Kuliyyah Al-Lughah Wa Ad-din As Sultan Abu Bakar, Pekan. Dan pada tahun itu, ditakdirkan peperiksaan Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM)  jatuh pada bulan Ramadhan.

Belum exam lagi dah terbayang macam manalah nak jawab exam tetengah puasa. Kalau mengantuk macam mana? Time tak puasa, mengantuk, bolehlah minum air..Dah bulan ramadhan, makanya dilarang sama sekali minum air dari terbit fajar hingga terbenam matahari.. Risau sangat tak dapat jawab exam...

Dan bila tiba hari kejadian.....

Rupanya, tak la seteruk  yang disangka...Macam biasa, masuk dewan, jawab exam.. Tak de la sampai tak boleh jawab sebab puasa..

Dan yang bestnyer...
Tiap kali malam lepas terawih, moreh di dewan makan. Ustaz kadang-kadang belanja murtabak.. memang syiok sangat rasanya...konon-konon nak ambik banyak.. nafsu makan... tengok macam sedap jer.. sekali, dah makan sepotong dua, kenyang betul.. murtabak dia entah macam mana ek... tebal tapi sedap.. inti pun banyak.. sedap sangat..hehehe..

dan lepas tu, duk la kat dewan makan sebab stdy terus kat situ. Menghafal untuk subjek-subjek seterusnya..Memang tak sedar jam pukul berapa pun.. sambil menghafal, tersengguk-sengguk.. Dewan makan dibuka untuk stdy. Jadinya ada pelajar lain yang stdy jugak stay up terus sampai sahur...nak kata stay up entah la jugak. tersengguk-sengguk, tertidur kat situ la jugak..

Bilik dah jadi rumah kedua... Cuma balik untuk bersihkan diri... selebihnya, banyak masa kat dewan makan... Bagus jugak, sebab senang nak bersahur..Kalau dah duk kat bilik nak turun ke dewan makan, entahlah.. Lagi satu, dekat dengan surau.. Dah siap sahur, dek kerana ada rakan yang ke surau buat qiyam, lama-lama terikut sikit-sikit...

Alhamdulillah, sahabat sahabat semua lulus..


Sunday, August 5, 2012

Tarbiyyah Sahur

Alhamdulillah..

Serasa sayu pun ada..dah 16 ramadhan rupanya.. sekejap sangat masa berlalu.. hari-harii yang lepas, berusaha mendidik diri.. hasilnya, tak ketahuan di tahap mana.. masih dalam proses tarbiyyah diri dengan amalan-amalan dan ibadah..insya-allah..

Sahur

Tang sahur ni yang lemah ni. Mata dah la mengantuk, tapi memikirkan esok nak puasa.. bangunlah jugak dengan malas-malas..

Bila dah semakin em.. dewasa la kot kiranya...
Kat tv plak para ustaz ustazah makin kerap bagitau pasal kelebihan sahur.. Sunnah nabi s.a.w
Jadinya, konon-konon kuatkan semangat nak ikut sunnah nabi muhammad s.a.w ni.. tapi terkadang ada gak terponteng sahur..ngantuk punya pasal...lagipun, rasa, tak pe lah tak sahur pun, aku tak rasa lapar pun. sama je... konon, riya' dengan diri sendiri, dah tentu riya' dengan Allah dan Rasul.. masa tu tak sedar diri lagi..

Then, bila masa menginjak dan usia semakin meningkat.. para ustaz dan ustazah jugak sangat tidak jemu memberikan ilmu... lama-kelamaan ia masuk dalam hati..

'


Tarbiyyah..

Dan teringat pesanan ini..
Bangun sahur bukan semata-mata untuk makan dan minum tetapi juga untuk mendekatkan diri kepada Allah..
Akhirnya, ini lah yang aku cuba sematkan dalam hati..
Sebulan di bulan Ramadhan..ada 30 hari..mungkin kita gagal hari pertama, hari kedua, hari ketiga. Tapi tak mustahil kita berjaya untuk bangun solat malam satu hari nanti dengan tarbiyyah sahur di bulan ramadhan...
Bangun sahur waktu pagi... dan terus buat solat sunat.. mula-mula buat satu solat sunat jer.. rasa rajin lagi hari esok ditambah dengan kesedaran yang mati tu anytime, buat solat sunat taubat.. ditambah pulak ceramah dan motivasi dari alim ulama, buat solat sunat hajat dan lain-lain...
insya-allah, bila sampai bulan syawal, zulkaedah, zulhijjah dan bulan-bulan seterusnya, kita terbiasa untuk bangun malam, beribadah dengan qiyamulail... insya-allah..

itu tidak mustahil dengan kesan tarbiyyah sahur di bulan Ramadhan.. insya-allah...

Friday, August 3, 2012

Langkah Kaki

Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang...

Kehidupan hari-hari tak menemukan kita dengan manusia yang sama.. Kita akan bertemu dengan ramai manusia yang berbeza dan dengan perangi yang bezanya dan tak terduganya kita dengan sikap manusia. Sikap yang baik tu pastinya mendapat pujian. Dan senyum senang.. dan bagaimana pula sikap yang sebaliknya???

Menghadapi manusia yang pemarah, kita boleh bersikap seperti air. Berusaha untuk sejuk. Dan kita tahu.
Tetapi bagaimana menghadapi manusia yang sombong?

Ku bertanya kerana ku tidak tahu.. bagaimana nak menghadapi manusia begini... Nak cakap lebih-lebih pun ta mampu sebab dari riak muka pun dah tersa sangat hati.. maka sebaiknya pada saya cepat-cepat beredar dari situ setelah segalanya pasti dan selesai saya tuturkan..

Mungkin juga dia tidak berniat untuk menjadi begitu, jadi. Biarlah. Mungkin saja ada rezeki lain.. dan itu pasti.. Sementara ini, cubalah jalan yang ada dan bertahan sehingga ada yang lain itu tiba dan berusaha untuk mendekatkan diri yang bakal tiba itu..

Saya membaca Hamparan Shamrock Ku Seru NamaMU..sungguh perjalanan ustaz Hasrizal bukanlh mudah yang disangka ramai orang bila kita melihat kejayaan beliau.. Malahn, terdapat ujian-ujian yang rasanya, jika kita, kita tak mampu hadapi. Tetapi kerana itu Ustaz Hasrizal, Ustaz dapat hadapinya.. Tiap ujian tu Allah tak bagi kalau hambaNYA tak mampu.. Betapa hebat dan begitu banyak ujian yang dilalui ustaz dalam buku travelog dakwah terbaru tersebut..Jadinya, ujian untuk saya jua bukanlah begitu besar..cuma, berusahlah.

Wednesday, August 1, 2012

Huhuhuhuhu.. beberapa hari tidak update..

Alhamdulillah, bersambung lagi tadarus.. Hari Khamis lepas tak dapat ke sekolah. Entah mungkin aku salah makan, Allah bagi sakit perut. Selalunya kalau aku sakit perut, automatik badan aku rasa nak demam, dan memang tak dapat nak solat berdiri sempurna. Niat berdiri dan kemudian aku solat secara duduk. Kaki terasa sejuk, kebas, sengal-sengal. Saat sakit itu tiba, tak lain yang aku ingat betapa aku telah hilang nikmat kesihatan dan nikmat solat secara berdiri. Sungguh lah, manusia ini tahu menghargai bila dia mula kehilangan.

Ok, sedikit di situ tentang hari khamis, yang aku ingin cerita kat sini pasal hari-hari mengaji.

Dari awal lagi telah kata pada diri "Walaupun, dia dah tingkatan 5 tak semestinya kelancarannya setara umurnya. Dan tak mustahil, yang baru tingkatan 1 lebih baik bacaannya." Ia adalah untuk mengelakkan aku rasa terkejut dan sememangnya dunia ini begitu. Yang muda tak semestinya punya sikit ilmu. Sedangkan Muhammad Al Fateh pun dapat memimpin tentera jihad yang jauh lebih berusia daripada dirinya yang jauh lebih muda.

Yang dnilai di sisi Tuhan bukan berapa angka yang dipinjamkan Allah kepada kita tetapi tahap iman dan taqwa yang kita tak tahu di mana? Cuma kita boleh melihat secara kasar namun tidak sampai berburuk sangka, memandang rendah pada manusia lain kerana hidayah itu milik siapa lagi kalau bukan Allah Yang Agung.

Alhamdulillah, semoga anak-anak ini terus ingin mengaji Al-Qur'an dan mendalami ilmu Allah ini. Aku juga harap, aku diberi peluang untuk itu insya-allah...aminn

Wednesday, July 25, 2012

SEDETIK LEBIH

Alhamdulillah..
Semoga saat kita dilimpahi segala senng, kita tidak lupa syukur kepada Tuhan yang meminjamkan seglanya yang kita ada saat ini..
Semoga saat kita dirundung sedih dan rasa susah, Allah tak tinggalkan kita sendirian ..

Bakal Jenazah?
Kitalah..
bukan sesiapa tetapi kita..

Mari mencorakkan cara kita bertemu Allah Yang Maha Agung..

Jika dulu, ada dosa terlepas buat,
Segera mohon taubat sebelum nafas di kerongkong tersekat..

Pengampunan Allah yang sangat luas..
Di bulan kemuliaan ini..
Tambahkan pahala..
Topup pahala,

Semoga kita dalam perlindungan
Dalam rahmat
Dalam kasih sayang
juga dalam keampunan Allah S.W.T

Amin ya robbal alamin

Monday, July 23, 2012

Hadiah tadarus Ramadhan

ALHAMDULILLAH... Semalam selesai tadarus selepas Zohor Di SMK Seri Jengka. Insya-allah, akan diteruskan sehingga akhir Ramadhan..

Masa praktikal kat MPK, Kuantan, alhamdulillah, sempat jugak ikut tadarus staf perempuan di surau MPK. Seronok gak dapat bertadarus dengan majoritinya yang lebih berusia.. hehehe.. Rasa sangat muda.. ececeh. bukan sebab itu. tapi, mereka sebagai yang lebih berusia pastinya lebih banyak pengalaman. Perlu hormati yang lebih berusia dan menyayangi mereka yang baru nak mulakan langkah dalam hidup.

Hingga habis ramadhan dan praktikal di MPK, kemudiannya, Kak Timah, salah seorang staf unit aku ditempatkan menjalani praktikal menelefon. Katanya, ada hadiah, macam saguhati untuk yang bertadarus.. sungguh, tak sangka nih.. hehehehehe. Bertadarus dapat hadiah. Iyerlah, kita pergi bukan berniat untuk apa-apa. Cuma dengan niat yang sememangnya nak bertadarus, time bulan puasa nilah nak gandakan amal. Sambil isi masa, betulkan bacaan, sambil nak didik diri. Moga-moga bila bulan tak puasa nanti pun rajin jugak nak mengaji lepas solat..Tetiber, dapat saguhati pulak..

Dan dengan izin Allah, aku dan sahabat ke MPK.. sambil buat lawatan kerinduan..hehehe.. Then..hehehehe....jeng jeng jeng
Inilah hadiahnya!!!!!!!!!!!!!!

Sangat teruja.. heheehhe.. buku dah la cantik, kemas, kulit keras.mesti mahal.. hehehe.. yang penting isi dan tajuknya.. ada pulak hadis yang sangat terkena batang hidung sebab belum bekerja sedangkan setiap manusia tak dijadikan sia-sia dan bukan tanam anggur. Masa tu aku masih tidak bekerja.. huhuhu

Alhamdulillah.. buku ni sangat sesuai untuk para syabab, dan sesuai jugak kalau dapat dijadikan rujukan tugasan dan dah tentunya untuk kehidupan harian insya-allah..

Saturday, July 21, 2012

Ramadhan di Taska


Berdamai dengan Kenangan

Itu antara salah satu cara untuk meraih kebahagiaan.
Kenangan lalu bukan semua indah Pastinya ada kepahitan dan warna suram dalam calitan warna kain kehidupan... tetapi itulah kehidupan..
bukan semua yang kita jumpa pada awalnya kita suka terus kita suka. Terkadang ia bertukar tidak suka. Dan terdapat juga yang mulanya kita benci akhirnya jadi jatuh cinta dan suka.


Dan bagaimana  pada hujung Mac 2011, aku tanpa fikir panjang terima tawaran kerja taska.. aik terima tawaran? macam best jer kan kerja ni.. macam orang spesyel jer boleh dapat.. hahaha...

alhamdulillah..

Allah tahu kenapa aku perlu di sana untuk hampir setahun..
sesungguhnya, kerenah mereka memang terkadang bikin hati geram dan aku terkadang bukan jadi aku.. tetapi kerenah mereka juga mencuit hati..

Ok, sekarang bulan ramadhan.. mengadap ketibaan ramadhan masa kerja kat taska. Tak terbayang, macam mana  letihnya dan laparnya serta dahaga dah  tentu.. kalau bulan tak puasa, selalu jer lapar, nak makan, g dapur. bergilir-gilir.. tetapi bila ramadhan, dah tentu tak boleh. Terbayang macam mana nak hadapi.. tetapi..

Bila masa itu tiba..

Allahu robbi....
keajaiban menjaga anak-anak kecil
Sungguh, sedar tak sedar, mak ayah diaorang datang nak ambik anak-anak..
Eh,cepatnya masa berlalu.. tak rasa lapar macam sebelum ramadhan..
Lepas tu saat suap budak-budak sarapan, makan tengahari, makan petang..Allah..macam mana boleh kugambarkan perasaan ini.. tak rasa lapar sebaliknya kenyang dan gembira tengok diaorang makan..
tak lapar..alhamdulillah.keberkatan di bulan ramadhan.. selalunya sebelum atau selepas suap budak-budak makan, kitaorang akan makan bergilir.. tapi alhamdulillah.. bukan hanya sebab "yer, kami  berpuasa, maka kami menahan lapar dahaga." tetapi serasa kenyang itu ada...

Rezeki ramadhan lagi dan aku yakin di mana-mana taska ada ibu bapa menghulur sebungkus dua kuih muih. Alhamdulillah.. rezeki di bulan ramadhan.. Pasti ada untuk sesiapa sahaja..


Friday, July 20, 2012

barokah menyambut ramadhan

Salam Ramadhan 1433 Hijrah. Ada di antara kita dah pergi bertemu Illahi. Teringat ayah saudara yang cukup penyayang itu. Kali ini, puasa dan syawal tanpa arwah, pastinya mengundang hiba. Tetapi sesungguhnya, Allah sayang arwah. Dan kami meneruskan hidup.. dan masa-masa yang berbaki, terkadang, kita leka.. bukan kita, saya yang terutamanya..sangat leka.. bila ada ujian, lemahnya saya hingga tak mampu nak ingatkan diri sendiri, apatah lagi orang lain.. bila datang senang, terkadang lupa diri..allahu robbbi, ampuni dosa hamba hina ini...

ku ingin sebarkan rasa cinta dan bahagia..
hiduplah dengan memberi dan bukan hanya tahu menerima..
aku cuba ingin amalkan dua prinsip hidup idola muslim ini. dari Ukhti Fatimah Syarha dan Ustaz Hasrizal.. kisah hidup dari travelog tarbiyyah ustaz betapa sangat hebat..dan tarbiyyah ukhti Fatimah Syarha sangat tulus ikhlas lillahi ta'ala..

Barokah hari jumaat kelihatan lagi.. ada keajaiban saat hati susah pagi tadi.Tapi ALLAH beri keajaiban indah itu. Sungguh sangat bersyukur pada Allah.. hati ini milik Allah, Allah tahu segala yang terdetik dalam hati ini. Allah tahu bagaimana dan di tahap mana kekuatan hati ini.. alhamdulillah.. terima kasih Allah.. tak mampu aku himpunkan kata syukur dengan segala apa.. tetapi sesungguhnya, segala puja puji untukMU ALLAH.. aku cuma peminjam dan pemegang amanahMU.. aku mohon lagi padaMU agar segalanya ini tidak melalaikan..

Sahabat memberi khabar pernikahannya..alhamdulillah..syukur pada Allah.. ku doakan majlisnya berjalan lancar dan dirahmati.. ku doakan kebahagiaan, rahmat dan keampunan untuk keduanya serta keluarganya di dunia dan akhirat..amin....

Untuk mak abah.. Allah, aku tidak mampu membalas walau setitik peluh pun jasa mak abah .. doa yang termampu.. segala apa yang aku buat untuk mak abah bukan lah untuk membalas jasa mak abah, tapi ia satu kewajipan sebagai anak.. bagaimana dapat balas jasa mak abah yang begitu banyakkkkkkkkkkkk sangatttttt.?? buatlah apa pun, jasa itu tak kan terbalas. cuma hanya satu..doa'.. doa' dan ingatan kepada keduanya...( doa dan ingatan ini pun masih termasuk dalam kewajipan sebenarnya..)dan aku mohon, allah mudahkan jalan ini.. jika semuanya ku minta dipermudahkan bagaimana mahu mujahadah?

Allah tahu kemampuan hambaNYA.. aku mohon Allah mudahkan jalan ini.. Allah berikan kita kehidupan yang dirahmati di dunia dan akhirat dan pengakhiran hidup yang baik..semoga kita bertemu di syurga... aminnnn...

Thursday, July 19, 2012

sesungguhnya, saya ini sangat lemah dalam menghadapi ujian.. Ustaz Hasrizal dalam bukunya, Di Hamparan Shamrock, katanya yang dia tak memilih bentuk ujian, tetapi kuatkan hatinya dalam menghadapi ujian.. membaca ayat ini, aku ter... terkesima,terkedu,terdiam, segala macam rasa..aku sangat kecil dan sangat lemah.. betapa aku masih memilih bentuk ujian sebab serasanya aku tak mampu nak hadapi ujian yang begitu begitu, begini begini. Walhal sebenarnya Allah tahu yang mana aku mampu dan yang mana aku tidak...

Mula membuka  dan mencari kata penguat diri yang terkadang terlupa sangat..membuka kitab cinta dari Tuhan..segalanya ada tertulis.. ayat2 cinta dan kalimah rindu, kalimah penguat semangat..segalanya ada.. tapi aku lupa...

Friday, June 15, 2012

Pengakhiran nyawa

Kematian itu tidak kira siapa engkau..
Di mana?
Dengan siapa?
Sedang berbuat apa?

Mari lakarkan cara kita mengadapNYA
Siapa tahu?
Tiada yang tahu..
Dalam rahsia Allah
Pengetahuan dan ilmu Allah seluas-luasnya

Meminta kepada Sang Pencipta
Minta mati dalam husnul khotimah
Minta dijauh daripada segala fitnah..

Orang yang melakukan amal soleh, jika diizin Allah
Sedang dia berbuat amal, Malaikat izrail diperintah Allah mencabut nyawanya
Sedang yang berbuat kejahatan
Jika diizin Allah,
Malaikat Izrail datang merentap nyawa saat itu...

Moga kita mendapat rahmat, hidayah dan kasih sayang Allah yang Satu...

Thursday, June 14, 2012

UJIAN DARI ALLAH S.W.T

Sesungguhnya sebaik mana pun perancangan manusia, Allah yang menentukan. Sebagai hamba itu pengajaran yang Allah nak bagi.

Bila datang sesuatu, mungkinkah itu petunjuk? Mungkinkah itu ujian? Persoalan bermain di minda, dalam hati juga, tetapi jalan yang Allah bagi adalah mendekati Allah dan Allah akan bagi jawapannya.

Ujian dari  Allah...

Allah mahu menguji keimanan dan keyakinan kita. Memang manusia akan lemah, tapi Allah berkali-kali nyatakan, Allah ada bersama hambaNYA yang beriman. Allah kata dalam Qur'an supaya ruku' dan sujud, sabar dalam ujian. Allah akan beri ganjaranNYA..Jadi di sini, kita melihat kembali diri kita. Kita tak tahu iman kita di paras maana, di tingkat mana? Hanya Allah yang tahu. Tapi di sinilah cara kita mahu 'develop' iman kita yang dah tentu sangat nipissssss...

Yer, kita 'develop' iman. Iman tak datang macam tu jer tertiber. Dari kecik pun kita belajar rukun islam, rukun iman, belajar solat. So that, kita tengah cuba membina iman tapi mungkin masa tu pembinaan iman tidak secara betul kita tahu hikmah perlaksanaan dan segala. Ia seakan satu asas keimanan. Dan untuk menguatkan asas itu, kita terus terus belajar dan mengenali Allah, Islam, Ukhwah dan segala. Dan di tahap mana iman kita? Kita tak tahu.. Dan bagaimana mungkin boleh ada hamba Allah yang riak dengan segala yang dipinjamkan Allah untuknya sekejap? Kekadang musykil itu..
Ayuh, kembali ke jalan Allah..

Tanda Allah sayang, Allah nak kita sentiasa berdampingan dengan Allah. Berdoa', bercakap dengan Allah, sujud mengesakan Allah untuk hampir dengan Allah. Bukanlah ketaatan kita tu menambah keagungan Allah dan bukan juga dengan kelekaan kita mengurangkan keesaan Allah (aku terbaca ayat ni tapi lupa di mana, asiff jiddan), sebab Allah tak perlukan kita, tetapi sebaliknya, kita yang sangat sangat sangat sangatttt perlukan Allah. Supaya kita rapat dengan Allah, supaya kita sedar kuasa mana yang lagi berhak atas kita..

Allahu robbi, banyaknya salah aku dalam hidup ni.. terlalu banyak kelemahan aku dalam mengingati dan mencintaiMU. terlalu banyak compang camping keimanan ku ini ya Allah..ampunilah aku, ampunilah kami ya Allah..aminn ya robbal alamin..

Monday, June 11, 2012

IDOL

Assalamualaikum..
em, agak-agak boleh tak luahkan perasaan kat sini???
hehehe..
Allah sudah tahu dulu sebelum sy luahkan di sini..
Apa boleh sy buat???
Allah sudah awal lagi memberi jawapan dalam kitab cintaNYA
Siapa boleh tolong saya?
Sesungguhnya Allah bersama hamba2NYA..

ni nak kongsi sesuatu yang menarik dari facebook...dari sini

When you are hurt by the people who share blood relations with you, recall Yusuf [alayhi salaam] who was also betrayed by his brothers.

When you find your parents opposing you (in deen) recall Ibraheem [alayhi salaam] who was made to jump into a blazing fire by his father.

When you are mocked and abused by your own relatives just because you adopted deen over duniya, recall Rasul Allah [sallalhu...... alaihi wa sallam] who faced the same.

When you are stuck into some problem and find no way out recall Yunus [alayhi salaam] who was stuck inside the belly of a whale.

When you fall ill and your whole body cries with pain, recall Ayoob [alayhi salaam] who was more ill than you.

Wh en someone slanders you, recall Ay'esha [radiallahu anha] who was also slandered throughout the city.

When you feel lonely recall how Adam [alayhi salaam] felt when he was created alone at first.

When you can't see any logic in what's going on and your heart asks why this is happening, recall Nooh [alayhi salaam] who built the biggest ship without questioning.

Subhan Allah! Allah put all those great personalities in trial so that the generations to follow may learn a lesson in patience and perseverance. May Allah swt include us among His patient and grateful servants. Ameen!

Sunday, June 10, 2012

Saat Lafaz Syahadah

Alhamdulillah, masih diberi kesempatan untuk menulis sedikit di sini.
Kejadian petang semalam dan sebelum ni pun sudah terjadi..

Bila tengok tv, pastinya ada selit iklan. Iklan komersial atau iklan rancangan.
Bila iklan rancangan, rancangan omputih khasnya, ada macam2 rancangan.Lakonan dan realiti. Bila melihat betapa mereka sangat seronok melakukan apa sahaja atas muka bumi ni dengan begitu seronok tanpa rasa apa-apa melainkan rasa seronok, betapalah bersyukur dilahirkan sebagai ISLAM..

(Bila bersyukur, bukan hanya dengan lidah dan tertulis di skrin ini tetapi lebih lagi. Praktis itu penting, menzahirkan kesyukuran itu penting)

Seakannya peringatan-peringatan Allah dalam Al-Qur'an langsung mereka tidak takut. Dah tentunya, diaorang tak baca pun, dah tentunya diaorang tak tahu. Jadinya, kenapa mesti takut? Cukup untuk umat islam sendiri yang jauh daripada islam.

Namanya Islam tapi masih seronok melakukan kemaksiatan. Peringatan dan ayat-ayat Allah dalam Al-qur'an seakan tidak sampai kepada mereka. Bukan tidak tahu Al-Qur'an itu apa? tetapi tidak mahu mendekati. Maka, jadilah kehidupan seakan tidak jauh beza dengan yang bukan Islam.

Apabila mengucap syahadah tanpa dihayati, maka hidup kita dan mereka seakan sama. Walhal seorang muslim itu sangat berbeza dengan yang bukan muslim.

Thursday, June 7, 2012

ujian klik 'LIKE'

Imam Muda 3..
Ada diceritakan daripada sorang peserta IM3..

-Saidina Ali Karamullahu Wajhah meminta kepada Allah agar diberikan ujian kerana sampai satu masa, beliau merasakan perjalanan hidupnya senang, mudah sehingga bimbang Allah jauh dariNYA.. Dan dia bertanya andai ALLAH jauh darinya. Meminta didatangkan ujian..-

Subhanallah..Masha Allah betapa jauh bezanya kita dengan hamba ALLAH yang mulia ini..

Sering terbaca post para kenalan maya di FB tentang ujian, dugaan, ketenangan dalam menghadapi ujian, kesabaran, pahala yang menanti dan tentang keredhaan. Sering dan pasti menekan butang 'like' tanda setuju, dan suka pastinya..

Tetapi..

bila Allah menguji sejauh mana kita 'like' dengan status itu....
maka di situ, kembali mengingatkan diri..

Kita akan menangis kerana kita hamba YANG ESA, YANG LEMAH..

tapi kita wajib Redha.wajib ini bukan wajib sehingga jatuh hukum berdosa kalau kita tidak redha, tetapi wajib ini wajib sebagai hamba redha atas setiap ujian kerana kita hamba siapa kalau bukan ALLAH YANG SATU??? kita cuma hamba Allah..dari awal hingga akhir. kita hamba Allah..

ALLAH tahu yang terbaik buat kita
ALLAH lagi tahu yang kita mampu hadapi ujian itu
ALLAH tidak akan menganiaya hambaNYA
ALLAH tidak akan menzalimi hambaNYA tanpa apa-apa..
ALLAH pemilik segalanya, pengetahuannya meliputi seluruh alam dan sangat sangat luas..
kembali kepada ALLAH...

tanda ALLAH sayang itu banyak..melalui ujian itu salah satu caranya..
terima dengan redha, tenang, doa dan bersangka baik dengan ALLAH..

Kita hamba Allah...

Wednesday, June 6, 2012

Rindu si kecil

Tiba-tiba blog tak update?
kenapa tiba-tiba sy tak update dan macam terlupa saya ada blog pun ada..entah. kenapa jadi macam tu?
..................................................................................................................................................................
sy kelalaian agaknya. tulisan di sini pun bukanlah sangat bermanfaat..tetapi sy senang ada blog untuk sy tulis sesuatu. tak kisah lah orang baca atau tak. walaupun memang harap ada orang baca supaya sama-sama dapat kebaikan tapi kalau mutu tulisan ini tak meningkat jugak, apa ada pada harapan????

jadi, tak kisahlah... saya cuma mahu cuba..

Minggu pertama cuti sekolah, sy ke taska. Destinasi kegembiraan perlu tempuh liku kesusahan. Tapi susah itu sedikit cuma. Sekadar menunggu bas yang berjam, lelaki2 perokok di kanan kiri, sedikit lapar. Tapi itu cuma sikit sebenarnya. Sambil menunggu sempat selak helaian Membina Syurga Hati dr HM Tuah Iskandar.

Bas sampai dan tentunya jammed di hari Jumaat. Kebetulan masa lampu isyarat menyala merah, sy pandang ke tepi bawah. Myvi. Macam mak Haziq-Hazim, si kembar. Uniform putih hospital. Bila bas bergerak, sy berpaling tunduk. ;) Memang..;)

Sampai taska.. si anak-anak jagaan tidur..seronok nyer tengok budak-budak tu...
Dah siap semua, bangun, mandi.. apa lagi... operasi bermula..

BERGURAU SENDA..


 hakhakhak.. sangat seronok... kakak sy tanya "buat part time ke?" sy jawab "tak la, kalau part time kena kerja betul-betul. Ni datang nak main-main dengan budak2 jer."
hehehe..

sesungguhnya saya datang memang nak main dengan mereka.. rindukan mereka. Kalau sy buat part time, masa sy tak banyak untuk bermain dengan mereka. Saya cuma datang tolong yang mana patut. Selebihnya dan sebanyaknya mereka. Sy juga tak berani nak sentuh banyak perkara kerana sy bukan lagi pekerja di situ. Bimbang juga kehadiran sy buatkan mereka rasa tak selesa. Jadi, sy cuba bataskan..

seronok tengok ada yang dah pandai banyak perkara..yang penting pandai berdikari..pandai bertolak ansur sesama kawan kecil mereka..

-Seronok jadi budak kecik.tak payah pk macam-macamm.kata adik, ada orang jaga lagi.. seronok..lapar, tak selesa nangis..ada orang layan..dukung-dukung, manja-manja, pujuk-pujuk.. dah besar, wat cara orang besar...hehehe

Saturday, May 19, 2012

Muhasabah untuk aku...

Sesekali, semangat datang, pastu kang merundum-rundum jatuhnya..Karang naik balik, turun naik,
sedang-sedang.. nak istiqomah tu punyalah susah.. kata kat mak pasal ada cara nak hafaz qur'an ikut kiraan hari dan helaian muka surat al-qur'an.. (jumpa kat fb). Dan adik pun kata. "Nak jaga hafazan tu yang susah." "Betul" Laju jer aku betulkan. Betul. rasanya tak susah nak hafaz qur'an. Betul. Memang bukan sekali baca terus dapat, tetapi mejaga hafazan itu rasanya lebih susah berbanding menghafaz. Menjaga penerusan hafazan, jika tak betul-betul. Apa yang dihafaz kembali lupa. 

Seronok sebenarnya bila dapat hafaz qur'an. Lagi seronok dapat tahu maknanya. Sangatlah unik
ayat-ayat Allah ni. Sangat. Dalam peringatan Allah, ada kelembutan Allah. Betapa Allah Maha Penyayang, Pengampun. Allah nak sedarkan diri kita bahawa kita bukan apa-apa tanpaNYA. Dicipta laut, gunung-ganang, langit tinggi tanpa tiang. Dicipta untuk kita renung dan fikir kembali siapa yang cipta semua ni? Siapa yang sebenarnya pemilik semua ni? Kalau Allah nak runtuhkan, tak payah tunggu mata kita berkelip. Runtuh hilang semua. Tapi rahmat Allah tu sangat luas. Kasih sayangNYA mendahului kemurkaanNYA. Allahu robbi. Betapa agungNYA ALLAH.

Kita sebenarnya bukan tak tahu, tapi terkadang kita terlupa. Nak pulak, bila datang nikmat atau ujian daripada Allah, lagilah mudah kita terlupa. Bila kita dalam keadaan selesa, sepatutnya, kita mengingati Allah yang berikan keselesaan disertai ketenangan. Kadang rasa selesa tapi tak tenang. Nilai sebuah ketenangan dan kebahagiaan itu hanya Allah yang tahu. Sesiapa pun yang merasainya pun tak dapat nak ungkap macam mana rasa bahagia bila bahagia itu datang dari Allah.

Sesungguhnya, tak dapat diungkap melainkan kata-kata pujian dan kesyukuran kepada Allah. Tetapi, insan begini selalunya berusaha memberi kebahagian yang dia rasa pada orang lain. Kerana dia tahu rasa bahagia itu sungguuuuuhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh..Allah.. ia tak dapat digambarkan.. Makanya, mereka berkongsi, dan ingin berkongsi bagaimana mereka mendapat kebahagiaan itu. Kerana itu adanya para hamba yang lebih tinggi ilmu agamanya, lebih baik akhlaknya tak jemu beri kita ilmu.. Para ustaz, ustazah di kaca tv dan di mana sahaja, para motivator, para pendakwah. Tak kenal erti lelah dengan keadaan umat yang sebenarnya sangat parah hari ini.

Kita nak melihat sesebuah tamadun akan datang dengan melihat bagaimana generasi hari ini hidup. Jika kita buka mata dan melihat, kita akan geleng-geleng kepala. Aku cuma dapat melihat segelintir yang kecil, tetapi aku percaya sesungguhnya, lebih besar lagi di sana yang tak dapat aku nampak...

Dan bila ada pemuda pemudi yang bangkit dengan semangat islami, aku sesungguhnya sangat bersyukur bila ada golongan ini. Dan untuk aku sendiri.. aku harap aku pun dapat sertai golongan ini sebelum aku terlambat.. aku sangat sangat berharap.. dan aku ingin aku sendiri berusaha ke arah itu. Sebab, cakap sahaja tanpa ada tindakan, aku tahu itu tiada apa-apa..


Tuesday, May 15, 2012

Di sekeliling kita

Jika dalam setiap apa yang kita lihat itu tidak hanya dengan pandangan mata kasar, kita akan nampak keagungan Allah.

Ada pengajaran yang perlu diambil dalam apa jua yang berlaku di sekeliling kita. Itu tanda dari Allah. Allah mengajar kita.

Ada jalan yang berlubang, maka perlu dielakkan jika keadaan selamat untuk elak.
Di situ, kita belajar berhati-hati.

Jika ada kenderaan dari hadapan, perlahankan kenderaan agar, tayar tidak rosak, keadaan kereta stabil dan selesa meneruskan pemanduan. Di situ, kita belajar untuk bertindak cepat.

Ada 5 orang di atas sebuah motor. Hati terdetik dan mulut tanpa teragak-agak
Mak, Ayah, anak 4 tahun di bakul depan, Emak mendukung baby dan ada budak 2 tahun diantara emak dan ayah..
"Haish, bahaya ni. Awatlah bawak anak tu semua."

Kita tak tahu kalau mereka sangat kesempitan wang. Mungkin si anak merengek nak mengikut ke pasar
malam. Si bayi tiada siapa yang mahu dijaga. Mungkin itu juga kali pertama dia melakukan begitu.
Maka, syukurlah wahai diri yang diberi kemudahan yang lebih baik berbanding manusia lain.

Ada seseorang sedang menunggu bas. Dan wajah itu adalah wajah yang sedang mengharap bas tiba, tetapi juga ada sesuatu lain yang sukar sedang dia hadapi. Seakannya sedang memikir masa depannya, keluarganya yang belum berubah.

Aku juga pernah begitu. Duduk menanti bas yang tak tentu waktunya dengan harapan yang penuh mengharap dan doa'. Lantas detik hati memohon. "Ya Allah, moga ada bas sikit lagi untuk hambaMU itu.Amiinnn"

Moga sentiasa dapat perbaiki diri..amiin...



Saturday, May 12, 2012

Tanah tumpah darahku

Alhamdulillah..hari ini masih bernafas, Alhamdulillah, moga rasa lebih baik..

Semalam, sempat gak tengok kat tv1 ada rancangan khas. Ni mesti apa-apa ni? Memang dah betul pun. Perhimpunan UMNO rupanya.. Layan la kejap. Nak dengar gak apa isi-isi ucapan nyer.. Dan
"Kalau UMNO ni betul-betul...."
Memang ayat itu saja yang mampu terkeluar dari mulutku..
Adakah hakikatnya UMNO kurang betul?
Aku tak mahu jawab soalan ini dan biarkan begitu.
Sebagai pemudi, dan sebagai salah seorang insan yang sedar tanggungjawab untuk negara dan bangsa juga agamaku, aku suka nak membaca, nak melihat pandangan2 manusia tentang politik, tentang parti2 dan gelagat2 ahli politik tak kira pembangkang atau kerajaan.

Tuan Guru Nik Aziz

Siapa sahaja tak mengagumi kehidupannya? Caranya yang sederhana, ilmu agamanya dan kepimpinannya. Sebaik ada hukuman mengkafirkannya.. Allahu robbi, apa nak jadi dengan dunia ni? Apa nak jadi dengan mereka ini? Tiada ilmu? Dipergunakan?
Kalau dipergunakan, yang menggunakannya itu juga, adakah sangat terdesak? huhuhu

Huhuhu.. aku sangat kecik nak cakap hal politik malaysia. Tapi aku sokong kata Dr Mat (Dr ahmad Martadha Mohamed, Pensyarah UUM, Penganalisis Politik). Kebetulan aku ada dengar kat Awani temubual by phone. Dr Mat ni aku kagumi cara dia mengajar. Yup, aku sempat belajar dengan dia untuk kelas Etika Pentadbiran Awam masa kat UUM. Dia sangat tegas, tetapi berlembut juga. Boleh tolak-ansur. Time kelas, janganlah datang lambat, buat malu jer.. Dalam kelas kena duduk depan. Jangan berangan nak duk belakang, sat g kena panggil. Kedatangan pelajar diperiksa satu persatu. Dipanggil sorang2.. Kelas ni kelas kecil, so that jangan berangan nak ponteng. Kelas ini adalah satu2nya kelas yang aku dan sekumpulan kawanku duk paling depan sekali tiap kali kelas Dr Mat. Kalau tak, nak duk belakang jer..huhu..Pasal tugasan. dia mahu yang lain dari yang lain. Mesti ada perbincangan antara ahli. Siapa tak buat kerja siaplah. Dr Mat ada cara nak kesan student yang tak buat kerja..Jawapan untuk setiap soalan yang diberi tak perlu semestinya betul, tapi kena ada hujahan yang bagus.

Dr Mat kata pada Awani "UMNO boleh menang besar, kalau perbaiki dari akar umbi" .Ya, saya sokong itu..

Siapa sahaja tak boleh menang if, perbaiki diri. Itu dari skop yang kecil. Saya terima itu. Jadi UMNO boleh menang besar if perbaiki akar umbi. Maka, di situ letaknya tugas yang sangat besar untuk ahli2 UMNO yang punya kesedaran untuk mengubah UMNO yang kelihatannya sukar. Tetapi itulah perjuangan sebahagian ahli UMNO yang betul-betul sedar dengan perjuangan UMNO yang sebenarnya. Dan sangat sedih, di kalangan parti yang sepatutnya menyatukan umat islam ini, ada yang sangat suka mengejar nama, pangkat, harta semata-mata. Lupa tanggungjawab. Akibatnya, nama ini jadi tidak wangi. Sedih sekali..

Jadinya, aku mengambil satu keputusan tekad, apa pun pasal politik Malaysia, aku akan tetap ambil tahu dan selidik dari kedua-dua pihak. Memang aku tak tahu semua. Tapi aku masih melihat pada gelagat2 parti, pandangan2 manusia yang menyokong pihak kerajaan dan pembangkang.. Tetapi dalam pada itu, aku ingin perjuangkan sesuatu yang lain..

Ha, nak masuk JATI ke? hekhek...


Thursday, May 10, 2012

Bila terasa jauh

Diam tak diam. dah berhari blog ni tak update.. macam mana boleh terlupa? aku yang tersilap? aku yang terleka dan terlalai dengan kesibukan dunia sehingga blog ni terabai sebegini..

Begitu pentingkah???
Ye..penting untuk ingatkan diri saya sebanyak-banyaknya, dan saya tidak pasti pada orang yang terbaca blog ini.

Kenapakah ia sangat penting???
Ia kembali kepada niat. Setiap yang kita lakukan berpandukan apa yang kita niatkan..dalam hadis dah disebutkan.."tiap amalan itu bergantung pada niatnya..."jika itu yang dia mahu, maka itu yang dia
dapat.. saya meniatkan penulisan blog ini untuk perbaiki diri saya mencapai redha Allah..

Tak semua pengisian dalam blog ini memuhasabahkan diri, tetapi saya ingin mengambil pengajarannya daripada tiap apa yang saya tulis juga redha Allah itu sangat penting dalam hidup.. antara syurga dan redhaNYA, yang mana kita dahulukan? Aku selalu teringat satu cerita ini mungkin dari hadis.. "jika syurga yang kamu minta, maka, kamu tidak akan dapat syurga' lebih kurang ayatnya, tapi itu maksudnya.. :sebalikya,pintalah redha Allah..

Kenapa pula teremosi ni???

Rupanya,jauh dengan Allah.. jauh dengan kasih sayang dan peringatan dari Allah, walhal, terang-terang Allah ciptakan alam untuk dilihat kebesaran Allah. Terang dan jelas, ingatan dan azab Allah untuk manusia, untuk hamba yang ingkar kepadaNYA..Terkadang, kita sangat leka dengan nikmat Allah yang diberi pinjam sekejap cuma. Betul. Manusia ini terlalu cepat leka dengan nikmat Allah..Maka, apabila diminta kasih sayang Allah, Allah akan beri sedikit kesusahan untuk melihat bagaimana reaksi hambaNYA..

Kerana sesungguhnya, dengan ujian dan kesusahan itu, salah satu wasilah untuk kita dekatkan diri kembali kepada Allah, kembali ingatkan diri, kembali merayu akan kasih sayang Allah..Jika kita terus tersenang dengan keindahan dunia, dengan kasih sayang manusia, kita akan lupa kasih sayang Allah yang lebih utama..

Kembali kepada Pencipta..

Manusia ini sangat sayang dengan keluarga, saudara, sahabat dan harta.. sayang dengan dunia..
Walhal, sayang itu jika salah digunakan, ia satu kebinasaan..

Kembali kepada Kalamullah..

Mukjizat terbesar dan teragung dikurnia kepada Nabi Muhammad S.A.W.. dalam tiap susunan kalimahnya yang indah, makna yang sangat memaknakan kehidupan, dalam lafaz yang ya..juga sangat indah bila dilafaz betul dengan tajwidnya, betapa terasa, kebesaran dan keagungan Allah pada mukjizat yang satu ini. Belum lagi diteliti maknanya.. lihat, sekejap bait-bait makna kalimah bahasa syurga itu.. sepatutnya, menginsafkan kita sebagai hamba..kembali kepada Allah Yang Mencipta..

Waallahua'lam..

Monday, May 7, 2012

Daniel si tembam tomey

Hehehe.. alhamdulillah..akhirnya dapat menjejak ke taska.. kangen banget dengan budak-budak kat taska. Sampai dah tengahari..budak tengah tidur. Sempat zohor dulu then tunggu budak bangun. Tak bangun-bangun.
"Ika, diaorang tidur pukul berapa?"
"12"
"Diaorang dah makan ek?"
"Dah tadi."

Jawabnya, budak-budak ni akan bangun lambat. Perut dah kenyang dan akhirnya aku pun lena la sekali ngan budak2 tu.. Tak lama pastu, aku bangun, budak-budak ni tak bangun lagi. Nak kejut sat g kesian plak kat Ika denagn Farah. Baru nak rehat. Jadinya biar je la budak2 ni tidur..

Tengok muka budak2 tengah tidur. Ya Allah, lena sangat diaorang tidur..usik2 muka Ajmal, muka Daniel. Dua2 ni baru setahun lebih.. Tapi memang tak bergerak. lena sungguh..

Seronok sangat walaupun sekejap..

Masa kerja dulu, bila rasa letih, terduduk gak la tepi dinding..
"Den, sini jap den."
Daniel pun datang dengan terkedek-nya..
Datang dengan penuh senyum dan sengih, suka dan gembira..
"Nak sayang Den sikit."
Daniel duduk kat riba seperti biasa..dah tahu je dia..
Peluk Daniel..
Dan, the miracle is...
Hilang rasa letih..
Patutla pun kalau ada terbaca kisah-kisah ibu bekerja, then bila nampak wajah anak, kembali bersemangat..huhu



Selalunya Daniel yang dipanggil sebab Daniel, if kita manjakan dia, dan kemudian, kita boleh tinggal-tinggalkan buat kerja lain, dan dia tak merengek sangat.. tapi untuk yang lain, lain pulak caranya.. 


Hem, Daniel, masa mula-mula daftar masuk. Dia tak pandai jalan lagi, dan kalau tengok kat pic tu, Daniel agak berisi dan besar. Semangat nak mendukung dia nih. Dia belum boleh berjalan. Dan agak takut. Tapi Alhamdulillah, sempat kami ajar dia jalan dan mungkin ibu dan abah dia ajar juga di rumah, Daniel pun pandai berjalan. Bila dah berjalan tu, ha, mula la nak ke sana, sini.

Bila Daniel merajuk kena marah, atau tak dapat barang yang dia nak, dia akan jauhkan diri dari kita, tapi kalau kita nak pujuk dia balik senang jer..

"Den, meh sini meh." Sambil buat isyarat tangan memanggil, buatlah ayat-ayat manja nak memujuk budak-budak. Dan, memang tak lama. Daniel akan datang dekat dengan kita. Peluk, cium jer dia, cakap dengan dia, dia akan ok.

Dan lagi, Daniel ni suka nak susu..
Kalau nak susu, dia akan tunjuk kat botol dia, atau tunjuk ke arah dapur, atau dia akan
tarik-tarik baju kita.

Sekarang, Daniel dah pandai cakap. Apa kita cakap, dia akan ikut dalam pelat-pelat dia.
Comey sangat..hehehe
"E-gu, e-gu."
 Ha, dah gaya ejaan nama korea dah ni.. mean that..cikgu, cikgu..hehe..

Moga Daniel menjadi anak yang soleh..amiin..


Monday, April 30, 2012

Alhamdulillah..syukur pada Allah

Alhamdulillah..

Majlis perkahwinan kakakku berjalan dengan lancar dan boleh dikira sempurna..
Memang ada sedikit permasalahan dan kekecohan, tetapi kami ambil ia sebagai pengajaran..
Selalunya, abah akan jadi agak melatah bila ada masalah time kenduri-kenduri ni..tetapi..alhamdulillah.. abah ambik jalan postitf kali ni. Dan aku sangat sangat beryukur..Alhamdulillah.. kerana banyak perkara..

Dan diantara perkaranya ialah banyak berkaitan dengan perjalanan majlis perkahwinan kakakku.. Ye, majlisnya ada ketidaksempurnaan tapi pengajaran penuh di sebalik majlisnya itu yang ingin ku ambil..

-Kali ni achik jaga P.A system..alhamdulillah, lagu-lagunya tak melalaikan.. dan tidak kuat seperti dulu-dulu. Bukanlah tidak ditegur dan bukanlah budak kecil untuk tak mengerti keadaan sekeliling, tetapi manusia memangnya suka pada hibur-hiburan..

-Alhamdulillah, setiap kekurangan dalam majlis kali ni, masing-masing lebih bersikap untuk menerima secara positif, tidak mahu menyakitkan hati mana-mana pihak..

-Alhamdulillah, ukhwah antara adik-beradik yang agak komplikated, dapat kami sama-sama cuba perbaiki kerana sesungguhnya, hubungan ini bukanlah mudah untuk dijaga, Hati-hati manusia terlalu sensitif. Tambahan pula apa yang dihadapi kekadang rasa sangat susah, tapi sebenarnya itu kemampuan yang Allah beri untuk kami hadapi..

Setelah berpuluh tahun,segala kedukaan dulu, Allah beri hadiah kebahagiaan dek kesabaran mak dan abah. Walaupun dalam sabarnya ada latah, tapi Allah beri kebahagiaan itu. Aku tidak tahu sejauh mana keduanya bahagia..sedang dalam masa ini pun, masih ada perkara yang keduanya fikirkan untuk anak-anaknya, tapi aku yakin, keduanya bahagia insya-allah..

Alhamdulillah..moga ada sinar hidayah untuk kami sekeluarga dan kalian juga..Amiin...


Saturday, April 28, 2012

siapa kami nak pilih?

BERSIH 3.0
aku pos juga status di facebook. dan kerana status itu membuat aku mengklik beberapa laman web dan membuat aku berfikir bercabang-cabang jadinya..

Bukan tiada tokoh agama dalam UMNO
Bukan tiada orang tak baik dalam PAS
PAS bukan malaikat
UMNO bukan kafir..

Kenapa hanya PAS dan UMNO?
Kerana yang lain dah TENTU bukan pilihan saya.....

Kalau kita setuju setiap orang buat salah, kita mesti setuju yang PM Malaysia pun ada buat salah. dan tiap menteri pun ada buat salah. Tapi ini tak bermakna mereka boleh sesuka hati nak buat salah dan kemudian, "yer saya manusia biasa..". Mereka pemimpin, yang dilihat setiap gerinya di mata rakyat. Setiap perubahan yang mereka lakukan mengambil masa kerana ramai setuju pada perubahan yang perlahan tapi istiqomah berbanding drastik tetapi sekejap.. Tetapi, sebagai pemimpin, mereka perlu mendengar pendapat rakyat melalui saluran yang disediakan. Cuma, bila pendapat itu tak diambil berat, rakyat bertindak dan, ada pula yang meminta untuk memberi masa kepada kerajaan untuk memperbaiki..
Setuju tak pada tak semua sempurna, tak semua boleh jadi BERSIH tanpa sebarang kekotoran???

Dan kita mesti setuju juga, Jika ada orang PAS buat salah, kita tak boleh salahkan dia 100% sebab dia manusia bukan malaikat. Selalunya bila orang agama buat salah, nampak cepat je kesalahan dia dan mulalah kata dia macam-macam... Tapi kalau orang yang biasa-biasa buat salah "padanlah, dia memang macam tu" Sedar tak yang kita manusia biasa...

Dan saya terfikir, alangkah kasihannya orang macam saya yang berfikir macam-macam...

Saya sayangkan negara saya, saya sayangkan sangat negara saya...

Saya tahu masih ramai anak muda yang berada di atas pagar menyebabkan ramai yang belum daftar mengundi dan malas nak mengundi keraana masih ada yang berfikiran macam saya..Bukan tidak mahu melihat negara, situasi negara, dan bukan tidak membaca sejarah. Cuma, bila sampai satu tahap, itu ini begitu begini..maka, jadilah ia kosong... dan kami mahu bina satu parti baru pula...hehehehe....

Saya duduk bersama mereka yang dilema, saya cuba mengertikan pemikiran mereka apabila ada pertembungan dalam pemikiran kami.. Jadi, kami sedang membaca daripada sumber kedua-dua pihak..kekadang fikiran tetap sama.. jadi kami akan istikharah...;)

Kekadang jadi menyampah dengan dua-duanya.. pada manusia-manusia yang ada membuat onar dalam keduanya... membuatkan kami sukar memilih, tapi kami juga mengerti..bukan semua manusia betul-betul mahu berjuang dengan penuh kesucian bilamana, harta, wang,pangkat, di depan mata..

Allah akan menunjukkan kebenaran..


Wednesday, April 25, 2012

sudah berjasakah pada islam???

Assalamualaikum...
Terasa jarang sekali beri salam di sini..
Sudah dijawab salam ku???
Jika sudah, teruskan membaca jika mahu teruskan..

Alhamdulillah
masih berhembus nafas untuk hari ini..
Entah kenapa, tadi siang, perasaan itu datang lagi..
rasa belum memberi apa-apa..
dan sememangnya itu lah..
sepanjang hidup hampir 24 tahun atas muka bumi Allah..belum apa-apa aku berikan.. dan

Bayangkan, sepanjang hidup menyulusuri umur yang sudah memikir baik dan buruk, yang sudah tahu perlu berbuat sesuatu, tetapi belum ada apa-apa diberi untuk islam...

Allahu robbi.. sangat lekanya saya dengan dunia saya.. sibuk membuat itu ini, sibuk kononnya sibuk, padahal kosong wahai diri..kosong...

Sedarlah, orang lain sedang sibuk membaja tanaman... moga terus tumbuh subur dan memetik hasil di padang akhirat..
tapi kamu?
kamu masih kosong wahai diri.. belum mula menanam?
bagaimana mahu dipetik buahnya kelak????

Ya Allah semoga sekarang diri ini lebih bersungguh..dan sedang berusaha insya-allah..
saya sangat berharap saya dapat lakukannya..


Monday, April 23, 2012

Paru-Paru


Hari Jumaat lepas, ke Poliklinik Ar-Razi untuk buat medical check up..

(seyesly, klinik ni sangat cantik, kemas, bersih dan luas. Pekerjanya jugak boleh tahan ramai. Jadinya, masa ramai orang i.allah urusan pertadbiran berjalan lancar, cuma at that time, hanya ada sorang je la doktor tengah bertugas.Bertukar shift mungkin sebab beroperasi 24 hours...)

Macam biasa, pergi kat kaunter pendaftaran..keluarkan RM sekian-sekian..huhuhu

Tunggu-tunggu..

Namaku dipanggil..

Jalan sopan-sopan poyo ke bilik x-ray..5-7 minit siap..keluar..tunggu lagi.

Panggil lagi nama..

Masuk lagi bilik ke dua..

Cek tinggi, berat, penglihatan..

Ok Done..

“Terima kasih.”

Tunggu lagi...

Panggil lagi nama..

Masuk bilik...

Ok, itu doktor..wat2 biase je..
Dah tahu, ni mesti kena cek tekanan darah..so jangan neves atau darah anda akan naik dan tak pasal-pasal, ada darah tinggi..

Siap-siap semua...

Doktor tu bukak slide xray aku..

Seyesly, tak faham peparu aku tu awat lagu tu..Yang tahu, tu paru-paru.

ini bukan xray slide ku..this pic from
http://zakikhan.net/paru-paru-berair/
info kesihatan banyak juga di sini
Doktor tu macam kira keluasan paru-paru kanan dan kiri..juga keluasan sesuatu di tengah-tengah antara paru-paru kanan dan kiri dan gambar itu kurang jelas..

“Kalau jantung awak..

‘Owh, jantung rupanya..’
(aku buat kesimpulan sendiri itu jantung, tapi aku tak tanya pulak doktor tu..ape tu sebenarnya..silap di situ..)

"Lebih besar daripada paru-paru awak, maksudnya, jantung awak bermasalah”

“Hah?Saya” Sambil tunjuk pada diri sendiri.

“Tak, saya cuma bagitahu.”

"Owh.." angguk-angguk

Ok, that’s it...

Sebelum tu, doktor ni tanya aku

“Awak ada resdung ke?

“Tak de”

Laju je aku cakap tak de..aku tak pasti. Tapi kalau ada pun, mungkin tak kuat sangat sebab selama aku makan masakan berunsur belacan, aku lambat terima efek nak terbersin..Cuma aku perasan, aku dah tak boleh kena habuk sangat..tengah kemas2 bilik, kekadang boleh terbersin..padahal dulu ok je..

-jaga diri, jaga kesihatan, jaga kebersihan..jaga IMAN.....



Friday, April 20, 2012

Allah dalam Hati

Sesungguhnya, hanya dengan bersama Allah sahaja baru hati akan tenang...
Liku hidup tak kan pernah habis...
Seusia begini ingiin mencorak hidup..
Sesungguhnya, begitu banyak perkara menghalang,
begitu banyak perkara seakannya sukar sekali mahu dilepasi..

Hanya dengan Allah, baru merasa lapang..
Allah itu ada..
bagi yang tidak merasa Allah itu ada..bagaimana kehidupan dia??
Apa panduan yang dia ada untuk meneruskan kehidupan?
Bagaimana dia menghadapi sukarnya hidup???
Hanya dengan logik akal semata? Atau cukup buku motivasi penulis terkenal?

Allah, sesungguhnya Allah itu maha sayang kepada hambaNYA yang mahu mengaku Allah itu tuhannya...

Kita telah tahu itu..
Saat ada kesedihan mendatang...
Mungkinkah itu ujian
Ujian daripada Allah untuk menguji keimanan hambaNYA
Bagaimana saat dia teruji?
Masihkkah mampu kita mengingati Allah?
Masihkah lidah akan berzikir, dahi akan menyentuh sejadah?
Atau mungkinkah terucap kata nista segala?

Mungkinkah itu  musibah?
Atas segala dosa..
Sebagai tanda Allah ingin kembalikan kita kepadaNYA
memohon ampun perbuatan silam yang punya salah...

Allah sayang, sangat sayang hambaNYA...makanya, dalam pelbagai bentuk ujian..
Diri ini yang kerdil dan punya banyak silap, masih bertatih ingin cuba memahami kehidupan.. sungguh sekali banyak khilaf..

Wednesday, April 18, 2012

menegur kesilapan dan ditegur

Alhamdulillah.. aku baru 24 years..old tak de.. hehehe
Sedau sedau kan diri la yer..dah 24 tahun, tapi belum banyak sebenarnya ilmu untuk berkongsi dan menunjuk yang betul. Cuma, sebagai pendapat diri yang masih bertatih melihat dunia.

Menjejak blog Abu Saif (Saifulislam.com) memberi keinsafan dan kesedaran, sesungguhnya diri ini banyak khilaf. Tersangat.

Terlalu banyak meluahkan kekadang, akan banyak kesilapan. Makanya, teguran itu perlu. Tapi teguran yang bagaimana?

Semua orang akan buat silap dan mungkin jika kalian duduk di kerusi yang atas, kalian akan nampak kesalahan orang yang di bawah kalian. Dan, tak kan mungkin, selaku bos, kalian nak biarkan kesilapan tu berterus-terus dilakukan. Makanya, perlu pada teguran.

Orang yang di bawah mungkin tidak nampak kesalahannya, malahan diri sendiri pun tak sedar ada kesilapan yang dilakukan. Kerana manusia ini selalu merasa, diri sendiri betulm walhal sebaliknya. Makanya, mungkin, orang itu tidak nampak kesalahannya atau mungkin terleka. Makanya, teguran perlu diberikan.

Mengherdik? Memaki? dan Memarahi?

Begitu tegurannya, maka, belum tentu akan tercapai hasil yang positif, sebaliknya, boleh ada pemberontakan baik secara zahir mahupun batin.

Tegurlah dengan berhikmah. Tegurlah dengan ilmu, dan akhlak.Tegurlah dengan cara yang sesuai mengikut keadaan, masa, tempat dan ketika.Pasti teguran itu diterima dengan terbuka dan orang yang menegur juga akan lebih dihormati.

Tuesday, April 17, 2012

Haziq Hazim Dah Pandai

Setahun cuma aku bekerja di taska. Tempat yang mengajar aku bagaimana menjadi ibu? Sesungguhnya, banyak ilmu aku dapat sepanjang setahun. Pada mulanya, aku tekad. Cuma 3 bulan atau 4 bulan. Tetapi, banyak halangan untuk aku berhenti daripada menjadi pengasuh. Makanya, aku pasrah. Dan mengambil masa yang lama untuk aku merasa seronok dengan kerja sebagai pengasuh. Alhamdulillah. Aku sempat untuk merasa seronok dengan kerja yang aku lakukan. Alhamdulillah. Kerana, jika aku tidak sempat merasa keseronokan bekerja sepanjang tempoh 1 tahun, aku akan menjadi manusia yang paling rugi. Alhamdulillah. Allah berikan aku kesempatan itu.

"Sesungguhnya, menjaga, mengasuh dan mendidik anak-anak perlukan kesabaran yang sangat tinggi."

Aku tahu hakikat itu, dan aku cuba perbaiki. Namun, saat Allah menguji, nyatanya aku kalah. Aku jadi faham, kenapa ada orang yang sanggup mendera si kecil yang tidak berdosa dengan begitu kejam? Kenapa? Kenapa? Kita akan jadi hairan dengan berita penderaan kanak-kanak di dada akhbar. Anak itu tidak berdosa langsung. Rupanya, bila berhadapan dengan situasi begitu, dan tanpa iman di hati, si anak kecil itu akan terdera. Iman itu tidak boleh ditunggu. Mendidik si anak kecil perlu pada cara yang sangat sabar.

Haziq berumur 4 tahun. Dia ada kembar seiras.. Hazim. Keduanya tak banyak beza, baik dari segi sikap dan fizikalnya.  Sihat dan bijak. Suka pada puzzle. Tetapi belum pandai pakai baju sendiri. 4 tahun sudah. Serasanya dia sudah besar untuk itu. Betul. Ibu dan ayah yang sangat memanjakan anak-anak kadang-kadang menyebabkan anak itu akan perlahan untuk mempelajari sesuatu yang sepatutnya dia sudah pandai. Siapa tak sayang anak??? mahu lakukan segala-galanya untuk anak. Tapi kami di taska, kami sebagai pengasuh. Kami dipertanggungjawabkan untuk mengasuh anak-anak mereka menjadi pandai, bijak dan berdikari. Makanya, Haziq diajar menanggalkan baju sendiri, memakai baju sendiri.

At first step: kami beri dia selalu tengok bagaimana Aliff (6 tahun) membuka baju sendiri, memakai baju sendiri..
Second: Kami tanggalkan separuh bajunya dan selebihnya dia tanggal sendiri dan berikan baju kepada dia dengan membentangkan bajunya sendiri untuk memakai baju tersebut.
Third: Kami akan katakan "Haziq.,yang ada gambar ni di bahagian depan."
Haziq pandai untuk terus masukkan kepala atau tangannya mengikut keselesaannya apabila
selalu melihat Aliff melakukannya..

Alhamdulillah, lama-lama, bila sampai masa mandi, baju dibuka sendiri..
Bila selesai mandi, baju diambil dan dipakai elok.
Cuma, ada masanya akan terbalik. Makanya, itu tanggungjawab pengasuh untuk menunjukkan yang betul..

Tapi, tak berhenti di situ...
Tiba saja masa mandi, Haziq akan menanggalkan bajunya dan terus mencampakkannya di tempat dia membuka baju.

"Haziq, ambik baju tu semula. Bagi pada cikgu."

Konpius...
mana Haziq? Mana Hazim? hehehe
Tahi lalat di dahi membezakan
juga ketinggian..
Dan dia mengambil patuh.

Tidak mahu bersepah dan mengajar dia untuk lebih berdisiplin. Disamping, mendapat kebaikan untuk kami juga agar tidak bersepah dan baju tidak bertukar.
Dan lama-lama, dia pandai.
That is learning process.. dan sentiasa akan ada proses pembelajaran untuk si anak-anak kecil. Dan kita juga sentiasa kena belajar...

 Sesungguhnya, itu ilmu sedikit yang ku peroleh berada di taska.. masih banyak yang tak ku tahu. Allah beri aku untuk duduk di situ. Aku tiada ada adik kecil. Aku tidak pernah menjaga si kecil dan aku tidak tahu. Masuk ke taska dengan zero.. Alhamdulillah, Puan Zainun (puan terhormat bos) banyak mengajar.. sepupuku, Kak Ina juga sangat pemurah ilmunya..moga Allah berikan kemudahan dan keberkatan untuk mereka..