Showing posts with label Malaysia. Show all posts
Showing posts with label Malaysia. Show all posts

Saturday, May 12, 2012

Tanah tumpah darahku

Alhamdulillah..hari ini masih bernafas, Alhamdulillah, moga rasa lebih baik..

Semalam, sempat gak tengok kat tv1 ada rancangan khas. Ni mesti apa-apa ni? Memang dah betul pun. Perhimpunan UMNO rupanya.. Layan la kejap. Nak dengar gak apa isi-isi ucapan nyer.. Dan
"Kalau UMNO ni betul-betul...."
Memang ayat itu saja yang mampu terkeluar dari mulutku..
Adakah hakikatnya UMNO kurang betul?
Aku tak mahu jawab soalan ini dan biarkan begitu.
Sebagai pemudi, dan sebagai salah seorang insan yang sedar tanggungjawab untuk negara dan bangsa juga agamaku, aku suka nak membaca, nak melihat pandangan2 manusia tentang politik, tentang parti2 dan gelagat2 ahli politik tak kira pembangkang atau kerajaan.

Tuan Guru Nik Aziz

Siapa sahaja tak mengagumi kehidupannya? Caranya yang sederhana, ilmu agamanya dan kepimpinannya. Sebaik ada hukuman mengkafirkannya.. Allahu robbi, apa nak jadi dengan dunia ni? Apa nak jadi dengan mereka ini? Tiada ilmu? Dipergunakan?
Kalau dipergunakan, yang menggunakannya itu juga, adakah sangat terdesak? huhuhu

Huhuhu.. aku sangat kecik nak cakap hal politik malaysia. Tapi aku sokong kata Dr Mat (Dr ahmad Martadha Mohamed, Pensyarah UUM, Penganalisis Politik). Kebetulan aku ada dengar kat Awani temubual by phone. Dr Mat ni aku kagumi cara dia mengajar. Yup, aku sempat belajar dengan dia untuk kelas Etika Pentadbiran Awam masa kat UUM. Dia sangat tegas, tetapi berlembut juga. Boleh tolak-ansur. Time kelas, janganlah datang lambat, buat malu jer.. Dalam kelas kena duduk depan. Jangan berangan nak duk belakang, sat g kena panggil. Kedatangan pelajar diperiksa satu persatu. Dipanggil sorang2.. Kelas ni kelas kecil, so that jangan berangan nak ponteng. Kelas ini adalah satu2nya kelas yang aku dan sekumpulan kawanku duk paling depan sekali tiap kali kelas Dr Mat. Kalau tak, nak duk belakang jer..huhu..Pasal tugasan. dia mahu yang lain dari yang lain. Mesti ada perbincangan antara ahli. Siapa tak buat kerja siaplah. Dr Mat ada cara nak kesan student yang tak buat kerja..Jawapan untuk setiap soalan yang diberi tak perlu semestinya betul, tapi kena ada hujahan yang bagus.

Dr Mat kata pada Awani "UMNO boleh menang besar, kalau perbaiki dari akar umbi" .Ya, saya sokong itu..

Siapa sahaja tak boleh menang if, perbaiki diri. Itu dari skop yang kecil. Saya terima itu. Jadi UMNO boleh menang besar if perbaiki akar umbi. Maka, di situ letaknya tugas yang sangat besar untuk ahli2 UMNO yang punya kesedaran untuk mengubah UMNO yang kelihatannya sukar. Tetapi itulah perjuangan sebahagian ahli UMNO yang betul-betul sedar dengan perjuangan UMNO yang sebenarnya. Dan sangat sedih, di kalangan parti yang sepatutnya menyatukan umat islam ini, ada yang sangat suka mengejar nama, pangkat, harta semata-mata. Lupa tanggungjawab. Akibatnya, nama ini jadi tidak wangi. Sedih sekali..

Jadinya, aku mengambil satu keputusan tekad, apa pun pasal politik Malaysia, aku akan tetap ambil tahu dan selidik dari kedua-dua pihak. Memang aku tak tahu semua. Tapi aku masih melihat pada gelagat2 parti, pandangan2 manusia yang menyokong pihak kerajaan dan pembangkang.. Tetapi dalam pada itu, aku ingin perjuangkan sesuatu yang lain..

Ha, nak masuk JATI ke? hekhek...


Saturday, April 28, 2012

siapa kami nak pilih?

BERSIH 3.0
aku pos juga status di facebook. dan kerana status itu membuat aku mengklik beberapa laman web dan membuat aku berfikir bercabang-cabang jadinya..

Bukan tiada tokoh agama dalam UMNO
Bukan tiada orang tak baik dalam PAS
PAS bukan malaikat
UMNO bukan kafir..

Kenapa hanya PAS dan UMNO?
Kerana yang lain dah TENTU bukan pilihan saya.....

Kalau kita setuju setiap orang buat salah, kita mesti setuju yang PM Malaysia pun ada buat salah. dan tiap menteri pun ada buat salah. Tapi ini tak bermakna mereka boleh sesuka hati nak buat salah dan kemudian, "yer saya manusia biasa..". Mereka pemimpin, yang dilihat setiap gerinya di mata rakyat. Setiap perubahan yang mereka lakukan mengambil masa kerana ramai setuju pada perubahan yang perlahan tapi istiqomah berbanding drastik tetapi sekejap.. Tetapi, sebagai pemimpin, mereka perlu mendengar pendapat rakyat melalui saluran yang disediakan. Cuma, bila pendapat itu tak diambil berat, rakyat bertindak dan, ada pula yang meminta untuk memberi masa kepada kerajaan untuk memperbaiki..
Setuju tak pada tak semua sempurna, tak semua boleh jadi BERSIH tanpa sebarang kekotoran???

Dan kita mesti setuju juga, Jika ada orang PAS buat salah, kita tak boleh salahkan dia 100% sebab dia manusia bukan malaikat. Selalunya bila orang agama buat salah, nampak cepat je kesalahan dia dan mulalah kata dia macam-macam... Tapi kalau orang yang biasa-biasa buat salah "padanlah, dia memang macam tu" Sedar tak yang kita manusia biasa...

Dan saya terfikir, alangkah kasihannya orang macam saya yang berfikir macam-macam...

Saya sayangkan negara saya, saya sayangkan sangat negara saya...

Saya tahu masih ramai anak muda yang berada di atas pagar menyebabkan ramai yang belum daftar mengundi dan malas nak mengundi keraana masih ada yang berfikiran macam saya..Bukan tidak mahu melihat negara, situasi negara, dan bukan tidak membaca sejarah. Cuma, bila sampai satu tahap, itu ini begitu begini..maka, jadilah ia kosong... dan kami mahu bina satu parti baru pula...hehehehe....

Saya duduk bersama mereka yang dilema, saya cuba mengertikan pemikiran mereka apabila ada pertembungan dalam pemikiran kami.. Jadi, kami sedang membaca daripada sumber kedua-dua pihak..kekadang fikiran tetap sama.. jadi kami akan istikharah...;)

Kekadang jadi menyampah dengan dua-duanya.. pada manusia-manusia yang ada membuat onar dalam keduanya... membuatkan kami sukar memilih, tapi kami juga mengerti..bukan semua manusia betul-betul mahu berjuang dengan penuh kesucian bilamana, harta, wang,pangkat, di depan mata..

Allah akan menunjukkan kebenaran..


Saturday, July 9, 2011

pasal semalam

Sebagai orang muda yang bakal mengundi, aku pastinya melihat perkembangan politik walaupun banyak yang terselit terselindung yang tak diketahui. Tapi pasal perhimpunan semalam? Em, suka baca komen ustaz zaharuddin..katanya, walaupun dah disekat dengan macam2 tapi Bersih tetap terus berhimpun dengan ramai sekali penyokong. (Tak tahulah kalau ada yang memang saja suka-suka nak berhimpun, nak suka-suka masuk dalam sejarah negara, berhimpun tanpa faham apa tujuan perhimpunan tu.) Kerajaan perlu ambil berat terhadap apa yang berlaku. Perlu dikaji dan diteliti.

Really love and proud to be malaysian.. More than that, proud to be muslim. Tapi orang islam bergaduh dengan seramai2nya. Tak nampak sangat pula yang cina atau india. Tengok komen di FB drpd seorang lelaki cina. Memang dikutuk habis org melayu yang bergaduh segala. Diaorang duk senyum. Tak kisahlah melayu, cina atau india. Kita duduk dekat satu tanah. Satu bumbung. Jadi negara ni perlu dijaga.

Tapi, seperti kata di atas, kerajaan perlu ambil berat tentang respons rakyat. Atau kalau ianya hanya satu propaganda, sy mendoakan yg benar terus berjuang dan diberi kebenaran.

Berjuang bukan untuk kuasa. Kuasa di dunia diiringi dengan satu tanggungjawab yang besar, amanah yang akan disoal.

Sunday, June 26, 2011

Hari ini

Mungkin, mungkin, mungkin
semasa ada yang membaca entri ni, ada yang merasa letih.
Atau mungkin,
ada yang tak merasa apa-apa...
Kerana
pada saat entri ini ditulis, penulis sedang merasa letih
otak merasa penat.
Penat dengan apa?
Mungkin kerana penat sebab tadi siang, berjalan ke bandar.

-Program yang dilakukan adalah untuk memberi kesedaran pada orang awam agar jangan mengikuti perhimpunan 'BERSIH' itu. (Sejauh mana BERSIHNYA???) Dan setelah melihat program yang dijalankan kami ke pasar tani berdekatan. Dan, sedang berjalan-jalan, hanya melihat. Tidak berniat untuk membeli kerana belum dapat gaji..huhuhuhu..Tiba-tiba aku nampak sekumpulan manusia dengan baju t-shirt kuning. Selepas disapa 'Selamat pagi' baru aku melihat ke arah bajunya yang tertulis 'Save Malaysia' 'Stop LYNAS'. Ok aku faham dan sikit kat situ.

Balik rumah taska, tengok berita pulak.
marah, geram, bengang semua yang sewaktu dengannya ada..huhuhu.

Sibuk nak demonstrasi jalanan. Aduhai, kalau ada orang tengah nak bersalin macam mana? Kalau ada yang sakit tenat? Kat jalan tu, beratus, ribu orang guna jalan nak ke sana-sini. Ada urusan macam-macam.
Memang diakui demonstrasi berguna dan memberi kesan untuk desakan sesuatu perkara. Mungkin mereka telah bosan dengan saluran yang betul tetapi hasilnya tetap sama. Tetapi, demonstrasi jalanan tu....aduhai... tolonglah buat tempat lain. Aku nak tersengih pun ada bila ada komen kat surat khabar dari orang awam. 'Bukan makin bersih, tapi makin bersepah'. Huhuhuhu..
Ada yang suruh buat dalam stadium, keliling 10 kali.

Aku masih hijau untuk cakap keterlaluan dalam isu ini (not really young, it's time), tapi sebagai orang muda, aku rasa sangat tak patut dengan demonstrasi jalanan yang mungkin akan menimbulkan kekecohan semata.

Betul, orang muda memang semangatnya membara. Nak pulak bila nampak kesalahan, kami hanya tahu untuk membetulkan. Dan kekadang kami bosan dengan perkara dan isu lama yang pusing-pusing macam tu jugak. Tapi kepada orang-orang muda, kita selamatkan negara kita. Sayang weh kat Malaysia ni. Ingat senang2 ke orang dulu-dulu nak perjuangkan kemerdekaan. Mengadap orang putih tu. Tok nenek moyang kita. Em, sayanglah pada Malaysia. Dan lagi untuk orang melayu, kita dah terlalu berpecah-belah. Kita ni islam. Islam tak suruh berpecah-belah, menghuru-harakan keadaan.

Saya mungkin tersilap, saya masih menjejak dan mencari. Sebarang pendapat, sangat dialukan.Kita berkongsi pendapat walau mungkin kita berbeza.