Showing posts with label Taska. Show all posts
Showing posts with label Taska. Show all posts

Saturday, July 21, 2012

Ramadhan di Taska


Berdamai dengan Kenangan

Itu antara salah satu cara untuk meraih kebahagiaan.
Kenangan lalu bukan semua indah Pastinya ada kepahitan dan warna suram dalam calitan warna kain kehidupan... tetapi itulah kehidupan..
bukan semua yang kita jumpa pada awalnya kita suka terus kita suka. Terkadang ia bertukar tidak suka. Dan terdapat juga yang mulanya kita benci akhirnya jadi jatuh cinta dan suka.


Dan bagaimana  pada hujung Mac 2011, aku tanpa fikir panjang terima tawaran kerja taska.. aik terima tawaran? macam best jer kan kerja ni.. macam orang spesyel jer boleh dapat.. hahaha...

alhamdulillah..

Allah tahu kenapa aku perlu di sana untuk hampir setahun..
sesungguhnya, kerenah mereka memang terkadang bikin hati geram dan aku terkadang bukan jadi aku.. tetapi kerenah mereka juga mencuit hati..

Ok, sekarang bulan ramadhan.. mengadap ketibaan ramadhan masa kerja kat taska. Tak terbayang, macam mana  letihnya dan laparnya serta dahaga dah  tentu.. kalau bulan tak puasa, selalu jer lapar, nak makan, g dapur. bergilir-gilir.. tetapi bila ramadhan, dah tentu tak boleh. Terbayang macam mana nak hadapi.. tetapi..

Bila masa itu tiba..

Allahu robbi....
keajaiban menjaga anak-anak kecil
Sungguh, sedar tak sedar, mak ayah diaorang datang nak ambik anak-anak..
Eh,cepatnya masa berlalu.. tak rasa lapar macam sebelum ramadhan..
Lepas tu saat suap budak-budak sarapan, makan tengahari, makan petang..Allah..macam mana boleh kugambarkan perasaan ini.. tak rasa lapar sebaliknya kenyang dan gembira tengok diaorang makan..
tak lapar..alhamdulillah.keberkatan di bulan ramadhan.. selalunya sebelum atau selepas suap budak-budak makan, kitaorang akan makan bergilir.. tapi alhamdulillah.. bukan hanya sebab "yer, kami  berpuasa, maka kami menahan lapar dahaga." tetapi serasa kenyang itu ada...

Rezeki ramadhan lagi dan aku yakin di mana-mana taska ada ibu bapa menghulur sebungkus dua kuih muih. Alhamdulillah.. rezeki di bulan ramadhan.. Pasti ada untuk sesiapa sahaja..


Wednesday, June 6, 2012

Rindu si kecil

Tiba-tiba blog tak update?
kenapa tiba-tiba sy tak update dan macam terlupa saya ada blog pun ada..entah. kenapa jadi macam tu?
..................................................................................................................................................................
sy kelalaian agaknya. tulisan di sini pun bukanlah sangat bermanfaat..tetapi sy senang ada blog untuk sy tulis sesuatu. tak kisah lah orang baca atau tak. walaupun memang harap ada orang baca supaya sama-sama dapat kebaikan tapi kalau mutu tulisan ini tak meningkat jugak, apa ada pada harapan????

jadi, tak kisahlah... saya cuma mahu cuba..

Minggu pertama cuti sekolah, sy ke taska. Destinasi kegembiraan perlu tempuh liku kesusahan. Tapi susah itu sedikit cuma. Sekadar menunggu bas yang berjam, lelaki2 perokok di kanan kiri, sedikit lapar. Tapi itu cuma sikit sebenarnya. Sambil menunggu sempat selak helaian Membina Syurga Hati dr HM Tuah Iskandar.

Bas sampai dan tentunya jammed di hari Jumaat. Kebetulan masa lampu isyarat menyala merah, sy pandang ke tepi bawah. Myvi. Macam mak Haziq-Hazim, si kembar. Uniform putih hospital. Bila bas bergerak, sy berpaling tunduk. ;) Memang..;)

Sampai taska.. si anak-anak jagaan tidur..seronok nyer tengok budak-budak tu...
Dah siap semua, bangun, mandi.. apa lagi... operasi bermula..

BERGURAU SENDA..


 hakhakhak.. sangat seronok... kakak sy tanya "buat part time ke?" sy jawab "tak la, kalau part time kena kerja betul-betul. Ni datang nak main-main dengan budak2 jer."
hehehe..

sesungguhnya saya datang memang nak main dengan mereka.. rindukan mereka. Kalau sy buat part time, masa sy tak banyak untuk bermain dengan mereka. Saya cuma datang tolong yang mana patut. Selebihnya dan sebanyaknya mereka. Sy juga tak berani nak sentuh banyak perkara kerana sy bukan lagi pekerja di situ. Bimbang juga kehadiran sy buatkan mereka rasa tak selesa. Jadi, sy cuba bataskan..

seronok tengok ada yang dah pandai banyak perkara..yang penting pandai berdikari..pandai bertolak ansur sesama kawan kecil mereka..

-Seronok jadi budak kecik.tak payah pk macam-macamm.kata adik, ada orang jaga lagi.. seronok..lapar, tak selesa nangis..ada orang layan..dukung-dukung, manja-manja, pujuk-pujuk.. dah besar, wat cara orang besar...hehehe

Monday, May 7, 2012

Daniel si tembam tomey

Hehehe.. alhamdulillah..akhirnya dapat menjejak ke taska.. kangen banget dengan budak-budak kat taska. Sampai dah tengahari..budak tengah tidur. Sempat zohor dulu then tunggu budak bangun. Tak bangun-bangun.
"Ika, diaorang tidur pukul berapa?"
"12"
"Diaorang dah makan ek?"
"Dah tadi."

Jawabnya, budak-budak ni akan bangun lambat. Perut dah kenyang dan akhirnya aku pun lena la sekali ngan budak2 tu.. Tak lama pastu, aku bangun, budak-budak ni tak bangun lagi. Nak kejut sat g kesian plak kat Ika denagn Farah. Baru nak rehat. Jadinya biar je la budak2 ni tidur..

Tengok muka budak2 tengah tidur. Ya Allah, lena sangat diaorang tidur..usik2 muka Ajmal, muka Daniel. Dua2 ni baru setahun lebih.. Tapi memang tak bergerak. lena sungguh..

Seronok sangat walaupun sekejap..

Masa kerja dulu, bila rasa letih, terduduk gak la tepi dinding..
"Den, sini jap den."
Daniel pun datang dengan terkedek-nya..
Datang dengan penuh senyum dan sengih, suka dan gembira..
"Nak sayang Den sikit."
Daniel duduk kat riba seperti biasa..dah tahu je dia..
Peluk Daniel..
Dan, the miracle is...
Hilang rasa letih..
Patutla pun kalau ada terbaca kisah-kisah ibu bekerja, then bila nampak wajah anak, kembali bersemangat..huhu



Selalunya Daniel yang dipanggil sebab Daniel, if kita manjakan dia, dan kemudian, kita boleh tinggal-tinggalkan buat kerja lain, dan dia tak merengek sangat.. tapi untuk yang lain, lain pulak caranya.. 


Hem, Daniel, masa mula-mula daftar masuk. Dia tak pandai jalan lagi, dan kalau tengok kat pic tu, Daniel agak berisi dan besar. Semangat nak mendukung dia nih. Dia belum boleh berjalan. Dan agak takut. Tapi Alhamdulillah, sempat kami ajar dia jalan dan mungkin ibu dan abah dia ajar juga di rumah, Daniel pun pandai berjalan. Bila dah berjalan tu, ha, mula la nak ke sana, sini.

Bila Daniel merajuk kena marah, atau tak dapat barang yang dia nak, dia akan jauhkan diri dari kita, tapi kalau kita nak pujuk dia balik senang jer..

"Den, meh sini meh." Sambil buat isyarat tangan memanggil, buatlah ayat-ayat manja nak memujuk budak-budak. Dan, memang tak lama. Daniel akan datang dekat dengan kita. Peluk, cium jer dia, cakap dengan dia, dia akan ok.

Dan lagi, Daniel ni suka nak susu..
Kalau nak susu, dia akan tunjuk kat botol dia, atau tunjuk ke arah dapur, atau dia akan
tarik-tarik baju kita.

Sekarang, Daniel dah pandai cakap. Apa kita cakap, dia akan ikut dalam pelat-pelat dia.
Comey sangat..hehehe
"E-gu, e-gu."
 Ha, dah gaya ejaan nama korea dah ni.. mean that..cikgu, cikgu..hehe..

Moga Daniel menjadi anak yang soleh..amiin..


Tuesday, April 17, 2012

Haziq Hazim Dah Pandai

Setahun cuma aku bekerja di taska. Tempat yang mengajar aku bagaimana menjadi ibu? Sesungguhnya, banyak ilmu aku dapat sepanjang setahun. Pada mulanya, aku tekad. Cuma 3 bulan atau 4 bulan. Tetapi, banyak halangan untuk aku berhenti daripada menjadi pengasuh. Makanya, aku pasrah. Dan mengambil masa yang lama untuk aku merasa seronok dengan kerja sebagai pengasuh. Alhamdulillah. Aku sempat untuk merasa seronok dengan kerja yang aku lakukan. Alhamdulillah. Kerana, jika aku tidak sempat merasa keseronokan bekerja sepanjang tempoh 1 tahun, aku akan menjadi manusia yang paling rugi. Alhamdulillah. Allah berikan aku kesempatan itu.

"Sesungguhnya, menjaga, mengasuh dan mendidik anak-anak perlukan kesabaran yang sangat tinggi."

Aku tahu hakikat itu, dan aku cuba perbaiki. Namun, saat Allah menguji, nyatanya aku kalah. Aku jadi faham, kenapa ada orang yang sanggup mendera si kecil yang tidak berdosa dengan begitu kejam? Kenapa? Kenapa? Kita akan jadi hairan dengan berita penderaan kanak-kanak di dada akhbar. Anak itu tidak berdosa langsung. Rupanya, bila berhadapan dengan situasi begitu, dan tanpa iman di hati, si anak kecil itu akan terdera. Iman itu tidak boleh ditunggu. Mendidik si anak kecil perlu pada cara yang sangat sabar.

Haziq berumur 4 tahun. Dia ada kembar seiras.. Hazim. Keduanya tak banyak beza, baik dari segi sikap dan fizikalnya.  Sihat dan bijak. Suka pada puzzle. Tetapi belum pandai pakai baju sendiri. 4 tahun sudah. Serasanya dia sudah besar untuk itu. Betul. Ibu dan ayah yang sangat memanjakan anak-anak kadang-kadang menyebabkan anak itu akan perlahan untuk mempelajari sesuatu yang sepatutnya dia sudah pandai. Siapa tak sayang anak??? mahu lakukan segala-galanya untuk anak. Tapi kami di taska, kami sebagai pengasuh. Kami dipertanggungjawabkan untuk mengasuh anak-anak mereka menjadi pandai, bijak dan berdikari. Makanya, Haziq diajar menanggalkan baju sendiri, memakai baju sendiri.

At first step: kami beri dia selalu tengok bagaimana Aliff (6 tahun) membuka baju sendiri, memakai baju sendiri..
Second: Kami tanggalkan separuh bajunya dan selebihnya dia tanggal sendiri dan berikan baju kepada dia dengan membentangkan bajunya sendiri untuk memakai baju tersebut.
Third: Kami akan katakan "Haziq.,yang ada gambar ni di bahagian depan."
Haziq pandai untuk terus masukkan kepala atau tangannya mengikut keselesaannya apabila
selalu melihat Aliff melakukannya..

Alhamdulillah, lama-lama, bila sampai masa mandi, baju dibuka sendiri..
Bila selesai mandi, baju diambil dan dipakai elok.
Cuma, ada masanya akan terbalik. Makanya, itu tanggungjawab pengasuh untuk menunjukkan yang betul..

Tapi, tak berhenti di situ...
Tiba saja masa mandi, Haziq akan menanggalkan bajunya dan terus mencampakkannya di tempat dia membuka baju.

"Haziq, ambik baju tu semula. Bagi pada cikgu."

Konpius...
mana Haziq? Mana Hazim? hehehe
Tahi lalat di dahi membezakan
juga ketinggian..
Dan dia mengambil patuh.

Tidak mahu bersepah dan mengajar dia untuk lebih berdisiplin. Disamping, mendapat kebaikan untuk kami juga agar tidak bersepah dan baju tidak bertukar.
Dan lama-lama, dia pandai.
That is learning process.. dan sentiasa akan ada proses pembelajaran untuk si anak-anak kecil. Dan kita juga sentiasa kena belajar...

 Sesungguhnya, itu ilmu sedikit yang ku peroleh berada di taska.. masih banyak yang tak ku tahu. Allah beri aku untuk duduk di situ. Aku tiada ada adik kecil. Aku tidak pernah menjaga si kecil dan aku tidak tahu. Masuk ke taska dengan zero.. Alhamdulillah, Puan Zainun (puan terhormat bos) banyak mengajar.. sepupuku, Kak Ina juga sangat pemurah ilmunya..moga Allah berikan kemudahan dan keberkatan untuk mereka..

Thursday, April 5, 2012

Rindu Ajmal


Ajmal..
Kecantikan.. keindahan..
suit name for him.. kalau dia senyum, alahai, hilang segala letih.. kalau tengah tak senyum, mata bulatnya.. kalau tak pun, dia akan ketawa..
(ini gambar Ajmal dan abangnya, Afif. Afif hanya beberapa bulan je di taska)
Rindunya keletah Ajmal.. dah nak masuk dua tahun..Dah lama tak jumpa, Ajmal macam merajuk masa mama dia hantar ke taska.. Mula-mula tunduk bawah je. Tak nak pandang muka. Mak kata "Dia merajuk dengan awak. Dia tunggu-tunggu, awak tak de." Huhuhu.. itu rupanya cara dia merajuk.. Then, dah beberapa minit, dia mula nak bergurau. hehehe.. Lega aku..
Dan lepas tu, mama dia cuti nak bersalin, Ajmal dah tak hantar ke taska. Sedih. Tapi itu lah kehidupan. Then, tak lama kemudian, aku pula dapat panggilan lapor diri menandakan aku akan berhenti dari taska.. Dan kemudian, Mama Ajmal nak hantar semula Ajmal ke taska..
Terkilannya, sedihnya.. Allah tahu yang terbaik untuk ku. Aku redha. Tambahan, Ajmal bukan anakku tapi kesedihan itu, kerinduan ini, Allah yang tahu..
Sungguh, keletah Ajmal menghiburkan. Sama juga dengan anak-anak yang lain. Cuma sebab mungkin Ajmal dari dia baby dia di taska. Hingga pandai berjalan. Dari dia belum pandai merangkak.. Aku nampak. Nangis dia, ketawa dia.. Ah, rinduuuuuu...
Sangat syukur sebab Mama Ajmal bertimbang rasa orangnya. Masih mahu bawa Ajmal berjumpa dengan ku untuk hari terakhir dan bergambar dengan Ajmal.. seronok tapi cuma seketika. Dan sekarang, ku bawa kenangan Ajmal..
Inilah cabarannya bila kerja di taska. Kita bukan hanya berhadapan dengan risiko bahaya keselamatan dan kesihatan kanak-kanak sahaja. Tapi, kasih sayang. Sesetengah pengasuh bukan tak da hati untuk sayang anak orang macam anak sendiri. Malahan mungkin ada yang nak bawa lari anak orang tu kerana terlalu sayang. Tetapi, masih ingat. Kami cuma pengasuh yang diberi amanah menjaga anak orang sebaik mungkin. Menjaga dan mendidik. Memberi kasih dan perhatian di saat ibu dan ayahnya bekerja. Kepada para pengasuh yang kurang hati, asuhlah dengan baik. Ku tahu ia bukan kerja yang mudah. Tangisan kecil, tekanan, kesibukan. Kita mahu marah. Moga Allah berikan kalian kekuatan untuk terus mengasuh dengan baik...
Ajmal, Fariz, Danisha, Daniel,Zahra- ini kategori baby hingga 1 tahun lebih
Maryam, Aisyah, Yana, Bihah, Alisya, Amani, Aina
Haziq, Hazim, Aliff, Asyraff, Fiqry, Rafiq, Zikry, Adam, Shahrul
(Gambar yang lain-lain, aku akan upload pada kisah mereka yang akan ku catat nanti insya-allah...)
Ku bawa kenangan gembira ini bersama..

Monday, August 1, 2011

1 Ramadhan di taska

Alhamdulillah. Kelancaran line internet ni sedikit sebanyak menambahkan semangat aku nak update ini blog. Keazaman bulan Ramadhan ni semakin bertambah dan aku harap biarlah ianya ikhlas dan bukan kerana apa-apa.

Alhamdulillah, hari pertama puasa. Pada mulanya agak takut kerana bakal berhadapan dengan kerenah anak-anak. Dengan diri yang mungkin lapar, dahaga dan letih. Mungkin saja ter ter ter marah anak-anak tanpa sebab. Tapi alhamdulillah sangat-sangat. Itu tidak terjadi. Sebaliknya, hari ini berlalu dengan baik sekali.

Pada awal pagi, kawanku sampai agak lewat kerana ada hal. Jadinya aku sendiri menguruskan budak2. Pukul 8, dia sampai. Dan aku terus mandikan anak-anak riang yang tiba. Pukul 9, dia kena keluar ke bandar semula. Ada hal. Dan......

Seramai 11 org budak tadi, aku kena jaga... hehehe.. aku jadi ibu yang agak berjaya la kot sebab aku sempat tukarkan pampers mereka sebelum masuk tidur, buatkan susu yang hisap susu dan buatkan milo bagi yg dah agak besar itu, Serta menidurkan tiga orang bayi.. Di samping tiad apergaduhan besar serta tiada yang dihukum masuk bilik hukuman..hakhak.. Bukan nak bangga tau. Tak da niat untuk itu. Cuma aku rasa sangat lega. Pukul 11, taska sunyi. Semua baring dengan baiknya tanpa bising.

Lega sangat, Budak-budak memang dah agak mengantuk, tapi pukul 11 baru aku suruh masuk dalam bilik. Tak bagi diaorang bising bila dalam bilik kalau masuk awal sangat.

Alhamdulillah. Mudah-mudahan hari esok akan lebih baik dari hari ini..

Permata negara yang semakin cerdik. Moga dapat corakkan kain putih ini dengan warna yang ceria.

Ops, lupa nak bagitahu berita gembira:

Pak cik tu dah pasangkan pagar kat dalam taska. Em, sangat seronok...Terima kasih pakcik. Moga2 Allah murahkan rezeki pak cik dunia dan akhirat kerana membantu memudahkan kerja kami.. aminn

Monday, July 4, 2011

Pengasuh berijazah

Macam poyo sikit tajuk tu ye..hehehe

Pena hamba hari ini ingin nukilkan rasa gembira..hehehe..sebab ajmal kembali hadir ke taska..hehe
Ha, itulah gambar ajmal sebulan yang lepas. Gambar sekarang, Ajmal dah semakin tembam dan sihat. hehehe. Ni muka macam nak nangis je. hehehe

Suka sangat Ajmal kembali hadir.

Menjaga anak2 orang ni kadang2 kita boleh rasa macam jaga anak sendiri. Kalau tak letakkan perasaan itu mungkin habislah anak orang tu. Dan lagi ia satu tanggungjawab. Kalau kerja depan laptop ni lain. Mengadap laptop. Kerja dengan manusia kecil2 ini. Ia satu nyawa. Jangan cakap lah bimbangnya mak. Risaunya abah. Tapi kepercayaan, dan pengalaman itu perlu dicari. Belajar dari kesilapan. Bukan sikit silap aku buat sepanjang jadi pengasuh dan sekarang masih lagi seorang pengasuh. Banyak silapnya, Tapi, inilah proses belajar.

Sesungguhnya, Allah sayang pada hambaNYA yang berusaha perbaiki kelemahan dan kekurangan. Mudah2an kita berusaha bersama.

Mula-mula menjaga Ajmal, dan dialah yang pertama sbb tak pernah jaga anak sedara yang masih baby atau ada adik kecik. Dari Ajmal banyak yang aku belajar. Terima kasih pada Kak Nora yg percayai aku tuk jaga anak dia walaupun tahu aku memang tak da pengalaman langsung, yang berkongsi ilmu. Dan sangat2 terima kasih pada penyelia merangkap sepupu aku yg banyak sangat bagi ilmu. Pastinya pada bos Taska Makmur Jaya. Panduan yg diberi tanpa jemu sesungguhnya banyak mengajar aku. Dan sokongan mak abah tak pernah henti walau kerapkali aku adukan betapa letihnya menjaga anak-anak ini dengan kerenah mereka. Walau mak abah mungkin ada rasa tak sampai hati, tapi aku yakin mereka juga ingin beri aku ruang dan aku sangat hargai dan bersyukur dengan itu.

Hargailah setiap apa yang dilalui. Ia pengalaman yang sangat berwarna yang mencantikkan warna kehidupan kita. Walau mungkin ia berwarna hitam, tapi ia tetap satu warna dan warna hitam itu boleh ditutup dengan warna2 lain yang lebih ceria yang boleh kita lukiskan. Atau sekiranya ia langsung tidak boleh ditutup, biarlah yg telah berlalu itu berlalu sebagai panduan kita, dan terus mencorak warna2 lain. Moga warna itu kan mengindahkan kain yang kita corakkan..