Allah berfiman "Oleh itu, bukankah ada baiknya mereka mengembara di bumi supaya dengan melihat kesan-kesan tersebut, mereka menjadi orang yang ada hati, yang dengannya mereka dapat memahami atau ada telinga yang dengannya dapat mendengar? (Tetapi kalaulah, mereka mengembara pun tidak juga berguna) kerana keadaan yang sebenarnya bukanlah mata kepala yang buta, tetapi yang buta itu ialah mata hati yang ada di dalam dada.. Surah Al-Hajj:46
Tuesday, January 4, 2011
Persoalan
Detik depan yang belum pasti
Langkah demi langkah teratur dan tidak
terus melangkah..
Kesepian tanpa segala
Kekosongan yang menghuni
Tiada gerak tindak
Terlesu melesu kan diri..
Pandang, lihat sana sini
Kanan kiri
Jauh ke hadapan
Yang lain telah lari pergi
Dan masihkah terus sendiri kosong???
Saturday, December 18, 2010
kembali
Uniknya manusia dikurnia pelbagai rasa. Dam bila tiba satu masa, segala perasaan itu hilang sebaliknya diganti dengan satu perasaan iaitu rasa kosong. Dan saat itu sebenarnya mungkin hati kita telah jauh dari Pencipta hingga hati itu tidak lagi dikurniai Nikmat perasaan. Tika itu kembalilah dirimu kepada Allah dengan segera. Allah hu Robbi
Allah hu Robbi..
Hening malam ni Kau memberi aku ruang bersendiri
Dalam bumi yang sesak dgn keliru jiwa
Kau memberi segalanya
hingga aku leka yang lama
Hingga aku hilang segala rasa
Mujur sayangMU tidak bertepi
Terluahkan kekosongan di jiwa
Ku ungkapkan segala dalam rintihan penuh sebak
Sukar air mata ini mengalir lantaran hatiku yang telah kosong
Puas aku merayu
Tuhan, berikan kembali aku nikmat itu
Berikan kembali nikmat segala rasa itu
Agar aku rasa dekat denganMU
Puas aku memohon.
Sebak mencengkam namun jiwa keras membatu
Puas aku memaksa biar hati ini tunduk patuh pada MU
Memujuk untuk lembut
Puas aku merayu
Merayu kasihMU yang agung
Dan sungguh, Kau mengasihiku
Allah, diri yang hina
Yang penuh dosa
Layakkah aku menerima kasihMU
Terampunkah dosa2ku
Allah,ampunkan aku..Berikan aku bahagia bersamaMU..
Sunday, October 31, 2010
Yang Terlupa
Lelah dan terus merasa lelah dengan kepedihan menusuk ulu hati
Biar terus sakit..
titisan air mata terus menitis..
Tak sanggup hadapi tapi itu yang dihadap kini..
Ke mana mahu pergi tika hati berbelah bahagi???
Jalan-jalan terbentang luas..jalan mana mahu dituju...
Perlahan-lahan bangkit dengan payah..dengan kekeliruan yang menghimpit..
Di banyak jalan yang ada...
Masih ada yang begitu setia..
Masih ada yang terus sangat sayang padamu..
"SayangKU mengatasi kemurkaanKU"
mengapa tidak kembali kepadaNYA..
-Memang insaf manusia itu ada pasang surutnya..mulakan langkah beramal..mengingatkan manusia lain, selebihnya dan sebanyak-banyaknya mengingatkan diri sendiri yang tanpa sedar diuji dengan kata-kata ini...