Showing posts with label alhijrah. Show all posts
Showing posts with label alhijrah. Show all posts

Saturday, December 3, 2011

Usaha Dakwah

Dunia berteknologi. Segalanya dihujung jari anda.
Gunakan untuk kebaikan. Pastikan ada manfaat untuk ummat.
Dari sekecil dan senipis telefon bimbit, hingga ke TV sebesar-besarnya di rumah. Boleh buat wayang dalam rumah. Gunakan untuk kebaikan.

TV untuk kebaikan????

Gi mana mau sekat itu iklan komersial yang menampilkan insan-insan yang berpakaian tidak sepatutnya dilihat?

Ha, that's why ada rumah yang tak da TV. Jangan cakap la diaorang kolot ke tak ikut perkembangan semasa ke. Itu la yang terbaik sebenarnya. Teringat ada baca tulisan Fatimah Syarha. Ada orang ziarah ke sebuah rumah yang tidak punya TV..Kata Fatimah Syarha. Internet masih ada untuk hubungkan dia dengan dunia. Internet boleh disekatkan? So, tak da masalah tak da TV but u can still know anything happen aroud u.

Facebook? Kat Malaysia Facebook, Twitter, Tagged, Skype, lagi????Friendster..Saya pernah guna friendster.Bila ada facebook, orang tengah demam facebook. Tertanya jugak, best ke facebook ni? Sana sini FB FB FB..sy tak nak banyak2 buat network cnnction, so tanya la orang sana-sini. Diaorang kata best. Then, saya pun Sign In..Em, patutla masing-masing demam Facebook. At that time, saya demam blog. Sangat demam..hehehe..

Bila ada facebook. Mula-mula tak la demam, tapi. bila dah lama guna FB, baru terkena virus ni. Then, godek2 group kat FB ni, jalan2 kat wall orang lain. Terjumpa la status yang mengingatkan 'Gunakan facebook untuk dakwah'. 'Jangan buang masa di Facebook'. Banyak la. Ada pulak group2 islamik. I'm interested with how they make dakwah on facebook.

Alhamdulillah, perlahan-lahan, saya rasa saya nampak how they make it and i want to join them.

Insya-allah. Tugas pendakwah bukan hanya untuk yang bergelar secara rasmi sebagai Ustaz, Ustazah, bukan hanya yang bergelar Imam Muda, Ustazah Pilihan atau Solehah, tetapi semua umat islam. Dalam berdakwah sebenarnya kita cuba perbaiki diri kita. Moga-moga ya Allah, moga-moga diri ini Kau Lindungi daripada segala kejahatan, ujub dan kesombongan. Lindungi hati-hati ini ya Allah agar kami tidak disesatkan oleh diri kami sendiri dan oleh keadaan sekeliling..Amin ya Robbal Alami,,

Sunday, November 27, 2011

'Segalanya bermula di sini'

Alhamdulilah..
Genap setahun kelahiran TV ALHIJRAH yang memaparkan betapa islam itu indah dan sungguhnya Islam is true way of life...cuma, disebabkan segelintir umat islam yang terlalu melampau dan lari di jalan yang lurus dan cantik ini menyebabkan islam itu dipandang negatif oleh pihak lain dan agama lain.

Program-program di TV ALHIJRAH banyak memberi ilmu. Hiburan juga ada, tetapi hiburan yang bermanfaat. Dan yang aku sangat kagum dan agak lambat aku perasan tentang itu ialah, tiadanya iklan komersial di TV ALHIJRAH yang mengundang persoalan adikku. "Macam mana, dia nak dapat duit?" That's it... Macam mana? Em, aku tak da maklumat tepat untuk ini, tapi yang aku jawab pada adikku. "Diaorang boleh melabur dalam bidang lain." Dan keuntungan di situ digunakan untuk bangunkan TV ALHIJRAH..

Masa di awal penyiaran TV ALHIJRAH, aku memang tak ikut sangat program-programnya. Cuma, sesekali sekala, aku alih channel... Then, bila makin lama duk alih kat TV ALHIJRAH, akhirnya, TV ALHIJRAH is the first. Rancangannya menarik, berilmu dan ada yang santai. Kartun pun ada.

Ha, tak sabar nak tengok 'Pada zaman dahulu'. Produk Les' Copaque..Mestinya menarik sebab memaparkan cerita teladan zaman dulu kala. Cerita Sang Kancil dengan sahabat-sahabat. Tengok The Making of Pada Zaman Dahulu tu pun dah menarik hati sangat tuk tengok ceritanya. Sesuai sangat untuk kanak-kanak dan bagi orang dewasa, kita boleh imbas kembali zaman kita dulu dan ceritakan pula pada anak-anak.

30 minit Ustaz Don tak kurang hebatnya. Gaya santai menarik golongan muda untuk terus menimba ilmu. Penerangannya jelas.Insya-allah sampai kepada penonton.

Program Assalamualaikum sekarang menjadi pilihan aku..Petah Si Amin dengan hadis dan ayat qur'an dan kata hikmah baik dalam BM, BI or BA, memang buat aku terpacak la..hehehe..

Rancangan Solehah. Ada yang pertikai sbb rancangan ni dipertontonkan umum. Wanita ni memang fitnah besar kepada manusia. Aku harap, mungkin TV ALHIJRAH boleh kaji semula. Bagus untuk diteruskan. Untuk mendidik muslimah menjadi Solehah. Mungkin kritikan itu boleh ditambahbaikkan.

Menu Alam pun best. Sesekali tengok dia masak atas sampan. Simple..Senang tuk sesiapa nak cuba..

Banyak lagi rancangan yang menarik..Drama-dramanya pun banyak mesej positif dan sangat berpengisian. Kalau yang drama dari korea pun lebih memaparkan nilai kasih sayang tanpa ada unsur-unsur negatif.

Apa-pun, moga, krew TV ALHIJRAH terus mantap menampilkan rancangan2 yang bermanfaat dan berilmu untuk semua. Kita dahagakan ilmu, dan insya-allah TV ALHIJRAH membantu..

Sebelum terlupa, Law Kana Bainana. Masya-allah.. Hebat rancangan ni. Mengingatkan kita pada Nabi Muhammad S.A.W....

Maaf tak dapat bagi maklumat penuh tentang waktu siaran..boleh terus ke laman ni
http://www.tvalhijrah.com