Sunday, October 31, 2010

sejenak cuma bingkisan cinta

Sejak kebelakangan ni dan dari beberapa detik yang lepas pun, permasalahan cinta sememangnya menarik minat ramai para pemuda..Setiap manusia akan ada perasaan tu dan memang tak kan habis bicara tentangnya. Tak kan jemu..Tapi, bila diingatkan kembali sejauh mana kita gunakan anugerah itu dengan sebaiknya..Malahan, sebagai hamba Allah yang muslim, cinta Allah itu sungguh sukar untuk digapai dan sudah kah kita mendapatkannya? Sejauh mana pedoman hidup kita dalam bercinta? Hingga ada yang ter'kuciwa' bersedih berduka lara. Memangnya manusia ini manusia biasa. Hatinya mengenal erti rindu, sayang dan sakitnya bercinta..Kembali lah pada ROBB yang sangat sayang padamu..memangnya manusia perlukan cinta sesama manusia. yang berlawanan jantinanya..kalimah Rabiatul Adawiyah yang menyatakan kecintaan pada Allah sehingga dia tidak mencari cinta manusia rasanya entah mungkin kita jumpa hamba sebegitu pada masa ini.. Tapi Allah juga berikan panduan. Sentiasa ada untuk hamba2NYA hidup berlandaskan syariat.

American Falls

Yang Terlupa

Jalan dan terus melangkah bertapak tapak..hingga akhirnya nanti kan terhenti sendiri..
Lelah dan terus merasa lelah dengan kepedihan menusuk ulu hati
Biar terus sakit..
titisan air mata terus menitis..
Tak sanggup hadapi tapi itu yang dihadap kini..
Ke mana mahu pergi tika hati berbelah bahagi???

Jalan-jalan terbentang luas..jalan mana mahu dituju...
Perlahan-lahan bangkit dengan payah..dengan kekeliruan yang menghimpit..
Di banyak jalan yang ada...
Masih ada yang begitu setia..
Masih ada yang terus sangat sayang padamu..
"SayangKU mengatasi kemurkaanKU"
mengapa tidak kembali kepadaNYA..

-Memang insaf manusia itu ada pasang surutnya..mulakan langkah beramal..mengingatkan manusia lain, selebihnya dan sebanyak-banyaknya mengingatkan diri sendiri yang tanpa sedar diuji dengan kata-kata ini...

Tuesday, October 26, 2010

Kebas+Makan

Sesemut..Serban..Ini antara dua istilah yang aku tahu yang boleh dikaitkan dengan perkataan kebas..aku tak tahu apa logiknya perkataan serban dikaitkan dengan kebas..mungkin ejaannya sereban..Aku dan kawan-kawan pun pernah guna perkataan ni tapi bila cakap dengan orang lain negeri ada yang tak faham.. Ada yang panggil sesemut..tapi dalam perkataan yang boleh diterima semua ialah kebas..

Selalunya, kaki dan tangan akan terasa kebas bila anggota tersebut 'dilipat' kerana ada sendi..selalunya dikaitkan dengan'darah tak sampai..Kekadang bila dah terlalu lama duduk dalam aircond pun tiba-tiba terasa kebas..Sebenarnya kebas kaki atau tangan ni boleh mengundang penyakit seperti yang dikata Pakar Perunding Neurosurgeri (Bedah Otak dan Saraf) Hospital Kuala Lumpur, Dr. Azmi Alias. Kebas dinamakan sebagai parasthesia- bhgn anggota badan tak boleh merasa (kan selalunya, kita tak bagi orang sentuh pada bahagian yang kebas tu..hehe, rasa geram je kan >_<). Kebas ni boleh jadi lebih teruk kalau terus dibiarkan dan ditambah dengan amalan gaya hidup yang tak berapa nak sihat..Nak tau lebih lanjut klik kat sini..

Ada setengah orang gunakan minyak panas, ada yang tuam dengan air panas nak meredakan kebas.Dan aku sendiri bila kebas kaki, aku mula letakkan kaki pada keadaan lurus, mengurut bahagian kaki dan menggerakkan kaki. Tangan pun macam tu. Maknanya, kedudukan badan aku berada dalam keadaan tak betul..

Em, dah duduk kat rumah ni, tengah musim hujan mendung2 begini melepak dalam rumah sambil melengkapkan borang mohon kerja, search kerja kosong yang menepati citarasa dan kelayakan, blog walking dengan tahap internet yang tak berapa nak baik ni, memang banyak duduk dan makan..huhu..mak dah kata 'awak ada keturunan darah tinggi, jaga makan dari muda'..kata ayah kawan aku plak. 'masa sihat la nak makan yang sedap-sedap..nanti badan dah sakit, nak makan dah tak boleh.' hehehe..makanlah dengan berhemah. Aku tengok ayah sedara pun dah cukup sengsara.. Gout memang menyakitkan. Kekadang takut tengok dia makan macam-macam tapi dah selera dia..huhu..Makan dan bersenam.. Ingat lagi masa praktikal hari tu ada staf cakap, 'Makan je, nak risau apa badan gemuk'.

Em, pada aku, as long as sihat, tak kisahlah. Kena kawal makan dan buat senaman. Air masak jangan lupa. Mungkin ada yang gen badan besar..Ada pulak yang makan banyak tapi tak naik plak badan dia..Sebenarnya kita sendiri boleh rasa bila masanya badan rasa tak sedap.. Terus hidup sihat.Salah satu nikmat yang jangan dilupakan 'Sihat sebelum tiba waktunya Sakit'..


Monday, October 25, 2010

Anjakan Diri ke Arah Kebaikan

Tiga langkah untuk melaksanakan kebaikan, untuk melakukan satu anjakan yang positif dalam diri..Tiga langkah tersebut ialah:

Mulai daripada diri sendiri
Mulai dengan perkara kecil
Mulai dari hari ini

Masyarakat selalunya akan melihat pada si pelaku yang bercakap tentang sesuatu perkara. Biasa bukan kita dengar "Alah, dia suruh orang buat baik, tapi diri dia sendiri pun belum tentu." Dan aku pernah diberi satu tazkirah berbunyi 'Jangan dilihat pada siapa yang bercakap tapi dengarlah apa yang dikatakan".. cuma lazimnya manusia akan melihat juga siapa yang bercakap..jadi, wajar untuk kita mulakan dengan diri kita sendiri..dan setiap manusia itu kan khalifah di muka bumi yang bertanggungjawab untuk memakmurkan bumi. Malahan, jika sebagai da'ie, akhlak yang positif dengan nilai dalam diri yang mahmudah juga sangat perlu dalam membimbing orang lain ke jalan kebaikan.

Seperti yang suka aku ingatkan untuk aku..dari perkara kecil akan timbul yang besar..jangan dekati zina kerana dari situ akan berlaku zina..jgn merokok bimbang nanti dadah akan menjadi rakan. dengan satu tugas yang kecil akan berjaya satu program besar di kolej.. dengan satu arahan ringkas, satu organisasi berjaya menapak teguh dalam dunianya.maka,mulakan melakukan perkara kecil untuk merubah kepada kebaikan..walau orang lain tidak tahu kita melaksanakan kebaikan itu tapi sesungguhnya ALLAH KAN MAHA TAHU..berubah juga bukan terus dari tak pakai tudung kepada tudung labuh..ya kalau boleh begitu lagi baik..cumanya, yang penting pada istiqomahnya..jangan sekejap2..perubahan niat itu biarlah kerana Allah..seperti naik tangga..manakan boleh melompat dari tangga 1 ke tangga 10..sebaliknya ada anak-anak tangga yang perlu dipijak dengan cermat..

Mulakan saat ini!!jangan ditangguh kerana bila ditangguh akhirnya tak terlaksana..kata seorang pensyarah ku.. 'Kerja bertangguh adalah satu perbuatan mencuri.'.kenapa ya mencuri perbuatan bertangguh itu???kerana akhirnya perlahan-lahan, ia mencuri masa kita untuk melaksana perkara yang tadinya telah dirancang..sebolehnya, kiranya tiada halangan teruskan..insya-allah, dengan doa dan tawakal kepada Allah atas usaha yang telah dijalankan, akan ada keberkatan dan kelancarannya..

Barokallahu fikum..Moga hari2 anda ceria dan bahagia>_<

Friday, October 22, 2010

masak oh masak

Memasak merupakan satu kemahiran yang tidak dimiliki oleh semua orang secara semulajadinya.. namun, secara keseluruhannya, ramai orang boleh memasak..

ok, aku guna fakta aku buat sendiri..tak kisahlah masak macam manapun, sebenarnya semua orang boleh memasak..asasnya, ada bahan masakan+sumber api=makanan dan yang penting ada orang yang mencampurkan bahan2 tu, dan dikenakan dengan sumber api untuk dijadikan makanan..(ulaman terkecuali)

kalau nak cari isteri, carilah yang pandai memasak, mengemas, rajin.-pesan mak-mak, nenek, atuk, kakak, mak sedara-.etc..jangan lupa agamanya pun penting..satu bonus untuk para suami yang dapat pakej lengkap dalam diri seorang wanita..nak pulak, zaman moden ni, susah jugak nak jumpa perempuan yang dikatakan perempuan melayu terakhir yang dilabelkan ayu, baik, rajin dan yg sewaktu dengannya..

jejak pena hamba ke dapur untuk hari2 kebelakangan ini..sekadar menolong apa yang patut..andai bonda tinggalkan aku sendiri di ruang masakan itu, entah aku tak pasti menu apa yang bakal ku hidangkan pada ayahanda..jadinya, kerja2 am memotong bawang, membasuh pinggan sahaja ku lakukan..dan satu lagi...mengacau lauk..>_<

aku cuba menghadirkan minat untuk memasak..pergi ke dapur sebelum di suruh, tanya bonda bahan2 yang perlu, buat kerja2 dapur yang lain..but..hehehe...atau sifat yang bermula dengan huruf M dan mempunyai lima huruf yang disusun dengan baik sebagai MALAS itu adalah jawapannya..tanya diri...

Yang menyeronokkan tentang memasak bila ada orang makan masakan kita (puji ke tak ke belakang kira)
Yang paling tak seronok bila lepas memasak, aku jadi kenyang tetiba...walaupun tadi beria-ia nak makan masakan tu..
Yang tiba-tiba jadi hilang mood nak masak, bila gas habis..
Yang jadi lebih malas nak masak, bila ada orang lain boleh masakkan untuk kita
Yang jadi agak bengang nak masak. bila masing-masing tunjukkan skill memasak yang hebat sedang kita tak tau..atau nak tunjuk ego sendiri..

Apa pun perasaannya, satu keperluan untuk memasak..tak kan nak beli tiap kali nak makan..kalau belajar dulu bolehla..kehidupan masih panjang (insya-allah andai umur panjang..), dan manusia memang akan makan..manusia perlukan makanan untuk meneruskan kehidupan..memang kedai makan pun banyak..pilih aja mana suka, tapi tak best gak kalau makan kat luar je..

satu kelebihan untuk memasak sebab dari masakan dan makanan yang enak dimakan, hubungan tak baik pun boleh jadi baik..yang ni penting sebab hubungan adalah sesuatu yang sangat penting..retak hubungan banyak jiwa yang merana...

Thursday, October 21, 2010

jawatan kosong

Sekarang adalah masa untuk mengklik-klik mana-mana butang yang boleh diakses kepada jawatan kosong yang layak untuk ku klik dan ku penuhi dengan sebaiknya..memang saat yang agak memeningkan kepala bila aku memikir apa yang patut aku letak pada tempat-tempat kosong yang disediakan..Ada borang yang buat aku baca dua tiga kali nak faham maksudnya..mungkin aku yang masih baru dengan borang permohonan jawatan kosong atau memang borang tu yang agak mengelirukan..ada juga yang aku terlupa nak isi..bila dah hantar baru teringat..how can it happens? kelam kabut punya pasal+teruja pun ada=akhirnya..huhu..tawakal sehabisnya..kalau tak dipanggil temuduga aku dah bersedia..huhu..sambil mengisi beberapa borang lain, jawatan lain di mana-mana negeri yang kurasa boleh ku pergi..ada jawatan yang aku betul2 minta tapi nun jauh di sabah dan sarawak..ikut hati memang teringin..hakhak

KPLI?DPLI?Guru sandaran? Guru KAFA? Aku berminat dengan perguruan tapi aku belum cukup yakin aku boleh mengajar walaupun memang pernah berpengalaman mengajar..Nak plak bila teringat kata-kata mak."Mak nak anak mak jadi cikgu, ustazah ke, pensyarah ke?"huhuhu..teringat gak pengalaman mengajar dulu..sebenarnya memang menyeronokkan..nak plak bila kita boleh rapat dengan pelajar, bila kita dah dipercayai..seronok!!!!

untuk masa terdekat ni, sambil2 mohon kerja yang agak baik, sambil nak mengumpuk duit untuk simpanan jangka masa panjang, aku merehat2kan diri sambil menerima peluang kerja yang terbuka walaupun kerja-kerja biasa..kerja yang biasa tu juga menyumbang pada negara..tanpa kerja yang biasa tak kan mungkin dapat bergerak kerja-kerja yang besar..jadinya, as a reminder for my self..bila dah kat atas, jangan lupa orang yang kat bawah..life is just like wheel...turun naiknya anytime coz ia bergerak...


Wednesday, October 13, 2010

Anak-anak Malaysia

hem..sepanjang menyiapkan laporan praktikum, sebenarnya tanpa sedar dapat something yang sangat bermakna..Dari segi akademiknya, aku tau teori2 motivasi yang dikaitkan dengan kepuasan seterusnya, kajian-kajian lepas yang menyatakan hubungkait kepuasan kerja dengan komitmen kerja. Sudah pastinya yang berkomitmen orang yang lebih berpuas hati dengan kerjanya, keadaan persekitaran kerjanya, dan segalanya berkaitan dengan kerjanya, sahabat sekerja, majikan, dari aspek gaji, ganjaran, kebajikan dan lain-lain..Kadar untuk ponteng rendah, kadar tukar ganti kerja lebih jimat, produktiviti kerja lebih baik, pandangan masyarakat pada organisasi pun positif..Bila dah berkait macam tu, terkesan la pulak pada pertumbuhan ekonomi dan sosial masyarakat.

Dalam laporan yang aku buat, aku lebih tekankan Teori Motivasi Herzberg pada elemen yang mempengaruhi kepuasan kerja. Faktor Hygene dan Motivasi diambil kira dalam teori tu. Aku buat soal selidik kat MPK..secara rawak, ramai yang komited dengan kerja kat situ..Dan analisis melalui kaedah SPSS menunjukkan wujud ke tak hubungan tu..Dan analisis SWOT pula tuk pembangunan organisasi, tuk pengurusan strategik organisasi mencapai matlamat..aku dah belajar SWOT ni masa sem 1, tapi cari semula maklumat sebab dah tak ingat..huhu.

Seronok sebenarnya buat kajian, tapi..hehehe..ada pulak tapinya..kan bagus tak de tapi ni..tak de tapi, tekanan tu biasa. cuma bila kita hadapi tekanan tu kita memang akan rasa tertekan tapi bila dah melepasi saat tu, bila dah siap, everything free..huh, lega..malahan dapat ilmu lagi. Aku akui sangat ni..bila buat sesuatu tugasan bukan buat bodoh-bodoh je..kita kena tau kalo tak, memang keje jadi tak elok..memang ada jugak subjek yang aku tak berapa nak faham macam ekonomi, fiskal..yang ni amik masa panjang nak faham (untuk aku la)..Paling rasa macam terkilan subjek dasar awam dengan asas pentadbiran awam..sayang tak dapat skor sbb tu subjek rasa yang menyeronokkan dan senang sebenarnya..hakhak..bila dah lepas baru terasa..yang penting belajar tak boleh henti...

Ada jugak kawan-kawan aku yang nak sambung master.aku teringin tapi rasa macam nak tukar bidang..huhu..Maslin, salah seorang kawan aku, memang suka bidang2 politik ni..insya-allah sambung pengajian Master ke UKM..aku sokong penuh hasrat dia..Lagipun dia dah minat. tak de perkara yang menghalang lagi dengan syarat yang boleh dipenuhi, insya-allah..Dia pilih untuk buat kajian at least tak terlalu fokus pada pembelajaran kuliah..

PMR mansuh?huhuhu..harap2 akan lahir generasi yang tetap berilmu dan rajin membaca walaupun peperiksaan dah tak da..yang aku tengok, lazimnya, aku dan kawan-kawan aku, bila nak exam baru nak bukak buku..bagi yang tumpu dalam kelas oklah..yang tidak ni, masa tu lah nak bukak balik bab 1, baca semula satu buku tu dalam masa yang singkat, memang tak bagus cara ni, tapi malas punya pasal..masalah diri sendiri..jadinya, bila dah tak de peperiksaan ni harap anak-anak Malaysia tetap rajin membaca dan ada alternatif lain untuk pupuk budaya membaca, ulangkaji dan segala..

Secara peribadi, aku suka masuk exam, aku suka suasananya..memang masa tu aku tahu, ok, aku banyak tak study lagi, apa yang dah aku baca, apa yang aku tahu, tak tahu..dan yang sewaktu dengannya..harap2 jugak lepas ni mungkin ada cara lain untuk lihat kemampuan diri anak-anak Malaysia..

Tuesday, October 12, 2010

Your Goal...

Wa..memang tengah teringin sangat nak pergi luar negara..huhuhu..awatlah ada perasaan ni...kenapa tetiba je..kalau aku tengah tengok cerita ke, ok la jugak..terkesan dari filem tu..tapi ni tetiba je..dah tu teringin sangat, sangat sangat ni..huhuhu....apa boleh buat masa ni..bayangkan aje lah aku pergi jalan2 kat sana..huhuhu..tidak..tak boleh..tak dapat gambarkan tempat2nya..huhuhu.never mind..relax n,ko pasti dapat..but now, plan strategic to reach your goal...yah!!!goal!!!

Alhamdulillah, report praktikum dah siap dijilid..tunggu masa nak hantar ke pensyarah esok..mudah2an dapat keputusan yang baik..lepas ni ko nak buat apa pulak anne?tanam anggur?tanam anggur pun dah boleh berbuah kat malysia sekarang..tapi kena ada caranya..cakap pasal 'goal' tadi..apa sebenarnya 'goal' saya,?'goal' awak? 'goal' kamu?

banyak kali pergi ceramah motivasi, baca kat mana2 artikel..plan your future..plan your future..what is your target? what is your plan b?plan c?the way that you want to achieve 'it' actually full with hardness and challenge..yang pahit itu ada pengajarannya..since i said about that, actually i'm really afraid to grab it..coz i dont know if i strong enough..

em...ok..saja2 menulis nak mmbangkitkan smangat sendiri..dah ada idea..ok..stop here..

Friday, October 8, 2010

Detik, Saat dan Tika Itu

Andai ada satu hari
andai ada satu ketika
yang mungkin kita akan melihat kembali tiap detik masa yang berlalu
kenapa mesti menggunakan perkataan andai ini
andai dan andai..jika dan jika..kalau dan kalau
letih sudah dengan segala itu.

benarlah bahawa jangan berandai-andai..itu pintu untuk syaitan mengganggu hati
kelak nanti bimbang kamu kan menjadi insan tidak bersyukur..
Satu masa kita kan memilih untuk sepi, untuk hilangkan diri..
untuk diam, untuk menghibernasikan diri...dalam diam itu kita kan berfikir dan
penuh dengan segala macam perkara di fikiran..biarlah..biarlah..biarlah.
saat itu kita tidak mahu peduli apa lagi pada dunia ini,
yang kita tahu, kita mahu pergi dari semua ini..

Ah, kehidupan..janganlah kamu bersendiri wahai diri..kamu ada aku..
aku yang dalam jiwa kamu..Aku yang ingin bersama kamu..
jangan pilih yang jahat itu, kerana aku sayang kamu..
pilihlah aku yang telah lama kau inginkan tapi hatimu ego..tidak mahu menyerah..
sampai bila mahu begitu?sampai bila?
masa untuk kamu tinggalkan dunia ini tidak boleh terhitung tapi
masa itu makin menghampiri seperti mana cepatnya kelipan matamu
seperti itu begitu mudah masa itu berlalu menjadikan usiamu semakin hampir kepadaNYA....

Monday, October 4, 2010

Sebuah cerita dalam keretapi

Bas Durian Burung double decker mula meluncur laju. Bandar Kuantan semakin lama, semakin jauh aku tinggalkan. Teringat lambaian mak dan abah. Ada nasihat bergulung yang selalu dipesan. Mengharap anak ini menjadi manusia berguna. Moganya begitu. Amin. Agaknya dah lama tak naik bas, aku jadi hilang mengantuk, sedikit teruja,padahal keletihan dua hari untuk majlis abang aku di siang tadinya begitu memaksa badan untuk berehat. Mata tidak mahu lelap. Duduk di seat single memang memberi privasi lebih pada penumpang. Aku juga lega dan selesa begitu. Sedang mahu melelap mata, suara-suara kecil kedengaran dari bawah. Aku yang di tingkat atas tersenyum. Cerita En. Rahim seakan kembali terdengar di halwa telingaku.
**************
"Dalam sebuah keretapi, seorang ayah yang berwajah garang, bengis. Siap ada kesan parut di muka dan tangan menaiki keretapi dengan beberapa si anak kecil. Dalam keretapi, si ayah duduk diam sahaja sedangkan si anak-anaknya tadi mula membuat bising. Berlari ke sana-sini, Budak-budak..faham-faham aje lah perangai dia. Dan dalam gerabak yang sama, ada sekumpulan pelajar yang sedang dalam tugasan. Mereka sebenarnya ingin rehat dan mungkin memikirkan sesuatu untuk menyiapkan tugasan tersebut, tapi keadaan dalam keretapi menganggu mereka malahan penumpang yang lain. Nak kata si ayah tak garang, tengok muka pun tak berani. Jadinya, jika anda di situ, apa yang akan anda buat?"

Makanya muncul pelbagai jawapan, daripada yang logik hingga yang berunsur main2..Tak apalah, semuanya jawapan nak menghidupkan kelas. Lepas tu, ada jawapan, "Cakap elok-elok kat ayah dia" dari seorang pelajar perempuan(P). "Ok". Nampaknya jawapan tu betul dah..

"Sebenarnya, anak-anak saya baru lepas kematian ibunya." Kami diam sekejap..
"Anak-anak saya tak pernah naik keretapi." Masing-masing mula faham nampaknya..
Aku dah tak berapa ingat lagi antara dialognya tapi itu antaranya dan di akhirnya.."Nanti awak (P) pulak yang cair"Begitu lebih kurang maksud En. Rahim yang mengundang ketawa kami satu kelas..

Kekadang kita tak tahu keadaan orang lain yang menyebabkan dia jadi begitu. Kita mudah menghukum manusia lain tanpa mengadili seadilnya. Namun, untuk diri sendiri, jangan pula mudah menjadikan sesuatu sebagai alasan semata-mata.Wah, ni peringatan lebih untuk aku ni..