Showing posts with label generasi. Show all posts
Showing posts with label generasi. Show all posts

Wednesday, August 1, 2012

Huhuhuhuhu.. beberapa hari tidak update..

Alhamdulillah, bersambung lagi tadarus.. Hari Khamis lepas tak dapat ke sekolah. Entah mungkin aku salah makan, Allah bagi sakit perut. Selalunya kalau aku sakit perut, automatik badan aku rasa nak demam, dan memang tak dapat nak solat berdiri sempurna. Niat berdiri dan kemudian aku solat secara duduk. Kaki terasa sejuk, kebas, sengal-sengal. Saat sakit itu tiba, tak lain yang aku ingat betapa aku telah hilang nikmat kesihatan dan nikmat solat secara berdiri. Sungguh lah, manusia ini tahu menghargai bila dia mula kehilangan.

Ok, sedikit di situ tentang hari khamis, yang aku ingin cerita kat sini pasal hari-hari mengaji.

Dari awal lagi telah kata pada diri "Walaupun, dia dah tingkatan 5 tak semestinya kelancarannya setara umurnya. Dan tak mustahil, yang baru tingkatan 1 lebih baik bacaannya." Ia adalah untuk mengelakkan aku rasa terkejut dan sememangnya dunia ini begitu. Yang muda tak semestinya punya sikit ilmu. Sedangkan Muhammad Al Fateh pun dapat memimpin tentera jihad yang jauh lebih berusia daripada dirinya yang jauh lebih muda.

Yang dnilai di sisi Tuhan bukan berapa angka yang dipinjamkan Allah kepada kita tetapi tahap iman dan taqwa yang kita tak tahu di mana? Cuma kita boleh melihat secara kasar namun tidak sampai berburuk sangka, memandang rendah pada manusia lain kerana hidayah itu milik siapa lagi kalau bukan Allah Yang Agung.

Alhamdulillah, semoga anak-anak ini terus ingin mengaji Al-Qur'an dan mendalami ilmu Allah ini. Aku juga harap, aku diberi peluang untuk itu insya-allah...aminn

Sunday, September 18, 2011

urusan konvo

Urusan konvokesyen masih ada yang belum selesai. Belum dipos kepada wakil. Insya-allah, esok atau lusa. Wah, memang bukan sikit punya kerja.Bila tengok pada senarai yang perlu dibuat....
Sebenarnya tak banyak dan tak susah. Cuma, pastinya ada halangan dan kesalahfahaman dalam sesuatu maklumat yang disampaikan menyebabkan urusan jadi tergendala. Ada juga yang kata..ingat masa belajar je susah, rupanya dah habis belajar pun susah..huhu..bila masa pula kita senang..senang dan tenang bila hati ingat pada DIA dalam apa pun keadaan..

Kebanyakan urusan menggunakan internet yang pastinya dilihat lebih mudah dan jimat serta cepat. Sememangnya diakui. Tapi, kena terimalah juga kekurangannya bila connection internet tak berapa bagus. Dan dalam proses kemaskini maklumat ada web2 tertentu yang jammed.

Alhamdulillah. Group 'SIAPA YANG BAKAL BERGRADUAT 2011' di facebook banyak membantu mendapatkan maklumat dan lebih allert. Alhamdulillah. Dengan begini, sedikit sebanyak dan sebanyak-banyaknya membantu sesama kami. Tak lokek berkongsi maklumat dan kesusahan yang timbul dibantu bersama. Walau hanya dalam laman maya, hubungan kami mesra. (hehehehe)

Teknologi kalau diguna untuk kebaikan pasti banyak manfaat untuk ummat. dan sebaliknya akan berlaku jika disalahguna. Zaman sekarang, budak seumur 2 tahun pun dah kenal laptop, broadband dan segala. Zaman akan datang, pasti lebih canggih. Dan kecanggihan itu perlu diiringi dengan bekalan agama agar kecanggihan itu dapat dimanfaatkan.

Betapa ramai manusia yang dulunya berada di jalan2 gelap dan jalan2 samar yang kini sudah temui jalan bercahaya terang mengatakan "ilmu agama itu penting." "bekalan agama itu penting". (Agama yg disebutkan di sini tidak lain ialah agama Islam). Nah, apa tunggu lagi. Bukti jelas sudah ada. Malahan dalam qur'an juga telah awal2 menyebut


Terjemahannya: Maka hadapkanlah wajahmu dengan lurus kepada agama (Allah), (tetaplah atas) fitrah Allah yang telah menciptakan manusia menurut fitrah itu Tidak ada perubahan pada fitrah Allah. (Itulah) agama yang lurus; tetapi kebanyakan manusia tidak mengetahui

(Ar Rum: 30)

Sejenak kita diperingatkan bila kita terlupa, ayuh kita kembali kepadaNYA YANG MENCIPTA KITA.. memberi peluang kepada kita sedang byk yg berjuang untuk mndapat peluang untuk hidup..

Saturday, July 30, 2011

Bola Sepak, Matematik dan Dia

P.M: Petang yang damai

Ruang Tamu:

Asyik baca paper. Agak-agak pasal apa? Bola .. Huhuhu.. Sedih sangat Malaysia kalah. Macam-macam ulasan. Tapi geram sangat dengan players dari Negara Singa. Huhuhu. Pe pun, Tahniah tuk pasukan Malaysia yang tetap berusaha bermain dengan bersungguh-sungguhnya.

(Bukan nak cerita pasal bola sepak sebenarnya )

Tv kat depan mata buat tak endah dah.. Dan, tiba-tiba……….

Damia datang dengan satu fail kemas di tangan dan sebuah pencil box. “Kenapa Mia?” Saje je aku buat tanya-tanya walaupun dah tahu niat suci Damia itu.. hehehe…

“Matematik.”

“Adoi Mia, N dah lama tak buat matematik. N tak pandai macam Una.”

(Awal-awal dah menyerah kalah. Jangan ikut perangai tak positif ni.)

Dengan langkah ingin menolong, kitaorang ke ruang tamu depan.

“Una kata dia tak pandai pecahan.”

(Ok. Aku pun apa kurangnya..hehehehe..)

Then, we try our best to find the answer.

Memang tak susah pun sebenarnya, tapi dek lama sangat dah aku tak melibatkan dengan segala istilah nombor-nombor. Huhuhuhu..

Akhirnya, satu kepuasan muncul. Kepuasan yang dah lama terpendam dari dalam lubuk hati Kepuasan bila dapat jawab soalan Matematik. Alhamdulillah, selesai juga permasalahan Damia.. Hehehe..

Then, diselangi kelas tuisyen matematik tak berdaftar itu tadi, aku sempat mengisi ruang kerohanian. Senang kata, Pendidikan Islam la. Since dah nak masuk bulan Ramadhan, dan dia dah wajib puasa dan solat. Aku ingatkan kewajipan padanya. Kelihatan, dia perlu diberi bimbingan. Dia masih muda dan cepat belajar cuma ada halangan-halangan lain yang dia tak mampu hadapi sendiri.

Yang aku pelik sepanjang kami berbual, dia gelarkan diri dia Ana. Mana datang nama Ana tu padahal nama dia Nur Damia Rabiatul Adawiyah?

Katanya “Tengok kat tv, ada sebut, ana, ana pun ikutlah.” Sebelum tu aku ada tanya.

“Ke ikut bahasa arab, ana, ana” Dia geleng. Tapi at the last dia ada sebut.

“Ana, saya, saya.”

“Bahasa arab la tu Mia”

Dia sengih.

“Mia nanti masuk sekolah agama ye. Cakap kat ibu.”

“Tak nak lah. Kena sembahyang.”

(What will you imagine??? I’m a bit shock actually, but then, sedarkan diri kembali – She still young. We must to explain to them ok.)

So, dengan sedikit rasa spontan, aku tepuk lengan dia.

“Tak sekolah agama pun kena sembahyang. Wajib dah Mia sembahyang.”

Damia adalah budak berumur 12 tahun yang semasa bayinya, aku pernah dukung dia, yang aku sayang. Yang comel. Sekarang dia dah besar. Aku tak sangka (juga sangat bersyukur) budak yang kecik dulunya kini bercita-cita menjadi peguam.

-Doakan dia berjaya untuk UPSR tahun ini dan dia berjaya mendapatkan cita-citanya dan mengubah kehidupan keluarganya. Aminnnnn

Wednesday, July 27, 2011

risaukan dia

Dah nak jejak bulan pose ni.. rejab dah lepas, syaaban hampir melabuhkan tirai. mudah2an ramadhan kali ni dapat memperbaiki diri.. sama2 kita berusaha..

Berhati hatilah dalam hidup wahai anak muda.. sungguh hidup ini sangat banyak durinya. Dan sebanyak mana juga aku katakan begitu sungguh, tetap ku risaukan adik-adikku. Hanya dua orang tapi keduanya permata.

Patut la pun, mak selalu nasihat, "hati-hati, jaga diri". Tapi itulah sebenarnya, hati-hati dan jaga diri. Bukan saja jaga keselamatan diri, tetapi merangkumi semua perkara. Jaga kesihatan, jaga hati, jaga jiwa, jaga solat, jaga adab, jaga tatasusila, ulangkaji pelajaran, pergi kelas, jangan ponteng, jaga makan minum, jangan keluar ke bandar tak tentu pasal dan segala macam lagi. Itu semua merangkumi dalam 'Jaga diri'.

Mulanya, aku cuma faham jaga diri ni sebagai jaga keselamatan. Tak terfikir pun semua, tapi bila aku semakin dekat dengan mak, semakin faham risau mak, barulah faham apa maksudnya. Dan kerisauan itu yang buatkan aku mula nak membebel pada adik-adikku.

Dan disebalik segala kerisauan itu satu yang perlu dipegang ialah kepercayaan. Kepercayaan yang telah diberi kenapa perlu khianati. Dengan kepercayaan dan amanah itu yang dapat membenteng diri kita daripada sesuatu yang mendatangkan keburukan.