Showing posts with label Ceritera. Show all posts
Showing posts with label Ceritera. Show all posts

Friday, December 24, 2010

Cerita sepanjang Jalan

Sebenarnya menaiki bas bukanlah satu perkara yang menyusahkan. Malahan satu pengalaman yang sangat menyeronokkan. Cuma, dek kelambatan perkhidmatan membuatkan niat untuk menaiki bas terbantut. Tapi kita tinggalkan cerita naik bas lompat-lompat. Ini cerita naik bas ekspres. Selama hampir tiga tahun menaiki bas untuk pergi balik rumah ke UUM memangnya bukan satu perjalanan yang pendek. Dan setiap kali pergi balik aku ambik bas malam. Lebih selesa. Dan macam-macam pengalaman ku lalui dan mujur dan sangat syukur sepanjang menaiki bas untuk perjalanan yang panjang ni tiada apa yang tak baik terjadi. Alhamdulillah, barang-barang aku juga tidak pernah tertinggal atau dicuri. Alhamdulillah sangat. Tiap kali pergi dan balik nasihat berbakul2 seperti biasa. Doa tetap ku mohon kepada ALLAH. Mohon doa’ daripada mak, abah, dan adik-beradik serta kawan-kawan yang maklum. Alhamdulillah selamat. Dan sepanjang jalan banyak sangat cerita yang memberi pengajaran dan kenangan manis buat aku.

Bagasi tinggi dan Pak cik yg baik=)

Alhamdulillah, pak cik pemandu sangat baik menolong aku mengambil beg yang diletak dalam bahagian simpan beg. Bagi bas double decker, bahagian bagasi agak tinggi. Syukur sangat, pak cik baru ni sangat baik menolong aku mengambil beg. Malahan dia mengecam beg aku.

Panjat tayar

Dan pernah juga aku terpaksa memanjat tayar bas untuk ambil beg ku. Agak sakit, tapi masing-masing juga sibuk dengan barangan masing-masing. Masa tu aku tak peduli orang pandang apa asal beg aku dapat ambik.huhu..Macam best gak bila panjat tayar yang besar tu.. Mujur gak pengalaman panjat poko mas akecik2 sangat memabnatu..HIkhik..tapi sakit badan gak nak ambik beg tu..huhu

Buka puasa

Pengalaman berhenti berbuka di hentian Jitra juga mengukir kenangan manis. Aku dan Yasmin turun kononnya nak cari makanan yang boleh dibawa bekal. Kebetulan pak cik driver turun makan. Aku dan Yasmin dan kebetulan seorang adik kawanku juga turun. Hanya kami bertiga dan driver serta co-pilotnya. Penumpang lain mungkin dah ada bekalan. Kebetulan mak cik di kedai tu belikan lemang untuk kami berbuka. Terima kasih sangat pada mak cik pak cik yang baik hati.

Anak-anak kecil yang comel

Pernah juga dalam bas, seorang ibu bersama anak-anaknya. Yang si kakak pandang ke arahku. Mungkin kerana aku asyik memandang mereka dengan lama. Dan kemudian entah apa yang dicakap pada adiknya yang kecil itu, Adiknya pula memandang aku. Geram aku tengok tapi Cuma mampu tersenyum, tersengih dari jauh. Dia juga tersenyum comel.

Hampir terlanggar

Masa baru mata nak terlelap di highway Karak, tiba-tiba bas membunyikan hon mengejut. Rupanya, ada lembu atau apa yang melintas. Sememangnya kawasan tu agak gelap. Mujur juga tiada apa-apa. Aku akui bas memang dipandu laju, malahan kalau perlahan aku sendiri berkata dalam hati. "Cepatlah pak cik” Padahal yang dibawa tu sudah laju sebenarnya dan selalunya aku tak mengambil tempat duduk di belakang sangat dan terlalu hadapan kerana takut pada kelajuannya. Aku pernah menaiki bas yang dipandu laju , terasa terhuyung-hayang basnya. Menakutkan. Dan sepanjang jalan doa pada Allah ku panjatkan.

Tukar Bas

Pengalaman bertukar-tukar bas juga ku alami tapi aku lebih kesian pada kawanku. Yang terpaksa diturunkan di Sungai Petani. Dan mengambil bas lain untuk ke Alor Star. Di awal pagi sendirian begitu....Sebenarnya macam-macam boleh jadi, tapi Alhamdulillah, Allah sentiasa melindungi.

Sendirian di pagi yg hening

Aku sendiri tiap kali sampai di Gambang pada jam 5 lebih, abah akan ambil tapi kekadang aku sampai dulu dan aku akan tunggu abah di stesen minyak CALTEX. Stesen minyak yang bukan 24 jam memang mengundang rasa takut tapi doa tak putus. Lori besar pun berhenti dan beberapa buah kereta yang kelihatan parking di tepi2 jalan. Mak banyak kali pesan hati-hati. Apa lah boleh yang ku buat tika itu melainkan doa dan berharap abah cepat sampai. SDalam otak, aku merancang-rancang juga sekiranya ada orang pelik yang menghampiri..Selalunya di Temerloh atau melepasi Temerloh aku telefon abah cuma kekadang akan terlewat sebab tak nak abah tunggu lama di CALTEX. Pernah sekali aku telefon abah dan bas berhenti lama di hentian Gambang. Padahal abah dah lama sampai di Gambang. Alhamdulillah tiada apa yang berlaku melainkan selamat semua.

Perjalanan pendek

Pengalaman dalan bas untuk perjalanan yang panjang sememangnya pengalaman manis. Lepas ni entah bila lagi dapat aku lalui pengalaman macam ni. Perjalanan pendek2 yang pastinya juga ada pengalaman y ang menarik. Pernah dompetku tertinggal dan betapa baiknya hati konduktor perempuan ni memulangkan dompetku yang cuma ada RM10 dan kad pengenalan. Dan sekiranya naik bas itu lagi aku tak lupa untuk bertanya khabar dengan kakak konduktor. Masih ada insan2 yang mulia hati di tengah kemelut kerakusan manusia mengejar keuntungan. Sentiasalah berdoa untuk kebaikan diri dan orang lain. Sentiasalah yakin kepada Allah. Berbuat baik kepada sesiapa pun, Dan memohon maaf kepada Allah dan maafkan kesilapan orang lain kepada kita. Insya- Allah pertolongan Allah ada di mana-mana…

Thursday, December 2, 2010

update

Tiada sebarang cerita menarik sebenarnya, cuma blog ni perlu update kalau tak nanti berkubur tanpa nisan..em, pepagi tadi sarapan nasi lemak yang sedap dengan cekodok pisang yang best. Restoran Mariam and Daughter..hikhik.. Dan seawal pagi juga dari malamnya, hujan turun tapi tak berapa lebat. Cuaca sejuk2 nyaman dan aman..Tengahari lauk sardin. Kalau mak masak sardin memang tak jumpa macam kat mana2 kedai pun. Sebab mak masak sardin best..hehe..mestilah puji kan..hehe..Kalau aku yang masak, abah jadi kenal yang mak masak ke yang aku masak. Memang tak kena la dengan selera mak, sebab tu, kalau akak aku balik pun, mak mesti turun dapur gak masak. Akak aku tolong2 je..hehe..

Seawal pagi tadi jugak, abah, mak cik, dgn pak cik pergi ziarah orang meninggal. Masih saudara..Masa kita pula entah tak tahu bila dipanggil Yang Maha Esa.

Melihat beberapa profil rakan di facebook, terutama kawan yang sama menuntut di UUM. Masing-masing tengah kepeningan mencari kerja, yg akan berhadapan dengan interview dan ada juga yang terus menyambung pelajaran. Dan malam tadi, aku dapat berita baik dari sahabat ku. Bakal bergelar tunangan orang 25 dec ni insyaallah.. Dijemput aku hadir ke rumahnya di sungai besar, selangor dan aku sangat berbesar hati untuk pergi tapi ada halangan2 lain, ku balaskan "kalau aku tak pergi pun, doa aku sentiasa dengan engko"..Gembiranya, sukanya aku macam aku pulak nak tunang..hakhak..Alhamdulillah, boleh pulak dia cakap "Aku pun tak tau macam mana boleh awal." Alhamdulillah, mudah2an diredhai dan dalam lindunganNYA..amin..


Wednesday, November 24, 2010

Penghargaan Untuk Blogger dari Mutiara Kehidupan

Saat ini dan Tika itu

Sebetulnya, aku dah terlalu lama tak menaip kat sini..rindu nak menaip..rindu nak kembali ada mood berblogging macam masa belajar dulu..aku pun pernah hadapi ketagihan berblog..mengadap blog berjam2..baca blog orang lain yang punya 1001 ceritera, dengan pelbagai tauladan, panduan, peringatan..seronok baca blog..walaupun banyak masa menghabiskan untuk blog, at the same time, memperbaiki diri, menilai diri..(drpd menghabiskan masa chatting yang pastinya kegilaan student)..dan banyak sangat dapat pengajaran, membaca pandangan orang lain terutama berkaitan keagamaan dan politik..terutama bab politik sebab macam2 pandangan aku jumpa di tengah kemelut politik yang buat aku kekadang mencari2 kebenarannya..mengenai kegamaan pula, ramai yang dapat membincangkan secara harmoni, menerima dan menghormati..

Mereka yang Sangat Ku HARGAI
Blog Melayu Angkat yang ku gelar 'ibu' sentiasa dengan semangat kecintaan pada negara, blog Biso Bonar, Pok Li juga mengingatkan diri supaya bersyukur menjadi generasi hari ini yang mengecapi kemerdekaan atas susah payah pejuang orang dulu-dulu..Blog kakisyurga..pastinya, ku tak kan lupakan si Pendekar ini kerana sangat2 menyokong diriku di awal pembabitan ku dalam dunia blog..walaupun kini aku bukanlah blogger yang bagus..tapi, si Pendekar sentiasa memberi kata semangat. Tak ku lupakan, sahabat sekolahku..Dr daie di awalnya kini bertukar pada Debudebu di kaki musafir..Alhamdulillah punya Sakinah dalam hidupku..Kak Erisya dengan blog Celah Kehidupan, orang yang ku suka namanya...ada nama jepun kat situ..Kak Erisya pun suka berkongsi cerita hidupnya, panduan dan nasihat selaku orang yang lebih dulu makan garam. Tak ku lupakan. LOL-PEARLS..singkatan dari Lots Of Love..memang sangat sarat dengan kasih sayang si LOL ini..Dia juga yang dari awal tak jemu mengomen kat blog tak seberapa ini..Apalah ada pada 'Jejak Pena Hamba' yang dulunya dengan nama Mutiara Kehidupan..huhu..Sahabat blogger satu universiti, satu bidang, satu kelas. Perjuangan Kehidupan, Ejim, orang yang mula2 menyebabkan aku dapat berblog.. pandangannya tentang politik menyebabkan aku berminat untuk berminat membaca lebih lanjut di blognya, ditambah dengan cerita2 kelakar dan bersahaja..Ini antara blogger terawal yang sering aku kunjung blog mereka dan punya makna tersendiri dalam hidupku..

Dan kemudian, masih banyak blog yang aku sudah terputus hubungan. Blog Civic Power yang begitu santai dan memberi kesan dengan perlian bersahaja, satu ku ingat sorang blogger yang sarat dengan sajak2 dan puisi, harap2 dia dah hantar karya yang berpotensi itu untuk diketengahkan, lagi blog Meet Uncle Shah yang kini sudah berhijrah dengan nama baru yang lebih matang Blog Kehidupan Al-Rasyid..ah, banyak lagi..aku jadi rindu nak punya banyak masa membaca blog2 mereka dengan kelajuan internet yang baik.. Wah, rindunya nak membaca blog kalian..Sungguhnya, kalian sangat bermakna..dari awal aku berblog..Dan sekarang, ada blogger baru memenuhi list ku yang tak terlalu ramai itu.. dan seorang junior ku, banyak sekali perkongsian dari It is the best of time, It is a Worst of time. Dan para blogger yang lain juga..Moga usaha kalian dirahmati Tuhan, moga peroleh kebaikan dunia akhirat..

Friday, October 22, 2010

masak oh masak

Memasak merupakan satu kemahiran yang tidak dimiliki oleh semua orang secara semulajadinya.. namun, secara keseluruhannya, ramai orang boleh memasak..

ok, aku guna fakta aku buat sendiri..tak kisahlah masak macam manapun, sebenarnya semua orang boleh memasak..asasnya, ada bahan masakan+sumber api=makanan dan yang penting ada orang yang mencampurkan bahan2 tu, dan dikenakan dengan sumber api untuk dijadikan makanan..(ulaman terkecuali)

kalau nak cari isteri, carilah yang pandai memasak, mengemas, rajin.-pesan mak-mak, nenek, atuk, kakak, mak sedara-.etc..jangan lupa agamanya pun penting..satu bonus untuk para suami yang dapat pakej lengkap dalam diri seorang wanita..nak pulak, zaman moden ni, susah jugak nak jumpa perempuan yang dikatakan perempuan melayu terakhir yang dilabelkan ayu, baik, rajin dan yg sewaktu dengannya..

jejak pena hamba ke dapur untuk hari2 kebelakangan ini..sekadar menolong apa yang patut..andai bonda tinggalkan aku sendiri di ruang masakan itu, entah aku tak pasti menu apa yang bakal ku hidangkan pada ayahanda..jadinya, kerja2 am memotong bawang, membasuh pinggan sahaja ku lakukan..dan satu lagi...mengacau lauk..>_<

aku cuba menghadirkan minat untuk memasak..pergi ke dapur sebelum di suruh, tanya bonda bahan2 yang perlu, buat kerja2 dapur yang lain..but..hehehe...atau sifat yang bermula dengan huruf M dan mempunyai lima huruf yang disusun dengan baik sebagai MALAS itu adalah jawapannya..tanya diri...

Yang menyeronokkan tentang memasak bila ada orang makan masakan kita (puji ke tak ke belakang kira)
Yang paling tak seronok bila lepas memasak, aku jadi kenyang tetiba...walaupun tadi beria-ia nak makan masakan tu..
Yang tiba-tiba jadi hilang mood nak masak, bila gas habis..
Yang jadi lebih malas nak masak, bila ada orang lain boleh masakkan untuk kita
Yang jadi agak bengang nak masak. bila masing-masing tunjukkan skill memasak yang hebat sedang kita tak tau..atau nak tunjuk ego sendiri..

Apa pun perasaannya, satu keperluan untuk memasak..tak kan nak beli tiap kali nak makan..kalau belajar dulu bolehla..kehidupan masih panjang (insya-allah andai umur panjang..), dan manusia memang akan makan..manusia perlukan makanan untuk meneruskan kehidupan..memang kedai makan pun banyak..pilih aja mana suka, tapi tak best gak kalau makan kat luar je..

satu kelebihan untuk memasak sebab dari masakan dan makanan yang enak dimakan, hubungan tak baik pun boleh jadi baik..yang ni penting sebab hubungan adalah sesuatu yang sangat penting..retak hubungan banyak jiwa yang merana...

Monday, October 4, 2010

Sebuah cerita dalam keretapi

Bas Durian Burung double decker mula meluncur laju. Bandar Kuantan semakin lama, semakin jauh aku tinggalkan. Teringat lambaian mak dan abah. Ada nasihat bergulung yang selalu dipesan. Mengharap anak ini menjadi manusia berguna. Moganya begitu. Amin. Agaknya dah lama tak naik bas, aku jadi hilang mengantuk, sedikit teruja,padahal keletihan dua hari untuk majlis abang aku di siang tadinya begitu memaksa badan untuk berehat. Mata tidak mahu lelap. Duduk di seat single memang memberi privasi lebih pada penumpang. Aku juga lega dan selesa begitu. Sedang mahu melelap mata, suara-suara kecil kedengaran dari bawah. Aku yang di tingkat atas tersenyum. Cerita En. Rahim seakan kembali terdengar di halwa telingaku.
**************
"Dalam sebuah keretapi, seorang ayah yang berwajah garang, bengis. Siap ada kesan parut di muka dan tangan menaiki keretapi dengan beberapa si anak kecil. Dalam keretapi, si ayah duduk diam sahaja sedangkan si anak-anaknya tadi mula membuat bising. Berlari ke sana-sini, Budak-budak..faham-faham aje lah perangai dia. Dan dalam gerabak yang sama, ada sekumpulan pelajar yang sedang dalam tugasan. Mereka sebenarnya ingin rehat dan mungkin memikirkan sesuatu untuk menyiapkan tugasan tersebut, tapi keadaan dalam keretapi menganggu mereka malahan penumpang yang lain. Nak kata si ayah tak garang, tengok muka pun tak berani. Jadinya, jika anda di situ, apa yang akan anda buat?"

Makanya muncul pelbagai jawapan, daripada yang logik hingga yang berunsur main2..Tak apalah, semuanya jawapan nak menghidupkan kelas. Lepas tu, ada jawapan, "Cakap elok-elok kat ayah dia" dari seorang pelajar perempuan(P). "Ok". Nampaknya jawapan tu betul dah..

"Sebenarnya, anak-anak saya baru lepas kematian ibunya." Kami diam sekejap..
"Anak-anak saya tak pernah naik keretapi." Masing-masing mula faham nampaknya..
Aku dah tak berapa ingat lagi antara dialognya tapi itu antaranya dan di akhirnya.."Nanti awak (P) pulak yang cair"Begitu lebih kurang maksud En. Rahim yang mengundang ketawa kami satu kelas..

Kekadang kita tak tahu keadaan orang lain yang menyebabkan dia jadi begitu. Kita mudah menghukum manusia lain tanpa mengadili seadilnya. Namun, untuk diri sendiri, jangan pula mudah menjadikan sesuatu sebagai alasan semata-mata.Wah, ni peringatan lebih untuk aku ni..

Monday, September 27, 2010

Jodoh

Jejak hamba agak jauh 25 september lepas. Alhamdulillah urusan walimah abangku dengan suri hatinya kak eija berlangsung dengan lancar..Alhamdulillah juga, perjalanan kami selamat pergi dan selamat pulang. Saudara ramai, jadinya abah sewa bas. Alhamdulillah insya-allah 2 okt ni majlis sambut menantu pulak kat rumah abah. Abang aku berkenalan dengan isterinya kat UTM..Bidang yang sama iaitu pendidikan tapi berbeza subjek…

Aku ada baca “jodohku, dimanakah kau?” Tulisan Dr Hm Tuah Iskandar…Aku terfikir sendiri.. Memangnya asam di darat dan ikan di laut kalau tak de sebab, tak kan mungkin dua benda ni bercampur dalam periuk?...Ada dua tiga contoh yang diberikan, seorang penarik beca di India dan seorang pelancong dari AS, bertemu jodohnya sebab pelancong tu minta penarik beca tu bawakan dia. Dr Hm Tuah sendiri ke Batu Pahat sedangkan dia orang Muar. Ke Batu Pahat akhirnya bertemu dengan isterinya. Malahan ayah isterinya itu dari Yaman, seorang peniaga..(Majalah Wanita, Bil 1355, 6-12 November 2009 ,ms:58) Ini sumbernya..dan bila ku baca.. Hehehe..jadinya jodoh perlukan sebab untuk bertemu.

Mungkinkah jauh belajar ke Utara kan bertemu jodohku di sana?hehehe..sekadar persoalan biasa.. Apa pun, carilah jodoh anda…Mungkin atau tidak, ikhtiarlah..>_


Thursday, September 23, 2010

1,2,3 Hari Raya

Lama sekali aku tak menjengah blog yang dah makin banyak 'habuk'..Dah makin 'kusam' warna..dah makin 'haus tapaknya'..Tak berkesempatan betul nak menaip apa-apa jua cerita..walhal banyak perkara yang nak dikongsi, yang nak diluah..

Alhamdulillah, syawal kali ni memang sangat bermakna..Lebih bermakna mungkin..ada jejak kasih dengan beberapa sahabat lama dalam bulan ramadhan lepas..insya-allah, mudah2an ukhwah kan terus terbina dengan sepenuh2nyer keihklasan..

Balik kampung baru ni, terkejut gak biler tengok ..alahai, sepupu-sepupuku dah besar semuer..dah makin ayu yang perempuan..yang lelakinyer pulak,dah besar2..x nakal2 macam dulu lagi, tapi nakalnyer tetap ada..kenduri tahlil kecil2an kat rumah maklong sekali lagi, makin tak cam orang..eh, tu anak sape?..anak kak ha ke? anak abang din ke? anak kak shida ke?..huhu...anak sedara sepupu pun dah makin ramai..ada yang dah lama sangat tak jumpe..mana taknye, dulu, tiap tahun mesti berjumpa.Main, makan, tidur sama2...dah besar, masing2 sibuk..ada yang cuti kerja tak lama..kekadang ada kekangan lain, tak dapat balik kampung..aku sendiri dah hampir dua tahun tak balik..ada jugak nama sepupu hampir kulupa..huhu..

Sebenarnya baik keluarga belah mak atau belah abah..dua2nya punya keluarga besar..aku suka dengan keluarga yang besar dan memangnya setiap family ada masalah sndiri yang sama2 tanggung..sama2 doa'kan kesejahteraan keluarga dunia akhirat insya-allah..sama2 saling membantu..mudah2an, keluarga saudara semua diberkati..

Raya baru ni, ada saudara datang dan ada muka sorang tetamu yang nampak sangat familiar..tapi tak bertanya pulak aku..dah dua tiga hari, mak cerita pasal saudara dan tetamu yangd atang..rupanya..huhu..kawan sekolah rendah...patutlah mukanya mcam pernah nampak jek..tapi dah berubah..dah lebih kemas..dah makin berisi..huhu..

Apapun, salam ukhwah>_<

Monday, July 12, 2010

masa kat pejabat

Tinggal beberapa minit untuk pulang dan aku sedang menari-narikan jari-jari kat keyboard ni..brsalah kot mengguna masa yang diperuntuk untuk kerja melakukan tugasan peribadi..kalau dah sekarang macam ni, mungkinkah nanti bila aku dah dapat kerja betul2 pun macam ni..jadinya apa pendapat yg lain..tugas yang lain dah siap..hari esok ada program untuk dihadiri untuk sama2 mengendali..harap2 program berjalan lancar..

Thursday, July 1, 2010

Sebulan Praktikal

Alhamdulillah..

Dah sebulan menjalani praktikal di Majlis Perbandaran Kuantan (MPK) dan banyak perkara yang dipelajari..Walaupun apa yang aku buat hampir sama dengan setiap program yang pernah aku ikut kat UUM, tapi terkdang banyak benda yang aku terlepas pandang..Print surat sampai beberapa kali dek kesilapan menaip, tak peka dengan ejaan dan sebagainya lagi kesalahan..sebulan yang mengajar macam-macam..peritnya Allah aje yang tahu. Dan aku yakin sebenarnya lebih ramai yang mengalami pengalaman yang mungkinnya lebih pahit dari aku..tapi tiba satu masa, kita akan teringat dan terfikir kembali sebenarnya itu lah yang mematangkan..

Seminggu pertama duduk di rumah mak sedara..Macam-macam yang aku dan Umi (member praktikal satu U, satu tempat) lalui untuk ke MPK..naik turun bas, teksi..Perancangan kewangan yang semakin berkurang..Perancangan masa..Dan yang paling teruji ialah pengawalan emosi..Allah aje yang tahu dan aku yakin Umi memang sangat tertekan pada minggu yang pertama..Aku juga sebenarnya..Macam-macam perkara yang nak difikir..Alhamdulillah..lepas seminggu...Kami pindah ke bilik sewa..Lebih dekat dengan tempat kerja..lebih saving dari segi kos perjalanan, kos masa, kos perasaan dan kos segala..tapi setiap yang aku dan Umi lalui sememangnya menuntut kesabaran dan menguji tali persahabatan kami berdua..Terasa sangat teruji...Apa pun, kalau tiadayang bertolak ansur, jawabnya, hancurlah ikatan sahabat yang terjalin..Masing-masing perlu faham..

Tuk tempat aku praktikal ni..alhamdulillah ok je..Kat Jabatan Kemasyarakatan..Bahagian Perhubungan Awam dan Masyarakat..Staf semuer baik2, peramah..ceria selalu...hehhe..thnx lot tuk semua prtolongan dan tunjuk ajar...

Betapa sebulan yang pertama ni mengundang pelbagai perasaan dan kesedaran..Kesedaran perasaan yang sebenar..Kalau dulu,aku rasa, ok je kot kalau kerja jauh sikit dari family...tapi bila dah lalui, rupanya..aku tak betah berjauhan dengan keluarga...hehehe..makin dekat dengan rumah rasa macam makin nak balik rumah..Kalau dulu ye lah..ada alasan untuk belajar..sekarang..no more reason mungkin..huhu...lagipun biler dah beso ni rase macam nak duk dekat dengan rumah je...malaih dah jauh2...nak keje luar pun rase macam tak nak je..hakhak...nak ke je dari rumah boleh tak?hehehehe...rasa macam rindu sangat2 kat masakan mak, kat rumah..rindu sangat2 kat rumah..atau sekarang ni aku tengah rindu nak balik? Tak jugak..tapi bila diselidik, rupanya memang Rumahku Syurgaku..Alhamdulillah...

Em, sekejap tentang keputusan peeriksaan baru ni..wah, sungguh mendebarkan..macam2 terfikir..risau sangat bila dah sem akhir...alhamdulillah tercapai ayang aku inginkan..aku target pointer ku lebih tinggi dari pointer sebelum ni sebab aku pernah jatuh mendadak masa sem 3 dan nak menaikkan balik pointer tu susahnya lah...Alhamdulillah melebihi pointer sem 1 dan sem 2..masih ada peluang tuk tambahkan pointer dengan markah praktikal yang ada 6 jam kredit ni...hehe..amin..

Sekian untuk kali ni yang dah lama tak posting cerita kat sini..wassalam..semoga bertemu lagi di lain hari dan waktu..di tempat dan siaran yang sama..>_<..salam ceria...