Thursday, July 1, 2010

Sebulan Praktikal

Alhamdulillah..

Dah sebulan menjalani praktikal di Majlis Perbandaran Kuantan (MPK) dan banyak perkara yang dipelajari..Walaupun apa yang aku buat hampir sama dengan setiap program yang pernah aku ikut kat UUM, tapi terkdang banyak benda yang aku terlepas pandang..Print surat sampai beberapa kali dek kesilapan menaip, tak peka dengan ejaan dan sebagainya lagi kesalahan..sebulan yang mengajar macam-macam..peritnya Allah aje yang tahu. Dan aku yakin sebenarnya lebih ramai yang mengalami pengalaman yang mungkinnya lebih pahit dari aku..tapi tiba satu masa, kita akan teringat dan terfikir kembali sebenarnya itu lah yang mematangkan..

Seminggu pertama duduk di rumah mak sedara..Macam-macam yang aku dan Umi (member praktikal satu U, satu tempat) lalui untuk ke MPK..naik turun bas, teksi..Perancangan kewangan yang semakin berkurang..Perancangan masa..Dan yang paling teruji ialah pengawalan emosi..Allah aje yang tahu dan aku yakin Umi memang sangat tertekan pada minggu yang pertama..Aku juga sebenarnya..Macam-macam perkara yang nak difikir..Alhamdulillah..lepas seminggu...Kami pindah ke bilik sewa..Lebih dekat dengan tempat kerja..lebih saving dari segi kos perjalanan, kos masa, kos perasaan dan kos segala..tapi setiap yang aku dan Umi lalui sememangnya menuntut kesabaran dan menguji tali persahabatan kami berdua..Terasa sangat teruji...Apa pun, kalau tiadayang bertolak ansur, jawabnya, hancurlah ikatan sahabat yang terjalin..Masing-masing perlu faham..

Tuk tempat aku praktikal ni..alhamdulillah ok je..Kat Jabatan Kemasyarakatan..Bahagian Perhubungan Awam dan Masyarakat..Staf semuer baik2, peramah..ceria selalu...hehhe..thnx lot tuk semua prtolongan dan tunjuk ajar...

Betapa sebulan yang pertama ni mengundang pelbagai perasaan dan kesedaran..Kesedaran perasaan yang sebenar..Kalau dulu,aku rasa, ok je kot kalau kerja jauh sikit dari family...tapi bila dah lalui, rupanya..aku tak betah berjauhan dengan keluarga...hehehe..makin dekat dengan rumah rasa macam makin nak balik rumah..Kalau dulu ye lah..ada alasan untuk belajar..sekarang..no more reason mungkin..huhu...lagipun biler dah beso ni rase macam nak duk dekat dengan rumah je...malaih dah jauh2...nak keje luar pun rase macam tak nak je..hakhak...nak ke je dari rumah boleh tak?hehehehe...rasa macam rindu sangat2 kat masakan mak, kat rumah..rindu sangat2 kat rumah..atau sekarang ni aku tengah rindu nak balik? Tak jugak..tapi bila diselidik, rupanya memang Rumahku Syurgaku..Alhamdulillah...

Em, sekejap tentang keputusan peeriksaan baru ni..wah, sungguh mendebarkan..macam2 terfikir..risau sangat bila dah sem akhir...alhamdulillah tercapai ayang aku inginkan..aku target pointer ku lebih tinggi dari pointer sebelum ni sebab aku pernah jatuh mendadak masa sem 3 dan nak menaikkan balik pointer tu susahnya lah...Alhamdulillah melebihi pointer sem 1 dan sem 2..masih ada peluang tuk tambahkan pointer dengan markah praktikal yang ada 6 jam kredit ni...hehe..amin..

Sekian untuk kali ni yang dah lama tak posting cerita kat sini..wassalam..semoga bertemu lagi di lain hari dan waktu..di tempat dan siaran yang sama..>_<..salam ceria...

4 comments:

  1. salam, kak fahana.. rindunya..
    bila baca post ni rasa macam akak tengah bercakap ngan ikin..terdengar-dengar tau suara akak ngan senyum-senyum akak tu..

    nanti datang uum hantar report roger2 ikin tau..

    ReplyDelete
  2. erm...cmner praktikal kat MPK???syok ker...dengar2 seronok giler kat sana...hehehehe...chaiyok2...

    ReplyDelete
  3. Fahana..

    Waaaaaaaaaaaaah...
    dah lama tak berkunjungan..
    Sekali baca, dah praktikal rupanya..

    Mmm..
    Seperti yang LOL lalui baru2 ni.
    LOL amik pengkhususan lain..
    Sekali kerja mcm2 keja kena buat.
    Boleh hadapi. Tapi baru2 ni...
    ..LOL agak down coz perkara yang memang sejak dari dulu LOL nak elakkan berlaku...

    Marketing...
    LOL memang sangat lemah dalam bidang komunikasi.
    Pada awalnya, terasa dah down sangat. Sampai menangis.

    Bila fikir2 balik, LOL bersyukur kerana LOL berpeluang mempelajari banyak perkara semasa bekerja. Dan memikirkan LOL berada di tempat yang ramai orang inginkan.

    Hargai setiap perkara yang kita lalui.
    Kesukaran sekarang akan memudahkan kita pada masa akan datang.

    Fahana terus tabah dan cemerlang.
    Semoga semuanya baik2 saja.

    Belajar kawal perasaan k.
    Saat sangat down, jangan membuat keputusan ketika itu kerana emosi kita bukan dalam keadaan normal. Amik masa untuk bertenang dan fikir semula. Dalam keadaan normal, kita boleh membuat keputusan yang sebaik-baiknya. Mudah-mudahan.

    Fahana,
    Wish ya best of luck..

    All the BEST!

    ReplyDelete
  4. ikin,
    insya-allah, tringin nak jumpe nak dengar ikin cerita pulak..hehe..belajar rajin2 ye

    cik teratak mia:seronok weh...nak plak duk kat bhgan program ni kan..hak2..

    Lol, thnx thnx lot..brharga betul ingatan dan nasihat tu..terima kasih ye>_<..

    ReplyDelete