Showing posts with label Pendidik. Show all posts
Showing posts with label Pendidik. Show all posts

Sunday, November 13, 2011

Ilmu

Alhamdulillah.. dapat jugak menulis something kat sini lagi... sebenarnya bukan senang nak menulis kat sini. Nak konsisten pun belum dapat. Jadinya, untuk kesempatan yang ada, aku ingin menulis sesuatu.
**********************************
Kehidupan adalah tampat belajar tanpa dinding dan ia sangat luas. Sampai ke liang lahad, nabi menyuruh kita menuntut ilmu. Malah, sampai ke negeri China. Betapa jauhnya jarak dari asia tengah ke arah timur. Proses pembelajaran itu tidak pernah ada hentinya. Biar mungkin tanpa buku, tetapi, kehidupan yang dilalui itu juga bermaksud mempelajari sesuatu jika dia mahu belajar dengan kesilapan yang telah dilakukan. Dia mahu belajar dengan apa yang diperhatikan di sekelilingnya.

Namun, mungkin bagi sesetengah orang, proses belajar tetap ingin mahukan sesuatu yang lazimnya dilalui iaitu, melangkah ke kelas, mendengar seorang pengajar memberi ilmu, mencatat sesuatu, menerima sesuatu di dalam kelas dan kemudian memberi ilmu kepada yang lain pula. Dan pembelajaran ini juga adalah sangat berharga bilamana, dia menyedari betapa pentingnya ilmu. Ilmu itulah yang menjaga dirinya kelak.

Tuntulah ilmu selagi boleh, selagi mahu dan yang penting selagi hidup. Zaman sekarang canggih. Belajar dari rumah pun boleh. PJJ kata Ustaz Don. Ustaz ustazah ada kat cermin kaca TV, boleh talk by phone tuk tanya soalan. Itu juga proses belajar. Asalkan mahu, pasti boleh.. Tetapi, biarlah menuntut ilmu yang benar. Dan dibawa ke jalan yang benar.

Sekarang, manusia cerdik pun boleh jadi jahat bila salahguna ilmu.

Dalam niat belajar dan mendapatkan ilmu, perlulah ikhlas keranaNYA.. MOGA-MOGA ILMU ini tidak membongkakkan diriku malahan, membantu aku dan saudaraku ke jalan y ang mendekatiMU YA ROBBI..

MOGA-MOGA, ilmu ini menjadi aku hamba yang lebih taat pada suruhanMU, yang rendah diri kepadaMU juga kepada makhlukMU, ALLAH..menjadikan aku hamba yang mencintaiMU...

Wednesday, October 5, 2011

ini bukan yg terakhir..

Alhamdulillah..majlis konvokesyen untuk course pengurusan awam dah pun berlangsung dengan jayanya pada 3 oktober 2011..sesi pagi. Alhamdulillah, tiada kesilapan di kalangan kami para graduan. Dan di pihak pentadbiran juga semuanya ok. Alhamdulillah.

Apa yg boleh ku katakan,s emangat tolong-menolong antara kamis ebelum berlangsungnya majlis sangat kuat. Walaupun tak kenal satu sama lain, tapi masing-maisng tak lokek ilmu. Moga-moga sifat ini terus dapat dipupuk untuk kehidupan kami dalam peringkat kehidupan seterusnya.

Walaupun tak lama di UUM, alhamdulillah, aku dapat jumpa kawan2 yg sepatutnya aku jumpa. Tidak berkesempatan untuk berjumpa para pensyarah yang telah banyak sangat memberi ilmu dan panduan kehidupan yg sangat bermakna. Dari mula mengenal huruf A,B,C di tadika, kemudian melangkah sedikit bagaimana cara membuat ayat di sekolah rendah dan kemudian ke peringkat yang lebih tinggi di sekolah menengah. Semuanya atas jasa guru yang mendidik di sekolah. Di rumah, mak dan abah tak ketinggalan berperanan mendidik. Mereka tidak punya SPM, apatah lagi ijazah. Namun, segala ilmu kehidupan itu tersangat bermanfaat. Tiada dalam silibus buku. Makanya, jangan sesekali perlekeh apa yang mereka katakan. Ilmu berdasarkan pengalaman itu kekadang lebih bernilai.Sungguh, jasa guru tidak perlu dipertikai. Moga Allah memberikan kehidupan yg baik untuk semua tenaga pengajarku dan kalian juga..

Berjumpa sekejap dengan Ikin. Banyak perkara dikongsi bersama. Ada semangat juang yg muncul. moga semangat itu akan terus subur.

Hutan Ilmu UUM entah bila akan ku jejaki lagi. Tapi aku ingin menapak lagi ke situ. Segala ilmu akan kugunakan insya-allah..

Sebagai seorang graduan, aku juga tertanya. Apakah ini saja? Beginikah sahaja? Tidak sebenarnya..seorang graduan masih banyak sangat tugasnya pada manusia sekeliling. Pesan seorang pendidik..
"ia bukan kejayaan terakhir tapi satu prmulaan tuk mengorak pada langkah yang lebih jauh.. jangan bongkak dengan ijazah tu..jangan lupa pada mak ayah,, itu kejayaan mereka yg banyak berkorban untuk kita.."-pesanan bermanfaat seorang pendidik..insya-allah akan ku ingat selalu..

Thursday, August 4, 2011

Cabaran ustaz dan ustazah

Berita pelajar ditoreh guru semalam pastinya akan mengingatkan masyarakat pada pelbagai berita lain yang mengaitkan para ustaz dan ustazah yang terlibat dalam kes penderaan anak murid. Sekali lagi persoalan keimanan para ustaz dan ustazah dipersoalkan.

Di Malaysia, Ustaz dan ustazah adalah seorang guru yang mengajar subjek keagamaan. Seorang guru yang mengajar Bahasa Inggeris dipanggil Teacher atau Sir dan seorang guru yang mengajar bahasa melayu, matematik, geografi dan yang sewaktu dengannya dipanggil cikgu. Di negara arab ustaz atau ustazah merujuk kepada maksud guru tanpa mengira subjek apa pun.

Jadinya, bila ada kes anak murid didera para ustaz atau ustazah yang telah pasti dilihat sebagai seorang yang mendalami malahan mengajar pula ilmu agama, tak sikit banyak, imej ustaz dan ustazah yang baik baik juga tercalar. Moga kalian bersabar mendidik, kalian sabar menerima teguran dan kritikan atau mungkin cemuhan dan hinaan. Peribahasa kerana nila setitik habis susu sebelanga mungkin sesuai tetapi, teruslah mendidik anak-anak ini dengan penuh kesabaran.

Apa jua ceritanya, ada hikmah untuk para ustaz dan ustazah membina sebuah generasi yang baik akhlak sahsiahnya serta cemerlang ilmunya insya-allah..

Wednesday, June 22, 2011

tarikh yang dah lepas

Tanggal 16 mei merupakan satu tarikh khas untuk menghargai jasa dan pengorbanan para pendidik seluruh malaysia.Sungguh, jasa guru tak ternilai hebatnya. Bayangkan, ada anak murid yang langsung tak kenal huruf, akhirnya boleh membaca dengan lancar. Malahan, akhirnya setelah bertahun-tahun menimba ilmu, dia menjadi seorang yang berjaya untuk agama, bangsa dan negaranya. Betapa hebatnya seorang guru dan dengan bersatunya guru-guru di sebuah sekolah, seorang murid mampu menjadi manusia yang unggul.

Dan, lupa tak lupa aku juga konon-kononnya jadi cikgu. Sebab kami, para pengasuh di taska dipanggil guru adalah agar, anak-anak hormat. Betapa tingginya nilai nama seorang cikgu itu. "Kat taska ni dulu ada yang panggil ibu, mama, umi. tapi budak-budak tak takut. Bila tukar pada cikgu barulah takut sikit" Begitu ceritanya. Takut tu bukan bermaksud apa-apa sebaliknya, anak-anak jadi lebih hormat dan patuh pada arahan. Lebih mudah dikawal.

Tanpa disangka, ada beberapa anak murid mengaji yang bagi hadiah. Sangat terkejut sebab aku tak harap langsung, tak sangka langsung. Hadiah2 tu buatkan aku lebih sedar tanggungjawab aku. Walaupun hanya cikgu mengaji taska. Serasa, bukanlah besar sangat jasa, tetapi bila mak kata begitu begitu, begini begini, aku kena terima juga. Mungkin aku terlalu merasa tak layak dengan panggilan cikgu atau apa aku pun tak pasti. Cuma, aku rasa aku juga belajar seperti mereka. (memangya kita sentiasa belajar, ok)

Mudah2an, kita sama2 dapat lakukan dengan sebaik yang mungkin. Ku mohon agar diberi kemudahan dalam kesusahn yang ada.

Buat Guru2:
>>>Sekolah Kebangsaan Paya Bungor,
>>>Sekolah Menengah Agama Maran,
>>>Sekolah Tinggi Agama Sultan Abu Bakar, Pekan,
>>>Universiti Utara Malaysia dan semua guru di Malaysia..

Moga kehidupan kalian dalam lindungan dan barokah
Yang Maha Esa..Aminnnn



Sunday, January 23, 2011

Terserempak

Kepada Sesiapa yang Berkenaan

Ah, dah lamanya tak menulis…

Sepanjang kesepian ini..apa yang boleh dicoretkan..semakin sibuk semakin banyak benda kita tahu apa kita nak buat, semakin boleh dirancang setiap perkara yang kita mahu lakukan..tetapi, bila badan menjadi kaku, mahu bergerak, melangkah..terasa beku..jadi tak tahu nak mulakan yang mana satu..ingat 5 perkara sebelum 5 perkara dan salah satunya itu yang Tuhan bagi pada aku sekarang ialah masa yang begitu banyak, banyak, banyak dan banyak sekali..kerana itu, aku cuba menginsafi dan beberapa kali tergelincir..tapi Dia tak pernah lupa hambaNYA..dalam tiap susah ada sesuatu yang diberi..

Aku ke pekan sehari semalam..aku terus ke kedai cina untuk fotostat dokumen2 berkenaan yang telah habis kugunakan untuk menghantar resume..melangkah masuk je, seakan ku kenal kelibat wanita itu..rupanya..dia seorang….PENDIDIK yang pernah mengajar aku kalimah-kalimah bahasa syurga..Ustazah Norliza..kelihatan kurus dari yang sebelumnya. Berbual seketika di dalam kedai sambil menunggu dokumen aku difotostat..

Aku sentiasa mengantuk kelas Ustazah ni..Dan kebanyakan kelas, aku memang selalu tersengguk. Tapi aku cuba tahan-tahankan..kalau tidak nama ku ini akan jadi popular dalam kelas..Pernah banyak kali namaku dipanggil Ustazah Norliza yang nak menguji Nahu ku..dan aku memang tak pandai tatabahasa bahasa arab ni..aku hanya jawab ikut jawapan yang kawan bagi, atau kebetulan betul, betul lah..

Jujurnya, Nahu matapelajaran yang paling aku tak pandai..abah kata senang je Nahu..dan kata seorang akak sekerja dulu, Nahu senang..Betul, kalau kita faham konsepnya..memang tak susah, malahan seronok melihat keunikan bahasa arab..

Masuk pula ke Tunas Manja Maran, nampak Ustaz Redho dgn keluarga berjalan masuk.. Aku di belakang terasa segan nak menegur..huhu..Ustaz ni agak kelakar..kawan2 aku boleh siap bergurau2 je dengan ustaz ni tapi tetap masih hormat seorang pendidik..Bahasa Arab dan Feqah antara subjek yang diajar..

Itu baru dua orang pendidik yang cukup banyak sekali jasanya untuk aku dan pastinya untuk anak bangsa..