Showing posts with label TIPS. Show all posts
Showing posts with label TIPS. Show all posts

Thursday, November 24, 2011

keikhlasan penulisan

Alhamdulillah
Daripada banyak tips yang aku baca mengenai penulisan. Kita perlu banyak membaca untuk dapat menulis dengan idea yang bagus, dengan ayat yang mantap dan pastinya untuk membiasakan membaca dengan ayat-ayat yang mampu menarik perhatian orang ramai.. ayat bravo gitu..
Apa pun, kiranya ingin menjadi penulis, pada pendapat peribadiku,

-penulis tu perlu tahu apa reason dia menulis? untuk apa? kenapa? Dan sebab itu pasti menguatkan diri untuk terus menulis walaupun ada dugaan yang melanda. (Sungguh, dugaan itu tak tersangka ianya dugaan, dan jangan kata kita dah cukup sabar bila kita belum diuji. Dan lagi, ingatkan diri, bahawa ada orang lain diuji lebih hebat dari kita. sungguh, ujian itu setimpal untuk kita dan Allah tahu yang terbaik untuk kita)

-penulis juga perlu jadi diri sendiri. Memang tak dinafikan. Bila kita banyak membaca hasil penulisan orang lain, pasti kita terpengaruh dengan cara dia menulis. Pada ku, itu tak salah. Cuma, jangan meniru penulisannya. Kalau ingin ambil mana-mana petikan, pastinya ianya dikreditkan pada penulisnya..

-ikhlas dalam penulisan. Owh, ini penting sekali. Ikhlas, Ikhlaslah dalam apa jua. Siapa tahu kita ikhlas??Allah tahu. Penulisan yang ikhlas dari jiwa akan mampu mengusik jiwa pembaca insya-allah.Perasan tak, kalau kita membaca pada mana-mana tulisan karangan sesiapa pun, ada yang dapat menyentuh hati kita direct automatik, la tu gak (kata oghang utara)..dan adakalanya tidak (untuk kes yang tidak ni, kena check balik, mungkin hati kita yang sukar diusik dan ditegur).

Jadinya, untuk itu. Bagaimana untuk hasilkan penulisan yang ikhlas??? Sekali lagi pada pendapat peribadi ku..
sentiasa menulis,
belajar menulis,
cuba istiqamah,
betulkan niat (why i'm write???),
rajin melihat dan membaca penulisan orang lain dan
berdoa'lah pada ALLAH yang satu untuk menjadi hamba NYA YANG IKHLAS KERANA SESUNGGUHNYA BEGITU SEDIKIT HAMBANYA YANG IKHLAS...

Sekian, sedikit untuk waktu ini. Perkongsian peribadi dari ku yang baru belajar..

Sunday, November 20, 2011

ikhlas bersahabat

"Friendship is a gift
Shared between true friends and treasured for life"
(petikan dri gift yg cute)

Kawan senang, mudah dicari, tetapi kawan tika sukar...
saat itulah erti sebuah ikatan persahabatan diuji.

Dalam sebuah ikatan yang bernama sahabat, hati perlu ikhlas..Teringat kata seorang sahabat, jika kita ingin berkawan, tetapi, dalam hati ada je rasa-rasa tak baik muncul. Beristighfarlah dan berdoalah agar dijauhi daripada hasutan syaitan yang sentiasa jeles melihat ukhwah islamiyyah itu wujud..

Bagaimana mengikhlaskan hati dalam persahabatan???

-Terimalah dia seadanya dia. Baik buruknya. Kelemahan dan kekuatannya. Jangan hanya tika nampak sifat buruknya, dia dicela dan ketka lahir sifat mulianya, pujian melambung diberi. Sebaliknya, pujilah sekadarnya dan berilah ingatan yang berhikmah andai boleh dibantu diperbaiki sifat yang tidak baik. Jangan terus memaksa dia mengubah. Andai ada sifatnya yang agak tidak baik dan memang itu sifat semulajadinya, gunakan kekuatan anda untuk memperbaiki, untuk menutupi kelemahannya.. Anda dan dia, saling memerlukan dan saling membantu

-Persahabatan itu perlukan masa untuk saling kenal-mengenali. Adakah boleh satu hari, anda cukup kenal siapa dia? Mungkin ada, tapi itu untuk special case which is, there's have a chemistry between u and her@his. Ambillah masa mengenalinya. Berikan ruang untuk sama-sama mengenali. Boleh talk satu sama lain dengan cara yang baik..

-Saling memberi dan menerima. Hadiah ke? Tak semestinya. Mungkin boleh berbentuk pertolongan yang kelihatannya biasa-biasa aje. Tolong angkat baju masa rumet g class, tolong belikan makanan masa rumet tak sihat. Bila sampai satu masa, dengan begitu, kita jadi kenal kesukaannya, tabiatnya dan itulah yang memberi kefahaman dan eratnya ukhwah.

-Dalam hati, jangan pernah ada niat berkawan kerana kelebihannya baik dari hartanya, rupa fizikalnya, kedudukannya dan pangkatnya serta latar belakangnya. Kelebihan dari segi ilmunya, agamanya tidak mengapa. Yang penting, niat di hati itu ikhlassssss.


Dalam majalah Solusi keluaran tajuk tentang Subuh.. ada petikan berbunyi..kekuatan ummah itu ada pada jamaah si waktu subuh.. Sungguh begitu sikit yang berjemaah di waktu subuh..


Monday, October 25, 2010

Anjakan Diri ke Arah Kebaikan

Tiga langkah untuk melaksanakan kebaikan, untuk melakukan satu anjakan yang positif dalam diri..Tiga langkah tersebut ialah:

Mulai daripada diri sendiri
Mulai dengan perkara kecil
Mulai dari hari ini

Masyarakat selalunya akan melihat pada si pelaku yang bercakap tentang sesuatu perkara. Biasa bukan kita dengar "Alah, dia suruh orang buat baik, tapi diri dia sendiri pun belum tentu." Dan aku pernah diberi satu tazkirah berbunyi 'Jangan dilihat pada siapa yang bercakap tapi dengarlah apa yang dikatakan".. cuma lazimnya manusia akan melihat juga siapa yang bercakap..jadi, wajar untuk kita mulakan dengan diri kita sendiri..dan setiap manusia itu kan khalifah di muka bumi yang bertanggungjawab untuk memakmurkan bumi. Malahan, jika sebagai da'ie, akhlak yang positif dengan nilai dalam diri yang mahmudah juga sangat perlu dalam membimbing orang lain ke jalan kebaikan.

Seperti yang suka aku ingatkan untuk aku..dari perkara kecil akan timbul yang besar..jangan dekati zina kerana dari situ akan berlaku zina..jgn merokok bimbang nanti dadah akan menjadi rakan. dengan satu tugas yang kecil akan berjaya satu program besar di kolej.. dengan satu arahan ringkas, satu organisasi berjaya menapak teguh dalam dunianya.maka,mulakan melakukan perkara kecil untuk merubah kepada kebaikan..walau orang lain tidak tahu kita melaksanakan kebaikan itu tapi sesungguhnya ALLAH KAN MAHA TAHU..berubah juga bukan terus dari tak pakai tudung kepada tudung labuh..ya kalau boleh begitu lagi baik..cumanya, yang penting pada istiqomahnya..jangan sekejap2..perubahan niat itu biarlah kerana Allah..seperti naik tangga..manakan boleh melompat dari tangga 1 ke tangga 10..sebaliknya ada anak-anak tangga yang perlu dipijak dengan cermat..

Mulakan saat ini!!jangan ditangguh kerana bila ditangguh akhirnya tak terlaksana..kata seorang pensyarah ku.. 'Kerja bertangguh adalah satu perbuatan mencuri.'.kenapa ya mencuri perbuatan bertangguh itu???kerana akhirnya perlahan-lahan, ia mencuri masa kita untuk melaksana perkara yang tadinya telah dirancang..sebolehnya, kiranya tiada halangan teruskan..insya-allah, dengan doa dan tawakal kepada Allah atas usaha yang telah dijalankan, akan ada keberkatan dan kelancarannya..

Barokallahu fikum..Moga hari2 anda ceria dan bahagia>_<