Sunday, November 20, 2011

ikhlas bersahabat

"Friendship is a gift
Shared between true friends and treasured for life"
(petikan dri gift yg cute)

Kawan senang, mudah dicari, tetapi kawan tika sukar...
saat itulah erti sebuah ikatan persahabatan diuji.

Dalam sebuah ikatan yang bernama sahabat, hati perlu ikhlas..Teringat kata seorang sahabat, jika kita ingin berkawan, tetapi, dalam hati ada je rasa-rasa tak baik muncul. Beristighfarlah dan berdoalah agar dijauhi daripada hasutan syaitan yang sentiasa jeles melihat ukhwah islamiyyah itu wujud..

Bagaimana mengikhlaskan hati dalam persahabatan???

-Terimalah dia seadanya dia. Baik buruknya. Kelemahan dan kekuatannya. Jangan hanya tika nampak sifat buruknya, dia dicela dan ketka lahir sifat mulianya, pujian melambung diberi. Sebaliknya, pujilah sekadarnya dan berilah ingatan yang berhikmah andai boleh dibantu diperbaiki sifat yang tidak baik. Jangan terus memaksa dia mengubah. Andai ada sifatnya yang agak tidak baik dan memang itu sifat semulajadinya, gunakan kekuatan anda untuk memperbaiki, untuk menutupi kelemahannya.. Anda dan dia, saling memerlukan dan saling membantu

-Persahabatan itu perlukan masa untuk saling kenal-mengenali. Adakah boleh satu hari, anda cukup kenal siapa dia? Mungkin ada, tapi itu untuk special case which is, there's have a chemistry between u and her@his. Ambillah masa mengenalinya. Berikan ruang untuk sama-sama mengenali. Boleh talk satu sama lain dengan cara yang baik..

-Saling memberi dan menerima. Hadiah ke? Tak semestinya. Mungkin boleh berbentuk pertolongan yang kelihatannya biasa-biasa aje. Tolong angkat baju masa rumet g class, tolong belikan makanan masa rumet tak sihat. Bila sampai satu masa, dengan begitu, kita jadi kenal kesukaannya, tabiatnya dan itulah yang memberi kefahaman dan eratnya ukhwah.

-Dalam hati, jangan pernah ada niat berkawan kerana kelebihannya baik dari hartanya, rupa fizikalnya, kedudukannya dan pangkatnya serta latar belakangnya. Kelebihan dari segi ilmunya, agamanya tidak mengapa. Yang penting, niat di hati itu ikhlassssss.


Dalam majalah Solusi keluaran tajuk tentang Subuh.. ada petikan berbunyi..kekuatan ummah itu ada pada jamaah si waktu subuh.. Sungguh begitu sikit yang berjemaah di waktu subuh..


No comments:

Post a Comment