Sunday, November 27, 2011

'Segalanya bermula di sini'

Alhamdulilah..
Genap setahun kelahiran TV ALHIJRAH yang memaparkan betapa islam itu indah dan sungguhnya Islam is true way of life...cuma, disebabkan segelintir umat islam yang terlalu melampau dan lari di jalan yang lurus dan cantik ini menyebabkan islam itu dipandang negatif oleh pihak lain dan agama lain.

Program-program di TV ALHIJRAH banyak memberi ilmu. Hiburan juga ada, tetapi hiburan yang bermanfaat. Dan yang aku sangat kagum dan agak lambat aku perasan tentang itu ialah, tiadanya iklan komersial di TV ALHIJRAH yang mengundang persoalan adikku. "Macam mana, dia nak dapat duit?" That's it... Macam mana? Em, aku tak da maklumat tepat untuk ini, tapi yang aku jawab pada adikku. "Diaorang boleh melabur dalam bidang lain." Dan keuntungan di situ digunakan untuk bangunkan TV ALHIJRAH..

Masa di awal penyiaran TV ALHIJRAH, aku memang tak ikut sangat program-programnya. Cuma, sesekali sekala, aku alih channel... Then, bila makin lama duk alih kat TV ALHIJRAH, akhirnya, TV ALHIJRAH is the first. Rancangannya menarik, berilmu dan ada yang santai. Kartun pun ada.

Ha, tak sabar nak tengok 'Pada zaman dahulu'. Produk Les' Copaque..Mestinya menarik sebab memaparkan cerita teladan zaman dulu kala. Cerita Sang Kancil dengan sahabat-sahabat. Tengok The Making of Pada Zaman Dahulu tu pun dah menarik hati sangat tuk tengok ceritanya. Sesuai sangat untuk kanak-kanak dan bagi orang dewasa, kita boleh imbas kembali zaman kita dulu dan ceritakan pula pada anak-anak.

30 minit Ustaz Don tak kurang hebatnya. Gaya santai menarik golongan muda untuk terus menimba ilmu. Penerangannya jelas.Insya-allah sampai kepada penonton.

Program Assalamualaikum sekarang menjadi pilihan aku..Petah Si Amin dengan hadis dan ayat qur'an dan kata hikmah baik dalam BM, BI or BA, memang buat aku terpacak la..hehehe..

Rancangan Solehah. Ada yang pertikai sbb rancangan ni dipertontonkan umum. Wanita ni memang fitnah besar kepada manusia. Aku harap, mungkin TV ALHIJRAH boleh kaji semula. Bagus untuk diteruskan. Untuk mendidik muslimah menjadi Solehah. Mungkin kritikan itu boleh ditambahbaikkan.

Menu Alam pun best. Sesekali tengok dia masak atas sampan. Simple..Senang tuk sesiapa nak cuba..

Banyak lagi rancangan yang menarik..Drama-dramanya pun banyak mesej positif dan sangat berpengisian. Kalau yang drama dari korea pun lebih memaparkan nilai kasih sayang tanpa ada unsur-unsur negatif.

Apa-pun, moga, krew TV ALHIJRAH terus mantap menampilkan rancangan2 yang bermanfaat dan berilmu untuk semua. Kita dahagakan ilmu, dan insya-allah TV ALHIJRAH membantu..

Sebelum terlupa, Law Kana Bainana. Masya-allah.. Hebat rancangan ni. Mengingatkan kita pada Nabi Muhammad S.A.W....

Maaf tak dapat bagi maklumat penuh tentang waktu siaran..boleh terus ke laman ni
http://www.tvalhijrah.com



No comments:

Post a Comment