Showing posts with label kenangan. Show all posts
Showing posts with label kenangan. Show all posts

Monday, August 6, 2012

Dewan Makan di kala Ramadhan

Tahun 2006, ditakdirkan mengambil STAM di Kuliyyah Al-Lughah Wa Ad-din As Sultan Abu Bakar, Pekan. Dan pada tahun itu, ditakdirkan peperiksaan Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM)  jatuh pada bulan Ramadhan.

Belum exam lagi dah terbayang macam manalah nak jawab exam tetengah puasa. Kalau mengantuk macam mana? Time tak puasa, mengantuk, bolehlah minum air..Dah bulan ramadhan, makanya dilarang sama sekali minum air dari terbit fajar hingga terbenam matahari.. Risau sangat tak dapat jawab exam...

Dan bila tiba hari kejadian.....

Rupanya, tak la seteruk  yang disangka...Macam biasa, masuk dewan, jawab exam.. Tak de la sampai tak boleh jawab sebab puasa..

Dan yang bestnyer...
Tiap kali malam lepas terawih, moreh di dewan makan. Ustaz kadang-kadang belanja murtabak.. memang syiok sangat rasanya...konon-konon nak ambik banyak.. nafsu makan... tengok macam sedap jer.. sekali, dah makan sepotong dua, kenyang betul.. murtabak dia entah macam mana ek... tebal tapi sedap.. inti pun banyak.. sedap sangat..hehehe..

dan lepas tu, duk la kat dewan makan sebab stdy terus kat situ. Menghafal untuk subjek-subjek seterusnya..Memang tak sedar jam pukul berapa pun.. sambil menghafal, tersengguk-sengguk.. Dewan makan dibuka untuk stdy. Jadinya ada pelajar lain yang stdy jugak stay up terus sampai sahur...nak kata stay up entah la jugak. tersengguk-sengguk, tertidur kat situ la jugak..

Bilik dah jadi rumah kedua... Cuma balik untuk bersihkan diri... selebihnya, banyak masa kat dewan makan... Bagus jugak, sebab senang nak bersahur..Kalau dah duk kat bilik nak turun ke dewan makan, entahlah.. Lagi satu, dekat dengan surau.. Dah siap sahur, dek kerana ada rakan yang ke surau buat qiyam, lama-lama terikut sikit-sikit...

Alhamdulillah, sahabat sahabat semua lulus..


Monday, July 23, 2012

Hadiah tadarus Ramadhan

ALHAMDULILLAH... Semalam selesai tadarus selepas Zohor Di SMK Seri Jengka. Insya-allah, akan diteruskan sehingga akhir Ramadhan..

Masa praktikal kat MPK, Kuantan, alhamdulillah, sempat jugak ikut tadarus staf perempuan di surau MPK. Seronok gak dapat bertadarus dengan majoritinya yang lebih berusia.. hehehe.. Rasa sangat muda.. ececeh. bukan sebab itu. tapi, mereka sebagai yang lebih berusia pastinya lebih banyak pengalaman. Perlu hormati yang lebih berusia dan menyayangi mereka yang baru nak mulakan langkah dalam hidup.

Hingga habis ramadhan dan praktikal di MPK, kemudiannya, Kak Timah, salah seorang staf unit aku ditempatkan menjalani praktikal menelefon. Katanya, ada hadiah, macam saguhati untuk yang bertadarus.. sungguh, tak sangka nih.. hehehehehe. Bertadarus dapat hadiah. Iyerlah, kita pergi bukan berniat untuk apa-apa. Cuma dengan niat yang sememangnya nak bertadarus, time bulan puasa nilah nak gandakan amal. Sambil isi masa, betulkan bacaan, sambil nak didik diri. Moga-moga bila bulan tak puasa nanti pun rajin jugak nak mengaji lepas solat..Tetiber, dapat saguhati pulak..

Dan dengan izin Allah, aku dan sahabat ke MPK.. sambil buat lawatan kerinduan..hehehe.. Then..hehehehe....jeng jeng jeng
Inilah hadiahnya!!!!!!!!!!!!!!

Sangat teruja.. heheehhe.. buku dah la cantik, kemas, kulit keras.mesti mahal.. hehehe.. yang penting isi dan tajuknya.. ada pulak hadis yang sangat terkena batang hidung sebab belum bekerja sedangkan setiap manusia tak dijadikan sia-sia dan bukan tanam anggur. Masa tu aku masih tidak bekerja.. huhuhu

Alhamdulillah.. buku ni sangat sesuai untuk para syabab, dan sesuai jugak kalau dapat dijadikan rujukan tugasan dan dah tentunya untuk kehidupan harian insya-allah..

Friday, April 6, 2012

10 sen

Satu ketika dulu, emak pernah suruh aku ke kedai Tok Jamilah. Kedai runcit yang cuma beberapa langkah sahaja dari rumah. Kalau ikut jalan pintas, lagi dekat. Tapi ada risiko bahaya sikit sebab laluan kebun kecil yang mungkin ada ular. Tapi, Alhamdulillah, setakat aku dan adik-adik lalu belum terserempak dengan binatang alah tu. Dan selalunya, mak suruh beli tepung gamdum sekilo. Gula sekilo. Kadang-kadang, jagung ayam, garam, telur dan keperluan dapur yang hampir kehabisan. Dan sebagai upahnya, 3o sen pun dah cukup baik. Betul. Cuma 30 sen. Itu pun paling banyak. Kalau dapat 10 sen atau 20 sen, pun ok. Janji ada upah.
Sikit???
Memang.
10 sen, 20 sen tu sikit je. Tapi, without 10 sen, RM1 tak cukup. So that, 10 sen itu sangat sangat lah bernilai. Kekadang 10 sen itu disimpan untuk ditambah belanja sekolah keesokan harinya.
Susah??
Keluargaku bukanlah terlalu susah. Tapi, mungkin tidak sesenang yang lain. Dan pastinya ada orang lain yang lebih susah daripada kami. Abah mengajar untuk berjimat. Abah tak ajar anak-anaknya untuk boros. Abah sangat penjimat tetapi bukanlah kedekut. Tambahan masa dulu, kakak dan abang melanjutkan pelajaran ke universiti. Aku dan adik-adik juga perlukan duit untuk sekolah. Dan belanja rumah serta bil yang wajib dibayar. 10 Sen cukup bernilai.
30 sen
Seingatku, sehingga darjah 6 aku cuma berbekalkan 30 sen ke sekolah. Kalau ada yang ku simpan sendiri, adalah dapat 50 sen. Kalau rasa nak makan lebih, simpanlah sikit duit. Kalau aku fikir balik. How can i survive with 30 sen??? Dengan 30 sen, aku dapat beli keropok 3 keping. Atau nasi lemak 20 sen. Kuih 10. Air? selalunya bawak dari rumah. Kalau rasa nak air best, baru beli air sirap 10 sen satu gelas. Sekarang? nilai tu dah tak de lagi. Sebab tu, budak-budak sekarang, bawak belanja berringgit-ringgit. Sampai aku rasa gerun. Risiko kecurian di sekolah.
Beza dulu dan sekarang
Dulu, barangan lebih murah. Murah dan boleh dapat banyak.
Sekarang, barangan agak mahal dan sikit.
Kos sara hidup semakin tinggi. Itu perubahan untuk kebanyakan negara yang sedang membangun.
Aku merasa perbezaan harga itu. Bila kicap yang dulunya boleh dapat RM2 lebih sekarang sudah mencecah RM5. Begitu juga gula dan tepung. Dan juga ikan. Jika dulu, ikan selar kuning, mak boleh beli dengan RM3 sekilo. Tapi sekarang, tidak lagi. Dan alhamdulillah. Kehidupan telah lama bertambah baik. Dan mak abah, seperti dulu juga. Tidak mengajar kami berboros. Cuma sikap adik bongsuku,sedikit merisaukan aku.
note: masa aku lipat baju. Mengemas untuk lapor diri. Mak kata " Awak tak payah beli baju dah 10 tahun ni" hehehehe>_<

Friday, November 25, 2011

Bila hati ini rindu mereka

Ya Allah, hati ini merindu..Rindukan para sahabat..
Benarlah, ukhwah itu teruji bila berjauhan.
Aku hanya mampu berdoa' agar Allah selamatkan kami
Berikan kejayaan kepada kami
Jarang sudah bertanya khabar bukan tanda aku tidak mahu,
cuma
kekadang aku terlupa..

Mereka insan-insan yang bersama-sama denganku tika usia peringkat awal remaja yang jiwanya penuh kacau..yang baru mula ingin kenal, kehidupan, cuba membuat keputusan. Aku bersyukur dikelilingi kawan-kawan dan sahabat yang baik semua. Alhamdulillah
Segala kenangan dulu sangat manis untuk dikenang, membuat tersenyum sendiri. Tingginya nilai ukhwah..

Memang, mana mungkin tiada sengketa, tapi masa kian berinjak, dan kami dewasa. Kami mengerti dan kami faham. Yang dulu itu semua mengajar kami untuk lebih baik, untuk dewasa. Mereka pelangi cantik dalam hidupku..

Kepada sahabat-sahabat di Sekolah Menengah Agama Maran 2001-2005, insya-allah, moga kita sama2 berjuaya dunia dan akhirat. Para pendidik yang sangat tidak jemu memberi ilmu, aku mohon Allah berikan kehidupan yang baik untuk mereka dunia dan akhirat, dan permudahkan urusan mereka..Aminnnn