ALHAMDULILLAH... Semalam selesai tadarus selepas Zohor Di SMK Seri Jengka. Insya-allah, akan diteruskan sehingga akhir Ramadhan..
Masa praktikal kat MPK, Kuantan, alhamdulillah, sempat jugak ikut tadarus staf perempuan di surau MPK. Seronok gak dapat bertadarus dengan majoritinya yang lebih berusia.. hehehe.. Rasa sangat muda.. ececeh. bukan sebab itu. tapi, mereka sebagai yang lebih berusia pastinya lebih banyak pengalaman. Perlu hormati yang lebih berusia dan menyayangi mereka yang baru nak mulakan langkah dalam hidup.
Hingga habis ramadhan dan praktikal di MPK, kemudiannya, Kak Timah, salah seorang staf unit aku ditempatkan menjalani praktikal menelefon. Katanya, ada hadiah, macam saguhati untuk yang bertadarus.. sungguh, tak sangka nih.. hehehehehe. Bertadarus dapat hadiah. Iyerlah, kita pergi bukan berniat untuk apa-apa. Cuma dengan niat yang sememangnya nak bertadarus, time bulan puasa nilah nak gandakan amal. Sambil isi masa, betulkan bacaan, sambil nak didik diri. Moga-moga bila bulan tak puasa nanti pun rajin jugak nak mengaji lepas solat..Tetiber, dapat saguhati pulak..
Dan dengan izin Allah, aku dan sahabat ke MPK.. sambil buat lawatan kerinduan..hehehe.. Then..hehehehe....jeng jeng jeng
Inilah hadiahnya!!!!!!!!!!!!!!
Sangat teruja.. heheehhe.. buku dah la cantik, kemas, kulit keras.mesti mahal.. hehehe.. yang penting isi dan tajuknya.. ada pulak hadis yang sangat terkena batang hidung sebab belum bekerja sedangkan setiap manusia tak dijadikan sia-sia dan bukan tanam anggur. Masa tu aku masih tidak bekerja.. huhuhu
Alhamdulillah.. buku ni sangat sesuai untuk para syabab, dan sesuai jugak kalau dapat dijadikan rujukan tugasan dan dah tentunya untuk kehidupan harian insya-allah..
No comments:
Post a Comment