Tuesday, January 4, 2011

Persoalan

Kelmarin yang terhitung
Detik depan yang belum pasti
Langkah demi langkah teratur dan tidak
terus melangkah..

Kesepian tanpa segala
Kekosongan yang menghuni
Tiada gerak tindak
Terlesu melesu kan diri..

Pandang, lihat sana sini
Kanan kiri
Jauh ke hadapan
Yang lain telah lari pergi
Dan masihkah terus sendiri kosong???

1 comment:

  1. Kakakku sayang, Allah pasti ada menemanimu. Kerana diriku insan lemah, aku tidak mampu menjagamu walaupun diri ini menyayangimu.. Semoga Allah melindungimu dengan kasih sayang-Nya

    ikin tau, akak rindu musim kesibukan.. kan? :D

    ReplyDelete