Sunday, January 23, 2011

Terserempak

Kepada Sesiapa yang Berkenaan

Ah, dah lamanya tak menulis…

Sepanjang kesepian ini..apa yang boleh dicoretkan..semakin sibuk semakin banyak benda kita tahu apa kita nak buat, semakin boleh dirancang setiap perkara yang kita mahu lakukan..tetapi, bila badan menjadi kaku, mahu bergerak, melangkah..terasa beku..jadi tak tahu nak mulakan yang mana satu..ingat 5 perkara sebelum 5 perkara dan salah satunya itu yang Tuhan bagi pada aku sekarang ialah masa yang begitu banyak, banyak, banyak dan banyak sekali..kerana itu, aku cuba menginsafi dan beberapa kali tergelincir..tapi Dia tak pernah lupa hambaNYA..dalam tiap susah ada sesuatu yang diberi..

Aku ke pekan sehari semalam..aku terus ke kedai cina untuk fotostat dokumen2 berkenaan yang telah habis kugunakan untuk menghantar resume..melangkah masuk je, seakan ku kenal kelibat wanita itu..rupanya..dia seorang….PENDIDIK yang pernah mengajar aku kalimah-kalimah bahasa syurga..Ustazah Norliza..kelihatan kurus dari yang sebelumnya. Berbual seketika di dalam kedai sambil menunggu dokumen aku difotostat..

Aku sentiasa mengantuk kelas Ustazah ni..Dan kebanyakan kelas, aku memang selalu tersengguk. Tapi aku cuba tahan-tahankan..kalau tidak nama ku ini akan jadi popular dalam kelas..Pernah banyak kali namaku dipanggil Ustazah Norliza yang nak menguji Nahu ku..dan aku memang tak pandai tatabahasa bahasa arab ni..aku hanya jawab ikut jawapan yang kawan bagi, atau kebetulan betul, betul lah..

Jujurnya, Nahu matapelajaran yang paling aku tak pandai..abah kata senang je Nahu..dan kata seorang akak sekerja dulu, Nahu senang..Betul, kalau kita faham konsepnya..memang tak susah, malahan seronok melihat keunikan bahasa arab..

Masuk pula ke Tunas Manja Maran, nampak Ustaz Redho dgn keluarga berjalan masuk.. Aku di belakang terasa segan nak menegur..huhu..Ustaz ni agak kelakar..kawan2 aku boleh siap bergurau2 je dengan ustaz ni tapi tetap masih hormat seorang pendidik..Bahasa Arab dan Feqah antara subjek yang diajar..

Itu baru dua orang pendidik yang cukup banyak sekali jasanya untuk aku dan pastinya untuk anak bangsa..

Tuesday, January 4, 2011

Persoalan

Kelmarin yang terhitung
Detik depan yang belum pasti
Langkah demi langkah teratur dan tidak
terus melangkah..

Kesepian tanpa segala
Kekosongan yang menghuni
Tiada gerak tindak
Terlesu melesu kan diri..

Pandang, lihat sana sini
Kanan kiri
Jauh ke hadapan
Yang lain telah lari pergi
Dan masihkah terus sendiri kosong???

Saturday, January 1, 2011

BRACES

Hampir sebulan braces dah melekat digigiku ini..Huhu..seminggu pada awal pemakaiannya, aku rasa gigi aku lenguh dan kekadang macam sengal. 4,5 hari jugak cuma makan, makanan yang agak lembut dan telan sahaja. Setelah agak lama, baru aku boleh kunyah sikit. Memangnya memakai braces memerlukan kesediaan mental dan fizikal kerana orang sekeliling akan memandang anda dengan pandangan yang lain macam untuk melihat dan mungkin juga ingin tahu. Sampaikan anak sedara aku pun. ‘Mak long ada gigi besi”..Hehehe..

Sebelum pakai braces ni pun aku dah cari maklumat sikit dan tanya kekawan yang pakai braces. Persediaan fizikal pastinya sejumlah duit yang cukup untuk membayar perkhidmatan mencantikkan gigi ini. Malahan kesihatan yang baik juga perlu. Selain kemudahan akses untuk ke klinik sebab akan ada beberapa temujanji dengan doctor untuk membuat rawatan dan melihat perkembangan gigi anda. Pemakaian braces bukan dalam tujuan kesihatan tetapi lebih kepada kecantikan. Jadinya, tag untuk kesihatan tak berapa sesuai tapi boleh la jugak kot…

ni link untuk penjagaan gigi yang pakai braces..

Bila tengok gigi orang yang tersusun elok, wah, bagusnya ada gigi yang baik dan tersusun cantik. Dan minggu lepas, gigiku perlu dicabut. Disebabkan aku cuma pakai braces di bahagian atas maka dua batang gigi ku telah dicabut oleh Dr Chan itu..huhu..kalau pakai dua2 bahagian, empat batang gigi ku akan dicabut.huhuhu..masa kena cabut tu, aku selawat habis2..mak pesan cam tu coz gigi aku ni kuat. Mak risau nanti jadi macam orang kampung mak yang juling tak lama selepas giginya dicabut..huhu..tak tahulah sebab apa tapi katanya urat gigi ni ada kena dengan mata..alhamdulillah selamat gigi aku dicabut tapi darahnya tak terkata banyaknya..Antibiotik ngan ubat tahan sakit dibagi. Tak lama lepas tu baru rasa sakit dan lenguh mulut..

Bila aku tengok balik gigi aku yang dah berlubang. Kosong. Aku rasa macam kejamnya doktor gigi tu ambik gigi saya, padahal aku yang nak pakai braces jadinya dia melaksanakan tanggungjawab dia je..huhu..rasa kejam sangat doktor tu..padahal dia treat pesakit punyalah baik..gigi ku dah tak de dua batang..

Keluar dari tajuk jap. Aku ada baca komen2 orang kat satu blog ni..aku tak ingat blog apa. Blog tu aku jumpa masa aku nak cari maklumat pasal pemakaian braces ni lah.. komen orang mengenai mulut berbau. Memang kadang2, dah hilang arah macam mana nak bagi mulut tak berbau. Iyelah, nanti orang sekeliling tak selesa dan sebenarnya diri sendiri pun tak selesa. Jadinya doktor tu saran la ada ubat tertentu yang boleh dicuba. Selain tu daripada aspek pemakanan pun kena jaga. Jangan makan, makanan berbau macam bawang putih, petai dan banyakkan minum air masak. Dan beberapa sebab lain dan cara menangani yang boleh dilihat di link ni...'nafas berbau'

Dan banyak lagi link yang boleh dibaca untuk maklumat kita..hehe..


Wednesday, December 29, 2010

Si kain putih

Sejujurnya berada di rumah jarang sekali dapat membaca surat khabar. Kiranya abah keluar ke bandar, baru surat khabar dibeli. Cuma berita dari siaran berita yang ku lihat untuk update berita semasa. Baru- baru ni aku menyelak surat khabar dan terpampang senarai kegiatan sosial mengikut negeri. Bukan masalah negeri mana yang mencatatkan peratusan yang tinggi atau negeri mana yang rendah tetapi ia tanggungawab semua. Nyatanya, angka-angka itu sangat menggerunkan. Tak termampu akal untul membayangkan keadaan sosial akan datang sekiranya hiburan terus menerus ditayang tanpa sebarang garis panduan yang sewajarnya berteraskan agama islam. Sesungguhnya Islam agama yang syumul.

Tidak perlu melihat kaum lain kerana peratusan yang tinggi sekali adalah kaum melayu yang difahamkan sebagai beragama islam. Bukan juga melihat kepada jalan penyelesaian atau terus menunding jari tetapi, mana kesedaran semua pihak. Baik di rumah atau di luar rumah. Pendidikan seawal di rumah memerlukan pengawasan daripada ibu bapa, dan kemudian guru di sekolah dan selepas itu, pastinya si anak yang yang sudah mula dewasa akan melihat persekitarannya yang mungkin memberi pengaruh kepadanya.

Kebejatan sosial yang semakin meruncing merisaukan ramai manusia yang ingin melihat anak-anak sebagai modal insan dan khalifah muka ini mampu untuk menjaga pembangunan tamadun yang gemilang. Melihat wajah-wajah yang masih kecil, jiwa yang masih suci, helaian kain putih yang belum ternoda, kekadang timbul persoalan di hati..apa akan jadi pada anak kecil ini kelak? Dapatkah ibu bapanya mendidik, mengasuh, menjaganya dengan sebaiknya? Selamatkah dia dengan cabaran dunia yang bukan sedikit, yang bukan mudah? Lantas, terus terdoa’ untuknya. Selamatkanlah anak itu.

Melihat rancangan realiti kanak-kanak di televisyen, kadang-kadang hanya mengundang geram apabila ia mengasuh menjadi anak-anak menjadi lebih berfantasi dengan dunia glamour semata-mata. Ah, mungkin saja, nanti dia akan sedar untuk menjadi manusia berguna, berilmu dan berakhlak. Bolehkah begitu???

Sunday, December 26, 2010

Ada Apa dengan Bola???

Kalau tengok kegilaan orang main bola, orang sokong bola..lastly, tertanya, awatlah duk kejaq bola yang sebijik tu? hang dah dapat, hang p sepak lak..hang tangkap la..hikhik.jangan tanya la soalan ni pada diorang2 yang minat tahap gaban kat bola sebab sat g..ada beberapa jawapan yang diberi:

1)Kepuasan menyepak bola
2)Korang tak tahu jangan tanya
3)Wat muka tak layan (malas layan soklan tak membina tu)

Minat orang lain-lain..mungkin ada kepuasan tersendiri bagi si pemain bola..malahan dari kecik kekadang budak-budak diberi bola sebagai barang permainan. Bila dah besar, dia mula kenal setiap bola, dan permainan bola yang diminati secara semulajadi atau faktor sekeliling..

Bola dan Aku
Masa aku dari umur berapa aku tak pasti sehingga aku menjejak kaki ke sekolah rendah, aku main bola. Dengan sepupu aku kat sebelah rumah..Masa tu, tak macam budak2 sekarang duk depan laptop, depan tv..Masa dulu, rumah abah aku tak de tv. Nak tengok tv, g rumah sepupu..jadinya banyak masa dengan sepupu.Main pun petang je..pas pukul 5..sebelum tu, lepas balik dari sekolah, duk kat umah..Baca buku/wat keje sekolah/belajar mengaji/belajar sembahyang.jadinya, tiap petang, pergi rumah sepupu aku, main bola sepak, badminton, basikal dll..Sepupu rumah sebelah aku ni dua orang je lelaki..masa tu kecik lagi..Dia pun tak pergi ke padang, main dengan kawan-kawan dia, jadinya, adik sepupuku yang perempuan, aku dan adik aku yang dua orang lagi juga perempuan main sekali..seronok kenangan masa kecik tu..Kami main di depan rumah diperhati Mak Long..Memang seronok dapat sepak bola. Nak pulak kalau dapat gol. Sekarang, masing-masing dah besar..ia tinggal kenangan masa kecil..

AFF SUZUKI 2010

Dalam pukul 8 lebih abah bukak tv, alih channel tv2..Piala AFF SUZUKI 2010. Malaysia vs Indonesia..Jiran Malaysia Banyak persamaan, perkongsian, juga sejarah yang tak boleh dinafikan. Hubungan dua buah negara ini mungkin boleh tergugat hanya kerana sebiji bola, andai para penyokong tidak bersabar dan menurut rasa membara di hati.

Perkongsian sedikit daripada sahabatku..'yahudi letak sebiji bola, semua orang tengok bola hingga lupa solat'....terlupa dengan syariat..'saya sokong yang menang dengan syariat.'..betul kan..pada penyokong Malaysia mungkin ramai yang datang dari jauh, membuat solat jama'..cuma yang nak dikongsikan di sini, tak salah bersukan, Islam malahan menggalakkan umatnya mempunyai tubuh badan yang sihat, yang kemudiannya mampu berkhidmat untuk bumi..tetapi sayang kan andai kemenangan itu hanya kemenangan zahir semata-mata.

Teringat masa Program Imam Muda hari tu..Imam Muda Asyraf turut sama bermain bersama beberapa pemuda di situ dan bila azan berkumandang, dia mengajak untuk solat bersama..memang bukan senang nak membawa pendekatan begitu..sewajar begitulah..dn banyak pendekatan lain yang boleh digunakan..jangan lupa syariat, tunaikan yang disuruh Allah, hindarkan yang dilarang..


Friday, December 24, 2010

Cerita sepanjang Jalan

Sebenarnya menaiki bas bukanlah satu perkara yang menyusahkan. Malahan satu pengalaman yang sangat menyeronokkan. Cuma, dek kelambatan perkhidmatan membuatkan niat untuk menaiki bas terbantut. Tapi kita tinggalkan cerita naik bas lompat-lompat. Ini cerita naik bas ekspres. Selama hampir tiga tahun menaiki bas untuk pergi balik rumah ke UUM memangnya bukan satu perjalanan yang pendek. Dan setiap kali pergi balik aku ambik bas malam. Lebih selesa. Dan macam-macam pengalaman ku lalui dan mujur dan sangat syukur sepanjang menaiki bas untuk perjalanan yang panjang ni tiada apa yang tak baik terjadi. Alhamdulillah, barang-barang aku juga tidak pernah tertinggal atau dicuri. Alhamdulillah sangat. Tiap kali pergi dan balik nasihat berbakul2 seperti biasa. Doa tetap ku mohon kepada ALLAH. Mohon doa’ daripada mak, abah, dan adik-beradik serta kawan-kawan yang maklum. Alhamdulillah selamat. Dan sepanjang jalan banyak sangat cerita yang memberi pengajaran dan kenangan manis buat aku.

Bagasi tinggi dan Pak cik yg baik=)

Alhamdulillah, pak cik pemandu sangat baik menolong aku mengambil beg yang diletak dalam bahagian simpan beg. Bagi bas double decker, bahagian bagasi agak tinggi. Syukur sangat, pak cik baru ni sangat baik menolong aku mengambil beg. Malahan dia mengecam beg aku.

Panjat tayar

Dan pernah juga aku terpaksa memanjat tayar bas untuk ambil beg ku. Agak sakit, tapi masing-masing juga sibuk dengan barangan masing-masing. Masa tu aku tak peduli orang pandang apa asal beg aku dapat ambik.huhu..Macam best gak bila panjat tayar yang besar tu.. Mujur gak pengalaman panjat poko mas akecik2 sangat memabnatu..HIkhik..tapi sakit badan gak nak ambik beg tu..huhu

Buka puasa

Pengalaman berhenti berbuka di hentian Jitra juga mengukir kenangan manis. Aku dan Yasmin turun kononnya nak cari makanan yang boleh dibawa bekal. Kebetulan pak cik driver turun makan. Aku dan Yasmin dan kebetulan seorang adik kawanku juga turun. Hanya kami bertiga dan driver serta co-pilotnya. Penumpang lain mungkin dah ada bekalan. Kebetulan mak cik di kedai tu belikan lemang untuk kami berbuka. Terima kasih sangat pada mak cik pak cik yang baik hati.

Anak-anak kecil yang comel

Pernah juga dalam bas, seorang ibu bersama anak-anaknya. Yang si kakak pandang ke arahku. Mungkin kerana aku asyik memandang mereka dengan lama. Dan kemudian entah apa yang dicakap pada adiknya yang kecil itu, Adiknya pula memandang aku. Geram aku tengok tapi Cuma mampu tersenyum, tersengih dari jauh. Dia juga tersenyum comel.

Hampir terlanggar

Masa baru mata nak terlelap di highway Karak, tiba-tiba bas membunyikan hon mengejut. Rupanya, ada lembu atau apa yang melintas. Sememangnya kawasan tu agak gelap. Mujur juga tiada apa-apa. Aku akui bas memang dipandu laju, malahan kalau perlahan aku sendiri berkata dalam hati. "Cepatlah pak cik” Padahal yang dibawa tu sudah laju sebenarnya dan selalunya aku tak mengambil tempat duduk di belakang sangat dan terlalu hadapan kerana takut pada kelajuannya. Aku pernah menaiki bas yang dipandu laju , terasa terhuyung-hayang basnya. Menakutkan. Dan sepanjang jalan doa pada Allah ku panjatkan.

Tukar Bas

Pengalaman bertukar-tukar bas juga ku alami tapi aku lebih kesian pada kawanku. Yang terpaksa diturunkan di Sungai Petani. Dan mengambil bas lain untuk ke Alor Star. Di awal pagi sendirian begitu....Sebenarnya macam-macam boleh jadi, tapi Alhamdulillah, Allah sentiasa melindungi.

Sendirian di pagi yg hening

Aku sendiri tiap kali sampai di Gambang pada jam 5 lebih, abah akan ambil tapi kekadang aku sampai dulu dan aku akan tunggu abah di stesen minyak CALTEX. Stesen minyak yang bukan 24 jam memang mengundang rasa takut tapi doa tak putus. Lori besar pun berhenti dan beberapa buah kereta yang kelihatan parking di tepi2 jalan. Mak banyak kali pesan hati-hati. Apa lah boleh yang ku buat tika itu melainkan doa dan berharap abah cepat sampai. SDalam otak, aku merancang-rancang juga sekiranya ada orang pelik yang menghampiri..Selalunya di Temerloh atau melepasi Temerloh aku telefon abah cuma kekadang akan terlewat sebab tak nak abah tunggu lama di CALTEX. Pernah sekali aku telefon abah dan bas berhenti lama di hentian Gambang. Padahal abah dah lama sampai di Gambang. Alhamdulillah tiada apa yang berlaku melainkan selamat semua.

Perjalanan pendek

Pengalaman dalan bas untuk perjalanan yang panjang sememangnya pengalaman manis. Lepas ni entah bila lagi dapat aku lalui pengalaman macam ni. Perjalanan pendek2 yang pastinya juga ada pengalaman y ang menarik. Pernah dompetku tertinggal dan betapa baiknya hati konduktor perempuan ni memulangkan dompetku yang cuma ada RM10 dan kad pengenalan. Dan sekiranya naik bas itu lagi aku tak lupa untuk bertanya khabar dengan kakak konduktor. Masih ada insan2 yang mulia hati di tengah kemelut kerakusan manusia mengejar keuntungan. Sentiasalah berdoa untuk kebaikan diri dan orang lain. Sentiasalah yakin kepada Allah. Berbuat baik kepada sesiapa pun, Dan memohon maaf kepada Allah dan maafkan kesilapan orang lain kepada kita. Insya- Allah pertolongan Allah ada di mana-mana…