Thursday, April 12, 2012

Ujian demi ujian kehidupan

Alhamdulillah
Semalam dah draf apa yang nak terlayang di sini tetapi kemudian tergendala. Sistem down. Lega juga sebab draf semalam lebih kepada sebuah luahan hati dan hari ini rasanya lebih baik dan tak perlulah dilayangkan luahan hati semalam.

Amaran tsunami ditarik balik. Alhamdulillah sesungguhnya kepada Allah yang sentiasa sayang kita, yang masih memberi kita peluang untuk bertaubat dan perbaiki diri. Aku ada terbaca status di facebook. Lebih kurang ayatnya begini.. 'Semalam, semua post status tentang taubat dan segala... tapi bila arahan tsunami ditarik balik, semua dah mula sibuk nak posing sana-sini.'.. herm.. manusia, ALLAH sayangkan kita. Allah beri peringatan bila kita lupa berupa macam-macam cara. Tetapi, ada antara kita yang mengabaikannya.

Tadi pagi, sempat sekejap melihat kupasan ajaran Juruzon. Salah satu ajaran sesat yang baru dikenalpasti. Rupanya, ajaran ni dah lama bertapak. Masya-Allah.. Di sebalik tragedi runtuhan tanah di rumah anak-anak yatim di Selangor tahun lepas,rupanya Allah nak buka mata bahawa ada ajaran sesat sedang diamalkan di situ. Allah tak turunkan bala tu saja-saja. Pasti ada sebabnya. Dan selalunya, sebab itu atas kerosakan yang dilakukan oleh tangan-tangan manusia itu sendiri.

Begitu juga dalam skop yang lebih kecil, iaitu bila Allah datangkan kesukaran dan ujian untuk diri kita. Means that, Allah sayang kita, Allah nak tarik balik kita kepada DIA YANG MAHA AGUNG. Bila kita didatangi ujian, selalunya, memang kita akan rasa down, down, down.. Aduh, macam mana,macam mana, macam mana.. Tapi sesedih manapun kita, tekad dan yakinlah dalam hati pasti, pasti, pasti, pasti, pasti ada jalan keluar. Setiap kesusahan ada rahmat yang tersembunyi, ada hikmah yang Allah nak bagi, ada jalan keluar yang pasti. Aku teringat ayat ini dari seorang rakan facebook. Dunia ini bersifat binasa. Makanya, kesusahan ini akan berakhir. Begitu juga dengan kesenangan. Kesenangan itu juga akan berakhir. Hidup ini ada turun naiknya. Bila diingatkan semula, kita pernah rasa susah, dan kemudian ada rasa senang. Kemudian, teruji lagi, kemudian senang lagi. Dan sampai akhirnya, kita dijemput Allah. Dan di alam sana, lain pula ceritanya..

Yang penting, hidup kena teruskan. Bersedih, tetapi mengadulah kepada ALLAH.

Tuesday, April 10, 2012

Just with one click..

it's done...
Itu ayat sambungan untuk tajuk yang di atas.

Baru tengok status Yuna kat mukabuku yang kaler biru tu..Tapi ayat kat atas tu bukan status Yuna ye. Status Yuna begini
"arggghhh cepat on Astro Ria now!! #bintangdilangit"
 Memang ku copy n paste ayat Yuna ni.. Dan yang sangat teruja.. hanya beberapa minit. 2 minit saje.. Dan beratus yang klik.. 800 something. Dan masa aku taip kat sini, dah mencecah seribu lebih..

Jadi macam "Wowww." Hehehe..

Dan, Prof Dr Muhaya pernah cakap satu ketika dulu,masih dalam tahun ni la. Slot temubual di IKIM.fm. Katanya, manfaatkan facebook. Ada katanya yang aku tak dapat ingat 100% tapi lebih kurang begini. "Saya post status di facebook, dan tak lama lepas tu, dah beratus orang suka, ada komen-komen. Maksudnya, kita kena sebarkan kebaikan. Orang sentiasa buka facebook."

Hem..

(Post pendek untuk malam ini)

-manfaatkan teknologi...>_<



Sunday, April 8, 2012

Dilema pemilik ijazah

Aku pernah menulis tentang bab penganggur terhormat ini. Tetapi, kali ini mahu menulis lagi. Mak ada kata. “Arwah kakek pernah cakap, sampai masa nanti, orang yang buat roti canai tu pun ada ijazah.” Ianya dah jadi realiti sejak beberapa tahun yang lepas dan semakin ramai graduan yang bekerja tidak kena pada taraf ijazahnya.  Tetapi, ada juga segelintir masyarakat yang faham situasi graduan yang punya ijazah yang berbeza dengan kerjayanya dan tarafnya. “Pernah juga semasa mengikuti program motivasi kerjasa di university, seorang kaunselor ada berkata. “Bidang yang kamu ceburi sekarang bukan menandakan kamu akan bekerja dalam bidang yang sama.”
Perbezaan
Ada sesetengah graduan punya ijazah dalam bidang perubatan, tetapi kemudian menjadi guru.
Ada pula yang mengambil bidang perguruan menjadi ahli perniagaan.
Ada yang mengambil bidang perakaunan menjadi pramugara.
Dan macam-macam ketidakselarian bidang yang dipelajari di universiti dengan kerjaya yang diceburi.
Pada aku, semua ni mungkin disebabkan oleh minat, peluang dan kebolehan serta kemahiran yang dipunyai graduan tersebut.
klik kat web ni http://sangmentari.wordpress.com/tag/graduan/ dan korang akan dapat lebih motivasi untuk jadi manusia yang lebih baik insya-allah.. i just found this web coz i search for this picture. Then, sy lepak jap kat blog tu.. Pastinya lebih banyak ilmu kat web tu. Blog Dr Ezairy M.Sallih (Sang Mentari:Siri Motivasi Pembangun Diri)
A)Minat
Belajarlah bidang apa pun, kalau dah minat nak jadi cikgu, cikgu la jugak jadinya. Berusaha mencari peluang untuk tetap menjadi guru yang akhirnya, bidang yang dipelajari hanya ada lama helaian ijazah. Tetapi sebenarnya, bagi graduan yang melihat pada skop yang lebih besar, ilmu pada ijazah yang diperoleh boleh diaplikasikan dalam kehidupannya pula. Masih boleh digunakan untuk perkara yang berkaitan.
B)Peluang
Peluang ini yang kadang-kadang membuatkan graduan terpaksa beralih arah. Orang kata “Grab je apa yang ada sekarang. Untuk step seterusnya, fikir kemudian.” Aku akui itu. Ambik aje lah apa yang ada depan mata. Jangan nak memilih. Bila rasa tak selesa baru berhenti. Mana tahu, dah cuba nanti, jatuh hati pulak. Ada orang kata, bila kita kerja dalam satu bidang yang kita tak minat, kita ada daya usaha nak cuba buat. Dan minat akan datang kemudian. (Since dah kena pada diriku ini, aku akui itu.>_<)
C) Kebolehan, kemahiran
Ini sifat semulajadi, anugerah dan (sesetengahnya juga boleh diasah). Graduan pentadbiran perniagaan jadi pramugara. Ada ijazah perakaunan jadi chef hotel. Ada ijazah kejuruteraan tapi jadi pengacara televisyen. Ini selalunya, bersifat semulajadi. Cuma, segelintir, yang hanya mengambil peluang yang ada, tapi mengikuti kursus tertentu dan akhirnya, teruslah dia dalam kerjayanya.
Para graduan, bakal graduan, mahasiswa, bakal mahasiswa,
Sungguh, persaingan sangat hebat dan ada yang tak terjangka dek fikiran kita. Ada yang kita rancang lain, yang di hadapan kita lain. Namun, merancanglah sehabis baik dengan meminta pendapat orang yang lebih tahu. Jika masih di universiti, pergilah kepada pensyarah atau kaunselor. Jika sudah tamat pengajian pun, masih boleh terus berhubung dengan mereka yang arif. Mustahil tak da facebook(>_<). Manfaatkan facebook anda.
Dan jika anda bekerja bukan dalam bidang anda, dan anda tak minat pulak bidang tersebut. Hanya kerana tuntutan kehidupan yang memerlukan duit, bayar hutang, nak teruskan hidup dan yang sewaktu dengannya, bekerjalah bersungguh-sungguh. Jangan buat sambil lewa. Ingat, ia amanah. Kerja dengan baik. Anda ada degree tapi sikap anda terhadap kerja bukan macam graduan, anda juga yang malu. Malu pada univerisiti, pada mak ayah, pada Allah dah tentunya. 
Mak pernah kata. “Awak ada ijazah. Ada ilmu. Buat kerja macam orang ada ijazah.” Aku terkesima. Betul kata mak. Biarlah pun kerja tu di taraf yang berbeza dengan apa yang sepatutnya, tetapi how we act?? Dan kemudian seorang ustaz ada berkata padaku. “Tak pelah, kerja biasa-biasa pun, awak ada degree. Lain orang ada ijazah dengan tak de ni.” Itu lah satu-satunya insan yang memahami aku dan sahabatku yang tika itu sama-sama memohon kerja selain daripada keluarga. Serta isterinya yang berkata. “Iyelah, sekarang bukan senang nak cari kerja. Kalau diaorang tak bagi peluang macam mana nak ada pengalaman, ye tak?” Walaupun baru hanya pergi temuduga, aku tak kisah sangat kalau tak dapat, since diaorang faham keadaan kami. Alhamdulillah sangat rasanya.
Aku hormat pada graduan yang hanya kerja biasa-biasa je. Gaji ciput je, tapi sikap diorang sangat positif. “Alhamdulillah.” Aku banyak belajar dari diaorang. “Grab je dulu apa yang ada.” “Dah lama nanti baru apply yang tinggi sikit.” “Janji dapat kerja. Daripada duduk saja-saja.”
Betul. If duit tu boleh petik kat pokok, semua nak duduk saja. Tapi, hakikatnya, ada yang percuma dalam dunia ni? Dan lagi, Allah dah terang-terang cakap dalam Qur’anul Karim yang Allah tak kan ubah nasib sesuatu kaum tu hingga kita sendiri yang ubah. Allah maha berkuasa. If Allah nak bagi, kun fayakun. Tak sempat kelip mata, Allah dah bagi. Hebatnya Allah. Tapi, Allah nak kita berusaha. Kata sahabatku “Usaha+usaha+usaha+doa’+tawakal” Usaha tu kasi lebih. Hem, ini sebenarnya motivasi dan peringatan untuk aku yang menaip. Harap korang juga lebih bersemangat. Teruskan kehidupan dengan niat mencari redha Allah. Jadi anak yang soleh dan solehah. Jadi hamba yang taat dan bersyukur.Insya-allah.

Saturday, April 7, 2012

Ubat diri

"Mak, sakit kepala la."
"Azi, aku rasa macam nak demam la."
"Aku tak sihat ni."
"Tolong belikan ubat.... kat farmasi tu."
"Belikan ubat.... Yang ubat... tak kuat la. Still sakit kepala jugak."
Itu antara yang terlontar di bibir para pesakit atau bakal pesakit.
Iye, aku juga antara yang sering sakit kepala dan sering mengadu. Memang terkadang tak tertahan sakit kepalanya. Tambahan pula, mungkin di antara kalian perlu menghadapi tekanan dan beban kerja yang melampau. Belum ditambah dengan tekanan persekitaran kerja. Atau mungkin yang belajar. Jadual study, exam, program universiti, kolej dan segala.
"Aduh, sakit, sakit."
Hem, kata seorang sahabat. Bila kita mengatakan diri kita sakit, kita memang mengundang kesakitan. Kita ada mindset yang kita sakit, dan badan kita jadi sakit.
If, badan kita sakit, tetapi, kita berusaha kata. "No. I'm good. Alhamdulillah." Insya-allah, kita tak layan sangat sakit tu dan secara tak langsung, kita dapat teruskan kerja. (Ini untuk sakit yang demam kura-kura, demam penyu dan yg sewaktu dengannya. If, memang kalian diuji dengan penyakit kronik, kalian terkecuali.)
Lagi satu yang paling perlu kita cuba elakkan ialah...Please, jangan senang-senang telan pil. Please. Jika betul pil itu memang akan berikan kesan baik kepada anda, anda tak perlu menambah pil dan tak perlu ambil untuk jangka masa yang lama. Tapi, sebaliknya, ia cuma campuran bahan-bahan kimia yang menambah kerosakan organ dan fungsi badan anda. Kata emak yang membuatkan aku terfikir. Ubat tu dibuat di negara luar, dijual kepada kita kononnya nak bagi kita sihat. Logiknya, ada ke diaorang (orang luar) nak bagi kita sihat betul???? ia hanya untuk tahan sakit yang seketika. Then, kena ambik dan ambik dan telan dan telan dan telan lagi.
Allah hu robbi..
Sudah-sudahlah pil kimia itu. Berubah pada perubatan yang lebih baik.
Islam telah lama menawarkan ubat yang paling mujarab.
Di dalam al-qur'an, ada macam-macam doa untuk mengubati penyakit. Yang penting, yang penting, yang penting..KALIAN YAKIN DENGAN KUASA ALLAH...
Aku tertarik dengan satu artikel. Aku tak pasti tulisan siapa..Aku telah baca lama dulu..
Negara maju bukanlah negara yang banyak hospital.. Bila banyak hospital, mean begitu ramai orang yang sakit dalam negara tu yang memerlukan hospital yang banyak. Jika semak kembali sirah nabi. Tiada hospital, atau rumah sakit yang didirikan. Mereka mengamalkan cara hidup, dan cara pemakanan yang baik. Subhanallah. Mungkin kita tak dapat tiru semua, tapi kita cuba.
Jika sakit yang sikit-sikit tu (kura-kura demam..hikhik).. selawat, hembus pada air, minum.. selawat, hembus pada tangan, sapu pada kepala.. Kalian kena yakin.. Selawat, Al-Fatihah, Ayat Kursi.. itu penawar untuk kita. Tapi, jika kalian ada simptom penyakit kronik. Rujuklah pada pakar. Ibnu Sina tokoh perubatan. Kita sangat kagum dengan beliau. Contohi keilmuannya..
-Sekian, yang salah itu, wajarlah saya sebagai seorang hamba ALLAH yang banyak kelemahan, Teguran dan pendapat kalian dialukan.

Friday, April 6, 2012

10 sen

Satu ketika dulu, emak pernah suruh aku ke kedai Tok Jamilah. Kedai runcit yang cuma beberapa langkah sahaja dari rumah. Kalau ikut jalan pintas, lagi dekat. Tapi ada risiko bahaya sikit sebab laluan kebun kecil yang mungkin ada ular. Tapi, Alhamdulillah, setakat aku dan adik-adik lalu belum terserempak dengan binatang alah tu. Dan selalunya, mak suruh beli tepung gamdum sekilo. Gula sekilo. Kadang-kadang, jagung ayam, garam, telur dan keperluan dapur yang hampir kehabisan. Dan sebagai upahnya, 3o sen pun dah cukup baik. Betul. Cuma 30 sen. Itu pun paling banyak. Kalau dapat 10 sen atau 20 sen, pun ok. Janji ada upah.
Sikit???
Memang.
10 sen, 20 sen tu sikit je. Tapi, without 10 sen, RM1 tak cukup. So that, 10 sen itu sangat sangat lah bernilai. Kekadang 10 sen itu disimpan untuk ditambah belanja sekolah keesokan harinya.
Susah??
Keluargaku bukanlah terlalu susah. Tapi, mungkin tidak sesenang yang lain. Dan pastinya ada orang lain yang lebih susah daripada kami. Abah mengajar untuk berjimat. Abah tak ajar anak-anaknya untuk boros. Abah sangat penjimat tetapi bukanlah kedekut. Tambahan masa dulu, kakak dan abang melanjutkan pelajaran ke universiti. Aku dan adik-adik juga perlukan duit untuk sekolah. Dan belanja rumah serta bil yang wajib dibayar. 10 Sen cukup bernilai.
30 sen
Seingatku, sehingga darjah 6 aku cuma berbekalkan 30 sen ke sekolah. Kalau ada yang ku simpan sendiri, adalah dapat 50 sen. Kalau rasa nak makan lebih, simpanlah sikit duit. Kalau aku fikir balik. How can i survive with 30 sen??? Dengan 30 sen, aku dapat beli keropok 3 keping. Atau nasi lemak 20 sen. Kuih 10. Air? selalunya bawak dari rumah. Kalau rasa nak air best, baru beli air sirap 10 sen satu gelas. Sekarang? nilai tu dah tak de lagi. Sebab tu, budak-budak sekarang, bawak belanja berringgit-ringgit. Sampai aku rasa gerun. Risiko kecurian di sekolah.
Beza dulu dan sekarang
Dulu, barangan lebih murah. Murah dan boleh dapat banyak.
Sekarang, barangan agak mahal dan sikit.
Kos sara hidup semakin tinggi. Itu perubahan untuk kebanyakan negara yang sedang membangun.
Aku merasa perbezaan harga itu. Bila kicap yang dulunya boleh dapat RM2 lebih sekarang sudah mencecah RM5. Begitu juga gula dan tepung. Dan juga ikan. Jika dulu, ikan selar kuning, mak boleh beli dengan RM3 sekilo. Tapi sekarang, tidak lagi. Dan alhamdulillah. Kehidupan telah lama bertambah baik. Dan mak abah, seperti dulu juga. Tidak mengajar kami berboros. Cuma sikap adik bongsuku,sedikit merisaukan aku.
note: masa aku lipat baju. Mengemas untuk lapor diri. Mak kata " Awak tak payah beli baju dah 10 tahun ni" hehehehe>_<

Thursday, April 5, 2012

Rindu Ajmal


Ajmal..
Kecantikan.. keindahan..
suit name for him.. kalau dia senyum, alahai, hilang segala letih.. kalau tengah tak senyum, mata bulatnya.. kalau tak pun, dia akan ketawa..
(ini gambar Ajmal dan abangnya, Afif. Afif hanya beberapa bulan je di taska)
Rindunya keletah Ajmal.. dah nak masuk dua tahun..Dah lama tak jumpa, Ajmal macam merajuk masa mama dia hantar ke taska.. Mula-mula tunduk bawah je. Tak nak pandang muka. Mak kata "Dia merajuk dengan awak. Dia tunggu-tunggu, awak tak de." Huhuhu.. itu rupanya cara dia merajuk.. Then, dah beberapa minit, dia mula nak bergurau. hehehe.. Lega aku..
Dan lepas tu, mama dia cuti nak bersalin, Ajmal dah tak hantar ke taska. Sedih. Tapi itu lah kehidupan. Then, tak lama kemudian, aku pula dapat panggilan lapor diri menandakan aku akan berhenti dari taska.. Dan kemudian, Mama Ajmal nak hantar semula Ajmal ke taska..
Terkilannya, sedihnya.. Allah tahu yang terbaik untuk ku. Aku redha. Tambahan, Ajmal bukan anakku tapi kesedihan itu, kerinduan ini, Allah yang tahu..
Sungguh, keletah Ajmal menghiburkan. Sama juga dengan anak-anak yang lain. Cuma sebab mungkin Ajmal dari dia baby dia di taska. Hingga pandai berjalan. Dari dia belum pandai merangkak.. Aku nampak. Nangis dia, ketawa dia.. Ah, rinduuuuuu...
Sangat syukur sebab Mama Ajmal bertimbang rasa orangnya. Masih mahu bawa Ajmal berjumpa dengan ku untuk hari terakhir dan bergambar dengan Ajmal.. seronok tapi cuma seketika. Dan sekarang, ku bawa kenangan Ajmal..
Inilah cabarannya bila kerja di taska. Kita bukan hanya berhadapan dengan risiko bahaya keselamatan dan kesihatan kanak-kanak sahaja. Tapi, kasih sayang. Sesetengah pengasuh bukan tak da hati untuk sayang anak orang macam anak sendiri. Malahan mungkin ada yang nak bawa lari anak orang tu kerana terlalu sayang. Tetapi, masih ingat. Kami cuma pengasuh yang diberi amanah menjaga anak orang sebaik mungkin. Menjaga dan mendidik. Memberi kasih dan perhatian di saat ibu dan ayahnya bekerja. Kepada para pengasuh yang kurang hati, asuhlah dengan baik. Ku tahu ia bukan kerja yang mudah. Tangisan kecil, tekanan, kesibukan. Kita mahu marah. Moga Allah berikan kalian kekuatan untuk terus mengasuh dengan baik...
Ajmal, Fariz, Danisha, Daniel,Zahra- ini kategori baby hingga 1 tahun lebih
Maryam, Aisyah, Yana, Bihah, Alisya, Amani, Aina
Haziq, Hazim, Aliff, Asyraff, Fiqry, Rafiq, Zikry, Adam, Shahrul
(Gambar yang lain-lain, aku akan upload pada kisah mereka yang akan ku catat nanti insya-allah...)
Ku bawa kenangan gembira ini bersama..

Wednesday, April 4, 2012

say it again and again. ALHAMDULILLAH

Alhamdulillah..
Teringat satu kisah..tidak begitu jelas akan nama dan perwatakannya tapi ia cukup untuk diambil ibrah nya..
seorang hamba Allah dalam satu doanya..
"Ya Allah, jadikanlah aku daripada golongan yang sedikit."
Lalu, seorang hamba Allah yang lain terdengar doanya..kemudian bertanya..
"kenapa dengan golongan yang sedikit?"
Kemudian hamba Allah yang berdoa tadi menjawab.
"Sesungguhnya, terlalu sedikit hambaKU yang bersyukur".
Subhanallah..
Allah telah katakan dalam kitabNYA.. dan realitinya hari ini, memang terlalu sedikit.
Sedang saat menulis ini, diri akan diuji. Maka ku perlu doa dari kalian, agar kita sama-sama untuk bersyukur.. dan belajar bersyukur..
Lorong Waktu drama Indonesia yang ditayangkan di TV ALHIJRAH.. Tidak pasti waktunya tapi pukul 6.30 petang, nampaklah muka Diddy Mizwar.. Aku sempat mengikut beberapa episod dan episod kesyukuran menjadi isu.
Manusia itu adalah hamba Allah yang tidak punya apa-apa, tetapi kemudian, dia meminta agar diberi pekerjaan. Sudah punya pekerjaan, diminta pekerjaan yang lebih baik. Bila sudah semakin hebat, dia meminta lagi tanpa rasa syukur.. dan akhirnya, dia kembali papa..
Tidak salah perbaiki kehidupan.. Meminta yang lebih baik. Tetapi, di mana kesyukuran yang sepatutnya diiring bersama??
Bersyukur itu banyak cara
-Mengucap alhamdulillah. (tidak cukup dengan alhamdulillah saja)
-Solat 5 waktu (Tunaikan perintah wajib)
-Amalkan amalan sunat
-Bersedekah (Membantu yang memerlukan, kita juga pernah susah)
-Berzakat (membersihkan harta, ada hak orang lain dalam setiap simpanan harta kita. Itu semua milik Allah yang mutlak. Kita peminjam yang diberi amanah untuk sebarkan dengan cara yang betul)
-Mendoakan. (Sesama muslim kita bersaudara. dengan yang bukan muslim, kita tonjolkan keperibadian yang mulia, Hidayah Allah itu tidak disangka-sangka.)
-Bermusahabah, berzikir dan mendekati Allah...
Betul.. praktikal itu sukar.. moga Allah bersama kita dalam mengamalkan perintahNYA...
>Sentiasa melihat manusia yang lebih sukar daripada kita untuk kita bersyukur..
>Melihat kepada orang yang lebih tinggi dari kita untuk kita maju, tetapi dalam melihat itu, bukan hanya pandangan kosong, tapi pandangan iman.. moga kita tidak lupa Allah dalam apa jua keadaan..Amiin ya Robbal alamin..