Monday, April 30, 2012

Alhamdulillah..syukur pada Allah

Alhamdulillah..

Majlis perkahwinan kakakku berjalan dengan lancar dan boleh dikira sempurna..
Memang ada sedikit permasalahan dan kekecohan, tetapi kami ambil ia sebagai pengajaran..
Selalunya, abah akan jadi agak melatah bila ada masalah time kenduri-kenduri ni..tetapi..alhamdulillah.. abah ambik jalan postitf kali ni. Dan aku sangat sangat beryukur..Alhamdulillah.. kerana banyak perkara..

Dan diantara perkaranya ialah banyak berkaitan dengan perjalanan majlis perkahwinan kakakku.. Ye, majlisnya ada ketidaksempurnaan tapi pengajaran penuh di sebalik majlisnya itu yang ingin ku ambil..

-Kali ni achik jaga P.A system..alhamdulillah, lagu-lagunya tak melalaikan.. dan tidak kuat seperti dulu-dulu. Bukanlah tidak ditegur dan bukanlah budak kecil untuk tak mengerti keadaan sekeliling, tetapi manusia memangnya suka pada hibur-hiburan..

-Alhamdulillah, setiap kekurangan dalam majlis kali ni, masing-masing lebih bersikap untuk menerima secara positif, tidak mahu menyakitkan hati mana-mana pihak..

-Alhamdulillah, ukhwah antara adik-beradik yang agak komplikated, dapat kami sama-sama cuba perbaiki kerana sesungguhnya, hubungan ini bukanlah mudah untuk dijaga, Hati-hati manusia terlalu sensitif. Tambahan pula apa yang dihadapi kekadang rasa sangat susah, tapi sebenarnya itu kemampuan yang Allah beri untuk kami hadapi..

Setelah berpuluh tahun,segala kedukaan dulu, Allah beri hadiah kebahagiaan dek kesabaran mak dan abah. Walaupun dalam sabarnya ada latah, tapi Allah beri kebahagiaan itu. Aku tidak tahu sejauh mana keduanya bahagia..sedang dalam masa ini pun, masih ada perkara yang keduanya fikirkan untuk anak-anaknya, tapi aku yakin, keduanya bahagia insya-allah..

Alhamdulillah..moga ada sinar hidayah untuk kami sekeluarga dan kalian juga..Amiin...


Saturday, April 28, 2012

siapa kami nak pilih?

BERSIH 3.0
aku pos juga status di facebook. dan kerana status itu membuat aku mengklik beberapa laman web dan membuat aku berfikir bercabang-cabang jadinya..

Bukan tiada tokoh agama dalam UMNO
Bukan tiada orang tak baik dalam PAS
PAS bukan malaikat
UMNO bukan kafir..

Kenapa hanya PAS dan UMNO?
Kerana yang lain dah TENTU bukan pilihan saya.....

Kalau kita setuju setiap orang buat salah, kita mesti setuju yang PM Malaysia pun ada buat salah. dan tiap menteri pun ada buat salah. Tapi ini tak bermakna mereka boleh sesuka hati nak buat salah dan kemudian, "yer saya manusia biasa..". Mereka pemimpin, yang dilihat setiap gerinya di mata rakyat. Setiap perubahan yang mereka lakukan mengambil masa kerana ramai setuju pada perubahan yang perlahan tapi istiqomah berbanding drastik tetapi sekejap.. Tetapi, sebagai pemimpin, mereka perlu mendengar pendapat rakyat melalui saluran yang disediakan. Cuma, bila pendapat itu tak diambil berat, rakyat bertindak dan, ada pula yang meminta untuk memberi masa kepada kerajaan untuk memperbaiki..
Setuju tak pada tak semua sempurna, tak semua boleh jadi BERSIH tanpa sebarang kekotoran???

Dan kita mesti setuju juga, Jika ada orang PAS buat salah, kita tak boleh salahkan dia 100% sebab dia manusia bukan malaikat. Selalunya bila orang agama buat salah, nampak cepat je kesalahan dia dan mulalah kata dia macam-macam... Tapi kalau orang yang biasa-biasa buat salah "padanlah, dia memang macam tu" Sedar tak yang kita manusia biasa...

Dan saya terfikir, alangkah kasihannya orang macam saya yang berfikir macam-macam...

Saya sayangkan negara saya, saya sayangkan sangat negara saya...

Saya tahu masih ramai anak muda yang berada di atas pagar menyebabkan ramai yang belum daftar mengundi dan malas nak mengundi keraana masih ada yang berfikiran macam saya..Bukan tidak mahu melihat negara, situasi negara, dan bukan tidak membaca sejarah. Cuma, bila sampai satu tahap, itu ini begitu begini..maka, jadilah ia kosong... dan kami mahu bina satu parti baru pula...hehehehe....

Saya duduk bersama mereka yang dilema, saya cuba mengertikan pemikiran mereka apabila ada pertembungan dalam pemikiran kami.. Jadi, kami sedang membaca daripada sumber kedua-dua pihak..kekadang fikiran tetap sama.. jadi kami akan istikharah...;)

Kekadang jadi menyampah dengan dua-duanya.. pada manusia-manusia yang ada membuat onar dalam keduanya... membuatkan kami sukar memilih, tapi kami juga mengerti..bukan semua manusia betul-betul mahu berjuang dengan penuh kesucian bilamana, harta, wang,pangkat, di depan mata..

Allah akan menunjukkan kebenaran..


Wednesday, April 25, 2012

sudah berjasakah pada islam???

Assalamualaikum...
Terasa jarang sekali beri salam di sini..
Sudah dijawab salam ku???
Jika sudah, teruskan membaca jika mahu teruskan..

Alhamdulillah
masih berhembus nafas untuk hari ini..
Entah kenapa, tadi siang, perasaan itu datang lagi..
rasa belum memberi apa-apa..
dan sememangnya itu lah..
sepanjang hidup hampir 24 tahun atas muka bumi Allah..belum apa-apa aku berikan.. dan

Bayangkan, sepanjang hidup menyulusuri umur yang sudah memikir baik dan buruk, yang sudah tahu perlu berbuat sesuatu, tetapi belum ada apa-apa diberi untuk islam...

Allahu robbi.. sangat lekanya saya dengan dunia saya.. sibuk membuat itu ini, sibuk kononnya sibuk, padahal kosong wahai diri..kosong...

Sedarlah, orang lain sedang sibuk membaja tanaman... moga terus tumbuh subur dan memetik hasil di padang akhirat..
tapi kamu?
kamu masih kosong wahai diri.. belum mula menanam?
bagaimana mahu dipetik buahnya kelak????

Ya Allah semoga sekarang diri ini lebih bersungguh..dan sedang berusaha insya-allah..
saya sangat berharap saya dapat lakukannya..


Monday, April 23, 2012

Paru-Paru


Hari Jumaat lepas, ke Poliklinik Ar-Razi untuk buat medical check up..

(seyesly, klinik ni sangat cantik, kemas, bersih dan luas. Pekerjanya jugak boleh tahan ramai. Jadinya, masa ramai orang i.allah urusan pertadbiran berjalan lancar, cuma at that time, hanya ada sorang je la doktor tengah bertugas.Bertukar shift mungkin sebab beroperasi 24 hours...)

Macam biasa, pergi kat kaunter pendaftaran..keluarkan RM sekian-sekian..huhuhu

Tunggu-tunggu..

Namaku dipanggil..

Jalan sopan-sopan poyo ke bilik x-ray..5-7 minit siap..keluar..tunggu lagi.

Panggil lagi nama..

Masuk lagi bilik ke dua..

Cek tinggi, berat, penglihatan..

Ok Done..

“Terima kasih.”

Tunggu lagi...

Panggil lagi nama..

Masuk bilik...

Ok, itu doktor..wat2 biase je..
Dah tahu, ni mesti kena cek tekanan darah..so jangan neves atau darah anda akan naik dan tak pasal-pasal, ada darah tinggi..

Siap-siap semua...

Doktor tu bukak slide xray aku..

Seyesly, tak faham peparu aku tu awat lagu tu..Yang tahu, tu paru-paru.

ini bukan xray slide ku..this pic from
http://zakikhan.net/paru-paru-berair/
info kesihatan banyak juga di sini
Doktor tu macam kira keluasan paru-paru kanan dan kiri..juga keluasan sesuatu di tengah-tengah antara paru-paru kanan dan kiri dan gambar itu kurang jelas..

“Kalau jantung awak..

‘Owh, jantung rupanya..’
(aku buat kesimpulan sendiri itu jantung, tapi aku tak tanya pulak doktor tu..ape tu sebenarnya..silap di situ..)

"Lebih besar daripada paru-paru awak, maksudnya, jantung awak bermasalah”

“Hah?Saya” Sambil tunjuk pada diri sendiri.

“Tak, saya cuma bagitahu.”

"Owh.." angguk-angguk

Ok, that’s it...

Sebelum tu, doktor ni tanya aku

“Awak ada resdung ke?

“Tak de”

Laju je aku cakap tak de..aku tak pasti. Tapi kalau ada pun, mungkin tak kuat sangat sebab selama aku makan masakan berunsur belacan, aku lambat terima efek nak terbersin..Cuma aku perasan, aku dah tak boleh kena habuk sangat..tengah kemas2 bilik, kekadang boleh terbersin..padahal dulu ok je..

-jaga diri, jaga kesihatan, jaga kebersihan..jaga IMAN.....



Friday, April 20, 2012

Allah dalam Hati

Sesungguhnya, hanya dengan bersama Allah sahaja baru hati akan tenang...
Liku hidup tak kan pernah habis...
Seusia begini ingiin mencorak hidup..
Sesungguhnya, begitu banyak perkara menghalang,
begitu banyak perkara seakannya sukar sekali mahu dilepasi..

Hanya dengan Allah, baru merasa lapang..
Allah itu ada..
bagi yang tidak merasa Allah itu ada..bagaimana kehidupan dia??
Apa panduan yang dia ada untuk meneruskan kehidupan?
Bagaimana dia menghadapi sukarnya hidup???
Hanya dengan logik akal semata? Atau cukup buku motivasi penulis terkenal?

Allah, sesungguhnya Allah itu maha sayang kepada hambaNYA yang mahu mengaku Allah itu tuhannya...

Kita telah tahu itu..
Saat ada kesedihan mendatang...
Mungkinkah itu ujian
Ujian daripada Allah untuk menguji keimanan hambaNYA
Bagaimana saat dia teruji?
Masihkkah mampu kita mengingati Allah?
Masihkah lidah akan berzikir, dahi akan menyentuh sejadah?
Atau mungkinkah terucap kata nista segala?

Mungkinkah itu  musibah?
Atas segala dosa..
Sebagai tanda Allah ingin kembalikan kita kepadaNYA
memohon ampun perbuatan silam yang punya salah...

Allah sayang, sangat sayang hambaNYA...makanya, dalam pelbagai bentuk ujian..
Diri ini yang kerdil dan punya banyak silap, masih bertatih ingin cuba memahami kehidupan.. sungguh sekali banyak khilaf..

Wednesday, April 18, 2012

menegur kesilapan dan ditegur

Alhamdulillah.. aku baru 24 years..old tak de.. hehehe
Sedau sedau kan diri la yer..dah 24 tahun, tapi belum banyak sebenarnya ilmu untuk berkongsi dan menunjuk yang betul. Cuma, sebagai pendapat diri yang masih bertatih melihat dunia.

Menjejak blog Abu Saif (Saifulislam.com) memberi keinsafan dan kesedaran, sesungguhnya diri ini banyak khilaf. Tersangat.

Terlalu banyak meluahkan kekadang, akan banyak kesilapan. Makanya, teguran itu perlu. Tapi teguran yang bagaimana?

Semua orang akan buat silap dan mungkin jika kalian duduk di kerusi yang atas, kalian akan nampak kesalahan orang yang di bawah kalian. Dan, tak kan mungkin, selaku bos, kalian nak biarkan kesilapan tu berterus-terus dilakukan. Makanya, perlu pada teguran.

Orang yang di bawah mungkin tidak nampak kesalahannya, malahan diri sendiri pun tak sedar ada kesilapan yang dilakukan. Kerana manusia ini selalu merasa, diri sendiri betulm walhal sebaliknya. Makanya, mungkin, orang itu tidak nampak kesalahannya atau mungkin terleka. Makanya, teguran perlu diberikan.

Mengherdik? Memaki? dan Memarahi?

Begitu tegurannya, maka, belum tentu akan tercapai hasil yang positif, sebaliknya, boleh ada pemberontakan baik secara zahir mahupun batin.

Tegurlah dengan berhikmah. Tegurlah dengan ilmu, dan akhlak.Tegurlah dengan cara yang sesuai mengikut keadaan, masa, tempat dan ketika.Pasti teguran itu diterima dengan terbuka dan orang yang menegur juga akan lebih dihormati.

Tuesday, April 17, 2012

Haziq Hazim Dah Pandai

Setahun cuma aku bekerja di taska. Tempat yang mengajar aku bagaimana menjadi ibu? Sesungguhnya, banyak ilmu aku dapat sepanjang setahun. Pada mulanya, aku tekad. Cuma 3 bulan atau 4 bulan. Tetapi, banyak halangan untuk aku berhenti daripada menjadi pengasuh. Makanya, aku pasrah. Dan mengambil masa yang lama untuk aku merasa seronok dengan kerja sebagai pengasuh. Alhamdulillah. Aku sempat untuk merasa seronok dengan kerja yang aku lakukan. Alhamdulillah. Kerana, jika aku tidak sempat merasa keseronokan bekerja sepanjang tempoh 1 tahun, aku akan menjadi manusia yang paling rugi. Alhamdulillah. Allah berikan aku kesempatan itu.

"Sesungguhnya, menjaga, mengasuh dan mendidik anak-anak perlukan kesabaran yang sangat tinggi."

Aku tahu hakikat itu, dan aku cuba perbaiki. Namun, saat Allah menguji, nyatanya aku kalah. Aku jadi faham, kenapa ada orang yang sanggup mendera si kecil yang tidak berdosa dengan begitu kejam? Kenapa? Kenapa? Kita akan jadi hairan dengan berita penderaan kanak-kanak di dada akhbar. Anak itu tidak berdosa langsung. Rupanya, bila berhadapan dengan situasi begitu, dan tanpa iman di hati, si anak kecil itu akan terdera. Iman itu tidak boleh ditunggu. Mendidik si anak kecil perlu pada cara yang sangat sabar.

Haziq berumur 4 tahun. Dia ada kembar seiras.. Hazim. Keduanya tak banyak beza, baik dari segi sikap dan fizikalnya.  Sihat dan bijak. Suka pada puzzle. Tetapi belum pandai pakai baju sendiri. 4 tahun sudah. Serasanya dia sudah besar untuk itu. Betul. Ibu dan ayah yang sangat memanjakan anak-anak kadang-kadang menyebabkan anak itu akan perlahan untuk mempelajari sesuatu yang sepatutnya dia sudah pandai. Siapa tak sayang anak??? mahu lakukan segala-galanya untuk anak. Tapi kami di taska, kami sebagai pengasuh. Kami dipertanggungjawabkan untuk mengasuh anak-anak mereka menjadi pandai, bijak dan berdikari. Makanya, Haziq diajar menanggalkan baju sendiri, memakai baju sendiri.

At first step: kami beri dia selalu tengok bagaimana Aliff (6 tahun) membuka baju sendiri, memakai baju sendiri..
Second: Kami tanggalkan separuh bajunya dan selebihnya dia tanggal sendiri dan berikan baju kepada dia dengan membentangkan bajunya sendiri untuk memakai baju tersebut.
Third: Kami akan katakan "Haziq.,yang ada gambar ni di bahagian depan."
Haziq pandai untuk terus masukkan kepala atau tangannya mengikut keselesaannya apabila
selalu melihat Aliff melakukannya..

Alhamdulillah, lama-lama, bila sampai masa mandi, baju dibuka sendiri..
Bila selesai mandi, baju diambil dan dipakai elok.
Cuma, ada masanya akan terbalik. Makanya, itu tanggungjawab pengasuh untuk menunjukkan yang betul..

Tapi, tak berhenti di situ...
Tiba saja masa mandi, Haziq akan menanggalkan bajunya dan terus mencampakkannya di tempat dia membuka baju.

"Haziq, ambik baju tu semula. Bagi pada cikgu."

Konpius...
mana Haziq? Mana Hazim? hehehe
Tahi lalat di dahi membezakan
juga ketinggian..
Dan dia mengambil patuh.

Tidak mahu bersepah dan mengajar dia untuk lebih berdisiplin. Disamping, mendapat kebaikan untuk kami juga agar tidak bersepah dan baju tidak bertukar.
Dan lama-lama, dia pandai.
That is learning process.. dan sentiasa akan ada proses pembelajaran untuk si anak-anak kecil. Dan kita juga sentiasa kena belajar...

 Sesungguhnya, itu ilmu sedikit yang ku peroleh berada di taska.. masih banyak yang tak ku tahu. Allah beri aku untuk duduk di situ. Aku tiada ada adik kecil. Aku tidak pernah menjaga si kecil dan aku tidak tahu. Masuk ke taska dengan zero.. Alhamdulillah, Puan Zainun (puan terhormat bos) banyak mengajar.. sepupuku, Kak Ina juga sangat pemurah ilmunya..moga Allah berikan kemudahan dan keberkatan untuk mereka..

Monday, April 16, 2012

Tatkala Azan

Alhamdulillah..Semoga masih diberi keizinan meminjam segala nikmat Allah. Moga menjadi hamba yang mensyukuri nikmat Allah yang tak tercukup 7 lautan untuk memuji ALLAH, waima ditambah lagi, tak kan pernah cukup. Sesungguhnya, Allah sangat sayang kalian. Sesungguhnya Allah sungguh agung mencipta segala yang ada di dunia. Segalanya. Sekecil yang terkecil, tak terlihat di mata kasar, tak terjangkau dek akal. Allah hu robbuna..

Suruhan solat antara perintah wajib Allah berikan kepada hambaNYA yang bergelar islam. Mengakui islam sebagai agama tatkala syahadah terucap di bibir, bertekad di hati dan laksana dengan perbuatan. Solat itu rukun islam kedua. Subhanallah. Betapa solat itu wajib sesangatnya sebagai seorang muslim..

Yang wajib itu berapa?

5..

Subuh, Zohor, Asar, Maghrib, Isya’.

Alhamdulillah. Andai ini masih mampu terjawab. Kerana realitinya, muslim hari ini, ada yang sudah sangat ramai melupai kewajipan ini.

Tahu namanya. Rakaatnya bagaimana?

Ini pecahannya:

Waktu
Rakaat
Subuh
2 rakaat
Zohor
4 rakaat
Asar
4 rakaat
Maghrib
3 rakaat
Isya’
4 rakaat



Alhamdulillah.. Semoga saya dan kalian dapat perbaiki ibadah solat ini, baik dari segi bacaan, perlakuan, dan penghayatannya...

Mengetahui masuknya waktu solat, lazimnya dengan mendengar azan. Cuma bila mungkin dalam hutan atau di kawasan yang tidak mempunyai masjid atau surau (seperti lazim kebanyakan tempat), kita boleh menentukan masuknya sesuatu waktu menggunakan isyarat bayang-bayang.

Saya fokus kan tajuk ini pada cara pertama iaitu pada seruan azan.

Saya yakin, bila mendengar azan, kita lazimnya akan diam dan disuruh begitu. Tanda hormat. Malah, pastinya ramai yang mendengar kisah, binatang juga tahu senyap tatkala azan berkumandang. Ini kan pula manusia?? Sudah-sudahlah bercakap. Hormati azan. Jawab seruan azan.

Alhamdulillah. Ia satu suruhan yang sangat mulia..

Tapi, sedarkah kita bahawa sesungguhnya, ada arahan yang wajib perlu terus terlaksana...

Azan berkumandang. Pada kalimah
credit to this blog https://selaisepinggang.wordpress.com/
 for this pic. interested blog to read.. >_<..

(Diterjemahkan)

“Marilah menunaikan solat”

Suruhan dan ajakan itu bergema segenap ruang. Sehingga telinga kita dapat menangkap seruan dan ajakan itu. Arahan diberi. Isyarat  kelihatan. “Hush, diam. Azan tu.” “Azan, azan diam..”

Alhamdulillah..

Sejurus, tunaikanlah solat. Bukan sambung menyembang tatkala selesai azan..

-Ya, bagi yang sedang bekerja dan mungkin kerja itu tidak dapat ditangguhkan atas alasan yang kukuh, sesungguhnya Allah maha mengetahui. Tetapi, bagi yang berkelapangan dan boleh menangguh kerja, kenapa perlu menangguh solat? Kenapa terus sambung menyembang bila tadinya elok menghormati azan. Solat di awal waktu itu juga satu tanda hormat malah, kewajipan yang sangat..

 Pesanan dan peringatan untuk diriku. Sama-sama kita solat awal waktu>_<..

Thursday, April 12, 2012

Ujian demi ujian kehidupan

Alhamdulillah
Semalam dah draf apa yang nak terlayang di sini tetapi kemudian tergendala. Sistem down. Lega juga sebab draf semalam lebih kepada sebuah luahan hati dan hari ini rasanya lebih baik dan tak perlulah dilayangkan luahan hati semalam.

Amaran tsunami ditarik balik. Alhamdulillah sesungguhnya kepada Allah yang sentiasa sayang kita, yang masih memberi kita peluang untuk bertaubat dan perbaiki diri. Aku ada terbaca status di facebook. Lebih kurang ayatnya begini.. 'Semalam, semua post status tentang taubat dan segala... tapi bila arahan tsunami ditarik balik, semua dah mula sibuk nak posing sana-sini.'.. herm.. manusia, ALLAH sayangkan kita. Allah beri peringatan bila kita lupa berupa macam-macam cara. Tetapi, ada antara kita yang mengabaikannya.

Tadi pagi, sempat sekejap melihat kupasan ajaran Juruzon. Salah satu ajaran sesat yang baru dikenalpasti. Rupanya, ajaran ni dah lama bertapak. Masya-Allah.. Di sebalik tragedi runtuhan tanah di rumah anak-anak yatim di Selangor tahun lepas,rupanya Allah nak buka mata bahawa ada ajaran sesat sedang diamalkan di situ. Allah tak turunkan bala tu saja-saja. Pasti ada sebabnya. Dan selalunya, sebab itu atas kerosakan yang dilakukan oleh tangan-tangan manusia itu sendiri.

Begitu juga dalam skop yang lebih kecil, iaitu bila Allah datangkan kesukaran dan ujian untuk diri kita. Means that, Allah sayang kita, Allah nak tarik balik kita kepada DIA YANG MAHA AGUNG. Bila kita didatangi ujian, selalunya, memang kita akan rasa down, down, down.. Aduh, macam mana,macam mana, macam mana.. Tapi sesedih manapun kita, tekad dan yakinlah dalam hati pasti, pasti, pasti, pasti, pasti ada jalan keluar. Setiap kesusahan ada rahmat yang tersembunyi, ada hikmah yang Allah nak bagi, ada jalan keluar yang pasti. Aku teringat ayat ini dari seorang rakan facebook. Dunia ini bersifat binasa. Makanya, kesusahan ini akan berakhir. Begitu juga dengan kesenangan. Kesenangan itu juga akan berakhir. Hidup ini ada turun naiknya. Bila diingatkan semula, kita pernah rasa susah, dan kemudian ada rasa senang. Kemudian, teruji lagi, kemudian senang lagi. Dan sampai akhirnya, kita dijemput Allah. Dan di alam sana, lain pula ceritanya..

Yang penting, hidup kena teruskan. Bersedih, tetapi mengadulah kepada ALLAH.

Tuesday, April 10, 2012

Just with one click..

it's done...
Itu ayat sambungan untuk tajuk yang di atas.

Baru tengok status Yuna kat mukabuku yang kaler biru tu..Tapi ayat kat atas tu bukan status Yuna ye. Status Yuna begini
"arggghhh cepat on Astro Ria now!! #bintangdilangit"
 Memang ku copy n paste ayat Yuna ni.. Dan yang sangat teruja.. hanya beberapa minit. 2 minit saje.. Dan beratus yang klik.. 800 something. Dan masa aku taip kat sini, dah mencecah seribu lebih..

Jadi macam "Wowww." Hehehe..

Dan, Prof Dr Muhaya pernah cakap satu ketika dulu,masih dalam tahun ni la. Slot temubual di IKIM.fm. Katanya, manfaatkan facebook. Ada katanya yang aku tak dapat ingat 100% tapi lebih kurang begini. "Saya post status di facebook, dan tak lama lepas tu, dah beratus orang suka, ada komen-komen. Maksudnya, kita kena sebarkan kebaikan. Orang sentiasa buka facebook."

Hem..

(Post pendek untuk malam ini)

-manfaatkan teknologi...>_<



Sunday, April 8, 2012

Dilema pemilik ijazah

Aku pernah menulis tentang bab penganggur terhormat ini. Tetapi, kali ini mahu menulis lagi. Mak ada kata. “Arwah kakek pernah cakap, sampai masa nanti, orang yang buat roti canai tu pun ada ijazah.” Ianya dah jadi realiti sejak beberapa tahun yang lepas dan semakin ramai graduan yang bekerja tidak kena pada taraf ijazahnya.  Tetapi, ada juga segelintir masyarakat yang faham situasi graduan yang punya ijazah yang berbeza dengan kerjayanya dan tarafnya. “Pernah juga semasa mengikuti program motivasi kerjasa di university, seorang kaunselor ada berkata. “Bidang yang kamu ceburi sekarang bukan menandakan kamu akan bekerja dalam bidang yang sama.”
Perbezaan
Ada sesetengah graduan punya ijazah dalam bidang perubatan, tetapi kemudian menjadi guru.
Ada pula yang mengambil bidang perguruan menjadi ahli perniagaan.
Ada yang mengambil bidang perakaunan menjadi pramugara.
Dan macam-macam ketidakselarian bidang yang dipelajari di universiti dengan kerjaya yang diceburi.
Pada aku, semua ni mungkin disebabkan oleh minat, peluang dan kebolehan serta kemahiran yang dipunyai graduan tersebut.
klik kat web ni http://sangmentari.wordpress.com/tag/graduan/ dan korang akan dapat lebih motivasi untuk jadi manusia yang lebih baik insya-allah.. i just found this web coz i search for this picture. Then, sy lepak jap kat blog tu.. Pastinya lebih banyak ilmu kat web tu. Blog Dr Ezairy M.Sallih (Sang Mentari:Siri Motivasi Pembangun Diri)
A)Minat
Belajarlah bidang apa pun, kalau dah minat nak jadi cikgu, cikgu la jugak jadinya. Berusaha mencari peluang untuk tetap menjadi guru yang akhirnya, bidang yang dipelajari hanya ada lama helaian ijazah. Tetapi sebenarnya, bagi graduan yang melihat pada skop yang lebih besar, ilmu pada ijazah yang diperoleh boleh diaplikasikan dalam kehidupannya pula. Masih boleh digunakan untuk perkara yang berkaitan.
B)Peluang
Peluang ini yang kadang-kadang membuatkan graduan terpaksa beralih arah. Orang kata “Grab je apa yang ada sekarang. Untuk step seterusnya, fikir kemudian.” Aku akui itu. Ambik aje lah apa yang ada depan mata. Jangan nak memilih. Bila rasa tak selesa baru berhenti. Mana tahu, dah cuba nanti, jatuh hati pulak. Ada orang kata, bila kita kerja dalam satu bidang yang kita tak minat, kita ada daya usaha nak cuba buat. Dan minat akan datang kemudian. (Since dah kena pada diriku ini, aku akui itu.>_<)
C) Kebolehan, kemahiran
Ini sifat semulajadi, anugerah dan (sesetengahnya juga boleh diasah). Graduan pentadbiran perniagaan jadi pramugara. Ada ijazah perakaunan jadi chef hotel. Ada ijazah kejuruteraan tapi jadi pengacara televisyen. Ini selalunya, bersifat semulajadi. Cuma, segelintir, yang hanya mengambil peluang yang ada, tapi mengikuti kursus tertentu dan akhirnya, teruslah dia dalam kerjayanya.
Para graduan, bakal graduan, mahasiswa, bakal mahasiswa,
Sungguh, persaingan sangat hebat dan ada yang tak terjangka dek fikiran kita. Ada yang kita rancang lain, yang di hadapan kita lain. Namun, merancanglah sehabis baik dengan meminta pendapat orang yang lebih tahu. Jika masih di universiti, pergilah kepada pensyarah atau kaunselor. Jika sudah tamat pengajian pun, masih boleh terus berhubung dengan mereka yang arif. Mustahil tak da facebook(>_<). Manfaatkan facebook anda.
Dan jika anda bekerja bukan dalam bidang anda, dan anda tak minat pulak bidang tersebut. Hanya kerana tuntutan kehidupan yang memerlukan duit, bayar hutang, nak teruskan hidup dan yang sewaktu dengannya, bekerjalah bersungguh-sungguh. Jangan buat sambil lewa. Ingat, ia amanah. Kerja dengan baik. Anda ada degree tapi sikap anda terhadap kerja bukan macam graduan, anda juga yang malu. Malu pada univerisiti, pada mak ayah, pada Allah dah tentunya. 
Mak pernah kata. “Awak ada ijazah. Ada ilmu. Buat kerja macam orang ada ijazah.” Aku terkesima. Betul kata mak. Biarlah pun kerja tu di taraf yang berbeza dengan apa yang sepatutnya, tetapi how we act?? Dan kemudian seorang ustaz ada berkata padaku. “Tak pelah, kerja biasa-biasa pun, awak ada degree. Lain orang ada ijazah dengan tak de ni.” Itu lah satu-satunya insan yang memahami aku dan sahabatku yang tika itu sama-sama memohon kerja selain daripada keluarga. Serta isterinya yang berkata. “Iyelah, sekarang bukan senang nak cari kerja. Kalau diaorang tak bagi peluang macam mana nak ada pengalaman, ye tak?” Walaupun baru hanya pergi temuduga, aku tak kisah sangat kalau tak dapat, since diaorang faham keadaan kami. Alhamdulillah sangat rasanya.
Aku hormat pada graduan yang hanya kerja biasa-biasa je. Gaji ciput je, tapi sikap diorang sangat positif. “Alhamdulillah.” Aku banyak belajar dari diaorang. “Grab je dulu apa yang ada.” “Dah lama nanti baru apply yang tinggi sikit.” “Janji dapat kerja. Daripada duduk saja-saja.”
Betul. If duit tu boleh petik kat pokok, semua nak duduk saja. Tapi, hakikatnya, ada yang percuma dalam dunia ni? Dan lagi, Allah dah terang-terang cakap dalam Qur’anul Karim yang Allah tak kan ubah nasib sesuatu kaum tu hingga kita sendiri yang ubah. Allah maha berkuasa. If Allah nak bagi, kun fayakun. Tak sempat kelip mata, Allah dah bagi. Hebatnya Allah. Tapi, Allah nak kita berusaha. Kata sahabatku “Usaha+usaha+usaha+doa’+tawakal” Usaha tu kasi lebih. Hem, ini sebenarnya motivasi dan peringatan untuk aku yang menaip. Harap korang juga lebih bersemangat. Teruskan kehidupan dengan niat mencari redha Allah. Jadi anak yang soleh dan solehah. Jadi hamba yang taat dan bersyukur.Insya-allah.

Saturday, April 7, 2012

Ubat diri

"Mak, sakit kepala la."
"Azi, aku rasa macam nak demam la."
"Aku tak sihat ni."
"Tolong belikan ubat.... kat farmasi tu."
"Belikan ubat.... Yang ubat... tak kuat la. Still sakit kepala jugak."
Itu antara yang terlontar di bibir para pesakit atau bakal pesakit.
Iye, aku juga antara yang sering sakit kepala dan sering mengadu. Memang terkadang tak tertahan sakit kepalanya. Tambahan pula, mungkin di antara kalian perlu menghadapi tekanan dan beban kerja yang melampau. Belum ditambah dengan tekanan persekitaran kerja. Atau mungkin yang belajar. Jadual study, exam, program universiti, kolej dan segala.
"Aduh, sakit, sakit."
Hem, kata seorang sahabat. Bila kita mengatakan diri kita sakit, kita memang mengundang kesakitan. Kita ada mindset yang kita sakit, dan badan kita jadi sakit.
If, badan kita sakit, tetapi, kita berusaha kata. "No. I'm good. Alhamdulillah." Insya-allah, kita tak layan sangat sakit tu dan secara tak langsung, kita dapat teruskan kerja. (Ini untuk sakit yang demam kura-kura, demam penyu dan yg sewaktu dengannya. If, memang kalian diuji dengan penyakit kronik, kalian terkecuali.)
Lagi satu yang paling perlu kita cuba elakkan ialah...Please, jangan senang-senang telan pil. Please. Jika betul pil itu memang akan berikan kesan baik kepada anda, anda tak perlu menambah pil dan tak perlu ambil untuk jangka masa yang lama. Tapi, sebaliknya, ia cuma campuran bahan-bahan kimia yang menambah kerosakan organ dan fungsi badan anda. Kata emak yang membuatkan aku terfikir. Ubat tu dibuat di negara luar, dijual kepada kita kononnya nak bagi kita sihat. Logiknya, ada ke diaorang (orang luar) nak bagi kita sihat betul???? ia hanya untuk tahan sakit yang seketika. Then, kena ambik dan ambik dan telan dan telan dan telan lagi.
Allah hu robbi..
Sudah-sudahlah pil kimia itu. Berubah pada perubatan yang lebih baik.
Islam telah lama menawarkan ubat yang paling mujarab.
Di dalam al-qur'an, ada macam-macam doa untuk mengubati penyakit. Yang penting, yang penting, yang penting..KALIAN YAKIN DENGAN KUASA ALLAH...
Aku tertarik dengan satu artikel. Aku tak pasti tulisan siapa..Aku telah baca lama dulu..
Negara maju bukanlah negara yang banyak hospital.. Bila banyak hospital, mean begitu ramai orang yang sakit dalam negara tu yang memerlukan hospital yang banyak. Jika semak kembali sirah nabi. Tiada hospital, atau rumah sakit yang didirikan. Mereka mengamalkan cara hidup, dan cara pemakanan yang baik. Subhanallah. Mungkin kita tak dapat tiru semua, tapi kita cuba.
Jika sakit yang sikit-sikit tu (kura-kura demam..hikhik).. selawat, hembus pada air, minum.. selawat, hembus pada tangan, sapu pada kepala.. Kalian kena yakin.. Selawat, Al-Fatihah, Ayat Kursi.. itu penawar untuk kita. Tapi, jika kalian ada simptom penyakit kronik. Rujuklah pada pakar. Ibnu Sina tokoh perubatan. Kita sangat kagum dengan beliau. Contohi keilmuannya..
-Sekian, yang salah itu, wajarlah saya sebagai seorang hamba ALLAH yang banyak kelemahan, Teguran dan pendapat kalian dialukan.

Friday, April 6, 2012

10 sen

Satu ketika dulu, emak pernah suruh aku ke kedai Tok Jamilah. Kedai runcit yang cuma beberapa langkah sahaja dari rumah. Kalau ikut jalan pintas, lagi dekat. Tapi ada risiko bahaya sikit sebab laluan kebun kecil yang mungkin ada ular. Tapi, Alhamdulillah, setakat aku dan adik-adik lalu belum terserempak dengan binatang alah tu. Dan selalunya, mak suruh beli tepung gamdum sekilo. Gula sekilo. Kadang-kadang, jagung ayam, garam, telur dan keperluan dapur yang hampir kehabisan. Dan sebagai upahnya, 3o sen pun dah cukup baik. Betul. Cuma 30 sen. Itu pun paling banyak. Kalau dapat 10 sen atau 20 sen, pun ok. Janji ada upah.
Sikit???
Memang.
10 sen, 20 sen tu sikit je. Tapi, without 10 sen, RM1 tak cukup. So that, 10 sen itu sangat sangat lah bernilai. Kekadang 10 sen itu disimpan untuk ditambah belanja sekolah keesokan harinya.
Susah??
Keluargaku bukanlah terlalu susah. Tapi, mungkin tidak sesenang yang lain. Dan pastinya ada orang lain yang lebih susah daripada kami. Abah mengajar untuk berjimat. Abah tak ajar anak-anaknya untuk boros. Abah sangat penjimat tetapi bukanlah kedekut. Tambahan masa dulu, kakak dan abang melanjutkan pelajaran ke universiti. Aku dan adik-adik juga perlukan duit untuk sekolah. Dan belanja rumah serta bil yang wajib dibayar. 10 Sen cukup bernilai.
30 sen
Seingatku, sehingga darjah 6 aku cuma berbekalkan 30 sen ke sekolah. Kalau ada yang ku simpan sendiri, adalah dapat 50 sen. Kalau rasa nak makan lebih, simpanlah sikit duit. Kalau aku fikir balik. How can i survive with 30 sen??? Dengan 30 sen, aku dapat beli keropok 3 keping. Atau nasi lemak 20 sen. Kuih 10. Air? selalunya bawak dari rumah. Kalau rasa nak air best, baru beli air sirap 10 sen satu gelas. Sekarang? nilai tu dah tak de lagi. Sebab tu, budak-budak sekarang, bawak belanja berringgit-ringgit. Sampai aku rasa gerun. Risiko kecurian di sekolah.
Beza dulu dan sekarang
Dulu, barangan lebih murah. Murah dan boleh dapat banyak.
Sekarang, barangan agak mahal dan sikit.
Kos sara hidup semakin tinggi. Itu perubahan untuk kebanyakan negara yang sedang membangun.
Aku merasa perbezaan harga itu. Bila kicap yang dulunya boleh dapat RM2 lebih sekarang sudah mencecah RM5. Begitu juga gula dan tepung. Dan juga ikan. Jika dulu, ikan selar kuning, mak boleh beli dengan RM3 sekilo. Tapi sekarang, tidak lagi. Dan alhamdulillah. Kehidupan telah lama bertambah baik. Dan mak abah, seperti dulu juga. Tidak mengajar kami berboros. Cuma sikap adik bongsuku,sedikit merisaukan aku.
note: masa aku lipat baju. Mengemas untuk lapor diri. Mak kata " Awak tak payah beli baju dah 10 tahun ni" hehehehe>_<

Thursday, April 5, 2012

Rindu Ajmal


Ajmal..
Kecantikan.. keindahan..
suit name for him.. kalau dia senyum, alahai, hilang segala letih.. kalau tengah tak senyum, mata bulatnya.. kalau tak pun, dia akan ketawa..
(ini gambar Ajmal dan abangnya, Afif. Afif hanya beberapa bulan je di taska)
Rindunya keletah Ajmal.. dah nak masuk dua tahun..Dah lama tak jumpa, Ajmal macam merajuk masa mama dia hantar ke taska.. Mula-mula tunduk bawah je. Tak nak pandang muka. Mak kata "Dia merajuk dengan awak. Dia tunggu-tunggu, awak tak de." Huhuhu.. itu rupanya cara dia merajuk.. Then, dah beberapa minit, dia mula nak bergurau. hehehe.. Lega aku..
Dan lepas tu, mama dia cuti nak bersalin, Ajmal dah tak hantar ke taska. Sedih. Tapi itu lah kehidupan. Then, tak lama kemudian, aku pula dapat panggilan lapor diri menandakan aku akan berhenti dari taska.. Dan kemudian, Mama Ajmal nak hantar semula Ajmal ke taska..
Terkilannya, sedihnya.. Allah tahu yang terbaik untuk ku. Aku redha. Tambahan, Ajmal bukan anakku tapi kesedihan itu, kerinduan ini, Allah yang tahu..
Sungguh, keletah Ajmal menghiburkan. Sama juga dengan anak-anak yang lain. Cuma sebab mungkin Ajmal dari dia baby dia di taska. Hingga pandai berjalan. Dari dia belum pandai merangkak.. Aku nampak. Nangis dia, ketawa dia.. Ah, rinduuuuuu...
Sangat syukur sebab Mama Ajmal bertimbang rasa orangnya. Masih mahu bawa Ajmal berjumpa dengan ku untuk hari terakhir dan bergambar dengan Ajmal.. seronok tapi cuma seketika. Dan sekarang, ku bawa kenangan Ajmal..
Inilah cabarannya bila kerja di taska. Kita bukan hanya berhadapan dengan risiko bahaya keselamatan dan kesihatan kanak-kanak sahaja. Tapi, kasih sayang. Sesetengah pengasuh bukan tak da hati untuk sayang anak orang macam anak sendiri. Malahan mungkin ada yang nak bawa lari anak orang tu kerana terlalu sayang. Tetapi, masih ingat. Kami cuma pengasuh yang diberi amanah menjaga anak orang sebaik mungkin. Menjaga dan mendidik. Memberi kasih dan perhatian di saat ibu dan ayahnya bekerja. Kepada para pengasuh yang kurang hati, asuhlah dengan baik. Ku tahu ia bukan kerja yang mudah. Tangisan kecil, tekanan, kesibukan. Kita mahu marah. Moga Allah berikan kalian kekuatan untuk terus mengasuh dengan baik...
Ajmal, Fariz, Danisha, Daniel,Zahra- ini kategori baby hingga 1 tahun lebih
Maryam, Aisyah, Yana, Bihah, Alisya, Amani, Aina
Haziq, Hazim, Aliff, Asyraff, Fiqry, Rafiq, Zikry, Adam, Shahrul
(Gambar yang lain-lain, aku akan upload pada kisah mereka yang akan ku catat nanti insya-allah...)
Ku bawa kenangan gembira ini bersama..

Wednesday, April 4, 2012

say it again and again. ALHAMDULILLAH

Alhamdulillah..
Teringat satu kisah..tidak begitu jelas akan nama dan perwatakannya tapi ia cukup untuk diambil ibrah nya..
seorang hamba Allah dalam satu doanya..
"Ya Allah, jadikanlah aku daripada golongan yang sedikit."
Lalu, seorang hamba Allah yang lain terdengar doanya..kemudian bertanya..
"kenapa dengan golongan yang sedikit?"
Kemudian hamba Allah yang berdoa tadi menjawab.
"Sesungguhnya, terlalu sedikit hambaKU yang bersyukur".
Subhanallah..
Allah telah katakan dalam kitabNYA.. dan realitinya hari ini, memang terlalu sedikit.
Sedang saat menulis ini, diri akan diuji. Maka ku perlu doa dari kalian, agar kita sama-sama untuk bersyukur.. dan belajar bersyukur..
Lorong Waktu drama Indonesia yang ditayangkan di TV ALHIJRAH.. Tidak pasti waktunya tapi pukul 6.30 petang, nampaklah muka Diddy Mizwar.. Aku sempat mengikut beberapa episod dan episod kesyukuran menjadi isu.
Manusia itu adalah hamba Allah yang tidak punya apa-apa, tetapi kemudian, dia meminta agar diberi pekerjaan. Sudah punya pekerjaan, diminta pekerjaan yang lebih baik. Bila sudah semakin hebat, dia meminta lagi tanpa rasa syukur.. dan akhirnya, dia kembali papa..
Tidak salah perbaiki kehidupan.. Meminta yang lebih baik. Tetapi, di mana kesyukuran yang sepatutnya diiring bersama??
Bersyukur itu banyak cara
-Mengucap alhamdulillah. (tidak cukup dengan alhamdulillah saja)
-Solat 5 waktu (Tunaikan perintah wajib)
-Amalkan amalan sunat
-Bersedekah (Membantu yang memerlukan, kita juga pernah susah)
-Berzakat (membersihkan harta, ada hak orang lain dalam setiap simpanan harta kita. Itu semua milik Allah yang mutlak. Kita peminjam yang diberi amanah untuk sebarkan dengan cara yang betul)
-Mendoakan. (Sesama muslim kita bersaudara. dengan yang bukan muslim, kita tonjolkan keperibadian yang mulia, Hidayah Allah itu tidak disangka-sangka.)
-Bermusahabah, berzikir dan mendekati Allah...
Betul.. praktikal itu sukar.. moga Allah bersama kita dalam mengamalkan perintahNYA...
>Sentiasa melihat manusia yang lebih sukar daripada kita untuk kita bersyukur..
>Melihat kepada orang yang lebih tinggi dari kita untuk kita maju, tetapi dalam melihat itu, bukan hanya pandangan kosong, tapi pandangan iman.. moga kita tidak lupa Allah dalam apa jua keadaan..Amiin ya Robbal alamin..