Allah berfiman
"Oleh itu, bukankah ada baiknya mereka mengembara di bumi supaya dengan melihat kesan-kesan tersebut, mereka menjadi orang yang ada hati, yang dengannya mereka dapat memahami atau ada telinga yang dengannya dapat mendengar? (Tetapi kalaulah, mereka mengembara pun tidak juga berguna) kerana keadaan yang sebenarnya bukanlah mata kepala yang buta, tetapi yang buta itu ialah mata hati yang ada di dalam dada..
Surah Al-Hajj:46
Sejujurnya berada di rumah jarang sekali dapat membaca surat khabar. Kiranya abah keluar ke bandar, baru surat khabar dibeli. Cuma berita dari siaran berita yang ku lihat untuk update berita semasa. Baru- baru ni aku menyelak surat khabar dan terpampang senarai kegiatan sosial mengikut negeri. Bukan masalah negeri mana yang mencatatkan peratusan yang tinggi atau negeri mana yang rendah tetapi ia tanggungawab semua.Nyatanya, angka-angka itu sangat menggerunkan. Tak termampu akal untul membayangkan keadaan sosial akan datang sekiranya hiburan terus menerus ditayang tanpa sebarang garis panduan yang sewajarnya berteraskan agama islam. Sesungguhnya Islam agama yang syumul.
Tidak perlu melihat kaum lain kerana peratusan yang tinggi sekali adalah kaum melayu yang difahamkan sebagai beragama islam. Bukan juga melihat kepada jalan penyelesaian atau terus menunding jari tetapi, mana kesedaran semua pihak. Baik di rumah atau di luar rumah. Pendidikan seawal di rumah memerlukan pengawasan daripada ibu bapa, dan kemudian guru di sekolah dan selepas itu, pastinya si anak yang yang sudah mula dewasa akan melihat persekitarannya yang mungkin memberi pengaruh kepadanya.
Kebejatan sosial yang semakin meruncing merisaukan ramai manusia yang ingin melihat anak-anak sebagai modal insan dan khalifah muka ini mampu untuk menjaga pembangunan tamadun yang gemilang. Melihat wajah-wajah yang masih kecil, jiwa yang masih suci, helaian kain putih yang belum ternoda, kekadang timbul persoalan di hati..apa akan jadi pada anak kecil ini kelak? Dapatkah ibu bapanya mendidik, mengasuh, menjaganya dengan sebaiknya? Selamatkah dia dengan cabaran dunia yang bukan sedikit, yang bukan mudah? Lantas, terus terdoa’ untuknya. Selamatkanlah anak itu.
Melihat rancangan realiti kanak-kanak di televisyen, kadang-kadang hanya mengundang geram apabila ia mengasuh menjadi anak-anak menjadi lebih berfantasi dengan dunia glamour semata-mata. Ah, mungkin saja, nanti dia akan sedar untuk menjadi manusia berguna, berilmu dan berakhlak. Bolehkah begitu???
Kalau tengok kegilaan orang main bola, orang sokong bola..lastly, tertanya, awatlah duk kejaq bola yang sebijik tu? hang dah dapat, hang p sepak lak..hang tangkap la..hikhik.jangan tanya la soalan ni pada diorang2 yang minat tahap gaban kat bola sebab sat g..ada beberapa jawapan yang diberi:
1)Kepuasan menyepak bola 2)Korang tak tahu jangan tanya 3)Wat muka tak layan (malas layan soklan tak membina tu)
Minat orang lain-lain..mungkin ada kepuasan tersendiri bagi si pemain bola..malahan dari kecik kekadang budak-budak diberi bola sebagai barang permainan. Bila dah besar, dia mula kenal setiap bola, dan permainan bola yang diminati secara semulajadi atau faktor sekeliling..
Bola dan Aku Masa aku dari umur berapa aku tak pasti sehingga aku menjejak kaki ke sekolah rendah, aku main bola. Dengan sepupu aku kat sebelah rumah..Masa tu, tak macam budak2 sekarang duk depan laptop, depan tv..Masa dulu, rumah abah aku tak de tv. Nak tengok tv, g rumah sepupu..jadinya banyak masa dengan sepupu.Main pun petang je..pas pukul 5..sebelum tu, lepas balik dari sekolah, duk kat umah..Baca buku/wat keje sekolah/belajar mengaji/belajar sembahyang.jadinya, tiap petang, pergi rumah sepupu aku, main bola sepak, badminton, basikal dll..Sepupu rumah sebelah aku ni dua orang je lelaki..masa tu kecik lagi..Dia pun tak pergi ke padang, main dengan kawan-kawan dia, jadinya, adik sepupuku yang perempuan, aku dan adik aku yang dua orang lagi juga perempuan main sekali..seronok kenangan masa kecik tu..Kami main di depan rumah diperhati Mak Long..Memang seronok dapat sepak bola. Nak pulak kalau dapat gol. Sekarang, masing-masing dah besar..ia tinggal kenangan masa kecil..
AFF SUZUKI 2010
Dalam pukul 8 lebih abah bukak tv, alih channel tv2..Piala AFF SUZUKI 2010. Malaysia vs Indonesia..Jiran Malaysia Banyak persamaan, perkongsian, juga sejarah yang tak boleh dinafikan. Hubungan dua buah negara ini mungkin boleh tergugat hanya kerana sebiji bola, andai para penyokong tidak bersabar dan menurut rasa membara di hati.
Perkongsian sedikit daripada sahabatku..'yahudi letak sebiji bola, semua orang tengok bola hingga lupa solat'....terlupa dengan syariat..'saya sokong yang menang dengan syariat.'..betul kan..pada penyokong Malaysia mungkin ramai yang datang dari jauh, membuat solat jama'..cuma yang nak dikongsikan di sini, tak salah bersukan, Islam malahan menggalakkan umatnya mempunyai tubuh badan yang sihat, yang kemudiannya mampu berkhidmat untuk bumi..tetapi sayang kan andai kemenangan itu hanya kemenangan zahir semata-mata.
Teringat masa Program Imam Muda hari tu..Imam Muda Asyraf turut sama bermain bersama beberapa pemuda di situ dan bila azan berkumandang, dia mengajak untuk solat bersama..memang bukan senang nak membawa pendekatan begitu..sewajar begitulah..dn banyak pendekatan lain yang boleh digunakan..jangan lupa syariat, tunaikan yang disuruh Allah, hindarkan yang dilarang..
Sebenarnya menaiki bas bukanlah satu perkara yang menyusahkan. Malahan satu pengalaman yang sangat menyeronokkan. Cuma, dek kelambatan perkhidmatan membuatkan niat untuk menaiki bas terbantut. Tapi kita tinggalkan cerita naik bas lompat-lompat. Ini cerita naik bas ekspres. Selama hampir tiga tahun menaiki bas untuk pergi balik rumah ke UUM memangnya bukan satu perjalanan yang pendek. Dan setiap kali pergi balik aku ambik bas malam. Lebih selesa. Dan macam-macam pengalaman ku lalui dan mujur dan sangat syukur sepanjang menaiki bas untuk perjalanan yang panjang ni tiada apa yang tak baik terjadi. Alhamdulillah, barang-barang aku juga tidak pernah tertinggal atau dicuri. Alhamdulillah sangat. Tiap kali pergi dan balik nasihat berbakul2 seperti biasa. Doa tetap ku mohon kepada ALLAH. Mohon doa’ daripada mak, abah, dan adik-beradik serta kawan-kawan yang maklum. Alhamdulillah selamat. Dan sepanjang jalan banyak sangat cerita yang memberi pengajaran dan kenangan manis buat aku.
Bagasi tinggi dan Pak cik yg baik=)
Alhamdulillah, pak cik pemandu sangat baik menolong aku mengambil beg yang diletak dalam bahagian simpan beg. Bagi bas double decker, bahagian bagasi agak tinggi. Syukur sangat, pak cik baru ni sangat baik menolong aku mengambil beg. Malahan dia mengecam beg aku.
Panjat tayar
Dan pernah juga aku terpaksa memanjat tayar bas untuk ambil beg ku. Agak sakit, tapi masing-masing juga sibuk dengan barangan masing-masing. Masa tu aku tak peduli orang pandang apa asal beg aku dapat ambik.huhu..Macam best gak bila panjat tayar yang besar tu.. Mujur gak pengalaman panjat poko mas akecik2 sangat memabnatu..HIkhik..tapisakit badan gak nak ambik beg tu..huhu
Buka puasa
Pengalaman berhenti berbuka di hentian Jitra juga mengukir kenangan manis. Aku dan Yasmin turun kononnya nak cari makanan yang boleh dibawa bekal. Kebetulan pak cik driver turun makan. Aku dan Yasmin dan kebetulan seorang adik kawanku juga turun. Hanya kami bertiga dan driver serta co-pilotnya. Penumpang lain mungkin dah ada bekalan. Kebetulan mak cik di kedai tu belikan lemang untuk kami berbuka. Terima kasih sangat pada mak cik pak cik yang baik hati.
Anak-anak kecil yang comel
Pernah juga dalam bas, seorang ibu bersama anak-anaknya. Yang si kakak pandang ke arahku. Mungkin kerana aku asyik memandang mereka dengan lama. Dan kemudian entah apa yang dicakap pada adiknya yang kecil itu, Adiknya pula memandang aku. Geram aku tengok tapi Cuma mampu tersenyum, tersengih dari jauh. Dia juga tersenyum comel.
Hampir terlanggar
Masa baru mata nak terlelap di highway Karak, tiba-tiba bas membunyikan hon mengejut. Rupanya, ada lembu atau apa yang melintas. Sememangnya kawasan tu agak gelap. Mujur juga tiada apa-apa. Aku akui bas memang dipandu laju, malahan kalau perlahan aku sendiri berkata dalam hati. "Cepatlah pak cik” Padahal yang dibawa tu sudah laju sebenarnya dan selalunya aku tak mengambil tempat duduk di belakang sangat dan terlalu hadapan kerana takut pada kelajuannya. Aku pernah menaiki bas yang dipandu laju , terasa terhuyung-hayang basnya. Menakutkan. Dan sepanjang jalan doa pada Allah ku panjatkan.
Tukar Bas
Pengalaman bertukar-tukar bas juga ku alami tapi aku lebih kesian pada kawanku. Yang terpaksa diturunkan di Sungai Petani. Dan mengambil bas lain untuk ke Alor Star. Di awal pagi sendirian begitu....Sebenarnya macam-macam boleh jadi, tapi Alhamdulillah, Allah sentiasa melindungi.
Sendirian di pagi yg hening
Aku sendiri tiap kali sampai di Gambang pada jam 5 lebih, abah akan ambil tapi kekadang aku sampai dulu dan aku akan tunggu abah di stesen minyak CALTEX. Stesen minyak yang bukan 24 jam memang mengundang rasa takut tapi doa tak putus. Lori besar pun berhenti dan beberapa buah kereta yang kelihatan parking di tepi2 jalan. Mak banyak kali pesan hati-hati. Apa lah boleh yang ku buat tika itu melainkan doa dan berharap abah cepat sampai. SDalam otak, aku merancang-rancang juga sekiranya ada orang pelik yang menghampiri..Selalunya di Temerloh atau melepasi Temerloh aku telefon abah cuma kekadang akan terlewat sebab tak nak abah tunggu lama di CALTEX. Pernah sekali aku telefon abah dan bas berhenti lama di hentian Gambang. Padahal abah dah lama sampai di Gambang. Alhamdulillah tiada apa yang berlaku melainkan selamat semua.
Perjalanan pendek
Pengalaman dalan bas untuk perjalanan yang panjang sememangnya pengalaman manis. Lepas ni entah bila lagi dapat aku lalui pengalaman macam ni. Perjalanan pendek2 yang pastinya juga ada pengalaman y ang menarik. Pernah dompetku tertinggal dan betapa baiknya hati konduktor perempuan ni memulangkan dompetku yang cuma ada RM10 dan kad pengenalan. Dan sekiranya naik bas itu lagi aku tak lupa untuk bertanya khabar dengan kakak konduktor. Masih ada insan2 yang mulia hati di tengah kemelut kerakusan manusia mengejar keuntungan. Sentiasalah berdoa untuk kebaikan diri dan orang lain. Sentiasalah yakin kepada Allah. Berbuat baik kepada sesiapa pun, Dan memohon maaf kepada Allah dan maafkan kesilapan orang lain kepada kita. Insya- Allah pertolongan Allah ada di mana-mana…
Uniknya manusia dikurnia pelbagai rasa. Dam bila tiba satu masa, segala perasaan itu hilang sebaliknya diganti dengan satu perasaan iaitu rasa kosong. Dan saat itu sebenarnya mungkin hati kita telah jauh dari Pencipta hingga hati itu tidak lagi dikurniai Nikmat perasaan. Tika itu kembalilah dirimu kepada Allah dengan segera. Allah hu Robbi
Allah hu Robbi..
Hening malam ni Kau memberiaku ruang bersendiri
Dalam bumi yang sesak dgn keliru jiwa
Kau memberi segalanya
hingga aku leka yang lama
Hingga aku hilang segala rasa
Mujur sayangMU tidak bertepi
Terluahkan kekosongan di jiwa
Ku ungkapkan segala dalam rintihan penuh sebak
Sukar air mata ini mengalir lantaran hatiku yang telah kosong
Puas aku merayu
Tuhan, berikan kembali aku nikmat itu
Berikan kembali nikmat segala rasa itu
Agar aku rasa dekat denganMU
Puas aku memohon.
Sebak mencengkam namun jiwa keras membatu
Puas aku memaksa biar hati ini tunduk patuh pada MU
Memujuk untuk lembut
Puas aku merayu
Merayu kasihMU yang agung
Dan sungguh, Kau mengasihiku
Allah, diri yang hina
Yang penuh dosa
Layakkah aku menerima kasihMU
Terampunkah dosa2ku
Allah,ampunkan aku..Berikan aku bahagia bersamaMU..
Tiada sebarang cerita menarik sebenarnya, cuma blog ni perlu update kalau tak nanti berkubur tanpa nisan..em, pepagi tadi sarapan nasi lemak yang sedap dengan cekodok pisang yang best. Restoran Mariam and Daughter..hikhik.. Dan seawal pagi juga dari malamnya, hujan turun tapi tak berapa lebat. Cuaca sejuk2 nyaman dan aman..Tengahari lauk sardin. Kalau mak masak sardin memang tak jumpa macam kat mana2 kedai pun. Sebab mak masak sardin best..hehe..mestilah puji kan..hehe..Kalau aku yang masak, abah jadi kenal yang mak masak ke yang aku masak. Memang tak kena la dengan selera mak, sebab tu, kalau akak aku balik pun, mak mesti turun dapur gak masak. Akak aku tolong2 je..hehe..
Seawal pagi tadi jugak, abah, mak cik, dgn pak cik pergi ziarah orang meninggal. Masih saudara..Masa kita pula entah tak tahu bila dipanggil Yang Maha Esa.
Melihat beberapa profil rakan di facebook, terutama kawan yang sama menuntut di UUM. Masing-masing tengah kepeningan mencari kerja, yg akan berhadapan dengan interview dan ada juga yang terus menyambung pelajaran. Dan malam tadi, aku dapat berita baik dari sahabat ku. Bakal bergelar tunangan orang 25 dec ni insyaallah.. Dijemput aku hadir ke rumahnya di sungai besar, selangor dan aku sangat berbesar hati untuk pergi tapi ada halangan2 lain, ku balaskan "kalau aku tak pergi pun, doa aku sentiasa dengan engko"..Gembiranya, sukanya aku macam aku pulak nak tunang..hakhak..Alhamdulillah, boleh pulak dia cakap "Aku pun tak tau macam mana boleh awal." Alhamdulillah, mudah2an diredhai dan dalam lindunganNYA..amin..
Bila aku ingat kembali..masa sekolah menengah, aku tidak pasti bermula dari tingkatan berapa. Majalah Fokus merupakan satu majalah wajib yang aku beli setiap bulan. Kalu tidak dapat Fokus, Majalah Siswa akan kubeli. Majalah Dewan Masyarakat pula ketika ada tajuk yang menarik minatku. Tetapi seingatku Fokus adalah majalah yang memang menjadi koleksi aku. Memang banyak input, motivasi dan pastinya soalan2 untuk SPM tika itu. Tapi aku tidak pernah menjawabnya. Aku hanya membaca isi kandungannya sahaja.
Setelah tamat tingkatan 5 aku mencari majalah yang sesuai untuk aku. Jadi aku mula melihat majalah DARA dan Nur yang ku fikir mungkin sesuai tapi dek harganya yang agak mahal aku jarang membelinya melainkan betul2 tengah ada duit lebih. Tambahan pula mengingatkan tiada banyak pengisian sebaliknya cuma fesyen yang memang cantik tapi tak sesuai ku fikirkan.. Jadinya, aku tidak lagi membeli majalah itu. Hingga akhirnya, aku terjumpa dengan Millenia dan Solusi. Tetapi Solusi lebih memberi tarikan kepadaku. Dan kini, majalah itu menjadi koleksi dan perkongsian aku dan sepupuku. Kami berkongsi. Memang ada rungutan pada harganya tapi ku kira berbaloi dengan kualiti kertas, warna dan pastinya isinya yang sangat sangat berguna.
Baru-baru ni aku ke MPK atas urusan yang belum selesai dan kemudian dapat hadiah buku yg istimewa=)..Himpunan Hadis Modal Insan..saiz yang kecil sesuai untuk bawak kat mana2 dengan muka buku yang menarik pastinya menarik minat nak baca dan yang pasti kandungannya sesuai sangat..
membaca buku, membaca dunia..
Teringat iklan pasal budaya baru2 ni tentang seorang pelajar yang masuk ke perpustakaan dengan bergayut kat telefon hhingga mengganggu pelajar dalam perpustakaan, at the last, boleh tanya pulak kat petugas kaunter pasal buku adab dan sopan..memang nak cari penyakit orang tu kan? mau tak geram..sesetengah perkara memang tak boleh dapat daripada buku. Dalam buku memang ada diajar tapi didikan melalui pengamalan yang berkesan dalam hidup seseorang..uniknya manusia ni..sangat unik..dengan akalnya, penciptaan anggota badan yang sempurna dengan fungsi2nya. Maha Suci Allah yang menciptakan manusia dengan sebaik2 kejadian..Alhamdulillah:)