Alhamdulillah..
Semoga saat kita dilimpahi segala senng, kita tidak lupa syukur kepada Tuhan yang meminjamkan seglanya yang kita ada saat ini..
Semoga saat kita dirundung sedih dan rasa susah, Allah tak tinggalkan kita sendirian ..
Bakal Jenazah?
Kitalah..
bukan sesiapa tetapi kita..
Mari mencorakkan cara kita bertemu Allah Yang Maha Agung..
Jika dulu, ada dosa terlepas buat,
Segera mohon taubat sebelum nafas di kerongkong tersekat..
Pengampunan Allah yang sangat luas..
Di bulan kemuliaan ini..
Tambahkan pahala..
Topup pahala,
Semoga kita dalam perlindungan
Dalam rahmat
Dalam kasih sayang
juga dalam keampunan Allah S.W.T
Amin ya robbal alamin
Allah berfiman "Oleh itu, bukankah ada baiknya mereka mengembara di bumi supaya dengan melihat kesan-kesan tersebut, mereka menjadi orang yang ada hati, yang dengannya mereka dapat memahami atau ada telinga yang dengannya dapat mendengar? (Tetapi kalaulah, mereka mengembara pun tidak juga berguna) kerana keadaan yang sebenarnya bukanlah mata kepala yang buta, tetapi yang buta itu ialah mata hati yang ada di dalam dada.. Surah Al-Hajj:46
Wednesday, July 25, 2012
Monday, July 23, 2012
Hadiah tadarus Ramadhan
ALHAMDULILLAH... Semalam selesai tadarus selepas Zohor Di SMK Seri Jengka. Insya-allah, akan diteruskan sehingga akhir Ramadhan..
Masa praktikal kat MPK, Kuantan, alhamdulillah, sempat jugak ikut tadarus staf perempuan di surau MPK. Seronok gak dapat bertadarus dengan majoritinya yang lebih berusia.. hehehe.. Rasa sangat muda.. ececeh. bukan sebab itu. tapi, mereka sebagai yang lebih berusia pastinya lebih banyak pengalaman. Perlu hormati yang lebih berusia dan menyayangi mereka yang baru nak mulakan langkah dalam hidup.
Hingga habis ramadhan dan praktikal di MPK, kemudiannya, Kak Timah, salah seorang staf unit aku ditempatkan menjalani praktikal menelefon. Katanya, ada hadiah, macam saguhati untuk yang bertadarus.. sungguh, tak sangka nih.. hehehehehe. Bertadarus dapat hadiah. Iyerlah, kita pergi bukan berniat untuk apa-apa. Cuma dengan niat yang sememangnya nak bertadarus, time bulan puasa nilah nak gandakan amal. Sambil isi masa, betulkan bacaan, sambil nak didik diri. Moga-moga bila bulan tak puasa nanti pun rajin jugak nak mengaji lepas solat..Tetiber, dapat saguhati pulak..
Dan dengan izin Allah, aku dan sahabat ke MPK.. sambil buat lawatan kerinduan..hehehe.. Then..hehehehe....jeng jeng jeng
Inilah hadiahnya!!!!!!!!!!!!!!
Sangat teruja.. heheehhe.. buku dah la cantik, kemas, kulit keras.mesti mahal.. hehehe.. yang penting isi dan tajuknya.. ada pulak hadis yang sangat terkena batang hidung sebab belum bekerja sedangkan setiap manusia tak dijadikan sia-sia dan bukan tanam anggur. Masa tu aku masih tidak bekerja.. huhuhu
Alhamdulillah.. buku ni sangat sesuai untuk para syabab, dan sesuai jugak kalau dapat dijadikan rujukan tugasan dan dah tentunya untuk kehidupan harian insya-allah..
Saturday, July 21, 2012
Ramadhan di Taska
Berdamai dengan Kenangan
Itu antara salah satu cara untuk meraih kebahagiaan.
Kenangan lalu bukan semua indah Pastinya ada kepahitan dan warna suram dalam calitan warna kain kehidupan... tetapi itulah kehidupan..
bukan semua yang kita jumpa pada awalnya kita suka terus kita suka. Terkadang ia bertukar tidak suka. Dan terdapat juga yang mulanya kita benci akhirnya jadi jatuh cinta dan suka.
Dan bagaimana pada hujung Mac 2011, aku tanpa fikir panjang terima tawaran kerja taska.. aik terima tawaran? macam best jer kan kerja ni.. macam orang spesyel jer boleh dapat.. hahaha...
alhamdulillah..
Allah tahu kenapa aku perlu di sana untuk hampir setahun..
sesungguhnya, kerenah mereka memang terkadang bikin hati geram dan aku terkadang bukan jadi aku.. tetapi kerenah mereka juga mencuit hati..
Ok, sekarang bulan ramadhan.. mengadap ketibaan ramadhan masa kerja kat taska. Tak terbayang, macam mana letihnya dan laparnya serta dahaga dah tentu.. kalau bulan tak puasa, selalu jer lapar, nak makan, g dapur. bergilir-gilir.. tetapi bila ramadhan, dah tentu tak boleh. Terbayang macam mana nak hadapi.. tetapi..
Bila masa itu tiba..
Allahu robbi....
keajaiban menjaga anak-anak kecil
Sungguh, sedar tak sedar, mak ayah diaorang datang nak ambik anak-anak..
Eh,cepatnya masa berlalu.. tak rasa lapar macam sebelum ramadhan..
Lepas tu saat suap budak-budak sarapan, makan tengahari, makan petang..Allah..macam mana boleh kugambarkan perasaan ini.. tak rasa lapar sebaliknya kenyang dan gembira tengok diaorang makan..
tak lapar..alhamdulillah.keberkatan di bulan ramadhan.. selalunya sebelum atau selepas suap budak-budak makan, kitaorang akan makan bergilir.. tapi alhamdulillah.. bukan hanya sebab "yer, kami berpuasa, maka kami menahan lapar dahaga." tetapi serasa kenyang itu ada...
Rezeki ramadhan lagi dan aku yakin di mana-mana taska ada ibu bapa menghulur sebungkus dua kuih muih. Alhamdulillah.. rezeki di bulan ramadhan.. Pasti ada untuk sesiapa sahaja..
Friday, July 20, 2012
barokah menyambut ramadhan
Salam Ramadhan 1433 Hijrah. Ada di antara kita dah pergi bertemu Illahi. Teringat ayah saudara yang cukup penyayang itu. Kali ini, puasa dan syawal tanpa arwah, pastinya mengundang hiba. Tetapi sesungguhnya, Allah sayang arwah. Dan kami meneruskan hidup.. dan masa-masa yang berbaki, terkadang, kita leka.. bukan kita, saya yang terutamanya..sangat leka.. bila ada ujian, lemahnya saya hingga tak mampu nak ingatkan diri sendiri, apatah lagi orang lain.. bila datang senang, terkadang lupa diri..allahu robbbi, ampuni dosa hamba hina ini...
ku ingin sebarkan rasa cinta dan bahagia..
hiduplah dengan memberi dan bukan hanya tahu menerima..
aku cuba ingin amalkan dua prinsip hidup idola muslim ini. dari Ukhti Fatimah Syarha dan Ustaz Hasrizal.. kisah hidup dari travelog tarbiyyah ustaz betapa sangat hebat..dan tarbiyyah ukhti Fatimah Syarha sangat tulus ikhlas lillahi ta'ala..
Barokah hari jumaat kelihatan lagi.. ada keajaiban saat hati susah pagi tadi.Tapi ALLAH beri keajaiban indah itu. Sungguh sangat bersyukur pada Allah.. hati ini milik Allah, Allah tahu segala yang terdetik dalam hati ini. Allah tahu bagaimana dan di tahap mana kekuatan hati ini.. alhamdulillah.. terima kasih Allah.. tak mampu aku himpunkan kata syukur dengan segala apa.. tetapi sesungguhnya, segala puja puji untukMU ALLAH.. aku cuma peminjam dan pemegang amanahMU.. aku mohon lagi padaMU agar segalanya ini tidak melalaikan..
Sahabat memberi khabar pernikahannya..alhamdulillah..syukur pada Allah.. ku doakan majlisnya berjalan lancar dan dirahmati.. ku doakan kebahagiaan, rahmat dan keampunan untuk keduanya serta keluarganya di dunia dan akhirat..amin....
Untuk mak abah.. Allah, aku tidak mampu membalas walau setitik peluh pun jasa mak abah .. doa yang termampu.. segala apa yang aku buat untuk mak abah bukan lah untuk membalas jasa mak abah, tapi ia satu kewajipan sebagai anak.. bagaimana dapat balas jasa mak abah yang begitu banyakkkkkkkkkkkk sangatttttt.?? buatlah apa pun, jasa itu tak kan terbalas. cuma hanya satu..doa'.. doa' dan ingatan kepada keduanya...( doa dan ingatan ini pun masih termasuk dalam kewajipan sebenarnya..)dan aku mohon, allah mudahkan jalan ini.. jika semuanya ku minta dipermudahkan bagaimana mahu mujahadah?
Allah tahu kemampuan hambaNYA.. aku mohon Allah mudahkan jalan ini.. Allah berikan kita kehidupan yang dirahmati di dunia dan akhirat dan pengakhiran hidup yang baik..semoga kita bertemu di syurga... aminnnn...
Thursday, July 19, 2012
sesungguhnya, saya ini sangat lemah dalam menghadapi ujian.. Ustaz Hasrizal dalam bukunya, Di Hamparan Shamrock, katanya yang dia tak memilih bentuk ujian, tetapi kuatkan hatinya dalam menghadapi ujian.. membaca ayat ini, aku ter... terkesima,terkedu,terdiam, segala macam rasa..aku sangat kecil dan sangat lemah.. betapa aku masih memilih bentuk ujian sebab serasanya aku tak mampu nak hadapi ujian yang begitu begitu, begini begini. Walhal sebenarnya Allah tahu yang mana aku mampu dan yang mana aku tidak...
Mula membuka dan mencari kata penguat diri yang terkadang terlupa sangat..membuka kitab cinta dari Tuhan..segalanya ada tertulis.. ayat2 cinta dan kalimah rindu, kalimah penguat semangat..segalanya ada.. tapi aku lupa...
Subscribe to:
Posts (Atom)