Sesekali, semangat datang, pastu kang merundum-rundum jatuhnya..Karang naik balik, turun naik,
sedang-sedang.. nak istiqomah tu punyalah susah.. kata kat mak pasal ada cara nak hafaz qur'an ikut kiraan hari dan helaian muka surat al-qur'an.. (jumpa kat fb). Dan adik pun kata. "Nak jaga hafazan tu yang susah." "Betul" Laju jer aku betulkan. Betul. rasanya tak susah nak hafaz qur'an. Betul. Memang bukan sekali baca terus dapat, tetapi mejaga hafazan itu rasanya lebih susah berbanding menghafaz. Menjaga penerusan hafazan, jika tak betul-betul. Apa yang dihafaz kembali lupa.
Seronok sebenarnya bila dapat hafaz qur'an. Lagi seronok dapat tahu maknanya. Sangatlah unik
ayat-ayat Allah ni. Sangat. Dalam peringatan Allah, ada kelembutan Allah. Betapa Allah Maha Penyayang, Pengampun. Allah nak sedarkan diri kita bahawa kita bukan apa-apa tanpaNYA. Dicipta laut, gunung-ganang, langit tinggi tanpa tiang. Dicipta untuk kita renung dan fikir kembali siapa yang cipta semua ni? Siapa yang sebenarnya pemilik semua ni? Kalau Allah nak runtuhkan, tak payah tunggu mata kita berkelip. Runtuh hilang semua. Tapi rahmat Allah tu sangat luas. Kasih sayangNYA mendahului kemurkaanNYA. Allahu robbi. Betapa agungNYA ALLAH.
Kita sebenarnya bukan tak tahu, tapi terkadang kita terlupa. Nak pulak, bila datang nikmat atau ujian daripada Allah, lagilah mudah kita terlupa. Bila kita dalam keadaan selesa, sepatutnya, kita mengingati Allah yang berikan keselesaan disertai ketenangan. Kadang rasa selesa tapi tak tenang. Nilai sebuah ketenangan dan kebahagiaan itu hanya Allah yang tahu. Sesiapa pun yang merasainya pun tak dapat nak ungkap macam mana rasa bahagia bila bahagia itu datang dari Allah.
Sesungguhnya, tak dapat diungkap melainkan kata-kata pujian dan kesyukuran kepada Allah. Tetapi, insan begini selalunya berusaha memberi kebahagian yang dia rasa pada orang lain. Kerana dia tahu rasa bahagia itu sungguuuuuhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh..Allah.. ia tak dapat digambarkan.. Makanya, mereka berkongsi, dan ingin berkongsi bagaimana mereka mendapat kebahagiaan itu. Kerana itu adanya para hamba yang lebih tinggi ilmu agamanya, lebih baik akhlaknya tak jemu beri kita ilmu.. Para ustaz, ustazah di kaca tv dan di mana sahaja, para motivator, para pendakwah. Tak kenal erti lelah dengan keadaan umat yang sebenarnya sangat parah hari ini.
Kita nak melihat sesebuah tamadun akan datang dengan melihat bagaimana generasi hari ini hidup. Jika kita buka mata dan melihat, kita akan geleng-geleng kepala. Aku cuma dapat melihat segelintir yang kecil, tetapi aku percaya sesungguhnya, lebih besar lagi di sana yang tak dapat aku nampak...
Dan bila ada pemuda pemudi yang bangkit dengan semangat islami, aku sesungguhnya sangat bersyukur bila ada golongan ini. Dan untuk aku sendiri.. aku harap aku pun dapat sertai golongan ini sebelum aku terlambat.. aku sangat sangat berharap.. dan aku ingin aku sendiri berusaha ke arah itu. Sebab, cakap sahaja tanpa ada tindakan, aku tahu itu tiada apa-apa..