Mendengar kalimah bait lagu Pesona Cinta by Hijjaz..sememangnya mendidik jiwa.menyedari hakikat cinta kepada Allah..jangan terpesona dengan cinta dunia semata, cinta manusia yang kekadang membuat manusia celik menjadi buta..
Lagu Anak Soleh by UNIC pun boleh tahan liriknya yang memang aku minat dari dulu..bukan mudah kan menjadi seorang anak. Tambahan bila ibu bapa semakin berusia dan anak yang kecil mula meningkat remaja dan dewasa. Keinginan dan perasaan seorang remaja yang kekadang bertentangan dengan kehendak ibu bapa. Kekadang terlintas sendiri yang tak nak kongkong anak sepertimana ibu bapa sndiri, biar dia buat pilihan sendiri, tetapi sebagai ibu bapa kelak, boleh kah? Pasti terdetik sesuatu yang terbaik buat seorang anak..atau mungkin biar si anak lakukan sesuatu sehingga dia nampak hasilnya, sekurang-kurangnya dia akan puas setelah berusaha dengan kehendaknya..Jujurnya berada di rumah, menguji keinginan untuk menjadi anak yang soleh. Ku rasa lebih mudah berada di kejauhan kerana, perasaan rindu akan mengundang untuk berbakti dan menjaga diri dan nama mereka. Bila di sini, hehehehe… segalanya perlu kuingatkan diri sendiri.. bukan mudah.. bukan mudah… berusahalah!!!!
Insan bernama Kekasih by UNIC jugak..lagu ni agak kejiwangan dan menjadi nyanyian satu ketika dahulu bila UNIC mula tampil sebagai kumpulan nasyid remaja..malahan lagu-lagunya ada unsur kecintaan dan ada juga pihak yang tidak setuju apabila nasyid diselitkan unsur percintaan..sebagai manusia, kita tak kan terlepas dari rasa itu tetapi bagaimana kita mengawalnya..em, boleh kawal ke? Boleh..mestinya boleh..jadikan agama sebagai tunjang segala..
Bisikan Nurani by Inteam plak..kalau ikut pada video klipnya, seorang isteri yang menunggu kepulangan seorang suami dari kerja dan kemudian keluarga mertua (yg aku faham dari video klip ni) datang ke rumah. Si isteri melayan mertua dengan baik dan si anak..em, lagu ni rupanya lebih kepada luahan seorang kesyukuran seorang suami dikurnia isteri yang cukup 4 syarat yang dikatakan seperti hadis Rasulullah.
Diriwayatkan daripada Abu Hurairah, beliau berkata: Rasulullah bersabda yang bermaksud: "Wanita dinikahi kerana empat perkara: hartanya, kedudukannya atau keturunannya, kecantikannya dan agamanya. Maka, pilihlah yang baik agamanya nescaya engkau beruntung".
Sendu sendawa by Mestica pula tentang konsep kejiranan..ha, jarang jumpa lagu macam ni. Dan ini lah yang uniknya bila ada lagu peringatan yang berbeza daripada biasa..hehe..nak plak dengan masyarakat yang sibuk dewasa ini..hehe..tak tahu jiran ni sendu ke sendawa..lebih kurang je macam sebutan dia tapi maksud dia berbeda sekali kan??kekadang jiran sebelah tak tahu entah sihat ke tak? Ada kat rumah ke tak? Kekadang ada pula yang terlebih jaga tepi kain sehingga terjadi fitnah..hormat jiran kita itu yang penting..bila dah duduk kat rumah ini, bila ada jemputan kahwin macam tak patut bila tak pergi dan bila dah sampai kat majlisnya, ha tu dia.."Siapa mak yang borak dengan mak tadi?" "Tu la Kola. Tak kenal?" "La yang tu ke? N ingat yang kurus-kurus tu." Tu dia..baru kenal orang..huhu…
Dan banyak lagi lagu lain dalam koleksi aku ni..tapi banyak nasyid la..yg tak nasyid ada gak tapi yang tu kena proses penapisan dulu..huhu…