Monday, August 29, 2011

Syawal ini

Anak bulan Syawal
Ramadhan berlalu
Hati-hati yang sedih
Itu juga hati yang gembira
Penuh rahmat dan hikmah
Setiapnya ada ujian

Takbir memuji betapa Allah itu agung
Jangan ada yang menyangkal
Termaktub jelas dalam Al-Furqan
"Katakanlah, Allah itu satu"

Sujud hanya pada DIA
Patuh atas segala arahan dan larangan
Ada langkah yang tersilap
Ada mata yang terlena
Dalam buaian angan yang panjang
Dan tatkala DIA memanggil kembali
Pintu hati yang suci jangan pernah ditutup
Untuk menerima kasihNYA
kerana kalian insan yang terpilih

Ramadhan yang lepas
Syawal yang tiba
Akan ada lagi perjalanan
Tanggungjawab tergalas tak pernah terlepas
Ayuh, sama bangkit, sama membantu...
Islam itu indah. Islam itu benar, islam itu selamat

Monday, August 15, 2011

Salam Nuzul Qur'an

Yahoooo!!!!!!!!!!!!! esok cuti. Gembiranya bukan kepalang..

Cuti sempena Nuzul Qur'an. Hari besar bagi umat islam kerana pada hari itu iaitu 17 Ramadhan ini, wahyu pertama diturunkan. Dan bermula pada hari itu sehingga hari-hari seterusnya kerasulan Nabi Muhammad S.A.W, wahyu daripada Allah diturunkan kepada baginda S.A.W melalui malaikat Jibrail.

Jika difikirkan sejenak, seketika dan sesaat, betapa peristiwa itu adalah satu peristiwa besar. Al-qur'an sebagai mukjizat terbesar Nabi Muhammad S.A.W itu wujud sehingga kini. Sedangkan dah beribu tahun baginda meninggalkan kita. Betapa hebatnya Allah, Maha Suci Allah yang memberikan Al-Qur'an sebagai panduan hidup manusia. Segala yang terkandung dalam Al-Qur'an itu benar belaka dan lebih takjub lagi, no one can copy the word.. the word. Kalau many words lagi la tak boleh. Susunan ayatnya sangat indah kalau kita benar hayati, keindahan itu akan dapat diperoleh.

Pernah juga aku dengar ceramah mengenai keindahan Al-Qur'an ini juga apabila susunan ayat iaitu tatabahasanya(Nahu) juga sangat unik, sempurna, lengkap dan menarik. No wonder ia daripada Allah kerana Allah itu sangat hebat, sangat berkuasa, DIA yang mencipta. Dan bukannya Al-Qur'an itu ditulis sendiri Nabi Muhammad tetapi Allah yang Satu.

Jadinya, dah alang-alang bercuti hari esok, mudah2an dapat kita sama-sama mencari, menghayati sejarahnya seterusnya membaca dan beramal dengan Al-Qur'an

Sunday, August 7, 2011

Bimbinglah

Hari ni hamba tak menjejak ke mana-mana. Ikut perancangan, pergi hantar adik ke stesen bas kuantan yang dekat dengan stadium tu (untuk makluman semua). Tapi, dek kelambatan aku bersiap, maka aku ditinggalkan. Dah elok-elok ku gosok baju t-shirt labuh ungu, tudung ungu.

Bila pakai........

alamak, awat kecik lak baju ni. Aku test masa beli dengan adik aku hari tu elok je. Ni kecik plak. Nak pakai baju ape ni? Tudung hitam dah tak bawak balik. Yang ada, t-shirt coklat. Blaus labuh coklat. Mana ada tudung. Tudung kena gosok dulu. Aku salin t-shirt coklat. Mak dah bising-bising dah suruh cepat. Abah dah start enjin kereta. Mak kata abah tunggu kat depan. Kalut jgn cakap lah. Bapak aku kalau nak keluar time tu la jugak baru cakap. Kalau tak cakap pun, pandai2 sendiri la faham dia nak pergi pukul berapa. Bersiap je la. Tengah2 gosok tudung, aku dah agak memang tak sempat ni. "N nak pergi tak?" Soal seorang emak dengan penuh prihatin a.k.a agak mendesak.. (huhuhu). Aku pandang ke luar dari meja iron. "Pergi je lah." Maksudnya, aku tak pergi. Then, enjin kereta saga bapak ku pun terus berlalu....

Aku?

Aku terus je gosok tudung tu (cover segan dengan seterika yang dah panas) dan terduduk depan tv. Jadinya, hamba memang tak jejak ke mana-mana.

Ok, this topic actually:

Dah masuk seminggu kita berpuasa, masih sempat nak perbaiki mana yang tak baik.
Masih sempat nak mulakan kebaikan bagi yang belum mula.
Masih sempat untuk lakukan segala amal selagi udara dapat dihirup. Bulan Ramadhan ini lah juga permulaan bagi yang mahu berubah untuk kebaikan. Mungkin bagi sang perokok yang betul tekad mahu tinggalkan tabiat tidak handsome dan tidak comel itu, ini lah masanya. Berubah dengan perlahan.

Bagi yang agak mendedahkan kulit pada sang matahari dan pada si jejaka bermata bukan muhrim, inilah juga masanya, mula berjinak-jinak dengan kedai kain yang berlambak-lambak.

Bagi yang penuh rasa kehitaman dalam hati, inilah juga masanya, kita bersihkan dengan sabun puasa. Insya-allah, andai ada sedikit niat di hati yang penuh ikhlas, Allah akan tolong kita. Betul. Perubahan itu bukan mudah.

Kalau tengok para perempuan bertudung labuh, bertutup sopan, hati otomatik jadi sejuk. Berbanding melihat para wanita yang terdedah situ sini, hati akan cepat mahu menghukum. Dan jangan tidak percaya (percayalah). Dalam hati seorang wanita yang terdedah sana-sini tu pun mengakui keayuan dan kesopan si bertutup litup. Dia pun ada terdetik mahu begitu mungkin tetapi.. tetapi.. di hatinya juga, di fikirannya juga, macam-macam yang difikirkan hingga mungkin membantutkan perubahan ke arah kebaikan itu.


Sekiranya, ada manusia2 baik yang terjumpa, terberkenalan dengan insan-insan yang mahu berubah ke arah kebaikan, bimbingilah dia sehingga sehabis baik yang mungkin (Ini pesanan untuk ko jugak N tau. Ko ada amanat yang ko tak buat lagi)

Jangan cemuh, hina dan keji. Tetapi bimbinglah dengan penuh sabar dan hikmah. Dan pohonan doa' agar Allah membantu kita.

Barokallahu a'laikum...

Thursday, August 4, 2011

Cabaran ustaz dan ustazah

Berita pelajar ditoreh guru semalam pastinya akan mengingatkan masyarakat pada pelbagai berita lain yang mengaitkan para ustaz dan ustazah yang terlibat dalam kes penderaan anak murid. Sekali lagi persoalan keimanan para ustaz dan ustazah dipersoalkan.

Di Malaysia, Ustaz dan ustazah adalah seorang guru yang mengajar subjek keagamaan. Seorang guru yang mengajar Bahasa Inggeris dipanggil Teacher atau Sir dan seorang guru yang mengajar bahasa melayu, matematik, geografi dan yang sewaktu dengannya dipanggil cikgu. Di negara arab ustaz atau ustazah merujuk kepada maksud guru tanpa mengira subjek apa pun.

Jadinya, bila ada kes anak murid didera para ustaz atau ustazah yang telah pasti dilihat sebagai seorang yang mendalami malahan mengajar pula ilmu agama, tak sikit banyak, imej ustaz dan ustazah yang baik baik juga tercalar. Moga kalian bersabar mendidik, kalian sabar menerima teguran dan kritikan atau mungkin cemuhan dan hinaan. Peribahasa kerana nila setitik habis susu sebelanga mungkin sesuai tetapi, teruslah mendidik anak-anak ini dengan penuh kesabaran.

Apa jua ceritanya, ada hikmah untuk para ustaz dan ustazah membina sebuah generasi yang baik akhlak sahsiahnya serta cemerlang ilmunya insya-allah..

Monday, August 1, 2011

1 Ramadhan di taska

Alhamdulillah. Kelancaran line internet ni sedikit sebanyak menambahkan semangat aku nak update ini blog. Keazaman bulan Ramadhan ni semakin bertambah dan aku harap biarlah ianya ikhlas dan bukan kerana apa-apa.

Alhamdulillah, hari pertama puasa. Pada mulanya agak takut kerana bakal berhadapan dengan kerenah anak-anak. Dengan diri yang mungkin lapar, dahaga dan letih. Mungkin saja ter ter ter marah anak-anak tanpa sebab. Tapi alhamdulillah sangat-sangat. Itu tidak terjadi. Sebaliknya, hari ini berlalu dengan baik sekali.

Pada awal pagi, kawanku sampai agak lewat kerana ada hal. Jadinya aku sendiri menguruskan budak2. Pukul 8, dia sampai. Dan aku terus mandikan anak-anak riang yang tiba. Pukul 9, dia kena keluar ke bandar semula. Ada hal. Dan......

Seramai 11 org budak tadi, aku kena jaga... hehehe.. aku jadi ibu yang agak berjaya la kot sebab aku sempat tukarkan pampers mereka sebelum masuk tidur, buatkan susu yang hisap susu dan buatkan milo bagi yg dah agak besar itu, Serta menidurkan tiga orang bayi.. Di samping tiad apergaduhan besar serta tiada yang dihukum masuk bilik hukuman..hakhak.. Bukan nak bangga tau. Tak da niat untuk itu. Cuma aku rasa sangat lega. Pukul 11, taska sunyi. Semua baring dengan baiknya tanpa bising.

Lega sangat, Budak-budak memang dah agak mengantuk, tapi pukul 11 baru aku suruh masuk dalam bilik. Tak bagi diaorang bising bila dalam bilik kalau masuk awal sangat.

Alhamdulillah. Mudah-mudahan hari esok akan lebih baik dari hari ini..

Permata negara yang semakin cerdik. Moga dapat corakkan kain putih ini dengan warna yang ceria.

Ops, lupa nak bagitahu berita gembira:

Pak cik tu dah pasangkan pagar kat dalam taska. Em, sangat seronok...Terima kasih pakcik. Moga2 Allah murahkan rezeki pak cik dunia dan akhirat kerana membantu memudahkan kerja kami.. aminn