Mungkin, mungkin, mungkin
semasa ada yang membaca entri ni, ada yang merasa letih.
Atau mungkin,
ada yang tak merasa apa-apa...
Kerana
pada saat entri ini ditulis, penulis sedang merasa letih
otak merasa penat.
Penat dengan apa?
Mungkin kerana penat sebab tadi siang, berjalan ke bandar.
-Program yang dilakukan adalah untuk memberi kesedaran pada orang awam agar jangan mengikuti perhimpunan 'BERSIH' itu. (Sejauh mana BERSIHNYA???) Dan setelah melihat program yang dijalankan kami ke pasar tani berdekatan. Dan, sedang berjalan-jalan, hanya melihat. Tidak berniat untuk membeli kerana belum dapat gaji..huhuhuhu..Tiba-tiba aku nampak sekumpulan manusia dengan baju t-shirt kuning. Selepas disapa 'Selamat pagi' baru aku melihat ke arah bajunya yang tertulis 'Save Malaysia' 'Stop LYNAS'. Ok aku faham dan sikit kat situ.
Balik rumah taska, tengok berita pulak.
marah, geram, bengang semua yang sewaktu dengannya ada..huhuhu.
Sibuk nak demonstrasi jalanan. Aduhai, kalau ada orang tengah nak bersalin macam mana? Kalau ada yang sakit tenat? Kat jalan tu, beratus, ribu orang guna jalan nak ke sana-sini. Ada urusan macam-macam.
Memang diakui demonstrasi berguna dan memberi kesan untuk desakan sesuatu perkara. Mungkin mereka telah bosan dengan saluran yang betul tetapi hasilnya tetap sama. Tetapi, demonstrasi jalanan tu....aduhai... tolonglah buat tempat lain. Aku nak tersengih pun ada bila ada komen kat surat khabar dari orang awam. 'Bukan makin bersih, tapi makin bersepah'. Huhuhuhu..
Ada yang suruh buat dalam stadium, keliling 10 kali.
Aku masih hijau untuk cakap keterlaluan dalam isu ini (not really young, it's time), tapi sebagai orang muda, aku rasa sangat tak patut dengan demonstrasi jalanan yang mungkin akan menimbulkan kekecohan semata.
Betul, orang muda memang semangatnya membara. Nak pulak bila nampak kesalahan, kami hanya tahu untuk membetulkan. Dan kekadang kami bosan dengan perkara dan isu lama yang pusing-pusing macam tu jugak. Tapi kepada orang-orang muda, kita selamatkan negara kita. Sayang weh kat Malaysia ni. Ingat senang2 ke orang dulu-dulu nak perjuangkan kemerdekaan. Mengadap orang putih tu. Tok nenek moyang kita. Em, sayanglah pada Malaysia. Dan lagi untuk orang melayu, kita dah terlalu berpecah-belah. Kita ni islam. Islam tak suruh berpecah-belah, menghuru-harakan keadaan.
Saya mungkin tersilap, saya masih menjejak dan mencari. Sebarang pendapat, sangat dialukan.Kita berkongsi pendapat walau mungkin kita berbeza.
Allah berfiman "Oleh itu, bukankah ada baiknya mereka mengembara di bumi supaya dengan melihat kesan-kesan tersebut, mereka menjadi orang yang ada hati, yang dengannya mereka dapat memahami atau ada telinga yang dengannya dapat mendengar? (Tetapi kalaulah, mereka mengembara pun tidak juga berguna) kerana keadaan yang sebenarnya bukanlah mata kepala yang buta, tetapi yang buta itu ialah mata hati yang ada di dalam dada.. Surah Al-Hajj:46
Sunday, June 26, 2011
Friday, June 24, 2011
Kejayaan mereka
Merasa gembira bila kita berjumpa dengan sesuatu yang betul kita ingin lakukan dan dapat lakukannya dengan penuh komitmen dan berjaya. Memang bukan sekali percubaan akan terus berjaya. Ada.
Tapi, andai tidak pada kali pertama, mungkin pada percubaan kedua dan ketiga pula. Siapa tahu?
Kadang-kadang tergagal dalam perancangan atau terkadang gagal dalam merancang? Di mana kedudukan diri? Bolehkan mengambil semua yang ada di depan mata, akhirnya, semuanya terbengkalai usang? Atau hanya satu tetapi berterusan?
Sebaiknya biarlah satu daripada terlepas semua. Tetapi hati begitu teruja dengan yang lain.
Biarlah satu dan jangan tamak. Akan ada peluang itu.
Setiap pilihan, akan ada jalan-jalan untuk terus ke hadapan. Begitu dan begini, pasti ada caranya. Mungkin cara A lebih senang, mungkin jalan B lebih susah.
Tapi kan dalam tiap susah itu ada senangnya. Dan bukan setiap perkara itu dapat dimiliki dengan mudah. Kita melihat kejayaan mereka dengan wajah insan-insan berjaya yang ceria dan penuh syukur. Terdetik 'Ah, begitu mudah'. Tapi ada kita tahu mudahnya bagaimana? Padahal sebenarnya, adakalanya, mereka juga pernah dipersimpangan seperti kita.
Sentiasa sematkan pada diri

DALAM TIAP KESUSAHAN YANG ALLAH BERIKAN ADA KEMUDAHANNYA. YAKINLAH AKAN PERTOLONGAN YANG MAHA ESA
Thursday, June 23, 2011
Paper Quilling???
Alamak, kali pertama tengok gambar paper qulling dah terpikat..cam ne nih? mcm nak g jek bengkel tu..alamak ai..boleh ke ni???huhu..tapi sangat teruja nak buat..sangat cantik..saya suka..nak pulak main dengan kertas warna warni dan gam..dah lama berangan nak selamatkan kertas2 yang banyak kat rumah tu..akhirnya, ada jalannya...huhuhu..nak buat kraf sendiri tak pandai..bila tengok yang paper quilling macam sangat berminat..huhuhu..
Mesti masing-masing dah tahu pasal menatang yang cantek dan kreatif ni...aku je yang terlepas info semasa ni..huhuhu..siap ada kat WHI..aku tak tau itu..huhuhu..Dari kertas2 yang digulung dan disusun2 boleh jadi satu bentuk yang unik, cantik dan comel. Sangat sesuai untuk saguhati pada kawan-kawan kan...
Seronoknya mengadap benda yang kreatif ni sebab kita hilang tension layan benda2 kreatif ni..nak plak dah penat buat macam2 kerja yang serius..tengok benda2 cantik comel ni, wah, satu kepuasan..
Masa balik rumah baru ni pun, Along mintak tolong buat bakul rotan. Sebab atas dasar minat dan aku juga pernah buat daripada surat khabar, aku dapat belajar dengan agak cepatlah jugak even ada tersalah, tapi best.. Dapat pula jemputan bengkel paper quilling dari member kat facebook..wah, sangat teruja nak pegi..
Tengoklah nanti...hehehehe
(Segala ejaan 'pasar' di atas, adalah tidak layak uuntuk digunakan dalam urusan rasmi-harap maklum)

Wednesday, June 22, 2011
tarikh yang dah lepas
Tanggal 16 mei merupakan satu tarikh khas untuk menghargai jasa dan pengorbanan para pendidik seluruh malaysia.Sungguh, jasa guru tak ternilai hebatnya. Bayangkan, ada anak murid yang langsung tak kenal huruf, akhirnya boleh membaca dengan lancar. Malahan, akhirnya setelah bertahun-tahun menimba ilmu, dia menjadi seorang yang berjaya untuk agama, bangsa dan negaranya. Betapa hebatnya seorang guru dan dengan bersatunya guru-guru di sebuah sekolah, seorang murid mampu menjadi manusia yang unggul.
Dan, lupa tak lupa aku juga konon-kononnya jadi cikgu. Sebab kami, para pengasuh di taska dipanggil guru adalah agar, anak-anak hormat. Betapa tingginya nilai nama seorang cikgu itu. "Kat taska ni dulu ada yang panggil ibu, mama, umi. tapi budak-budak tak takut. Bila tukar pada cikgu barulah takut sikit" Begitu ceritanya. Takut tu bukan bermaksud apa-apa sebaliknya, anak-anak jadi lebih hormat dan patuh pada arahan. Lebih mudah dikawal.
Tanpa disangka, ada beberapa anak murid mengaji yang bagi hadiah. Sangat terkejut sebab aku tak harap langsung, tak sangka langsung. Hadiah2 tu buatkan aku lebih sedar tanggungjawab aku. Walaupun hanya cikgu mengaji taska. Serasa, bukanlah besar sangat jasa, tetapi bila mak kata begitu begitu, begini begini, aku kena terima juga. Mungkin aku terlalu merasa tak layak dengan panggilan cikgu atau apa aku pun tak pasti. Cuma, aku rasa aku juga belajar seperti mereka. (memangya kita sentiasa belajar, ok)
Mudah2an, kita sama2 dapat lakukan dengan sebaik yang mungkin. Ku mohon agar diberi kemudahan dalam kesusahn yang ada.

Buat Guru2:
>>>Sekolah Kebangsaan Paya Bungor,
>>>Sekolah Menengah Agama Maran,
>>>Sekolah Tinggi Agama Sultan Abu Bakar, Pekan,
>>>Universiti Utara Malaysia dan semua guru di Malaysia..
>>>Sekolah Kebangsaan Paya Bungor,
>>>Sekolah Menengah Agama Maran,
>>>Sekolah Tinggi Agama Sultan Abu Bakar, Pekan,
>>>Universiti Utara Malaysia dan semua guru di Malaysia..
Moga kehidupan kalian dalam lindungan dan barokah
Yang Maha Esa..Aminnnn
Yang Maha Esa..Aminnnn
Tuesday, June 21, 2011
Amanah
Baby ajmal yang comel sangat..sangat2 sayang kat dia..sayangnya, mak sedara dia nak jaga pulak..sempat duduk 3 bulan je. Mula jaga dari 6 bulan..banyak keletah dia dah jadi serasi dengan diriku ini,,huhuhu..
Sebetulnya bila kerja kat taska ni mak selalu cakap, "jaga anak orang elok2..amanah mak ayah dia..amanah bos..awak dah dibayar maksudnya awak sanggup jaga anak2 dia. Jaga elok2".. banyak lagi ingatan mak. Dan bila aku terasa malas, letih, mesti aku teringat kata2 mak tu. Aku cuba buat yang terbaik tapi aku juga baru belajar..Malahan, pengalaman jaga baby langsung kosong..tak da adik kecik, anak sedara pun kalau umur 2,3 tahun tu kira dah besarlah..yang baru beberapa bulan lahir, baru beberapa bulan melihat dunia...huhuuhu...
meh, nak cerita jaga baby yang baru 5 bulan ni (baby baru masuk)..menguji kesabaran yang sangat2 nipis..memang sungguh aku tak sabar,baru tahu kesabaran aku rupanya..jadinya, kalau lepas ni ada orang tanya aku ni penyabar ke tak, aku boleh mengaku la tahap kesabaran aku ni macam mana..hehehe... sampai terasa nak berhenti la tu gak..sampaikan aku persoalkan kembali keikhlasan aku..kata penyelia aku..kalau kita ikhlas jaga budak, semua kerja akan jadi senang,,dan memang aku menilik diri kembali..mencari kembali segala kesilapan dan cuba menenangkan diri...
Tips pada penjaga yang nak hantar anak-anak ke taska:
1)Pastikan anak-anak dalam keadaan kemas walaupun tidak dimandikan..
-Kemas mean tukar lampin bayi pakai buang..nak pulak kalau dah berkilo-kilo najisnya..sampai dah terkena seluar..(tak kesian kot kat anak yang dah dari malam tadi pakai, sampai pagi, duk usung najis..)
Satu tips je aku bagi sebab aku pun tak berani nak cakap banyak, sebab aku pun belum bekerja dan belum berumahtangga dan punya anak..mungkin aku tak faham kesibukan ibu bapa bekerja yang punya anak, yang punya kerjaya sibuk sentiasa..memang, ibu bapa dah serahkan tugas pada kami para pengasuh, tetapi, kesian bila datang pagi-pagi, tengok ada yang dah basah seluar anak tu..Kami, para pengasuh memang akan mandikan tiap pagi kalau tak mandi lagi...
Tapi sebagai ibu dan bapa..memang aku akui juga, ada perkara yang ibu bapa tak perasan sebaliknya pengasuh yang lebih tahu.memangnya wajar sebab masa bersama pengasuh lebih lama...dan tanggungjawab di bahu pengasuh sangat berat..
-Mudah2an tiap kerja yang dilakukan diberi kemudahan dan keikhlasan kerana Allah
=Comel je muka budak2 ni..ada lagi tapi tak dapat upload semua...muka kanak2 yang suci..kenapa ada yang sanggup buang baby???huhuhuhu...
Sunday, June 19, 2011
kembali
Wah..alhamdulillah..akhirnya....setelah puas menggodek2 sebab dh lama sangat tak bukak blog sampai dah lupa pasword..kena ikut semua instructions nak dapatkan smula blog ni...huhuhu...
memang dah naik segala rumput..semak, bersawang, berhabuk..tak kisahlah..apa-pun, just hope that i can conteng-conteng lagi kat blog ni..jejak pena hamba..sangat aku rindu,,dek keterbatasan segala..manusia memang suka pada alasan..past is past..just go on for a new phase...
Meh, nak kongsi sikit je hari ini..untuk warm up sikit..hehehehe
setiap orang akan berhadapan dengan pelbagai perkara yang berbeza, pengalaman yang juga berbeza, senang dan susah yang juga mungkin berbeza..cuma, adakalanya sama..tapi jangan pernah sekali terlintas bahawa Tuhan itu tidak adil..kita sahaja yang merasakan kita sangat susah, padahal ada yang lebih susah..dan perbezaan itu menjadikan kita semua unik..kita semua saling melengkapi, kita semua saling berkongsi..perbezaan bukan untuk dijadikan perbalahan sebaliknya mencari persefahaman..(adeh, terlupa apa kata dr masyitah pasal persamaan dan perbezaan kat semanis kurma)...Tapi, kurang lebih macam tu la...
kita jumpa lagi esok insya-allah..moga aku kuat kembali;)

Subscribe to:
Posts (Atom)