Sunday, November 7, 2010

Mencari Bahagia

Kebahagiaan itu perlu disebar dan dikongsi. Tak semua orang merasa bahagia disaat kita bahagia dan ada manusia yang sering bertanyakan..Kenapa ini semua jadi pada aku? Kenapa orang lain boleh bahagia sedang aku tidak? Kenapa aku tak seperti dia? Macam2 lagi persoaalan yang timbul. Dan bahagia itu mari kita objektifkan maksudnya..Bahagia tidak lagi subjektif. Macam2 orang tafsirkan bahagia tapi mari kita berpegang ada satu mak sud bahagia.. Atau dengan lebih dekat lagi.. kita faham bagaimana mencari yang dikata bahagia dan peroleh bahagia. Bahagia itu apabila kita merasa redha dengan Allah, mendekati Allah dan merasakan Allah sentiasa bersama kita walau apa pun terjadi.

Cerita dua hari lepas

Dua hari lepas perasaan dalam hati ku tidak menentu. Entah apa yang terjadi pada diriku, aku sendiri tidak mengerti. Tiada masalah cinta itu, bukan juga masalah keluarga, bukan juga masalah kawan2..tapi aku tak tahu kenapa hati begitu sedih dan rasa sangat kosong. Apakah aku tidak solat? Tidak mengaji Quran. Aku lakukan itu..Aku check kembali masa solatku. Tidak terlalu lewat walaupun masih tidak betul menepati waktu yang tetap..Aku sedang berusaha perbaiki solatku. Tapi hati masih kosong..Mungkinkah aku ada silap dengan sahabat2 yang aku tak sedar. Aku mohon ampun semohonya kepada Allah dengan sangat2 permohonan ampun.. Aku putuskan untuk tidak mengadu kepada sesiapa kekosongan itu kerana aku tidak tahu kepada siapa harus ku adukan walupun ku tahu sahabat2 sangat sangat bersedia mendengar dan berkongsi denganku. Aku bersyukur punya sahabat yang begitu menghargai..Alhamdulillah. Tidak juga kepada ibu kerana aku tidak mahu merisaukan dia walhal aku sendiri tidak tahu sebb apa hatiku begini. Dalam sendirian begitu, aku sentiasa akur kepada ALLAH YANG SENTIASA ADA BERSAMAKU..ALLAH SENTIASA ADA DENGANKU..mendengar rintihan aku..aku mohon semohonnya, menangis senangisnya..dan tanpa sedar air mata ini mengalir sendiri..Sungguh, aku sendiri hairan..Apakah ada sistem yang tak betul pada mataku hingga ia mengalir sendiri..Hatiku betul rasakosong.Terfikir juga mungkin aku sebenarnya jauh dari Allah.

Aku cuba berzikir..Mendekati Tuhan. Solat hajat, Baca yassin, baca Quran..dan aku minta maaf kepada emak mungkin ada silapku tapi aku tak tunjukkan wajah ku yang mnangis..Aku minta maaf pada emak setelah agak lega hatiku, setelah aku rasa tenang sedikit..

Semalam

Dan kemudian..tanpa disangka2 ada rezeki untukku..Tanpa aku jangka sepupuku memberikan ole2 dari Terengganu..Ia bukanlah perkara besar.tapi ada aku jangka ada rezeki di kala malam itu?? Aku langsung tidak menjangka tentang itu kerana memang langsung tak kujangka..Malahan spontan aku teringat

"salah satu sebab Allah belum makbulkan doa kita kerana Allah menggantikan dengan yang lain yang mungkin kita tak perasan.

Nah, di sini..Mungkin aku tak perasan pun yang sebenarnya Allah sedang gantikan apa yang aku mohon dengan rezeki yang lain..

Tapi DIA Pasti makbulkan kerana Allah itu Maha Mendengar, Maha Penyayang, Maha Adil, Maha Agung..

Dan borang permohonan kerja.Aku begitu ingin borang kerja tu tapi aku tak bertanya pada sorang hamba Allah yang memilikinya kerana dia juga berusaha untuk dapatkannya. Jadinya sedang aku layari internet mencari2 iklan kerja kosong, aku jumpa borang yang sama..Alhamdulillah. Itu kan rezeki..dan lagi aku terlintas untuk fahami makna bacaan duduk antara dua sujud..dan tiba-tiba..tanpa dipinta..tiba2 sahaja, sahabatku berikan maksud duduk antara dua sujud..ya Allah..aku yang sedang membaca Majalah Solusi terdiam, terfikir sejenak dan terus menulis..Kebetulan juga aku baru lepas membaca artikel tentang bahagia.

Erti Bahagia

Indah kan hidup bahagia. Ada yang menafsirkan bahagia itu bila berkahwin, dapat anak2. Tapi siapa sangka anak yang conel dulu mungkin dah besar tidak seperti yang diharapkan. Jadinya erti bahagia itu seakan tiada lagi..Makanya, objektifkan maksud bahagia itu. Ku petik kata2 daripada penulis artikel Bahagiakan Dirimu, Nuraslina Jusin

Bahagiakan dirimu dan berkongsilah rasa bahagia itu. Insya-allah kebahagian dan ketenangan akan sentiasa memayungi kerana bahagia yang sejati adalah daripada jiwa kehambaan yang sejati”,.

Jiwa Kehambaan

Aku tertarik pada “jiwa kehambaan” yang sejati itu..Bahagia datang dari situ..Dari mana? Jiwa kehambaan yang sejati..Bagaimana jiwa kehambaan yang sejati itu???Kita ini manusia dan hamba hanya hamba ALLAH..bukan hamba cinta manusia..bukan hamba sesiapa tetapi hamba Allah..maka bila kita menjadikan diri kita hamba Allah sebenar2nya maka kebahagiaan itu akan lahir..Kebahagiaan yang sejati itu akan muncul..bahagia itu datang daripada rasa bertuhan.Insya-allah peringatan untuk kita semua..

Hari ini

Cerita ini terlayar di sini..Barokallahu fikum untuk Noraslina Jusin, salah seorang penulis Majalah Solusi, Artikel ‘Bahagiakan Dirimu’ (www.ummuhusna99.blogspot.com), Ana Jannah,sepupuku merangkap peminjam Solusi, 25. Fatimah Zaharah Nordin, penghantar mesej, Nor Hazimah Jamaluddin dan keluarga yang memberikan ole2..Nabila Ismail, Sahabat yang kini bekerja membantu seorang hamba Allah print borang kerjanya. Dan susah tentu moga barokah untuk kalian..amin..


No comments:

Post a Comment