Monday, September 27, 2010

Jodoh

Jejak hamba agak jauh 25 september lepas. Alhamdulillah urusan walimah abangku dengan suri hatinya kak eija berlangsung dengan lancar..Alhamdulillah juga, perjalanan kami selamat pergi dan selamat pulang. Saudara ramai, jadinya abah sewa bas. Alhamdulillah insya-allah 2 okt ni majlis sambut menantu pulak kat rumah abah. Abang aku berkenalan dengan isterinya kat UTM..Bidang yang sama iaitu pendidikan tapi berbeza subjek…

Aku ada baca “jodohku, dimanakah kau?” Tulisan Dr Hm Tuah Iskandar…Aku terfikir sendiri.. Memangnya asam di darat dan ikan di laut kalau tak de sebab, tak kan mungkin dua benda ni bercampur dalam periuk?...Ada dua tiga contoh yang diberikan, seorang penarik beca di India dan seorang pelancong dari AS, bertemu jodohnya sebab pelancong tu minta penarik beca tu bawakan dia. Dr Hm Tuah sendiri ke Batu Pahat sedangkan dia orang Muar. Ke Batu Pahat akhirnya bertemu dengan isterinya. Malahan ayah isterinya itu dari Yaman, seorang peniaga..(Majalah Wanita, Bil 1355, 6-12 November 2009 ,ms:58) Ini sumbernya..dan bila ku baca.. Hehehe..jadinya jodoh perlukan sebab untuk bertemu.

Mungkinkah jauh belajar ke Utara kan bertemu jodohku di sana?hehehe..sekadar persoalan biasa.. Apa pun, carilah jodoh anda…Mungkin atau tidak, ikhtiarlah..>_


Thursday, September 23, 2010

1,2,3 Hari Raya

Lama sekali aku tak menjengah blog yang dah makin banyak 'habuk'..Dah makin 'kusam' warna..dah makin 'haus tapaknya'..Tak berkesempatan betul nak menaip apa-apa jua cerita..walhal banyak perkara yang nak dikongsi, yang nak diluah..

Alhamdulillah, syawal kali ni memang sangat bermakna..Lebih bermakna mungkin..ada jejak kasih dengan beberapa sahabat lama dalam bulan ramadhan lepas..insya-allah, mudah2an ukhwah kan terus terbina dengan sepenuh2nyer keihklasan..

Balik kampung baru ni, terkejut gak biler tengok ..alahai, sepupu-sepupuku dah besar semuer..dah makin ayu yang perempuan..yang lelakinyer pulak,dah besar2..x nakal2 macam dulu lagi, tapi nakalnyer tetap ada..kenduri tahlil kecil2an kat rumah maklong sekali lagi, makin tak cam orang..eh, tu anak sape?..anak kak ha ke? anak abang din ke? anak kak shida ke?..huhu...anak sedara sepupu pun dah makin ramai..ada yang dah lama sangat tak jumpe..mana taknye, dulu, tiap tahun mesti berjumpa.Main, makan, tidur sama2...dah besar, masing2 sibuk..ada yang cuti kerja tak lama..kekadang ada kekangan lain, tak dapat balik kampung..aku sendiri dah hampir dua tahun tak balik..ada jugak nama sepupu hampir kulupa..huhu..

Sebenarnya baik keluarga belah mak atau belah abah..dua2nya punya keluarga besar..aku suka dengan keluarga yang besar dan memangnya setiap family ada masalah sndiri yang sama2 tanggung..sama2 doa'kan kesejahteraan keluarga dunia akhirat insya-allah..sama2 saling membantu..mudah2an, keluarga saudara semua diberkati..

Raya baru ni, ada saudara datang dan ada muka sorang tetamu yang nampak sangat familiar..tapi tak bertanya pulak aku..dah dua tiga hari, mak cerita pasal saudara dan tetamu yangd atang..rupanya..huhu..kawan sekolah rendah...patutlah mukanya mcam pernah nampak jek..tapi dah berubah..dah lebih kemas..dah makin berisi..huhu..

Apapun, salam ukhwah>_<

Wednesday, September 8, 2010

akhir Ramadhan

The last day tuk Ramadhan..Beberapa jam je lagi masuk 1 syawal..Bace kat wall facebook sorang sahabat merangkap rumet kat UUM.rasa ramdhan kali ni tak berapa baik ku jalani.."Ramadhan da m'hmpiri p'hjungnye..huhu..bisakah ketemu lg taun dpn?t'ampunkah dosa2 silap?khatamkah 6235 ayat?terisikah mlm2 penuh berkat?oohh~~ruginye..Slmt tggl Ramadhan,slmt dtg Syawal..Salam Aidilfitri kpd kwn2 smua,maaf ats sgla slp & slh.." ini ayatnyer. (barokallahu fik kak fad..syukran)...muhasabah dan ingat le sendiri..
Pagi tadi ada masa jap sambil bukak IKIM.FM..pasal aidilfitri..Fitri membawa erti fitrah..kiter kembali kepada fitrah..fitrah yang dihurai ialah agama yang fitrah iaitu islam.Aku pernah teringin nak tahu apa maksud aidilfitri ni..kiranya pagi tadi terungkai la jugak maksudnye..tak le kiter sambut syawal semata2 raya sahaja tanpa ada ertinya..bukan makan kuih, baju baru..tapi lebih dari itu..malahan nilai kemaafan dan ukhwah akan lebih terasa..Mungkin ada antara kita yang punya hubungan begitu renggang dan bermasam muka dek kesilapan lampau yang dah memakan bertahun lamanya..Siapa tahu aidilfitri kali ni memberi kesejukan hati, kelembutan perasaan untuk memaafkan..sebaikny jadilah yang pemaaf itu..setiap manusia ada silap yang mungkin tanpa sengaja terlepas laku..Mungkin juga ada silap yang dibuat disaat keadaan yng mungkin kita tak tahu...apa pun, andai kemaafan itu dipinta, lembutkanlah hati untuk memberi kemaafan itu..
Aku pun nak mintak maaf mungkin ada kata yang di sini tanpa sedar membuat insan2 tertentu terkecil hati, terasa di jiwa..maafkan saya..tiap yang terbit di sini adalah ingatan untuk diri sendiri juga sebenarnya..
Salam Aidilfitri Maaf Atas Segala Salah dan Silap...

Monday, September 6, 2010

di akhir ramadhan

Hari-hari terakhir Ramadhan sebenarnya lebih kuat ujianNYA, Tersedar jam pukul 3, pukul 4 tapi dengan cuaca yang sejuk macam kat Luar Negara tu buat mata makin sedap nak tidur..Makin sedap nak menganyam mimpi..Aduh, ujian betul..Bukak inbox mail. Ada mesej.dari sahabat fillah..ada titipan doa sempena ramadhan..diakhir doa' ada tertulis. "Ya Allah berikanlah kekuatan di akhir ramadhan". Memang kena betul... Di akhir Ramadhan banyak pulak yang silap..Kebetulan kat radio pagi tadi..Isu pagi tadi pasal lagak orang beraya..Macam-macam le lagak orang yang rasa nak berlagak..Pastu kawan aku kata..Macam makin tambah dosa je..em, mungkinlah dioarang sendiri nak suka-suki je..tak de niat nak berlagak..tapi dari satu sudut macam sia-sia..konsep stesen radionya sempoi, jadi terpulang le sape nak dengar yang sempoi macam tu ke nak dapatkan info ke, nak kongsi pengalaman ke.ape-ape lagi..Tapi memang le nak dekat-dekat raya ni, di hujung bulan Ramadhan yang ada keberkatan Lailatul Qadar, orang makin sibuk berjaga buat kuih raya dan segala keperluan raya...tak kesahlah as long as, pandai2 cekup masa nak buat amal..Ku ingatkan diriku jugak..
Malam tadi call mak, rupenye mak baru nak solat..Aku pun cakap le dengan slang indonesia..hikhik..."Gi mana sih, baru mahu solat? Buat kuih aja, solatnya mana?" Lebih kurang ayatnya macam tu..Mak tergelak..aku pun gelak jugak. Kalau bab tegur menegur macam ni, memang kekadang mak ingatkan aku, kekadang aku cakap2 macam tu pada mak. The end, mak ucap terima kasih..hikhik..ape pun, aku ingatkan diriku jugak..Bukan mudah jaga solat..Dah jaga waktu solat, nak khusyu' solat pulak, masa yang sama kena ikhlas LILLAH..bukan riak atau sumu'ah ('Saudara' riak)..

Thursday, September 2, 2010

rasa tak best

Dari pagi tadi tak berapa betul je perasaan ni.Rasa kosong.Nak plak tengah tak de keje sangat bulan pose ni. AKu pun tahu yang kejar lima perkara sebelum tiba lima perkara dan salah satunya ia;ah lapang sebelum sempit..Aku cuba nak membina mood buat laporan..atau pun menulis sebarang entri yang bolehmenginsafkan diri aku dikala lapang..tapi memang langsung tak de mood.Lepas tolong pendaftaran untuk majlis penyampaian sumbangan untuk orang miskin terus duduk mengadap komputer ni ha..tak tahu nak buat ape..try membina mood, tapi ayat jadi tunggang langgang..huhu..bace sebarang entri kat fb..tegur member yang lama tak bertegur..dan akhirnya..lepas solat zohor baru le seakan ada semangat..ni pun aku menaip lpas zohor..biler terasa hati kosong mungkinkah kite sebenarnya sangat jauh dariNYA..

lepas solat tadi sambil terpandang ke luar. Aku terfikir mungkinkah hatiku kotor hingga aku rasa macam tak baik je dalam hati ni. Mungkinkah ada orang yang aku tak maafkan. tapi setahu aku tak de orang buat salah pada aku..Ke aku tak sedar yang aku dah buat hati orang terasa dengan sikap aku..entahlah..Aku fikir2 balik..aku pun tak tahu kalau kemungkinan itu ada..

Mak selalu kata "Mungkin pada N tak de apa-apa, tapi kita tak tahu hati orang." Entah lah. Mungkin kot aku ada buat salah pada orang tapi aku tak perasan.....aku tak sedar..tapi siapa?

Ya Allah, andainya ada hati insan terluka keranaku, maafkanlah aku. Kiranya dapat ku tahu, pasti kumohon maaf padanya. Aku mohon maaf atas segala kesilapanku yang ku sedar dan tidak. Sesungguhny aku ingin hati ini hidup denganMU...