Lama sekali aku tak menulis, dan telah banyak kali aku buka blog tanpa ada pengisian dekat blog ni. Halangan daripada perasaan dan kebuntuan fikiran..
Hari ni 'Jejak Pena Hamba' melangkah ke alam kematian. Kematian yang pasti tiba entah bila masa kita. Tak terjangka kekadang kematian itu datang dengan pelbagai cara. Hari ni kita dengar"'Pak A meninggal. Dia accident". Semalam baru je, anak Mak E meninggal lemas dalam sungai. Tahun lepas, rumah Dato' J terbakar. Pembantu rumah dia meninggal. Ada ayah kawan U meninggal masa tidur. Dan kita pulak nanti entah macam mana bentuk kematian kita...Kekadang terlintas di hati, kesiannya orang tu meninggal dengan cara macam tu. Apa pun rahsia Allah, hanya DIA YANG TAHU..kita sentiasa mesti memohon untuk meninggal dalam keadaan yang baik, khusnul khatimah. Dengan bekalan amal dan iman yang utuhm tapi selidik hari ni, kita masih kekurangan bekalan itu..
Untuk arwah saudara mara terdekat dan saudara islam, ku doa'kan moga ALLAH mencucuri rahmat mereka dan ditempatkand ikalangan para sahabat, para anbiya', para mukminin, solehin...
(Kekadang rindu pada arwah kakek. Terasa macam dia masih ada)..