Alhamdulillah
Semalam dah draf apa yang nak terlayang di sini tetapi kemudian tergendala. Sistem down. Lega juga sebab draf semalam lebih kepada sebuah luahan hati dan hari ini rasanya lebih baik dan tak perlulah dilayangkan luahan hati semalam.
Amaran tsunami ditarik balik. Alhamdulillah sesungguhnya kepada Allah yang sentiasa sayang kita, yang masih memberi kita peluang untuk bertaubat dan perbaiki diri. Aku ada terbaca status di facebook. Lebih kurang ayatnya begini.. 'Semalam, semua post status tentang taubat dan segala... tapi bila arahan tsunami ditarik balik, semua dah mula sibuk nak posing sana-sini.'.. herm.. manusia, ALLAH sayangkan kita. Allah beri peringatan bila kita lupa berupa macam-macam cara. Tetapi, ada antara kita yang mengabaikannya.
Tadi pagi, sempat sekejap melihat kupasan ajaran Juruzon. Salah satu ajaran sesat yang baru dikenalpasti. Rupanya, ajaran ni dah lama bertapak. Masya-Allah.. Di sebalik tragedi runtuhan tanah di rumah anak-anak yatim di Selangor tahun lepas,rupanya Allah nak buka mata bahawa ada ajaran sesat sedang diamalkan di situ. Allah tak turunkan bala tu saja-saja. Pasti ada sebabnya. Dan selalunya, sebab itu atas kerosakan yang dilakukan oleh tangan-tangan manusia itu sendiri.
Begitu juga dalam skop yang lebih kecil, iaitu bila Allah datangkan kesukaran dan ujian untuk diri kita. Means that, Allah sayang kita, Allah nak tarik balik kita kepada DIA YANG MAHA AGUNG. Bila kita didatangi ujian, selalunya, memang kita akan rasa down, down, down.. Aduh, macam mana,macam mana, macam mana.. Tapi sesedih manapun kita, tekad dan yakinlah dalam hati pasti, pasti, pasti, pasti, pasti ada jalan keluar. Setiap kesusahan ada rahmat yang tersembunyi, ada hikmah yang Allah nak bagi, ada jalan keluar yang pasti. Aku teringat ayat ini dari seorang rakan facebook. Dunia ini bersifat binasa. Makanya, kesusahan ini akan berakhir. Begitu juga dengan kesenangan. Kesenangan itu juga akan berakhir. Hidup ini ada turun naiknya. Bila diingatkan semula, kita pernah rasa susah, dan kemudian ada rasa senang. Kemudian, teruji lagi, kemudian senang lagi. Dan sampai akhirnya, kita dijemput Allah. Dan di alam sana, lain pula ceritanya..
Yang penting, hidup kena teruskan. Bersedih, tetapi mengadulah kepada ALLAH.
masyaAllah. betulke kebenaran tentg ajaran sesat tu, kak fahana? ermm...
ReplyDeletemasa gempa bumi tu, kin ada kat Jawa Barat Indonesia.. tapi kami tak terasa gegaran tu..
herm..betul ekin. ajaran tu dah lama tapi masa berlaku peristiwa tanah runtuh tu, baru ada pembongkaran. Allah tak datangkan bala' atau ujian tu tanpa ada sebab.
ReplyDeleteAlhamdulillah, ekin dan semua selamat sampai ke tanah air semula..;)