Showing posts with label graduan. Show all posts
Showing posts with label graduan. Show all posts

Monday, July 23, 2012

Hadiah tadarus Ramadhan

ALHAMDULILLAH... Semalam selesai tadarus selepas Zohor Di SMK Seri Jengka. Insya-allah, akan diteruskan sehingga akhir Ramadhan..

Masa praktikal kat MPK, Kuantan, alhamdulillah, sempat jugak ikut tadarus staf perempuan di surau MPK. Seronok gak dapat bertadarus dengan majoritinya yang lebih berusia.. hehehe.. Rasa sangat muda.. ececeh. bukan sebab itu. tapi, mereka sebagai yang lebih berusia pastinya lebih banyak pengalaman. Perlu hormati yang lebih berusia dan menyayangi mereka yang baru nak mulakan langkah dalam hidup.

Hingga habis ramadhan dan praktikal di MPK, kemudiannya, Kak Timah, salah seorang staf unit aku ditempatkan menjalani praktikal menelefon. Katanya, ada hadiah, macam saguhati untuk yang bertadarus.. sungguh, tak sangka nih.. hehehehehe. Bertadarus dapat hadiah. Iyerlah, kita pergi bukan berniat untuk apa-apa. Cuma dengan niat yang sememangnya nak bertadarus, time bulan puasa nilah nak gandakan amal. Sambil isi masa, betulkan bacaan, sambil nak didik diri. Moga-moga bila bulan tak puasa nanti pun rajin jugak nak mengaji lepas solat..Tetiber, dapat saguhati pulak..

Dan dengan izin Allah, aku dan sahabat ke MPK.. sambil buat lawatan kerinduan..hehehe.. Then..hehehehe....jeng jeng jeng
Inilah hadiahnya!!!!!!!!!!!!!!

Sangat teruja.. heheehhe.. buku dah la cantik, kemas, kulit keras.mesti mahal.. hehehe.. yang penting isi dan tajuknya.. ada pulak hadis yang sangat terkena batang hidung sebab belum bekerja sedangkan setiap manusia tak dijadikan sia-sia dan bukan tanam anggur. Masa tu aku masih tidak bekerja.. huhuhu

Alhamdulillah.. buku ni sangat sesuai untuk para syabab, dan sesuai jugak kalau dapat dijadikan rujukan tugasan dan dah tentunya untuk kehidupan harian insya-allah..

Sunday, April 8, 2012

Dilema pemilik ijazah

Aku pernah menulis tentang bab penganggur terhormat ini. Tetapi, kali ini mahu menulis lagi. Mak ada kata. “Arwah kakek pernah cakap, sampai masa nanti, orang yang buat roti canai tu pun ada ijazah.” Ianya dah jadi realiti sejak beberapa tahun yang lepas dan semakin ramai graduan yang bekerja tidak kena pada taraf ijazahnya.  Tetapi, ada juga segelintir masyarakat yang faham situasi graduan yang punya ijazah yang berbeza dengan kerjayanya dan tarafnya. “Pernah juga semasa mengikuti program motivasi kerjasa di university, seorang kaunselor ada berkata. “Bidang yang kamu ceburi sekarang bukan menandakan kamu akan bekerja dalam bidang yang sama.”
Perbezaan
Ada sesetengah graduan punya ijazah dalam bidang perubatan, tetapi kemudian menjadi guru.
Ada pula yang mengambil bidang perguruan menjadi ahli perniagaan.
Ada yang mengambil bidang perakaunan menjadi pramugara.
Dan macam-macam ketidakselarian bidang yang dipelajari di universiti dengan kerjaya yang diceburi.
Pada aku, semua ni mungkin disebabkan oleh minat, peluang dan kebolehan serta kemahiran yang dipunyai graduan tersebut.
klik kat web ni http://sangmentari.wordpress.com/tag/graduan/ dan korang akan dapat lebih motivasi untuk jadi manusia yang lebih baik insya-allah.. i just found this web coz i search for this picture. Then, sy lepak jap kat blog tu.. Pastinya lebih banyak ilmu kat web tu. Blog Dr Ezairy M.Sallih (Sang Mentari:Siri Motivasi Pembangun Diri)
A)Minat
Belajarlah bidang apa pun, kalau dah minat nak jadi cikgu, cikgu la jugak jadinya. Berusaha mencari peluang untuk tetap menjadi guru yang akhirnya, bidang yang dipelajari hanya ada lama helaian ijazah. Tetapi sebenarnya, bagi graduan yang melihat pada skop yang lebih besar, ilmu pada ijazah yang diperoleh boleh diaplikasikan dalam kehidupannya pula. Masih boleh digunakan untuk perkara yang berkaitan.
B)Peluang
Peluang ini yang kadang-kadang membuatkan graduan terpaksa beralih arah. Orang kata “Grab je apa yang ada sekarang. Untuk step seterusnya, fikir kemudian.” Aku akui itu. Ambik aje lah apa yang ada depan mata. Jangan nak memilih. Bila rasa tak selesa baru berhenti. Mana tahu, dah cuba nanti, jatuh hati pulak. Ada orang kata, bila kita kerja dalam satu bidang yang kita tak minat, kita ada daya usaha nak cuba buat. Dan minat akan datang kemudian. (Since dah kena pada diriku ini, aku akui itu.>_<)
C) Kebolehan, kemahiran
Ini sifat semulajadi, anugerah dan (sesetengahnya juga boleh diasah). Graduan pentadbiran perniagaan jadi pramugara. Ada ijazah perakaunan jadi chef hotel. Ada ijazah kejuruteraan tapi jadi pengacara televisyen. Ini selalunya, bersifat semulajadi. Cuma, segelintir, yang hanya mengambil peluang yang ada, tapi mengikuti kursus tertentu dan akhirnya, teruslah dia dalam kerjayanya.
Para graduan, bakal graduan, mahasiswa, bakal mahasiswa,
Sungguh, persaingan sangat hebat dan ada yang tak terjangka dek fikiran kita. Ada yang kita rancang lain, yang di hadapan kita lain. Namun, merancanglah sehabis baik dengan meminta pendapat orang yang lebih tahu. Jika masih di universiti, pergilah kepada pensyarah atau kaunselor. Jika sudah tamat pengajian pun, masih boleh terus berhubung dengan mereka yang arif. Mustahil tak da facebook(>_<). Manfaatkan facebook anda.
Dan jika anda bekerja bukan dalam bidang anda, dan anda tak minat pulak bidang tersebut. Hanya kerana tuntutan kehidupan yang memerlukan duit, bayar hutang, nak teruskan hidup dan yang sewaktu dengannya, bekerjalah bersungguh-sungguh. Jangan buat sambil lewa. Ingat, ia amanah. Kerja dengan baik. Anda ada degree tapi sikap anda terhadap kerja bukan macam graduan, anda juga yang malu. Malu pada univerisiti, pada mak ayah, pada Allah dah tentunya. 
Mak pernah kata. “Awak ada ijazah. Ada ilmu. Buat kerja macam orang ada ijazah.” Aku terkesima. Betul kata mak. Biarlah pun kerja tu di taraf yang berbeza dengan apa yang sepatutnya, tetapi how we act?? Dan kemudian seorang ustaz ada berkata padaku. “Tak pelah, kerja biasa-biasa pun, awak ada degree. Lain orang ada ijazah dengan tak de ni.” Itu lah satu-satunya insan yang memahami aku dan sahabatku yang tika itu sama-sama memohon kerja selain daripada keluarga. Serta isterinya yang berkata. “Iyelah, sekarang bukan senang nak cari kerja. Kalau diaorang tak bagi peluang macam mana nak ada pengalaman, ye tak?” Walaupun baru hanya pergi temuduga, aku tak kisah sangat kalau tak dapat, since diaorang faham keadaan kami. Alhamdulillah sangat rasanya.
Aku hormat pada graduan yang hanya kerja biasa-biasa je. Gaji ciput je, tapi sikap diorang sangat positif. “Alhamdulillah.” Aku banyak belajar dari diaorang. “Grab je dulu apa yang ada.” “Dah lama nanti baru apply yang tinggi sikit.” “Janji dapat kerja. Daripada duduk saja-saja.”
Betul. If duit tu boleh petik kat pokok, semua nak duduk saja. Tapi, hakikatnya, ada yang percuma dalam dunia ni? Dan lagi, Allah dah terang-terang cakap dalam Qur’anul Karim yang Allah tak kan ubah nasib sesuatu kaum tu hingga kita sendiri yang ubah. Allah maha berkuasa. If Allah nak bagi, kun fayakun. Tak sempat kelip mata, Allah dah bagi. Hebatnya Allah. Tapi, Allah nak kita berusaha. Kata sahabatku “Usaha+usaha+usaha+doa’+tawakal” Usaha tu kasi lebih. Hem, ini sebenarnya motivasi dan peringatan untuk aku yang menaip. Harap korang juga lebih bersemangat. Teruskan kehidupan dengan niat mencari redha Allah. Jadi anak yang soleh dan solehah. Jadi hamba yang taat dan bersyukur.Insya-allah.