Satu ketika dulu, emak pernah suruh aku ke kedai Tok Jamilah. Kedai runcit yang cuma beberapa langkah sahaja dari rumah. Kalau ikut jalan pintas, lagi dekat. Tapi ada risiko bahaya sikit sebab laluan kebun kecil yang mungkin ada ular. Tapi, Alhamdulillah, setakat aku dan adik-adik lalu belum terserempak dengan binatang alah tu. Dan selalunya, mak suruh beli tepung gamdum sekilo. Gula sekilo. Kadang-kadang, jagung ayam, garam, telur dan keperluan dapur yang hampir kehabisan. Dan sebagai upahnya, 3o sen pun dah cukup baik. Betul. Cuma 30 sen. Itu pun paling banyak. Kalau dapat 10 sen atau 20 sen, pun ok. Janji ada upah.
Sikit???
Memang.
10 sen, 20 sen tu sikit je. Tapi, without 10 sen, RM1 tak cukup. So that, 10 sen itu sangat sangat lah bernilai. Kekadang 10 sen itu disimpan untuk ditambah belanja sekolah keesokan harinya.
Susah??
Keluargaku bukanlah terlalu susah. Tapi, mungkin tidak sesenang yang lain. Dan pastinya ada orang lain yang lebih susah daripada kami. Abah mengajar untuk berjimat. Abah tak ajar anak-anaknya untuk boros. Abah sangat penjimat tetapi bukanlah kedekut. Tambahan masa dulu, kakak dan abang melanjutkan pelajaran ke universiti. Aku dan adik-adik juga perlukan duit untuk sekolah. Dan belanja rumah serta bil yang wajib dibayar. 10 Sen cukup bernilai.
30 sen
Seingatku, sehingga darjah 6 aku cuma berbekalkan 30 sen ke sekolah. Kalau ada yang ku simpan sendiri, adalah dapat 50 sen. Kalau rasa nak makan lebih, simpanlah sikit duit. Kalau aku fikir balik. How can i survive with 30 sen??? Dengan 30 sen, aku dapat beli keropok 3 keping. Atau nasi lemak 20 sen. Kuih 10. Air? selalunya bawak dari rumah. Kalau rasa nak air best, baru beli air sirap 10 sen satu gelas. Sekarang? nilai tu dah tak de lagi. Sebab tu, budak-budak sekarang, bawak belanja berringgit-ringgit. Sampai aku rasa gerun. Risiko kecurian di sekolah.
Beza dulu dan sekarang
Dulu, barangan lebih murah. Murah dan boleh dapat banyak.
Sekarang, barangan agak mahal dan sikit.
Kos sara hidup semakin tinggi. Itu perubahan untuk kebanyakan negara yang sedang membangun.
Aku merasa perbezaan harga itu. Bila kicap yang dulunya boleh dapat RM2 lebih sekarang sudah mencecah RM5. Begitu juga gula dan tepung. Dan juga ikan. Jika dulu, ikan selar kuning, mak boleh beli dengan RM3 sekilo. Tapi sekarang, tidak lagi. Dan alhamdulillah. Kehidupan telah lama bertambah baik. Dan mak abah, seperti dulu juga. Tidak mengajar kami berboros. Cuma sikap adik bongsuku,sedikit merisaukan aku.
note: masa aku lipat baju. Mengemas untuk lapor diri. Mak kata " Awak tak payah beli baju dah 10 tahun ni" hehehehe>_<
No comments:
Post a Comment