Tuesday, April 17, 2012

Haziq Hazim Dah Pandai

Setahun cuma aku bekerja di taska. Tempat yang mengajar aku bagaimana menjadi ibu? Sesungguhnya, banyak ilmu aku dapat sepanjang setahun. Pada mulanya, aku tekad. Cuma 3 bulan atau 4 bulan. Tetapi, banyak halangan untuk aku berhenti daripada menjadi pengasuh. Makanya, aku pasrah. Dan mengambil masa yang lama untuk aku merasa seronok dengan kerja sebagai pengasuh. Alhamdulillah. Aku sempat untuk merasa seronok dengan kerja yang aku lakukan. Alhamdulillah. Kerana, jika aku tidak sempat merasa keseronokan bekerja sepanjang tempoh 1 tahun, aku akan menjadi manusia yang paling rugi. Alhamdulillah. Allah berikan aku kesempatan itu.

"Sesungguhnya, menjaga, mengasuh dan mendidik anak-anak perlukan kesabaran yang sangat tinggi."

Aku tahu hakikat itu, dan aku cuba perbaiki. Namun, saat Allah menguji, nyatanya aku kalah. Aku jadi faham, kenapa ada orang yang sanggup mendera si kecil yang tidak berdosa dengan begitu kejam? Kenapa? Kenapa? Kita akan jadi hairan dengan berita penderaan kanak-kanak di dada akhbar. Anak itu tidak berdosa langsung. Rupanya, bila berhadapan dengan situasi begitu, dan tanpa iman di hati, si anak kecil itu akan terdera. Iman itu tidak boleh ditunggu. Mendidik si anak kecil perlu pada cara yang sangat sabar.

Haziq berumur 4 tahun. Dia ada kembar seiras.. Hazim. Keduanya tak banyak beza, baik dari segi sikap dan fizikalnya.  Sihat dan bijak. Suka pada puzzle. Tetapi belum pandai pakai baju sendiri. 4 tahun sudah. Serasanya dia sudah besar untuk itu. Betul. Ibu dan ayah yang sangat memanjakan anak-anak kadang-kadang menyebabkan anak itu akan perlahan untuk mempelajari sesuatu yang sepatutnya dia sudah pandai. Siapa tak sayang anak??? mahu lakukan segala-galanya untuk anak. Tapi kami di taska, kami sebagai pengasuh. Kami dipertanggungjawabkan untuk mengasuh anak-anak mereka menjadi pandai, bijak dan berdikari. Makanya, Haziq diajar menanggalkan baju sendiri, memakai baju sendiri.

At first step: kami beri dia selalu tengok bagaimana Aliff (6 tahun) membuka baju sendiri, memakai baju sendiri..
Second: Kami tanggalkan separuh bajunya dan selebihnya dia tanggal sendiri dan berikan baju kepada dia dengan membentangkan bajunya sendiri untuk memakai baju tersebut.
Third: Kami akan katakan "Haziq.,yang ada gambar ni di bahagian depan."
Haziq pandai untuk terus masukkan kepala atau tangannya mengikut keselesaannya apabila
selalu melihat Aliff melakukannya..

Alhamdulillah, lama-lama, bila sampai masa mandi, baju dibuka sendiri..
Bila selesai mandi, baju diambil dan dipakai elok.
Cuma, ada masanya akan terbalik. Makanya, itu tanggungjawab pengasuh untuk menunjukkan yang betul..

Tapi, tak berhenti di situ...
Tiba saja masa mandi, Haziq akan menanggalkan bajunya dan terus mencampakkannya di tempat dia membuka baju.

"Haziq, ambik baju tu semula. Bagi pada cikgu."

Konpius...
mana Haziq? Mana Hazim? hehehe
Tahi lalat di dahi membezakan
juga ketinggian..
Dan dia mengambil patuh.

Tidak mahu bersepah dan mengajar dia untuk lebih berdisiplin. Disamping, mendapat kebaikan untuk kami juga agar tidak bersepah dan baju tidak bertukar.
Dan lama-lama, dia pandai.
That is learning process.. dan sentiasa akan ada proses pembelajaran untuk si anak-anak kecil. Dan kita juga sentiasa kena belajar...

 Sesungguhnya, itu ilmu sedikit yang ku peroleh berada di taska.. masih banyak yang tak ku tahu. Allah beri aku untuk duduk di situ. Aku tiada ada adik kecil. Aku tidak pernah menjaga si kecil dan aku tidak tahu. Masuk ke taska dengan zero.. Alhamdulillah, Puan Zainun (puan terhormat bos) banyak mengajar.. sepupuku, Kak Ina juga sangat pemurah ilmunya..moga Allah berikan kemudahan dan keberkatan untuk mereka..

No comments:

Post a Comment