Monday, April 16, 2012

Tatkala Azan

Alhamdulillah..Semoga masih diberi keizinan meminjam segala nikmat Allah. Moga menjadi hamba yang mensyukuri nikmat Allah yang tak tercukup 7 lautan untuk memuji ALLAH, waima ditambah lagi, tak kan pernah cukup. Sesungguhnya, Allah sangat sayang kalian. Sesungguhnya Allah sungguh agung mencipta segala yang ada di dunia. Segalanya. Sekecil yang terkecil, tak terlihat di mata kasar, tak terjangkau dek akal. Allah hu robbuna..

Suruhan solat antara perintah wajib Allah berikan kepada hambaNYA yang bergelar islam. Mengakui islam sebagai agama tatkala syahadah terucap di bibir, bertekad di hati dan laksana dengan perbuatan. Solat itu rukun islam kedua. Subhanallah. Betapa solat itu wajib sesangatnya sebagai seorang muslim..

Yang wajib itu berapa?

5..

Subuh, Zohor, Asar, Maghrib, Isya’.

Alhamdulillah. Andai ini masih mampu terjawab. Kerana realitinya, muslim hari ini, ada yang sudah sangat ramai melupai kewajipan ini.

Tahu namanya. Rakaatnya bagaimana?

Ini pecahannya:

Waktu
Rakaat
Subuh
2 rakaat
Zohor
4 rakaat
Asar
4 rakaat
Maghrib
3 rakaat
Isya’
4 rakaat



Alhamdulillah.. Semoga saya dan kalian dapat perbaiki ibadah solat ini, baik dari segi bacaan, perlakuan, dan penghayatannya...

Mengetahui masuknya waktu solat, lazimnya dengan mendengar azan. Cuma bila mungkin dalam hutan atau di kawasan yang tidak mempunyai masjid atau surau (seperti lazim kebanyakan tempat), kita boleh menentukan masuknya sesuatu waktu menggunakan isyarat bayang-bayang.

Saya fokus kan tajuk ini pada cara pertama iaitu pada seruan azan.

Saya yakin, bila mendengar azan, kita lazimnya akan diam dan disuruh begitu. Tanda hormat. Malah, pastinya ramai yang mendengar kisah, binatang juga tahu senyap tatkala azan berkumandang. Ini kan pula manusia?? Sudah-sudahlah bercakap. Hormati azan. Jawab seruan azan.

Alhamdulillah. Ia satu suruhan yang sangat mulia..

Tapi, sedarkah kita bahawa sesungguhnya, ada arahan yang wajib perlu terus terlaksana...

Azan berkumandang. Pada kalimah
credit to this blog https://selaisepinggang.wordpress.com/
 for this pic. interested blog to read.. >_<..

(Diterjemahkan)

“Marilah menunaikan solat”

Suruhan dan ajakan itu bergema segenap ruang. Sehingga telinga kita dapat menangkap seruan dan ajakan itu. Arahan diberi. Isyarat  kelihatan. “Hush, diam. Azan tu.” “Azan, azan diam..”

Alhamdulillah..

Sejurus, tunaikanlah solat. Bukan sambung menyembang tatkala selesai azan..

-Ya, bagi yang sedang bekerja dan mungkin kerja itu tidak dapat ditangguhkan atas alasan yang kukuh, sesungguhnya Allah maha mengetahui. Tetapi, bagi yang berkelapangan dan boleh menangguh kerja, kenapa perlu menangguh solat? Kenapa terus sambung menyembang bila tadinya elok menghormati azan. Solat di awal waktu itu juga satu tanda hormat malah, kewajipan yang sangat..

 Pesanan dan peringatan untuk diriku. Sama-sama kita solat awal waktu>_<..

No comments:

Post a Comment