BERSIH 3.0
aku pos juga status di facebook. dan kerana status itu membuat aku mengklik beberapa laman web dan membuat aku berfikir bercabang-cabang jadinya..
Bukan tiada tokoh agama dalam UMNO
Bukan tiada orang tak baik dalam PAS
PAS bukan malaikat
UMNO bukan kafir..
Kenapa hanya PAS dan UMNO?
Kerana yang lain dah TENTU bukan pilihan saya.....
Kalau kita setuju setiap orang buat salah, kita mesti setuju yang PM Malaysia pun ada buat salah. dan tiap menteri pun ada buat salah. Tapi ini tak bermakna mereka boleh sesuka hati nak buat salah dan kemudian, "yer saya manusia biasa..". Mereka pemimpin, yang dilihat setiap gerinya di mata rakyat. Setiap perubahan yang mereka lakukan mengambil masa kerana ramai setuju pada perubahan yang perlahan tapi istiqomah berbanding drastik tetapi sekejap.. Tetapi, sebagai pemimpin, mereka perlu mendengar pendapat rakyat melalui saluran yang disediakan. Cuma, bila pendapat itu tak diambil berat, rakyat bertindak dan, ada pula yang meminta untuk memberi masa kepada kerajaan untuk memperbaiki..
Setuju tak pada tak semua sempurna, tak semua boleh jadi BERSIH tanpa sebarang kekotoran???
Dan kita mesti setuju juga, Jika ada orang PAS buat salah, kita tak boleh salahkan dia 100% sebab dia manusia bukan malaikat. Selalunya bila orang agama buat salah, nampak cepat je kesalahan dia dan mulalah kata dia macam-macam... Tapi kalau orang yang biasa-biasa buat salah "padanlah, dia memang macam tu" Sedar tak yang kita manusia biasa...
Dan saya terfikir, alangkah kasihannya orang macam saya yang berfikir macam-macam...
Saya sayangkan negara saya, saya sayangkan sangat negara saya...
Saya tahu masih ramai anak muda yang berada di atas pagar menyebabkan ramai yang belum daftar mengundi dan malas nak mengundi keraana masih ada yang berfikiran macam saya..Bukan tidak mahu melihat negara, situasi negara, dan bukan tidak membaca sejarah. Cuma, bila sampai satu tahap, itu ini begitu begini..maka, jadilah ia kosong... dan kami mahu bina satu parti baru pula...hehehehe....
Saya duduk bersama mereka yang dilema, saya cuba mengertikan pemikiran mereka apabila ada pertembungan dalam pemikiran kami.. Jadi, kami sedang membaca daripada sumber kedua-dua pihak..kekadang fikiran tetap sama.. jadi kami akan istikharah...;)
Kekadang jadi menyampah dengan dua-duanya.. pada manusia-manusia yang ada membuat onar dalam keduanya... membuatkan kami sukar memilih, tapi kami juga mengerti..bukan semua manusia betul-betul mahu berjuang dengan penuh kesucian bilamana, harta, wang,pangkat, di depan mata..
Allah akan menunjukkan kebenaran..
bila baca pasal bersih...
ReplyDelete~SEDIH,MARAH,BENCI,GEMBIRA...last2 GILA!!!!
hikhik..jangan gila..kita sama-sama kena ambil tahu..kena ambil pengajaran atas apa yg berlaku, kena cuba kaji apa sbnarnya berlaku.. moga dalam pilihan ini, tak tersilap...amiin..
ReplyDelete