Monday, October 4, 2010

Sebuah cerita dalam keretapi

Bas Durian Burung double decker mula meluncur laju. Bandar Kuantan semakin lama, semakin jauh aku tinggalkan. Teringat lambaian mak dan abah. Ada nasihat bergulung yang selalu dipesan. Mengharap anak ini menjadi manusia berguna. Moganya begitu. Amin. Agaknya dah lama tak naik bas, aku jadi hilang mengantuk, sedikit teruja,padahal keletihan dua hari untuk majlis abang aku di siang tadinya begitu memaksa badan untuk berehat. Mata tidak mahu lelap. Duduk di seat single memang memberi privasi lebih pada penumpang. Aku juga lega dan selesa begitu. Sedang mahu melelap mata, suara-suara kecil kedengaran dari bawah. Aku yang di tingkat atas tersenyum. Cerita En. Rahim seakan kembali terdengar di halwa telingaku.
**************
"Dalam sebuah keretapi, seorang ayah yang berwajah garang, bengis. Siap ada kesan parut di muka dan tangan menaiki keretapi dengan beberapa si anak kecil. Dalam keretapi, si ayah duduk diam sahaja sedangkan si anak-anaknya tadi mula membuat bising. Berlari ke sana-sini, Budak-budak..faham-faham aje lah perangai dia. Dan dalam gerabak yang sama, ada sekumpulan pelajar yang sedang dalam tugasan. Mereka sebenarnya ingin rehat dan mungkin memikirkan sesuatu untuk menyiapkan tugasan tersebut, tapi keadaan dalam keretapi menganggu mereka malahan penumpang yang lain. Nak kata si ayah tak garang, tengok muka pun tak berani. Jadinya, jika anda di situ, apa yang akan anda buat?"

Makanya muncul pelbagai jawapan, daripada yang logik hingga yang berunsur main2..Tak apalah, semuanya jawapan nak menghidupkan kelas. Lepas tu, ada jawapan, "Cakap elok-elok kat ayah dia" dari seorang pelajar perempuan(P). "Ok". Nampaknya jawapan tu betul dah..

"Sebenarnya, anak-anak saya baru lepas kematian ibunya." Kami diam sekejap..
"Anak-anak saya tak pernah naik keretapi." Masing-masing mula faham nampaknya..
Aku dah tak berapa ingat lagi antara dialognya tapi itu antaranya dan di akhirnya.."Nanti awak (P) pulak yang cair"Begitu lebih kurang maksud En. Rahim yang mengundang ketawa kami satu kelas..

Kekadang kita tak tahu keadaan orang lain yang menyebabkan dia jadi begitu. Kita mudah menghukum manusia lain tanpa mengadili seadilnya. Namun, untuk diri sendiri, jangan pula mudah menjadikan sesuatu sebagai alasan semata-mata.Wah, ni peringatan lebih untuk aku ni..

2 comments:

  1. salam fahana....touching story..moral of the story..jgn cepat buat kesimpulan...tiap ada orang ada kisahnya sendiri.

    ReplyDelete
  2. wassalam kak erisya..betul..tiap kisah tu sentiasa mengajar kita>_<..rindu kat akak

    ReplyDelete