Monday, October 25, 2010

Anjakan Diri ke Arah Kebaikan

Tiga langkah untuk melaksanakan kebaikan, untuk melakukan satu anjakan yang positif dalam diri..Tiga langkah tersebut ialah:

Mulai daripada diri sendiri
Mulai dengan perkara kecil
Mulai dari hari ini

Masyarakat selalunya akan melihat pada si pelaku yang bercakap tentang sesuatu perkara. Biasa bukan kita dengar "Alah, dia suruh orang buat baik, tapi diri dia sendiri pun belum tentu." Dan aku pernah diberi satu tazkirah berbunyi 'Jangan dilihat pada siapa yang bercakap tapi dengarlah apa yang dikatakan".. cuma lazimnya manusia akan melihat juga siapa yang bercakap..jadi, wajar untuk kita mulakan dengan diri kita sendiri..dan setiap manusia itu kan khalifah di muka bumi yang bertanggungjawab untuk memakmurkan bumi. Malahan, jika sebagai da'ie, akhlak yang positif dengan nilai dalam diri yang mahmudah juga sangat perlu dalam membimbing orang lain ke jalan kebaikan.

Seperti yang suka aku ingatkan untuk aku..dari perkara kecil akan timbul yang besar..jangan dekati zina kerana dari situ akan berlaku zina..jgn merokok bimbang nanti dadah akan menjadi rakan. dengan satu tugas yang kecil akan berjaya satu program besar di kolej.. dengan satu arahan ringkas, satu organisasi berjaya menapak teguh dalam dunianya.maka,mulakan melakukan perkara kecil untuk merubah kepada kebaikan..walau orang lain tidak tahu kita melaksanakan kebaikan itu tapi sesungguhnya ALLAH KAN MAHA TAHU..berubah juga bukan terus dari tak pakai tudung kepada tudung labuh..ya kalau boleh begitu lagi baik..cumanya, yang penting pada istiqomahnya..jangan sekejap2..perubahan niat itu biarlah kerana Allah..seperti naik tangga..manakan boleh melompat dari tangga 1 ke tangga 10..sebaliknya ada anak-anak tangga yang perlu dipijak dengan cermat..

Mulakan saat ini!!jangan ditangguh kerana bila ditangguh akhirnya tak terlaksana..kata seorang pensyarah ku.. 'Kerja bertangguh adalah satu perbuatan mencuri.'.kenapa ya mencuri perbuatan bertangguh itu???kerana akhirnya perlahan-lahan, ia mencuri masa kita untuk melaksana perkara yang tadinya telah dirancang..sebolehnya, kiranya tiada halangan teruskan..insya-allah, dengan doa dan tawakal kepada Allah atas usaha yang telah dijalankan, akan ada keberkatan dan kelancarannya..

Barokallahu fikum..Moga hari2 anda ceria dan bahagia>_<

No comments:

Post a Comment