Monday, September 27, 2010

Jodoh

Jejak hamba agak jauh 25 september lepas. Alhamdulillah urusan walimah abangku dengan suri hatinya kak eija berlangsung dengan lancar..Alhamdulillah juga, perjalanan kami selamat pergi dan selamat pulang. Saudara ramai, jadinya abah sewa bas. Alhamdulillah insya-allah 2 okt ni majlis sambut menantu pulak kat rumah abah. Abang aku berkenalan dengan isterinya kat UTM..Bidang yang sama iaitu pendidikan tapi berbeza subjek…

Aku ada baca “jodohku, dimanakah kau?” Tulisan Dr Hm Tuah Iskandar…Aku terfikir sendiri.. Memangnya asam di darat dan ikan di laut kalau tak de sebab, tak kan mungkin dua benda ni bercampur dalam periuk?...Ada dua tiga contoh yang diberikan, seorang penarik beca di India dan seorang pelancong dari AS, bertemu jodohnya sebab pelancong tu minta penarik beca tu bawakan dia. Dr Hm Tuah sendiri ke Batu Pahat sedangkan dia orang Muar. Ke Batu Pahat akhirnya bertemu dengan isterinya. Malahan ayah isterinya itu dari Yaman, seorang peniaga..(Majalah Wanita, Bil 1355, 6-12 November 2009 ,ms:58) Ini sumbernya..dan bila ku baca.. Hehehe..jadinya jodoh perlukan sebab untuk bertemu.

Mungkinkah jauh belajar ke Utara kan bertemu jodohku di sana?hehehe..sekadar persoalan biasa.. Apa pun, carilah jodoh anda…Mungkin atau tidak, ikhtiarlah..>_


3 comments:

  1. Dear Fahana,
    Kalau ada jodoh, tak akan ke mana..

    *menantikan, siapakah arjuna yang bisa menakluki hati dan perasaan ini. heeee

    ReplyDelete
  2. salam...kekadang jodoh dah ada kat sebelah tapi kita yang tak nampak...:)

    ReplyDelete
  3. LOL: betul betul..tapi kena usaha juga..jangan diambil orang..hikhik..Siapa? Sama2 kita lihat..hehe

    Kak Erisya:Ni pun betul. Kekadang tak sangka sangat..hehe

    ReplyDelete