Monday, September 6, 2010

di akhir ramadhan

Hari-hari terakhir Ramadhan sebenarnya lebih kuat ujianNYA, Tersedar jam pukul 3, pukul 4 tapi dengan cuaca yang sejuk macam kat Luar Negara tu buat mata makin sedap nak tidur..Makin sedap nak menganyam mimpi..Aduh, ujian betul..Bukak inbox mail. Ada mesej.dari sahabat fillah..ada titipan doa sempena ramadhan..diakhir doa' ada tertulis. "Ya Allah berikanlah kekuatan di akhir ramadhan". Memang kena betul... Di akhir Ramadhan banyak pulak yang silap..Kebetulan kat radio pagi tadi..Isu pagi tadi pasal lagak orang beraya..Macam-macam le lagak orang yang rasa nak berlagak..Pastu kawan aku kata..Macam makin tambah dosa je..em, mungkinlah dioarang sendiri nak suka-suki je..tak de niat nak berlagak..tapi dari satu sudut macam sia-sia..konsep stesen radionya sempoi, jadi terpulang le sape nak dengar yang sempoi macam tu ke nak dapatkan info ke, nak kongsi pengalaman ke.ape-ape lagi..Tapi memang le nak dekat-dekat raya ni, di hujung bulan Ramadhan yang ada keberkatan Lailatul Qadar, orang makin sibuk berjaga buat kuih raya dan segala keperluan raya...tak kesahlah as long as, pandai2 cekup masa nak buat amal..Ku ingatkan diriku jugak..
Malam tadi call mak, rupenye mak baru nak solat..Aku pun cakap le dengan slang indonesia..hikhik..."Gi mana sih, baru mahu solat? Buat kuih aja, solatnya mana?" Lebih kurang ayatnya macam tu..Mak tergelak..aku pun gelak jugak. Kalau bab tegur menegur macam ni, memang kekadang mak ingatkan aku, kekadang aku cakap2 macam tu pada mak. The end, mak ucap terima kasih..hikhik..ape pun, aku ingatkan diriku jugak..Bukan mudah jaga solat..Dah jaga waktu solat, nak khusyu' solat pulak, masa yang sama kena ikhlas LILLAH..bukan riak atau sumu'ah ('Saudara' riak)..

2 comments:

  1. alahmdulillah hubungan ann dengan mak mesra mcm kawan gitu!boleh saling tegur-menegur....

    ReplyDelete
  2. salam ann...kak erisya pun mohon maaf sekiranya ada kekhilafan...maklum kitakan menulis mengikut acuan sendiri, adakala tak sengaja menyinggung hati pembaca...ceria2 selalu di hari raya menyambut kemenangan!

    ReplyDelete