Sunday, June 26, 2011

Hari ini

Mungkin, mungkin, mungkin
semasa ada yang membaca entri ni, ada yang merasa letih.
Atau mungkin,
ada yang tak merasa apa-apa...
Kerana
pada saat entri ini ditulis, penulis sedang merasa letih
otak merasa penat.
Penat dengan apa?
Mungkin kerana penat sebab tadi siang, berjalan ke bandar.

-Program yang dilakukan adalah untuk memberi kesedaran pada orang awam agar jangan mengikuti perhimpunan 'BERSIH' itu. (Sejauh mana BERSIHNYA???) Dan setelah melihat program yang dijalankan kami ke pasar tani berdekatan. Dan, sedang berjalan-jalan, hanya melihat. Tidak berniat untuk membeli kerana belum dapat gaji..huhuhuhu..Tiba-tiba aku nampak sekumpulan manusia dengan baju t-shirt kuning. Selepas disapa 'Selamat pagi' baru aku melihat ke arah bajunya yang tertulis 'Save Malaysia' 'Stop LYNAS'. Ok aku faham dan sikit kat situ.

Balik rumah taska, tengok berita pulak.
marah, geram, bengang semua yang sewaktu dengannya ada..huhuhu.

Sibuk nak demonstrasi jalanan. Aduhai, kalau ada orang tengah nak bersalin macam mana? Kalau ada yang sakit tenat? Kat jalan tu, beratus, ribu orang guna jalan nak ke sana-sini. Ada urusan macam-macam.
Memang diakui demonstrasi berguna dan memberi kesan untuk desakan sesuatu perkara. Mungkin mereka telah bosan dengan saluran yang betul tetapi hasilnya tetap sama. Tetapi, demonstrasi jalanan tu....aduhai... tolonglah buat tempat lain. Aku nak tersengih pun ada bila ada komen kat surat khabar dari orang awam. 'Bukan makin bersih, tapi makin bersepah'. Huhuhuhu..
Ada yang suruh buat dalam stadium, keliling 10 kali.

Aku masih hijau untuk cakap keterlaluan dalam isu ini (not really young, it's time), tapi sebagai orang muda, aku rasa sangat tak patut dengan demonstrasi jalanan yang mungkin akan menimbulkan kekecohan semata.

Betul, orang muda memang semangatnya membara. Nak pulak bila nampak kesalahan, kami hanya tahu untuk membetulkan. Dan kekadang kami bosan dengan perkara dan isu lama yang pusing-pusing macam tu jugak. Tapi kepada orang-orang muda, kita selamatkan negara kita. Sayang weh kat Malaysia ni. Ingat senang2 ke orang dulu-dulu nak perjuangkan kemerdekaan. Mengadap orang putih tu. Tok nenek moyang kita. Em, sayanglah pada Malaysia. Dan lagi untuk orang melayu, kita dah terlalu berpecah-belah. Kita ni islam. Islam tak suruh berpecah-belah, menghuru-harakan keadaan.

Saya mungkin tersilap, saya masih menjejak dan mencari. Sebarang pendapat, sangat dialukan.Kita berkongsi pendapat walau mungkin kita berbeza.

No comments:

Post a Comment