Baby ajmal yang comel sangat..sangat2 sayang kat dia..sayangnya, mak sedara dia nak jaga pulak..sempat duduk 3 bulan je. Mula jaga dari 6 bulan..banyak keletah dia dah jadi serasi dengan diriku ini,,huhuhu..
Sebetulnya bila kerja kat taska ni mak selalu cakap, "jaga anak orang elok2..amanah mak ayah dia..amanah bos..awak dah dibayar maksudnya awak sanggup jaga anak2 dia. Jaga elok2".. banyak lagi ingatan mak. Dan bila aku terasa malas, letih, mesti aku teringat kata2 mak tu. Aku cuba buat yang terbaik tapi aku juga baru belajar..Malahan, pengalaman jaga baby langsung kosong..tak da adik kecik, anak sedara pun kalau umur 2,3 tahun tu kira dah besarlah..yang baru beberapa bulan lahir, baru beberapa bulan melihat dunia...huhuuhu...
meh, nak cerita jaga baby yang baru 5 bulan ni (baby baru masuk)..menguji kesabaran yang sangat2 nipis..memang sungguh aku tak sabar,baru tahu kesabaran aku rupanya..jadinya, kalau lepas ni ada orang tanya aku ni penyabar ke tak, aku boleh mengaku la tahap kesabaran aku ni macam mana..hehehe... sampai terasa nak berhenti la tu gak..sampaikan aku persoalkan kembali keikhlasan aku..kata penyelia aku..kalau kita ikhlas jaga budak, semua kerja akan jadi senang,,dan memang aku menilik diri kembali..mencari kembali segala kesilapan dan cuba menenangkan diri...
Tips pada penjaga yang nak hantar anak-anak ke taska:
1)Pastikan anak-anak dalam keadaan kemas walaupun tidak dimandikan..
-Kemas mean tukar lampin bayi pakai buang..nak pulak kalau dah berkilo-kilo najisnya..sampai dah terkena seluar..(tak kesian kot kat anak yang dah dari malam tadi pakai, sampai pagi, duk usung najis..)
Satu tips je aku bagi sebab aku pun tak berani nak cakap banyak, sebab aku pun belum bekerja dan belum berumahtangga dan punya anak..mungkin aku tak faham kesibukan ibu bapa bekerja yang punya anak, yang punya kerjaya sibuk sentiasa..memang, ibu bapa dah serahkan tugas pada kami para pengasuh, tetapi, kesian bila datang pagi-pagi, tengok ada yang dah basah seluar anak tu..Kami, para pengasuh memang akan mandikan tiap pagi kalau tak mandi lagi...
Tapi sebagai ibu dan bapa..memang aku akui juga, ada perkara yang ibu bapa tak perasan sebaliknya pengasuh yang lebih tahu.memangnya wajar sebab masa bersama pengasuh lebih lama...dan tanggungjawab di bahu pengasuh sangat berat..
-Mudah2an tiap kerja yang dilakukan diberi kemudahan dan keikhlasan kerana Allah
=Comel je muka budak2 ni..ada lagi tapi tak dapat upload semua...muka kanak2 yang suci..kenapa ada yang sanggup buang baby???huhuhuhu...
~latihan praktikal jd surirumah sblm kerja betul sbgi surirumah...huu~~~
ReplyDelete~best an da ade anak skang...hehe
huhuhuhu..sebanyak-banyaknya memang mengajar la..hehehe..
ReplyDeleteBest..suka tengok keletah diaorang..tetapi, ada tima nak tergeram. geram jugak lah...huhu