Sejujurnya berada di rumah jarang sekali dapat membaca surat khabar. Kiranya abah keluar ke bandar, baru surat khabar dibeli. Cuma berita dari siaran berita yang ku lihat untuk update berita semasa. Baru- baru ni aku menyelak surat khabar dan terpampang senarai kegiatan sosial mengikut negeri. Bukan masalah negeri mana yang mencatatkan peratusan yang tinggi atau negeri mana yang rendah tetapi ia tanggungawab semua. Nyatanya, angka-angka itu sangat menggerunkan. Tak termampu akal untul membayangkan keadaan sosial akan datang sekiranya hiburan terus menerus ditayang tanpa sebarang garis panduan yang sewajarnya berteraskan agama islam. Sesungguhnya Islam agama yang syumul.
Tidak perlu melihat kaum lain kerana peratusan yang tinggi sekali adalah kaum melayu yang difahamkan sebagai beragama islam. Bukan juga melihat kepada jalan penyelesaian atau terus menunding jari tetapi, mana kesedaran semua pihak. Baik di rumah atau di luar rumah. Pendidikan seawal di rumah memerlukan pengawasan daripada ibu bapa, dan kemudian guru di sekolah dan selepas itu, pastinya si anak yang yang sudah mula dewasa akan melihat persekitarannya yang mungkin memberi pengaruh kepadanya.
Kebejatan sosial yang semakin meruncing merisaukan ramai manusia yang ingin melihat anak-anak sebagai modal insan dan khalifah muka ini mampu untuk menjaga pembangunan tamadun yang gemilang. Melihat wajah-wajah yang masih kecil, jiwa yang masih suci, helaian kain putih yang belum ternoda, kekadang timbul persoalan di hati..apa akan jadi pada anak kecil ini kelak? Dapatkah ibu bapanya mendidik, mengasuh, menjaganya dengan sebaiknya? Selamatkah dia dengan cabaran dunia yang bukan sedikit, yang bukan mudah? Lantas, terus terdoa’ untuknya. Selamatkanlah anak itu.
Melihat rancangan realiti kanak-kanak di televisyen, kadang-kadang hanya mengundang geram apabila ia mengasuh menjadi anak-anak menjadi lebih berfantasi dengan dunia glamour semata-mata. Ah, mungkin saja, nanti dia akan sedar untuk menjadi manusia berguna, berilmu dan berakhlak. Bolehkah begitu???
Apabila Jahiliah menjadi lifestyle, maka gelaplah dunia ini~
ReplyDeleteaiyoo.. jum kita berusaha untuk tak ikut lifestle jahiliah dan mengambil isla as the way of life! <3