Sebenarnya menaiki bas bukanlah satu perkara yang menyusahkan. Malahan satu pengalaman yang sangat menyeronokkan. Cuma, dek kelambatan perkhidmatan membuatkan niat untuk menaiki bas terbantut. Tapi kita tinggalkan cerita naik bas lompat-lompat. Ini cerita naik bas ekspres. Selama hampir tiga tahun menaiki bas untuk pergi balik rumah ke UUM memangnya bukan satu perjalanan yang pendek. Dan setiap kali pergi balik aku ambik bas malam. Lebih selesa. Dan macam-macam pengalaman ku lalui dan mujur dan sangat syukur sepanjang menaiki bas untuk perjalanan yang panjang ni tiada apa yang tak baik terjadi. Alhamdulillah, barang-barang aku juga tidak pernah tertinggal atau dicuri. Alhamdulillah sangat. Tiap kali pergi dan balik nasihat berbakul2 seperti biasa. Doa tetap ku mohon kepada ALLAH. Mohon doa’ daripada mak, abah, dan adik-beradik serta kawan-kawan yang maklum. Alhamdulillah selamat. Dan sepanjang jalan banyak sangat cerita yang memberi pengajaran dan kenangan manis buat aku.
Bagasi tinggi dan Pak cik yg baik=)
Alhamdulillah, pak cik pemandu sangat baik menolong aku mengambil beg yang diletak dalam bahagian simpan beg. Bagi bas double decker, bahagian bagasi agak tinggi. Syukur sangat, pak cik baru ni sangat baik menolong aku mengambil beg. Malahan dia mengecam beg aku.
Panjat tayar
Dan pernah juga aku terpaksa memanjat tayar bas untuk ambil beg ku. Agak sakit, tapi masing-masing juga sibuk dengan barangan masing-masing. Masa tu aku tak peduli orang pandang apa asal beg aku dapat ambik.huhu..Macam best gak bila panjat tayar yang besar tu.. Mujur gak pengalaman panjat poko mas akecik2 sangat memabnatu..HIkhik..tapi sakit badan gak nak ambik beg tu..huhu
Buka puasa
Pengalaman berhenti berbuka di hentian Jitra juga mengukir kenangan manis. Aku dan Yasmin turun kononnya nak cari makanan yang boleh dibawa bekal. Kebetulan pak cik driver turun makan. Aku dan Yasmin dan kebetulan seorang adik kawanku juga turun. Hanya kami bertiga dan driver serta co-pilotnya. Penumpang lain mungkin dah ada bekalan. Kebetulan mak cik di kedai tu belikan lemang untuk kami berbuka. Terima kasih sangat pada mak cik pak cik yang baik hati.
Anak-anak kecil yang comel
Pernah juga dalam bas, seorang ibu bersama anak-anaknya. Yang si kakak pandang ke arahku. Mungkin kerana aku asyik memandang mereka dengan lama. Dan kemudian entah apa yang dicakap pada adiknya yang kecil itu, Adiknya pula memandang aku. Geram aku tengok tapi Cuma mampu tersenyum, tersengih dari jauh. Dia juga tersenyum comel.
Hampir terlanggar
Masa baru mata nak terlelap di highway Karak, tiba-tiba bas membunyikan hon mengejut. Rupanya, ada lembu atau apa yang melintas. Sememangnya kawasan tu agak gelap. Mujur juga tiada apa-apa. Aku akui bas memang dipandu laju, malahan kalau perlahan aku sendiri berkata dalam hati. "Cepatlah pak cik” Padahal yang dibawa tu sudah laju sebenarnya dan selalunya aku tak mengambil tempat duduk di belakang sangat dan terlalu hadapan kerana takut pada kelajuannya. Aku pernah menaiki bas yang dipandu laju , terasa terhuyung-hayang basnya. Menakutkan. Dan sepanjang jalan doa pada Allah ku panjatkan.
Tukar Bas
Pengalaman bertukar-tukar bas juga ku alami tapi aku lebih kesian pada kawanku. Yang terpaksa diturunkan di Sungai Petani. Dan mengambil bas lain untuk ke Alor Star. Di awal pagi sendirian begitu....Sebenarnya macam-macam boleh jadi, tapi Alhamdulillah, Allah sentiasa melindungi.
Sendirian di pagi yg hening
Aku sendiri tiap kali sampai di Gambang pada jam 5 lebih, abah akan ambil tapi kekadang aku sampai dulu dan aku akan tunggu abah di stesen minyak CALTEX. Stesen minyak yang bukan 24 jam memang mengundang rasa takut tapi doa tak putus. Lori besar pun berhenti dan beberapa buah kereta yang kelihatan parking di tepi2 jalan. Mak banyak kali pesan hati-hati. Apa lah boleh yang ku buat tika itu melainkan doa dan berharap abah cepat sampai. SDalam otak, aku merancang-rancang juga sekiranya ada orang pelik yang menghampiri..Selalunya di Temerloh atau melepasi Temerloh aku telefon abah cuma kekadang akan terlewat sebab tak nak abah tunggu lama di CALTEX. Pernah sekali aku telefon abah dan bas berhenti lama di hentian Gambang. Padahal abah dah lama sampai di Gambang. Alhamdulillah tiada apa yang berlaku melainkan selamat semua.
Perjalanan pendek
Pengalaman dalan bas untuk perjalanan yang panjang sememangnya pengalaman manis. Lepas ni entah bila lagi dapat aku lalui pengalaman macam ni. Perjalanan pendek2 yang pastinya juga ada pengalaman y ang menarik. Pernah dompetku tertinggal dan betapa baiknya hati konduktor perempuan ni memulangkan dompetku yang cuma ada RM10 dan kad pengenalan. Dan sekiranya naik bas itu lagi aku tak lupa untuk bertanya khabar dengan kakak konduktor. Masih ada insan2 yang mulia hati di tengah kemelut kerakusan manusia mengejar keuntungan. Sentiasalah berdoa untuk kebaikan diri dan orang lain. Sentiasalah yakin kepada Allah. Berbuat baik kepada sesiapa pun, Dan memohon maaf kepada Allah dan maafkan kesilapan orang lain kepada kita. Insya- Allah pertolongan Allah ada di mana-mana…
No comments:
Post a Comment