Cinta Sampai Syurga..
Bila rindu itu hadir
Dalam tiba-tiba..Hati bertanya hairan..
Kata seorang hambaNYA,
:Rindu itu hadir bila kamu kesepian"
Monolog hati seakan mengiyakan
Di satu yang lain
Menidakkan..
Kerna, rindu itu bertamu menjejak kekadang di tengah ramai.
Rindu yang tak pasti
Entah pada siapa,
Entah kenapa..
Entah bagaimana...
Ingatan-ingatan sang pejuang-pejuang menyinggah
Kata mereka
"Biarlah rindu itu, rindu kepadaNYA
Rindu menutur kalimah suciNYA
Rindu menangis, atas salah silap lepas
Rindu melihat senyuman Muhammad S.A.W
(walau wajahnya langsung tak tergambar)
Rindu pada kekuatan ukhwah yg benar-benar fillah..
Rindu untuk merasa takut dengan azab Allah"
Rindu, rindu, rindu..
Benarlah, rindu itu satu anugerah
Hati ini, jiwa ini milik Pencipta hati ini..
Hanya satu
Iaitu
Allah
Menyerahkan pada Allah untuk menjaga yang segumpal daging ini..
-Sayang sangat dengan hamba-hamba yang Allah tetapkan dengan kita..sayang sangat sangat..tapi sayang itu terbatas dengan sayang pada Allah yang utama..Kerana sayang Allah itu lebih utama, maka, doakan sesungguhnya agar kebaikan itu ditunjukkan untuk diikuti bukan untuk kita sahaja, tetapi untuk mereka juga dan moga bertemu di syurga.
(Bayangkan sekejap dan dengan bayangan yang sangat-sangat..
Bayangkan anda dan keluarga anda berada di dalam syurga..-Sungguh syurga itu tak tergambar indahnya, tetapi membayangkan anda dan keluarga anda di dalamnya sudah sungguh enak sekali..Keluargam sahabat, guru-guru dan kemudian sahabat2 seislam, saudara seislam..)
No comments:
Post a Comment