Alhamdulillah..nadi betul kita mahukan kebaikan teruslah berniat untuk ke arah itu..kerana walaupun kita akan jatuh, insya-allah, Allah akan tetap terus tarik kita ke pangkuanNYA..insya-allah.. tapi yang penting dalam hati kita mesti tekadkan untuk ke arah kebaikan. Kita ini hambaNYA. yang mencipta kita ialah Allah, Allah pasti akan jaga kita andai kita memang mahukan DIA menjaga kita insya-allah. Walau mungkin pertolonganNYA datang lambat, walau doa itu mengambil masa dimakbulkan, teruslah berdoa'. Dalam hati yang penting, kita ada mahukan mahukan mahukan kebaikan diri. Baik dalaman mahupun luaran.. Insya allah, Allah akan berikan. Allah maha pemurah saudaraku... aku rindu kalian di jalan Allah, aku benar merindu... moga kalian dalam jagaanNYA kerana aku tidak mampu menjaga kalian sepertimana DIA YANG AGUNG. Dari jauh walaupun kita tidak kenal, tapi aku rasa kasih saudara itu ada. Moga Allah permudahkan urusan kalian.. aminnnnn
Salam aidiladha 1432 hijrah..moga2 kita semakin belajar untuk menghayati erti pengorbanan dan erti kemeriahan aidiladha. Selalunya aidilfitri je yang agak meriah tapi sebenarnya raya haji juga sangat hebat dengan sejarah pengorbanan nabi ibrahim dan anaknya ismail. Juga isterinya Hajar. Kerana agama, kerana perintah Allah, kasih ayah pada anak menjadi hal kedua. Dan ketaatan itu, Allah menggantikan pula dengan kibas.. Dan hari ini, walau telah hampir atau lebih 5000 tahun dahulu kisah itu, kita masih dapat menghayatinya, Alhamdulillah..Moga kita terus menghayatinya dan praktikkan dalam kehidupan kita akan pengorbanan...
No comments:
Post a Comment