Bila pakai........
alamak, awat kecik lak baju ni. Aku test masa beli dengan adik aku hari tu elok je. Ni kecik plak. Nak pakai baju ape ni? Tudung hitam dah tak bawak balik. Yang ada, t-shirt coklat. Blaus labuh coklat. Mana ada tudung. Tudung kena gosok dulu. Aku salin t-shirt coklat. Mak dah bising-bising dah suruh cepat. Abah dah start enjin kereta. Mak kata abah tunggu kat depan. Kalut jgn cakap lah. Bapak aku kalau nak keluar time tu la jugak baru cakap. Kalau tak cakap pun, pandai2 sendiri la faham dia nak pergi pukul berapa. Bersiap je la. Tengah2 gosok tudung, aku dah agak memang tak sempat ni. "N nak pergi tak?" Soal seorang emak dengan penuh prihatin a.k.a agak mendesak.. (huhuhu). Aku pandang ke luar dari meja iron. "Pergi je lah." Maksudnya, aku tak pergi. Then, enjin kereta saga bapak ku pun terus berlalu....
Aku?
Aku terus je gosok tudung tu (cover segan dengan seterika yang dah panas) dan terduduk depan tv. Jadinya, hamba memang tak jejak ke mana-mana.
Ok, this topic actually:
Dah masuk seminggu kita berpuasa, masih sempat nak perbaiki mana yang tak baik.
Masih sempat nak mulakan kebaikan bagi yang belum mula.
Masih sempat untuk lakukan segala amal selagi udara dapat dihirup. Bulan Ramadhan ini lah juga permulaan bagi yang mahu berubah untuk kebaikan. Mungkin bagi sang perokok yang betul tekad mahu tinggalkan tabiat tidak handsome dan tidak comel itu, ini lah masanya. Berubah dengan perlahan.
Bagi yang agak mendedahkan kulit pada sang matahari dan pada si jejaka bermata bukan muhrim, inilah juga masanya, mula berjinak-jinak dengan kedai kain yang berlambak-lambak.
Bagi yang penuh rasa kehitaman dalam hati, inilah juga masanya, kita bersihkan dengan sabun puasa. Insya-allah, andai ada sedikit niat di hati yang penuh ikhlas, Allah akan tolong kita. Betul. Perubahan itu bukan mudah.
Kalau tengok para perempuan bertudung labuh, bertutup sopan, hati otomatik jadi sejuk. Berbanding melihat para wanita yang terdedah situ sini, hati akan cepat mahu menghukum. Dan jangan tidak percaya (percayalah). Dalam hati seorang wanita yang terdedah sana-sini tu pun mengakui keayuan dan kesopan si bertutup litup. Dia pun ada terdetik mahu begitu mungkin tetapi.. tetapi.. di hatinya juga, di fikirannya juga, macam-macam yang difikirkan hingga mungkin membantutkan perubahan ke arah kebaikan itu.
Sekiranya, ada manusia2 baik yang terjumpa, terberkenalan dengan insan-insan yang mahu berubah ke arah kebaikan, bimbingilah dia sehingga sehabis baik yang mungkin (Ini pesanan untuk ko jugak N tau. Ko ada amanat yang ko tak buat lagi)
Jangan cemuh, hina dan keji. Tetapi bimbinglah dengan penuh sabar dan hikmah. Dan pohonan doa' agar Allah membantu kita.
Barokallahu a'laikum...
tu payah nak keluar sebab kena belek2 baju segala bagai...
ReplyDelete~ur rite sejuk aty tgk org pakai tudung labuh:)
hakhak.. tahu tak pe.. tengok baju jer dh berapa minit.. uhuhu.. patutnya, kena be prepared since abah ku itu begitu.. hehehehe..
ReplyDeletebetyl.. sejuk hati: then tuk org yg bertudng labuh plak, kena jaga akhlak..