Saturday, November 27, 2010

keletihan...

Tiba-tiba rasa letih...
Perasaan, Otak, Badan...
Rasa tak boleh nak bergerak tapi jari aku menaip kat sini..
Rasa tak boleh nak fikir lagi tapi otak aku terus memikir..
Hidup..hidup...
Siapa sangka di antara ramai-ramai manusia itu, ada aku..
aku yang kerdil sangat..

satu perjalanan kelmarin:

aku dalam perjalanan pulang dari Maran dan melalui satu jalan yang lurus agak panjang dan di tepi kanan kiri jalan yang ada hanya tiang lampu dan hijau pokok berbukit..cantik..aku memang sengaja memandang pemandangan itu dengan satu perasaan yang takjub dan ingin rasa kerdil..aku mengelamunkan diri..dan apa yang aku dapati..ENGKAU SANGAT KECIK ANN..
sangat kecik berbanding siapa pun..berbanding makhluk lain dimuka bumi ini..
dan terdetik tika itu..

-kenapa engkau sombong, sedang enkau hanya manusia yang kecik je..
Ye, sebab itu aku angkuh, sebab kerana kekerdilan aku, aku berkuasa menjaga tanah ini, aku berkuasa di sini.
-Kau lupa yang pemilik segala adalah Allah?
Tapi aku berkuasa sekarang.
-Kau tahu kalau kuasa yang kau miliki sekarang adalah amanah dari Allah untukmu?
Kau tahu kalau kuasa yang kau miliki itu disoal jawab di hari pembalasan?

Spontan dialog2 itu muncul dalam hati aku..

1 comment:

  1. Alam akan berbicara dengan kita apabila kita berfikir tentang kebesaranNya..

    ReplyDelete