Monday, August 30, 2010

Jejaki Kematian

Lama sekali aku tak menulis, dan telah banyak kali aku buka blog tanpa ada pengisian dekat blog ni. Halangan daripada perasaan dan kebuntuan fikiran..

Hari ni 'Jejak Pena Hamba' melangkah ke alam kematian. Kematian yang pasti tiba entah bila masa kita. Tak terjangka kekadang kematian itu datang dengan pelbagai cara. Hari ni kita dengar"'Pak A meninggal. Dia accident". Semalam baru je, anak Mak E meninggal lemas dalam sungai. Tahun lepas, rumah Dato' J terbakar. Pembantu rumah dia meninggal. Ada ayah kawan U meninggal masa tidur. Dan kita pulak nanti entah macam mana bentuk kematian kita...Kekadang terlintas di hati, kesiannya orang tu meninggal dengan cara macam tu. Apa pun rahsia Allah, hanya DIA YANG TAHU..kita sentiasa mesti memohon untuk meninggal dalam keadaan yang baik, khusnul khatimah. Dengan bekalan amal dan iman yang utuhm tapi selidik hari ni, kita masih kekurangan bekalan itu..

Untuk arwah saudara mara terdekat dan saudara islam, ku doa'kan moga ALLAH mencucuri rahmat mereka dan ditempatkand ikalangan para sahabat, para anbiya', para mukminin, solehin...

(Kekadang rindu pada arwah kakek. Terasa macam dia masih ada)..

3 comments:

  1. Hi Fahana..
    Rindu Fahana juga..
    dah semakin lama tak update tapi gaya bahasa semakin mantap..
    power wooo..

    teringat lak zaman sekolah menengah atas..
    bukan main lagi nak mempelajari perkataan baru semata-mata nak sedapkan karangan..

    *Kematian..?
    Bila nak fikir, bekalan akhirat sekelumit cuma.

    terima kasih mengingatkan..

    semoga Fahana akan lebih cemerlang dalam bidang yang diceburi.
    all da besh!

    ReplyDelete
  2. thanks LOL..rindu betul..HUHU...kat fb jarang gak nak ke wall nak komen kat LOL..huhu..

    Thanks gak ye LOL..dari LOL pun banyak kiter belajar..hehehe

    ReplyDelete
  3. saling belajar...
    belajar dari pengalaman kehidupan orang lain..

    jaga diri Fahana..

    ReplyDelete