Thursday, April 22, 2010

Tiang agama

Sejak dua menjak ni kecanggihan teknologi mampu merungkai kehebatan solat dari perspektif sains. Malahan orang kafir tak kurang rasa kagum dan takjub dengan cara solat orang islam yang mampu memberi manfaat pada keseluruhan anggota badan baik dari segi fizikal dan spiritual. Alhamdulillah. Dengan ilmu pinjaman yang diberi Allah untuk hamba-hambaNYA teroka. Tapi sebenarnya keajaiban, kelebihan solat dah diceritakan dalam Al-Qur'an lebih ribuan tahun lampau..Hari ni kita kembali membuka, melihat dan menyedari bahawa memang solat memberi pelbagai manfaat..untuk umat islam khasnya, baik fizikal, mental dan spiritual, solat satu jalan untuk menghubungkan diri dengan Allah Yang Agung..Saat bertemu Allah yang Satu..

Dari puluhan solat pada awalnya diperintahkan Allah kepada Muhammad S.A.W. Kemudian dikurangkan sehingga 5 waktu yang wajib itu, kekadang kita masih alpa dan serasa berat sekali untuk melaksanakannya. Walha telah dinyatakan bahawa ".........dan sesungguhnya sembahyang itu amatlah berat kecuali kepada orang-orang yang khusyuk.". Mahu khusyuk dalam solat juga bukan perkara mudah..Malahan, dari awal untuk berwudhu' sudah perlu bersihkan hati untuk melupakan segala hal dunia. Tatkala takbirratul ihram diangkat, macam2 yang terlayang di depan mata. Dalam fikiran lagi yang dikacau...dengan hati yang masih belum tumpu pada solat..Sungguh, memang khusyu' solat begitu payah..beruntung bagi yang memperoleh dan kita perlu cuba untuk mendapatkan khusyu' solat..

Bukan mudah menjaga tiang agama islam..satu ditinggalkan ibarat meruntuhkan sebuah rumah yang berdiri kukuh dengan tiang-tiangnya..hanya 5 yang telah disusun waktunya yang penuh fleksibel dan sesuai untuk kita..dari mula bangun tidur, di tengahari yang keletihan dengan segala macam kerja dan kemudian di waktu asar..jika kita mahu ada makan kudapan petang, rohani kita juga lebih lagi perlukan makanan rohani yang wajib itu..kemudian di awal menginjak malam, lagi, kita sujud padaNYA dan di waktu rehat malam itu yang terakhir ibadah wajib itu dituntut..ibaratkan saja kelimanya seperti waktu kita makan.. malahan lebih dari itu sebenarnya..

No comments:

Post a Comment