Jika dalam setiap apa yang kita lihat itu tidak hanya dengan pandangan mata kasar, kita akan nampak keagungan Allah.
Ada pengajaran yang perlu diambil dalam apa jua yang berlaku di sekeliling kita. Itu tanda dari Allah. Allah mengajar kita.
Ada jalan yang berlubang, maka perlu dielakkan jika keadaan selamat untuk elak.
Di situ, kita belajar berhati-hati.
Jika ada kenderaan dari hadapan, perlahankan kenderaan agar, tayar tidak rosak, keadaan kereta stabil dan selesa meneruskan pemanduan. Di situ, kita belajar untuk bertindak cepat.
Ada 5 orang di atas sebuah motor. Hati terdetik dan mulut tanpa teragak-agak
Mak, Ayah, anak 4 tahun di bakul depan, Emak mendukung baby dan ada budak 2 tahun diantara emak dan ayah..
"Haish, bahaya ni. Awatlah bawak anak tu semua."
Kita tak tahu kalau mereka sangat kesempitan wang. Mungkin si anak merengek nak mengikut ke pasar
malam. Si bayi tiada siapa yang mahu dijaga. Mungkin itu juga kali pertama dia melakukan begitu.
Maka, syukurlah wahai diri yang diberi kemudahan yang lebih baik berbanding manusia lain.
Ada seseorang sedang menunggu bas. Dan wajah itu adalah wajah yang sedang mengharap bas tiba, tetapi juga ada sesuatu lain yang sukar sedang dia hadapi. Seakannya sedang memikir masa depannya, keluarganya yang belum berubah.
Aku juga pernah begitu. Duduk menanti bas yang tak tentu waktunya dengan harapan yang penuh mengharap dan doa'. Lantas detik hati memohon. "Ya Allah, moga ada bas sikit lagi untuk hambaMU itu.Amiinnn"
Moga sentiasa dapat perbaiki diri..amiin...
No comments:
Post a Comment